Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

Hi, saya nur aisyah zafirah :)



Sebulan yang lepas;

Saat doa nabi yunus disebut berulang2 dan bibir hanya mampu menyebut 'Allah..Allah..',
Saat ditemani genggaman tangan suami, sambil dibacakan zikir syifa,
Saat didakap doa dan nasihat dari keluarga dan teman yang jauh mahupun dekat,
Semua ini jadi kekuatan untuk melahirkan puteri cinta hati,
Nur Aisyah Zafirah.
Kebahagiaan dan keberuntungan kami.
Allahuakbar, serius, terus hilang segala sakit dan letih, saat dengar tangisan aisyah.

Alhamdulillah aisyah zafirah dah genap sebulan.
Alhamdulillah atas anugerah terindah kurniaan Allah.
Detik indah mengandungkan dan melahirkanmu takkan dilupa.
Moga aisyah zafirah jadi anak solehah, bunga hati kami.
Alhamdulillah.
Moga dapat jadi ibu dan baba yang baik utk aisyah, moga dapat besarkan dan corakkan aisyah jadi insan cemerlang dunia akhirat. InsyaAllah.

Untuk suami,

Bila diingat balik pengorbanan yang anda lakukan, mesti bergenang air mata.
Isteri hargai saat suami setia temani cuba berkongsi kesakitan.
Isteri hargai pengorbanan suami, tanpa jemu selalu disisi.
Terima kasih, belikan makanan sedap-sedap saat isteri alahan teruk walaupun isteri tak mampu menelan.
Terima kasih, penuhi setiap permintaan isteri, tak pernah mengeluh walaupun keletihan.
Terima kasih, pimpin isteri setiap hari turun naik tangga.
Terima kasih, pinjamkan bahu saat isteri hampir putus asa tahan sakit dan penat.
Dan yang paling penting, terima kasih, tolong pakaikan stokin dikaki isteri setiap pagi sebelum pergi kerja :)
Bahagianya bergelar isteri anda.


Dan moga Allah jagakan dan lindungi insan-insan yang saya sayang, yang jauh, yang dekat. Amin..

Saturday, June 15, 2013

andai dapat kucapai bintang di langit pasti kuhadiahkan pada mama :)

ini update pertama guna laptop baru!
eh bukan nak menunjuk tapi teruja sangat :D
dah lama nak laptop saiz comel tapi processor power, ringan, pinky2 :D
mudah dibawa ke sekolah, tak perlu pikul beg berat lagi :D

sebenarnya nak cerita kisah mama
beberapa minggu lepas saya tak berapa sihat
dah makan ubat dan takut sebenarnya nak bergantung sepenuhnya pada ubat
makanya saya hanya bertahan
telefon ma, cakap pada ma;
"bila tak berapa sihat ni, mama doakan bila ye supaya cepat sembuh"
jawab ma;
"ye mama sentiasa doakan anak-anak mama, minum air banyak jangan banyak jalan tengah panas..."
beberapa hari kemudian alhamdulillah saya dah sihat.berkat doa ma :)

minggu lepas pula saya ada masalah dengan research
biasalah masalah kecil-kecil pun tapi bila kena fikir guna otak, pening juga dibuatnya.
dah kebuntuan idea memikirkan research
lalu saya telefon ma, cakap pada ma;
"ma, research tak berapa nak ada progress ni, ma doakan ye biar idea banyak datang"
jawab ma;
"ye mama doakan biar Allah permudah jalan, mama doa saja pun tak jadi kalau bila tak usaha. 
rajin-rajin pergi lab ye"
dalam hati, eh mama ni macam tau-tau je saya cuti lama kat rumah tak pergi lab hehe
alhamdulillah, minggu ni saya dapat lihat progress nya, alhamdulillah hampir siap tulis satu paper :)
berkat doa mama :) 

percayalah, doa ibu antara doa mustajab yang dimakbulkan Allah..

moga Allah bagi peluang kepada saya untuk balas jasa mama dan abah banyak-banyak nanti
sesungguhnya mereka dah banyak berkorban untuk saya dan adik-beradik
even dah kahwin pun tapi kadang-kadang masih susahkan mereka :'(
alhamdulillah, bila dapat duit elaun, saya hulurkan sedikit pada mereka
seringkali pemberian saya ditolak, saya tahu walau sejuta ringgit saya hulurkan pada mereka,
belum tentu dapat balas jasa dan pengorbanan mereka selama ini.
kata ma, beliau hanya nak saya doakan mereka setiap hari, dan jangan lupakan mereka :')
memang saya tak akan lupakan mereka, saya tak mahu mereka rasa 'kehilangan' saya terutamanya sekarang, selepas berumah tangga. moga Allah permudahkan jalan dan murahkan rezeki saya, 
untuk balas jasa mereka selepas ini :) 
moga saya dapat posting di terengganu nanti :) 
rabbi yassir wala tu'assir..

dan video ini, seribu kali tengok pun, air mata pasti mengalir :')


Friday, February 8, 2013

ayam kfc vs udang butter prawn

Tajuk tiada kena mengena.


Setiap orang pasti ada sekurangnya satu peristiwa yang tak dapat dilupakan. 

Walaupun saya ada banyak, tapi hari ni teringatkan satu peristiwa yang tak dapat dilupakan gitu. peristiwa hari pertama masuk sekolah.
Sekolah Stmfp kebanggaanku membimbing anak watan.
Seperti orang lain, hari pertama masuk sekolah berasrama pasti menyedihkan.
Walaupun kakak saya senior di sekolah tersebut tapi
 terpisah dari keluarga dan persekitaran baru cukup mencuakkan.
Hari pertama mendaftar ditemani abah dan mama juga arwah tok ayah. 
Sebelum pulang, mama belikan kfc dan kami makan beramai2. 
Bagi orang homesick seperti saya, sekalipun dihidangkan udang butter prawn pada masa tu tiada gunanya sebab tengah cuak; sekejap lagi mama dengan abah dah nak balik.
Lalu mama tapaukan saya seketul paha ayam goreng kfc . 
Mama balut ayam tersebut dengan tisu. 
Mama pesan supaya makan ayam tersebut malam tu kalau lapar. 
Saya angguk dan beredar ke asrama. 
Saya letakkan ayam tersebut dalam loker kayu saya. 

Malam tu saya langsung tak makan ayam tersebut, saya biarkan saja dalam loker.
Malam tu juga saya telefon mama sambil menangis sambil ditemani housemate, Suha. 
Suha pun menangis juga bila tengok saya menangis. 
Semestinya Suha juga homesick seperti saya.
Mama tanya saya, kalau saya nak bersekolah di sekolah harian mama akan datang ambil. Pada masa tu saya fikir saya tak sanggup kecewakan mama abah. 
Mama susah payah buat persiapan dan beli barang untuk saya belajar di sekolah berasrama, saya tak sampai hati nak hampakan mama.
Nasihat mama, lama-lama pasti saya dapat biasakan diri.
Biasalah, hari pertama di tempat baru, kawan pun hanya ada seorang.
Makan nasi pula di dalam tray besi berlaukkan kari ikan 'jaket'.
Tidur pula atas katil dua tingkat bergoyang-goyang.

Berbalik kepada kisah ayam berbalut tisu tadi, 
tahu tak berapa lama ayam tersebut terkurung dalam loker saya? Seminggu. Ya seminggu. Sebab setiap kali saya tengok ayam tersebut saya memang sebak teringatkan mama. 
Serius saya menangis bila tengok ayam berbalut tisu. 
Jadi saya langsung tak tengok ayam tersebut dan 
seboleh-bolehnya akan elakkan daripada tengok ayam tersebut.
Ayam tersebut langsung saya tak sentuh. 
Hari ke 7, saya sentuh ayam tersebut sebab dah tak berapa homesick
memang sudah keras kekung orang kelate kate. Haha. 
Beberapa tahun selepas saya bersekolah di situ, 
baru saya ceritakan pada mama abah dan adik beradik. 
Dan seperti yang dijangka mereka ketawakan saya. 
Dan kisah tu diungkit mereka sampai sekarang. 

Abah cakap saya tak patut homesick sebab abah dan mama hantar pergi sekolah, datang melawat setiap minggu ditambah lagi rumah saya dekat saja dengan sekolah. 
Abah dulu sekolah di Sdar seremban, jauh dari keluarga tambahan pula cik (arwah tok saya) hanya hantar abah sampai stesen keretapi saja.
Sekian. Anda juga semestinya ada kisah yang tak dapat dilupa seperti saya kan?
Kisah ayam berbalut tisu terkurung dalam loker kayu :D 

Sunday, December 30, 2012

concerning

concerning.

i do concern about those who concern about me.
to whom it may concern,
you once told me

my pain is your pain
my smile is your smile
my happiness is your happiness
my tear is your tear

thus i do concern like you

your pain is my pain
your smile is my smile
your happiness is my happiness
your tear is my tear

i want to share everything with you :)



Tuesday, November 6, 2012

Aidiladha 2012

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah setelah dua tahun tak pulang beraya di kampung,
tahun ni berpeluang pulang beraya bersama keluarga.
dan berpeluang beraya dengan 2 keluarga. 
Walaupun hari raya aidiladha dah berlalu hari 2 minggu, 
tapi oleh sebab tahun ni berlaku unfortunate event sebelum pulang beraya,
pengalaman tu akan saya ingat sampai bila-bila lah kot.

Nak cerita pengalaman pulang beraya hari tu, hari raya aidiladha jatuh pada 26hb 10.
Kami bertolak pulang ke kelantan pada 25hb 10, lebih kurang pukul 1 petang. 
plannya memang nak bertolak awal tapi atas sebab tertentu, kami bertolak lewat sedikit.
trafik bergerak lancar dari shah alam menuju ke raub (ecece macam dj radio era jew ^^)
tapi bila sampai kuala lipis, kereta dah mula bergerak perlahan.
dan tiba-tiba, banyak kereta dari arah bertentangan angkat lampu kecemasan.
saya memang blur la, tak kisah diorang nak angkat lampu kecemasan ke, lampu jalan ke.
tapi suami dah mula gelabah. suami cakap mungkin ada pemeriksaan polis kot kat depan.
tak lama lepas tu, ada 4,5 biji kereta dari arah bertentangan buat isyarat suruh u turn,
maknanya jalan kat depan tu tak boleh lalu.
maka banyakla kereta yang pusing balik termasuk kereta kami.
kami sempat tanya orang kat situ, beliau cakap ada jambatan runtuh. ada juga pakcik motosikal cakap kat depan ada tanah runtuh. dan sebenarnya kami dah mula ragu-ragu sebab tak tahu apa sebenarnya yang runtuh. bila kami dah pusing balik tu, datang la sebuah kereta ala-ala stream bagitau yang kat depan tu takde apa-apa pun, cuma jem je. jalan boleh lalu macam biasa. dia cakap dia dah tanya polis, polis cakap tak de jambatan runtuh. maka kami pun tak tahu nak buat apa. suami berhentikan kereta dan tanya seorang penduduk kampung di situ. pakcik kata kat depan tu ada jambatan runtuh. 
dan pakcik bagi direction kepada kami untuk balik melalui jalan felda.
memang saya ingat sampai hari ni la direction yang pakcik bagi; pakcik suruh pusing semula dan pergi straight 2km ke depan, lepas tu ambil kanan, 
lepas tu pergi straight 7km lagi, lepas tu ambil kanan lagi.

maka kami bergeraklah memasuki felda lebih kurang pada pukul 5 petang. hujan pula turun renyai-renyai pada masa tu. jalan sepanjang felda tu memang sempit,kiri kanan hutan tapi kami tak terkejut sangat sebab kami dah boleh agak. nama pun jalan felda kan. 
lebih kurang sejam perjalanan, tiba-tiba kereta depan dah bergerak makin perlahan. 
rupa-rupanya kat depan tu ada titi kayu. ya Allah tuhan sajalah tahu perasaan kami masa tu, berdebar sungguh saat kereta merentasi titi tu sebab saiznya yang agak kecil dan lubang-lubang. lepas kami berjaya merentasi titi tu kami memang menarik nafas selega-leganya lah. jalan raya yang pada mulanya jalan bertar kini dah bertukar jadi jalan bertanah merah. kereta di hadapan kami pun dah bergerak makin perlahan. dan mungkin boleh dikatakan langsung tak bergerak. sejam kami tunggu. dua jam. dah ada 2,3 buah kereta yang terus matikan enjin dan padamkan lampu kereta dan ramai orang keluar dari kereta untuk mencari punca kenapa kereta langsung tak bergerak. tak lama kemudian kereta di hadapan bergerak beberapa langkah ke depan. tiga jam. empat jam. kereta di hadapan bergerak beberapa langkah lagi ke depan. lima jam. barulah kereta mula bergerak perlahan-lahan ke depan. rupa-rupanya kat depan sana ada bukit cerun, dan jalan agak licin akibat hujan jadi kereta terpaksa ditolak satu demi satu. nasib baiklah pada masa kereta kami melalui jalan bukit tu,hujan dah reda. saya amat terharu, sebab penduduk felda ni memang sangat membantu kami yang kesusahan mencari jalan keluar ni, disebabkan jalan yang gelap. dan penduduk felda ni jugalah yang datang beramai-ramai membantu untuk menolak kereta yang tersekat di kawasan bukit. pada jam 11 malam kami berjaya keluar dari jalan felda chegar perah tersebut. alhamdulillah kami tiba di rumah keluarga suami pada jam 430 pagi.


akhirnya kami berjaya makan daging bersama-sama ^^

dan bapa mertua cakap, berita dalam tv maklumkan tiada sebarang runtuhan jambatan mahupun tanah. semua tu hanya khabar angin. ya Allah sakit betul hati memikirkan siapalah yang pandai-pandai buat khabar angin semua ni. memang betul-betul menyusahkan orang. tapi, seorang kawan saya yang pulang pada hari yang sama cakap, memang ada tanah runtuh. dan ada lori terbalik. haaaaa lori terbalik la pulak kan. -_-'' 

maaf lah kalau cerita saya ini membosangkang. nak ceritanya ini pertama kali dalam lipatan sejarah saya hidup selama 23 tahun, pulang ke kelantan yang mengambil masa lebih 15 jam. memang sangat penat tapi segala penat tu hilang lepas dapat makan daging dan nyicoh perut air tangan mama dan mama mertua :DDD dan sila bersedia mental dan fizikal untuk pulang bercuti pada deepavali nanti pula >,<

Friday, September 28, 2012

berkahwin,mengahwini,dikahwini

Macam biasa tak tahu nak letak tajuk post apa.
Ini post selepas bergelar sudah tidak bujang lagi.
Terima kasih ya Allah.Alhamdulillah ya Allah.
besar nya nikmat yang Kau anugerahkan.Indahnya nikmat yang Kau hadiahkan.
Terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan jalan.
Tak pernah merasa ketenangan sebegini.
Terima kasih ya Allah.

Terima kasih mama dan abah tercinta.
Terima kasih keluarga tercinta.
Terima kasih mama yang memahami,yang paling banyak berkorban demi membahagiakan saya.
Terima kasih abah yang menyayangi,tak pernah tunjukkan keletihan di depan kami anak2
walaupun kami tahu abah tersangat penat.
Jasa abah dan mama akan dibalas, kerap kali abah mama tolak duit yang saya hulur,dan mungkin duit tu semua tak mencukupi,tapi saya berjanji iringan doa buat kalian takkan kering dan berhenti dari bibir ni.
Terima kasih alom yang saya kasihi,
Syukurnya Allah kurniakan saya kakak yang memahami dan tak pernah berhenti beri nasihat.
Alom tak pernah abaikan saya,hingga pada saat akhir perkahwinan saya, alom suapkan air dan kuih
 untuk saya sebelum majlis berlangsung, sebab risaukan saya.
Ketahuilah saya sayang sangat alom lebih dari diri saya sendiri.
Terima kasih adik-adik tersayang,nabil dan najwa yang selalu jadi penghibur hati.
Terima kasih saudara-mara yang jauh,yang dekat yang tak pernah merungut tak pernah mengungkit saat saya perlukan bantuan.terima kasih untuk tangan yang kalian hulurkan.
Jasa kalian tak mampu saya balas, tapi saya mendoakan kesejahteraan buat kalian,
semoga kalian sentiasa berada dalam rahmatNya.


Terima kasih sahabat,
Terima kasih teman seperjuangan di Sk Kamil 2, sms tengku muhd faris petra,teman JAD,dan teman yang lain kerana masih mengingati walaupun dah lama tak berhubung.terharunya saat melihat kalian sudi datang ke majlis kami walaupun terpaksa menyusahkan diri datang jauh dari tempat kalian ke kelantan.saya hargai setiap hadiah yang kalian beri.ada teman yang tak boleh datang tapi sempat kirimkan hadiah,terima kasih. terima kasih untuk semua doa yang kalian titipkan untuk kami,terima kasih untuk ucapan di facebook, twitter, kiriman sms dan telefon. maaf andai ada yang tak terbalas, mungkin saya terlepas pandang. terharunya bila baca post beberapa orang sahabat tentang saya, terima kasih semua. terima kasih untuk sahabat sejati nurul ain sebab banyak membantu hingga saat akhir perkahwinan saya..terima kasih ain sbb tak pernah lupakan saya, Allah saja lah yang dapat balas jasa ain. moga Allah permudahkan pula jalan in :) terima kasih untuk sahabat setia wan zuliyana, dia lah orang penting dalam hidup saya. sebab dialah yang banyak tolong saya dan sudi mendengar saat saya sedih. saya akan sentiasa cuba ada untuk dia sampai bila-bila walaupun komitmen saya bertambah sekarang ;) saya tak dapat sebutkan satu-satu nama sahabat di sini,tapi saya hargai anda semua.Maaf andai ada yang terkurang pada majlis kami, saya manusia biasa, saya cuba buat kalian gembira,tapi saya cuma hamba yang tak sempurna dan tak punya apa-apa..



Terima kasih sayang,
Alhamdulillah akhirnya jodoh saya ialah dengan orang yang saya cinta.
Alhamdulillah akhirnya jodoh saya dengan orang yang saya kenal 7 tahun dulu.
Syukurnya suami saya ini ialah orang yang tak pernah tinggalkan saya walaupun saya banyak kekurangan.
Alhamdulillah Allah panjangkan jodoh kami. Dulu saya segan nak bercerita tentang dia, walaupun dia minta banyak kali. katanya saya asyik bercerita tentang orang lain tapi tak pernah bercerita tentang dia.
kisah kami panjang,ada pahit ada manis. mungkin boleh buat novel kuikui.
saya tak pernah minta jodoh saya mestilah kacak, berharta,romantik dan seumpamanya. cukuplah dia itu memahami saya dan boleh terima kelemahan saya.
Bila semangat makin luntur,dia sentiasa ada di sisi tak pernah meninggalkan.
Bila saya langsung tak tahu nak selesaikan masalah research,
dia sanggup fahamkan sendiri walaupun itu bukan bidang dia.
Bila saya menangis sebab tak jumpa penyelesaian,
dia sanggup tinggalkan game-game dan anime dan komik online kegemaran dia tu dan cuba selesaikan.
Bila saya ada masalah, muncullah poskad2 penaik semangat dari dia.
Sepanjang 7 tahun kenal dia, tak pernah sekalipun dia tinggikan suara pada saya.
Bila dia marah, marah tu tak lama, tak pernah lebih dari 2 minit.
Dulu waktu kecil abah selalu bacakan doa untuk saya sebelum tidur.
Alhamdulillah orang yang tak pernah lupa bacakan saya doa sebelum tidur setiap malam
sejak 4 tahun lalu kini jadi suami saya.

 


Saya mahu jadi anak solehah untuk mama dan abah yang akan sentiasa doakan kebaikan untuk mereka.
Saya mahu jadi isteri solehah penyejuk mata untuk suami saya.
ini bukan pengakhiran kisah kami tapi ini permulaan kami untuk laksanakan tanggungjawab.
Moga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke syurga.
Moga Allah kurniakan kami anak-anak soleh/solehah penceria keluarga.



dan ini khas untuk hasparina sensei tersayang! :)







Wednesday, August 22, 2012

Aidilfitri 1433

Selamat hari raya Aidilfitri 1433 hijrah!
Tahun ini raya meriahhh.walaupun tak ada baju raya,
tapi gembira sangat sebab dapat beraya dengan keluarga.
Tahun lepas beraya di perantauan, 
alhamdulillah tahun ni Allah bagi peluang beraya dengan keluarga semula.
Tapi malam raya tak boleh tidur nyenyak sebab bunyi dentuman mercun 
tak henti-henti sampai ke pagi. >.<
Tahun ini kami memang tak buat kek, kuih atau juadah raya,
hari raya pertama lepas solat sunat aidilfitri,bersalaman dengan ahli keluarga.
Tahun ni alhamdulillah Allah murahkan rezeki saya bagi duit raya untuk keluarga,
tapi yang kelakarnya,bila sampul duit raya dihulur pada mama dan abah,
mereka hulurkan juga pada saya sebab katanya saya dah berhenti kerja lepas ni.
*akan diupdate kisah berhenti kerja di post yang akan datang.
Untung lah dah besar panjang pun dapat duit raya lagi kan :D
Juadah raya pertama kami hari itu mestilah di rumah tokmi.
Tokmi masak lontong,rendang,nasi minyak.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
tak dapat nak dibandingkan dengan apa sekalipun nikmat yang Allah dah beri.
Allah sampaikan saya pada ramadhan dan juga syawal pada tahun ini;
moga Allah sampaikan juga kita semua dengan ramadhan dan syawal yang akan datang.

ini keluarga saya

famili belah mama

famili belah abah


Selamat hari raya semua;
maafkan saya andai ada salah silap,secara terang ataupun sembunyi;
saya manusia biasa yang tak sempurna

Nota: Lepas ni kena diet lagi!walaupun masa bulan ramadan yang lepas dah turun 5 kg,tapi dah boleh nampak tanda-tanda berat badan mahu naik semula >.<

Tuesday, April 17, 2012

gembira bila gembira

tersebutlah kisah,
seorang pakcik teman isteri dan anak-anaknya pergi bank untuk buka akaun bank baru.
biasalah, kena tunggu giliran yang agak lama di bank;
pakcik ambil keputusan mahu ambil angin kat luar kawasan sekitar bank.
pakcik dahaga air,beliau singgah di kedai runcit berhampiran bank untuk beli air tenaga revive.
masa tengah bayar air revive,pakcik perhatikan gelagat 2,3 orang kanak-kanak sekolah yang mahu beli air kat gerai berhampiran.
ini perbualan antara salah sorang kanak-kanak tu dengan makcik penjual air di gerai:

kanak-kanak:cik,buleh dok nak air hergo 80 sen, duit sayo dok cukup
makcik:tok leh dik,keno beli hergo seriya(seringgit) jugok.mokcik tok jual air hergo 80 sen.
kanak-kanak:takpo lah kalu gitu gak cik..

kanak-kanak tu beredar dari gerai, dan mencari kalau-kalau ada kedai yang menjual minuman berharga 80 sen.
selesai bayar air tenaga revive,pakcik mendekati kumpulan kanak-kanak tu.
lalu pakcik bertanya,
'siapa nak 20 sen?'

kanak-kanak tadi tanpa berlengah terus angkat tangan dan menjawab 'saya!'

lalu dihulur 20 sen kepada kanak-kanak tadi.gembira bukan kepalang.terus dia berlari semula ke gerai menjual air tadi.
pakcik gembira bila tengok kanak-kanak tu gembira dapat beli air hilangkan dahaga.


gembira nya bila kita mampu gembira kan orang lain.
tapi kadang-kadang kita tak mampu nak gembirakan semua orang,mahupun diri sendiri.kan?



Wednesday, February 8, 2012

saya,adik dan donat

kisah saya,adik dan donat.
donat tidak tersenarai dalam makanan kesukaan saya
saya masih ingat lagi,dulu,walaupun donat memang senang didapati dan selalu jadi rebutan kat kantin unisel tapi saya bukanlah antara orang-orang yang pergi berebut nak dapatkan donat tersebut pada waktu rehat kelas wada sensei mahupun mizuno sensei.
tapi ada 1 jenis donat yang saya sangat suka makan ia.
3 biji pun saya boleh habiskan dalam satu masa.
iaitu donat cheese big apple.
say cheese nama diberi.
memang sungguh enak sekali.
memilih kan saya? hehe.biasa lah.
selera makan saya yang tinggi bukan pada donat.
tapi saya tak ketepikan donat-donat yang lain.
rezeki jangan ditolak.
kalau anda memberi saya menerima dengan senang hati. :)

bulan 8 tahun lepas, cuti musim panas, saya tak lepaskan peluang pulang ke Malaysia.
kebetulan masa tu bulan puasa. nak berhari raya bersama keluarga.
seperti sahabat-sahabat yang lain, saya pun buatlah list makanan yang hendak dimakan.
gembira bukan kepalang, nak balik Malaysia nak makan macam-macam.
nasi kerabu, ikan bakar, roti jala, roti canai, mi kari, kfc, secret recipe DAN say cheeese big apple donat juga turut tersenarai dalam list makanan idaman.
bila balik Kelantan,memang cari lah satu-satu semua makanan yang diidam-idamkan ni.
satu hari satu makanan idaman mama buatkan atau belikan.
minta saja itu ini semua akan ada di dapur nanti.
maka tibalah hari di mana 2,3 hari saja lagi saya nak pulang semula ke jepun.
saya dah janji dengan kawan baik saya Nana, beliau nak bawa saya jalan-jalan dekat Tesco.
oh ya, di Kelantan, big apple hanya ada di Tesco ya.
maka Nana pun dengan senang hati lah membawa saya ke Tesco sebab saya bagitau dia saya sangat mengidam nak makan big apple cheese donat.
(terima kasih Nana jasamu sentiasaku kenang)
maka tertunailah impian mahu makan donat big apple. saya beli yang 1 set ada 6 biji, 3 donat say cheese, 3 lagi saya lupa. jadi saya pulang lah ke rumah membimbit bungkusan big apple tersebut dengan senang hati.
masa tu perut tengah kenyang sebab buka puasa dengan benda lain dulu.
dan saya tekad nak makan donat say cheeeese tu waktu sahur.
saya letak donat atas meja kat dapur.tak sabar nak makan untuk sahur.
kejap-kejap saya pergi intai kat dapur.
donat say cheese yang pada mulanya ada 3,berkurang jadi 2.dalam hati saya kata tak apa lah,
ada lagi 2.makan 1 biji je pun dah cukup tak sabarrrrrrnya nak makan donat masa sahur nanti.
pukul 5,mama gerak sahur,kami sekeluarga biasanya bersahur sama-sama makan nasi.
tapi oleh sebab donat kegemaran masih belum dimakan, saya dah tak hiraukan nasi depan mata sebaliknya saya meluru ke meja nak makan donat kegemaran.
dalam hati gembira bukan kepalang sebab makanan yang saya idamkan semuanya hampir berjaya dimakan. tapi, bila saya buka kotak, donat big apple saya tiada.
......................................................................................................................................
saya sedih.sangat sedih.saya tak tahu kenapa masa tu saya rasa betul-betul sedih dan marah.
saya ni bukanlah jenis orang yang suka berkira,serius tak.
tapi pagi tu saya serius sedih.donat cheese saya tak ada.tapi ada donat lain.
tapi saya tak makan donat lain tu.
sebab saya tak suka makan donat lain.
saya rasa nak menangis,nak mengamuk,nak marah orang.semua adalah.
haaa hebat kan penangan donat cheese tersebut.
dalam hati ni memberontak.kenapalah orang makan donat saya.
tu satu-satunya donat yang saya suka makan. tolong lah makan donat lain.
dah la saya ni jarang boleh balik.jarang boleh makan.
saya fikir tinggal beberapa hari je lagi cuti saya di Malaysia.
jadi memang tak ada masa dah nak beli donat.
dan saya dapat tahu bahawa donat tu dimakan abah dan adik.
saya tak marah abah.tapi saya marahkan adik.
saya marah adik sampai saya tak tengok pun muka dia.
saya tak bercakap pun dengan adik.(bila saya marah saya diam)
sampai lah keesokan harinya tu saya dah tak dapat kawal kemarahan saya.
sebab adik tak rasa bersalah pun makan donat tu.
ya lah,adik tak tahu pun saya suka donat cheese tu kan.
saya nak tahu kenapa adik makan donat tu.
saya marah adik,saya tanya kenapa makan donat tu.kenapa makan donat tu.
lepas tu adik menangis.sebab saya jarang marah adik.
dalam keluarga saya,saya paling rapat dengan adik.
tapi masa tu saya memang marah dia.saya ingat lagi.
marah hanya kerana adik makan donat saya.saya kempunan nak makan donat tu setahun.
tapi tak dapat makan juga.sebab adik makan donat kesukaan saya.

cerita saya,adik dan donat tamat di sini.
sebab lepas tu saya dah tak marah adik dah.kalau marah pun bukan dapat balik donat tu kan :D

tapi lepas peristiwa tu saya rasa sangat-amat-sungguh-terlalu bersalah.
sebab marah adik hanya kerana donat.
saya pentingkan diri.
hanya sebab nak penuhi selera makan perut saya,saya marah orang lain.
semalam saya teringat semula peristiwa ni,saya menangis.
menangis bukan sebab tak dapat makan donat kesukaan,
tapi menangis sebab terfikir alangkah penting dirinya saya.
saya tak terfikir pun masa tu,bagaimana keadaan adik.
mungkin dia makan donat tu secara tak sengaja,
mungkin dia terlalu lapar dan kalau tak makan nanti gastrik, dll.
memanglah saya dah lama tak makan donat tu,teringin sangat-sangat lah kan.
tapi mungkin adik pun dah lama tak makan donat tu,adik pun jarang balik rumah
sebab tinggal di asrama.
tadi saya mesej adik,saya tanya dia ingat lagi tak peristiwa ni.
tapi adik cakap tak ingat dan banyak kali tanya saya bila masa dia makan donat tu hihi.
baguslah adik tak ingat kan :D

kita selalu harap orang lain faham kita,

tapi pernah kita cuba untuk faham orang lain?
saya nak adik faham saya yang memang dah lama mengidam nak makan donat tu,
tapi saya tak faham,adik kelaparan masa tu.
maaf ya adik..
saya akan cuba makan semua jenis donat lepas ni.
saya harap saya tak akan pentingkan diri macam tu lagi.
saya harap saya tak pentingkan diri.
saya harap saya tak pentingkan diri.


"tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak,bahkan akan mendapat seksa yang pedih iaitu seseorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir,sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan(penting diri),orang yang menjaja barangannya sesudah lewat waktu asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membaiat pemimpin hanya untuk manfaat dunia;apabila kelak maksudnya tercapai,ia patuh dan jika tidak,ia mungkir(berpaling tadah)" (HR Muslim)


nauzubillah.








*buat sahabat-sahabat saya,selamat berjuang hingga titisan terakhir.
moga Allah berkati usaha kita.

Monday, January 2, 2012

2 Januari 2012

pagi tadi dikejutkan dengan berita pemergian tok ayah.
tok ayah pergi buat selamanya pagi tadi. innalillah..
tok ayah selamat dikebumikan lepas zohor tadi.
moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan roh beliau dicucuri rahmat

saya sangat sayang tok ayah.
kami adik-beradik memang rapat dengan arwah tok ayah
sebab sejak saya kecil lagi arwah selalu datang ke rumah.
arwah dulunya nelayan, jadi selalu bawakan kami ikan-ikan segar.
saya pula selalu juga ikut abah pergi ke tempat arwah memukat ikan,
kadang-kadang kami makan ikan bakar sama-sama.
sampai sekarang, saya rasa faktor saya sangat suka makan ikan ialah sebab saya selalu makan ikan yang arwah selalu bagi dulu..

saya sangat sayang tok ayah.
dulu kecil-kecil bila arwah datang rumah, arwah gerak saya sembahyang subuh, saya pula liat nak bangun. kalau mama atau abah yang kejutkan, saya bangun malas-malas. tapi bila arwah kejutkan, oleh sebab nada suara beliau tegas, jadi saya akan terus bangun. jadi sampai sekarang kalau saya liat nak bangun subuh, saya teringatkan arwah..

saya sangat sayang tok ayah.
dulu masa mula-mula masuk sekolah Faris Petra, arwah datang masa hari pendaftaran. bila nak pilih kelas bahasa, saya nak sangat-sangat masuk kelas bahasa jepun. tapi arwah cakap, 'masuk kelas bahasa arab la,nanti dalam kubur malaikat tanya soalan dalam bahasa arab, bukan bahasa jepun' jadi saya masuk kelas bahasa arab dan dapat mumtaz kerana sokongan arwah tok ayah.

saya sangat sayang tok ayah.
masa belajar di unisel, arwah pernah jatuh sakit. saya pergi melawat beliau di hospital, masa tu doktor suntik ubat bius dekat arwah jadi arwah tak sedar. tapi oleh sebab lama tak jumpa tok ayah, saya menangis meraung suruh arwah bangun.. semua orang tenangkan saya masa tu..

saya sayang sangat tok ayah.
senyuman tok ayah saya rindu
saya tak sempat jumpa arwah
saya tak sempat tengok arwah
saya tak sempat cium arwah
sebab tu saya terkilan.asyik menangis dari pagi..

hinggalah dapat mesej dari sahabat,
saya sepatutnya gembira sebab arwah pergi jumpa Allah dulu..
jangan menatap menangis atas pemergian arwah,
nanti arwah tak tenang..
walaupun saya rasa sedih tapi saya tahan.
walaupun saya rasa tak kuat tapi saya tahan.
saya tak mau arwah tak tenang.

walaupun emosi saya masih tak stabil lagi
tapi tolong doakan saya kuat
moga arwah tenang di sana..
moga saya dapat jumpa lagi arwah di sana..

Saturday, November 5, 2011

update malam raya

kecil-kecil dulu,saya pernah tanya abah
'abah,Saddam Husein tu jahat ke?'


banyak kali jugalah pertanyaan ni saya ajukan pada abah,sampailah abah cakap,


'mungkin ada salah yang dia buat,tapi dia kan orang Islam'


samalah juga masa awal tahun ni,saya tanya lagi abah,


'abah,Gadafi tu jahat ke?'


abah hanya ketawa,masa tu ada pujaan hati,syafikah,dengan afiqah sekali.diorang pun turut sama ketawakan saya.dan masa tu saya teringat semula pertanyaan yang sama yang saya tanyakan pada abah beberapa tahun lalu..


manusia,memang lumrah dia akan nampak yang buruk tu lebih dari yang baik.walaupun berjuta kebaikan yang dia buat,tapi sekali terbuat salah sebesar habuk pun,salah tu lah yang lagi diingat dan diungkit sampai bila-bila.


when someone does something wrong, don't forget all the things they did right.


jangan mengira apa yang telah kamu buat untuk mereka, tapi kiralah apa yang mereka telah buat untuk kamu, supaya kamu sentiasa sentiasa bersyukur dan berlapang dada.


dan takkan tak ada langsung kebaikan yang seseorang tu buat pada kita,walaupun setitis air vanhoten kan?



selamat hari raya aidiladha,kali kedua raya di perantauan
(mungkin kali terakhir raya berjauhan dari keluarga) >.<
maaf zahir batin kepada semua.
percayalah,dari pengorbanan tu akan menghasilkan sesuatu yang manis :)
malam ni tidur awal,esok mahu sembahyang raya di embassy. :)



Wednesday, August 31, 2011

salam aidilfitri

1 syawal di perantauan.
pertama kali beraya di perantauan.
memang tak ada 'feel' langsung macam beraya di Malaysia.
pergi embassy di pagi raya,sembahyang raya di sana..walaupun makanan yang dihidang bukan juadah yang disediakan macam yang biasa terhidang pada pagi raya di Malaysia,tapi tak apa lah.makan apa yang ada sajalah.dah nama lagi beraya di perantauan.




ambil gambar bersama kawan-kawan.pertama kali,raya pertama beraya bersama kawan-kawan.dapat pengalaman baru dalam hidup.makan sama-sama,ambil gambar sama-sama,sedih sama-sama.tabah sama-sama.tabah kan kami? :)



balik rumah,rehat-rehat.nak jalan-jalan pun tak ada rumah yang terbuka.orang Jepun tak buat rumah terbuka :| skype dengan keluarga,mama tengah sibuk layan orang datang ramai kat rumah.boleh rasalah kemeriahan kat rumah tu,mesti riuh rendah orang datang tak putus-putus macam tahun lepas...

sayang mama dengan abah sangat-sangat,terubat rindu tengok senyuman mereka ;')

lepas tu kan kan kan,malam nya pula buat makan-makan,makan sate,makan nasi himpit.Ishimatsu Sensei pun datang.malam ni lah baru boleh rasa masakan Malaysia.sedap jugalah kawan-kawan masak.mereka semua memang berbakat.



konklusinya,raya di perantauan memang lain sangat lah dengan raya di Malaysia..kalau tahun lepas,raya pertama di Malaysia boleh makan banyak sangat dan boleh makan apa-apa saja yang diidamkan sampai sakit perut.raya pertama di sini nak makan juadah raya memang tak ada lah,kalau nak makan kena buat sendiri.kalau ada benda yang teringin nak makan,kena masak sendiri.nasib baiklah ada kawan-kawan yang pandai masak. :) tahun lepas,raya pertama di Malaysia boleh jumpa sanak saudara yang dah lama tak jumpa,sesetengah tu yang boleh jumpa time raya je,keluarga intan payung pun datang rumah.raya pertama tahun ni jumpa kawan-kawan saja,boleh skype dari jauh je dengan keluarga dan sanak saudara,boleh tengok gambar-gambar keluarga dan sanak saudara dekat facebook je.
kalau tak ada facebook tak boleh tengok lah.jadi terima kasih facebook!
raya pertama di Malaysia biasanya akan dapat duit raya dari orang-orang yang dah bekerja,raya pertama tahun ni tak dapat duit raya dari siapa-siapa pun,sebab tak ada rumah yang terbuka.
eh ni macam sesi meluahkan perasaan lah pula.tak tak,saya tak mengeluh.kena bersyukur dengan apa yang ada.walaupun raya tahun ni tak seberapa,tak semeriah macam raya-raya sebelum ni,tapi saya tetap bersyukur sebab masih berpeluang menyambut hari raya.masih boleh menyambut raya dengan jiwa yang merdeka.ceeewah hehe..ok lah,salam perantau dari saya,Nabila di Jepun :) maafkan salah silap saya andai ada terkasar bahasa,tersilap kata,yang terang mahu pun tersembunyi.deh? :)

Thursday, August 25, 2011

ku tunggu-tunggu..

gelisah.
risau.
kenapa tak berbalas.
tunggu balasan sampai tertidur.


tapi...
bangun pagi sudah berbalas!




pendek tapi bermakna.

rindu abah.
teringat dulu-dulu tengok Mr Bean dengan abah.abah gelak kuat-kuat :')





-imisshome-

Saturday, August 20, 2011

20 ramadhan

2,3 hari ni saya rasa tak ada semangat.
tak tahu kenapa.
asyik rasa nak mengeluh.tapi taknak mengeluh.sebab tu ciri-ciri orang tak berjaya.
kenapa suka mengeluh
sebab tak dapat makan sedap-sedap ke?
entahlah.
sebab tak dapat pergi bazar ramadan beli ikan bakar ke?
entahlah.
sebab tak dapat beraya di Malaysia ke?
entahlah.
tapi rasa tak ada semangat.
saya tak boleh macam ni,tambahan pula di bulan baik yang datang hanya sekali setahun saja.
kalau tak semangat macamana nak habiskan azam bulan ramadan ni.
ya Allah tolong lah bagi saya kekuatan.
hari ni dah masuk 20 ramadhan.lagi 10 hari sebelum habis bulan ramadhan.
jom usaha sama-sama,hidupkan 10 malam terakhir ni,rebut pahala sebanyak mungkin.
sebab,kita tahu kan lailatul qadar itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan ramadhan.

Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)




hari ini saya sangat gembira!
sebab saya dapat kad raya!
dari malaysia.
seronok.

kelakar lah alamat rumah ni :)

saya rasa saya sangat istimewa lepas terima kad ni :)

walau jasad kita terpisah jauh tapi hati kita selalu dekat :)



untuk kakak kesayangan saya,ini video untuk ceriakan kamu :)
jangan sedih-sedih.nanti saya pun sedih juga.
insyaAllah moga Dia permudahkan semuanya.minta dengan Dia banyak-banyak deh.
adik mu sentiasa menyokong walaupun dari jauh :))