Showing posts with label sayang Allah. Show all posts
Showing posts with label sayang Allah. Show all posts

Saturday, April 4, 2015

sepatah dua kata..

Hm..sekarang laman sosial jadi tempat meluah melepaskan geram, kata mengata, bersangka2 juga tempat sebar aib manusia.. banyak yang buruk mengundang dosa.. entah lah. kasihan, laman sosial ni kalau betul cara guna nya boleh jadi tabung pahala kita.. tapi kalau sebaliknya, boleh juga jadi tempat dosa berangkai untuk kita. banyak sangattt maklumat baik dan ilmu pengetahuan yang boleh dikutip dari laman sosial, bagus.. tapi kalau disalah guna, jadilah tempat mengumpat zaman cyber.. kita duk jaja cerita buruk orang, tapi buruk kita, kita tak endah.. umpamanya duk sibuk cerita orang tak bayar zakat, tapi kita duk lengah2 lagi masa imam tengah khutbah jumaat.. laman sosial dah jadi tempat luah perasaan tak puas hati, sampai terbuka aib diri.. nak mengadu raih simpati di laman sosial, lupa pada Dia penyelesai masalah semua kaum manusia.. menyedihkan bila baca status tak puas hati pada suami/isteri sendiri, pada jiran, kawan dll.. bangga ke bila orang tahu masalah dalam rumah kita.. selesai ke masalah bila dapat buat begitu.. entahlah. faham, kita sampai bila2 takkan pernah puas hati dengan apa yang kita ada.. semua manusia nak hidup bahagia dan senang, tapi kita lupa dunia hanya tempat sementara bagi kita kumpul bekalan untuk dibawa ke negara akhirat sana.. ujub riak bangga diri di dunia pasti tak kan terlintas dalam hati.. 

dan ingatan juga untuk saya, sebelum cakap aib dan buruk orang, mari jenguk dan tengok pada diri sendiri.. saya bukan orang alim, bukan orang warak, masih banyak perlu dibaiki, kadang2 terkhilaf juga, kita manusia biasa.. tapi.. serius, penat dengar duk cerita buruk orang, aib orang, sebar berita yang belum tentu betul atau tidak. hati2 sebar maklumat/berita.. kalau betul dosa mengumpat, kalau salah dosa fitnah. dua2 undang dosa.. tapi tuan punya badan macam tak endah ada buruk juga pada diri sendiri. duk suruh orang berubah, tapi tak fikir untuk ubah diri. ini peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.. manusia boleh berubah, andai yang jahat boleh jadi baik, yang baik boleh jadi jahat.. bila disebar aib orang sedangkan dia nanti berubah, cuba fikir bila aib kita disebar sedangkan kita dah tinggalkan benda yang buruk tu.. mari duduk sekejap, tengok diri kita, tengok apa kurang kita, tengok apa yang tak ok pada diri kita.. dah cukup atau belum amalan kita biar pemberat pahala itu melebihi pemberat dosa nanti.. dan cuba renungi,cuba baiki.. baiki hubungan dengan Dia, insyaAllah, tentu takkan timbul rasa tak puas hati sakit hati ada sesiapa.. tentu takkan ada masa dan takkan sempat untuk kita fikirkan hal orang lain lagi dan sebar buruk orang lain lagi.. 

saya yang kekurangan ini sedang cuba baiki diri, tak tuju pada siapa2.. mahu kurangkan dan berehat dari dunia maya yang melelahkan..


Thursday, January 22, 2015

Forgive and forget

Kadang-kadang.....
Hati kita terluka dek kerana perbuatan orang
Tapi.....
Kita tak sedar kita juga buat orang terluka dek kerana perbuatan kita

Jadi.....
Kalau tak mau hati terluka jangan melukakan

Forgive and forget :)



Sunday, August 26, 2012

Sweetnya Dia

kisah titi dan qiqi

titi dan qiqi orang kampung.
titi dan qiqi sama-sama dapat melanjutkan pelajaran ke jepun.
mereka berasa sangat gembira kerana dapat melanjutkan pelajaran di sana di samping dapat kumpul pengalaman hidup di negara orang.
di jepun, titi dan qiqi belajar banyak benda baru.
mereka belajar sesuai kan diri dengan kehidupan di sana;
orang jepun makan nasi dengan chopstik.
tapi titi dan qiqi dah biasa makan nasi dengan tangan.
bila pergi kedai makan, titi dan qiqi belajar makan guna chopstik.macam orang jepun.
mula-mula belajar guna chopstik, titi dan qiqi rasa kekok.
chopstik kadang-kadang terjatuh atas lantai, tercampak ke meja sebelah, makanan tak dapat disepit sempurna dan banyak lagi cabaran yang terpaksa dilalui.


sama-sama usaha tapi hasilnya tak sama

titi usaha.hari-hari titi usaha makan guna chopstik.titi tak putus asa.titi yakin satu hari nanti dia akan mahir gunakan chopstik.
qiqi juga usaha.kali pertama guna chopstik,makanan jatuh.kali kedua,chopstik titi patah.kali ketiga guna chopstik,qiqi cucuk makanan dengan hujung chopstik.qiqi tak pernah putus asa.qiqi tak rasa usaha yang sia-sia.qiqi yakin dia akan berjaya makan guna chopstik dengan betul satu hari nanti.
5 tahun titi dan qiqi di jepun.titi dah jadi orang yang hebat gunakan chopstik.
titi dah mampu makan nasi guna chopstik.
malah titi berjaya makan ikan bakar cicah budu guna chopstik.
tapi qiqi,qiqi langsung tak berjaya makan guna chopstik.qiqi usaha hari-hari tapi qiqi tak berjaya gunakan chopstik dengan sempurna.
kenapa titi boleh jadi orang yang hebat gunakan chopstik dalam masa yang singkat tapi qiqi tak boleh walaupun qiqi dah usaha berkali-kali?


Allah tidak adil kah?

Allah bukan tidak adil.
Allah jadikan titi orang yang hebat gunakan chopstik supaya titi boleh bantu dan ajar qiqi supaya turut jadi hebat gunakan chopstik. 
Allah jadikan qiqi orang yang kurang berjaya gunakan chopstik supaya qiqi boleh usaha, tak putus asa untuk belajar lagi guna chopstik. 


keseimbangan

titi dan qiqi sama-sama dapat pahala.
titi dapat pahala membantu.
qiqi dapat pahala bersabar.
Sweet kan Allah kita.

Saturday, August 11, 2012

suka-tak-suka

Kita tak boleh paksa orang untuk suka kita.
Orang pun tak boleh paksa kita untuk suka dia.
Tak apa lah kalau tak disuka orang;
jangan sampai tak disuka Allah.






*Saat akhir ramadhan 1433.




Tuesday, May 29, 2012

cerita periuk nasi

(tajuk post tiada kaitan)
uwah!blog ini sangat kusam dan berhabuk.
berbulan lamanya tidak ku jenguk sebab kesempitan masa.

berperiuk-periuk cerita tersimpan.
dan memang tak sempat la nak buka periuk-periuk tersebut untuk bercerita.
sekarang sangat banyak benda yang harus dan perlu disetelkan.
moga Allah permudahkan jalan.
dalam kesibukan ni kadang-kadang hati tertekan.
mengadu pada manusia; berharap moga ringanlah sedikit bebanan
.tapi sebaliknya pula.bukan itu saja, direndah-rendahkan kita pula.mulai saat itu,berjanji pada diri,apa pun yang terjadi,takkan mengadu pada manusia itu lagi.
dan sebaik-baik tempat mengadu itu pada Allah lah jua..
innaka ni'mal maula wa ni'mannasir - Dia sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong

''sesungguhnya manusia diciptakan bertabiat resah gelisah.bila ditimpa kesusahan,dia berkeluh kesah.bila mendapat kebaikan dia sangat KEDEKUT.kecuali orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya'' alMaarij:19-23







catatan lepas penat bekerja :D

Tuesday, December 27, 2011

sabar itu indah

belajar sesuatu hari ini;


bila rasa malu hilang
makanya iman makin kecundang
makanya redha Allah makin berkurang
Dia yang maha tahu walaupun kita tak tahu
yang terang mahupun tersembunyi

yang terlihat mahupun dalam hati

moga masih mampu bezakan yang salah dan yang benar.
moga hati tidak sekeras batu.
sabar itu manis sekali.
sabarlah, moga hati tabah bila diuji.
sabarlah, moga tetap SABAR menanti.












Thursday, December 22, 2011

pelangi selepas hujan.

kata sahabat saya, kadang-kadang kita tengok orang tu ok saja, tapi kita tak tahu dalam hati dia tengah sedih. bagi saya, saya sangat kagum dengan orang begini sebab bila dia tengah sedih, dia sedaya upaya tak tunjukkan kesedihan dia sebab tak mau orang lain rasa bimbang dan dia tetap masih mampu lontarkan senyuman. hebat kan.
bila rasa sedih, saya sedaya upaya akan buat-buat gembira. walaupun kadang-kadang terlepas juga, tapi lepas nangis kejap rasa ok lah sikit walaupun tak ok sangat sebenarnya :)
tapi bagi saya orang yang bersedih,kecewa sebenarnya mampu gembira jika dia berusaha untuk gembira. bangkit kembali. bak kata mita-san; それは貴方が決めることです。
頑張っていこうね。輝きの明日へ。
dan yakinlah, kesedihan itu juga sebenarnya satu nikmat dari Dia.sebagai penghapus dosa.

 “Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya.” 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

pelangi tak akan muncul selepas hujan; 
begitulah kebahagiaan pasti akan muncul selepas kesedihan :)

curhat

Monday, December 19, 2011

いい思い出作らない?

anda tak perlu refresh page ni berkali-kali sebab saya memang tukar background blog baruuu
tak santek pun kan,tapi tak apa lah.saya tak reti nak buat yang santek-santek.

~~~~~XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO~~~~~

saya hanya ada lebih kurang 3 bulan saja lagi untuk habiskan sisa-sisa hidup di jepun ini.
pejam celik pejam celik dua tahun di sini dah nak hampir berlalu..
oleh sebab saya ni seorang yang pelupa sedikit(usia kan dah bertambah meningkatlah katakan) jadi saya tak berapa nak ingat sangat apa yang saya dah lalui selama hampir 2 tahun ni
jadi sebab itulah ada gunanya tulis blog ni
kadang-kadang kalau ada masa terluang seperti ni,saya akan catatkan di sini
dan oleh sebab saya ni pelupa,kadang-kadang bila baca post yang tahun lepas,hati tertanya,
'eh bila masa aku buat benda ni,eh ada ke aku masak benda ni,eh ada ke blablabla..' -_-''
jadi masih ada 3 bulan saja lagi
walaupun kita mungkin akan sibuk siapkan kerja research kita demi habiskan degree nanti..
tapi.. いい思い出作らない?
saya tak mahu sia-siakan 3 bulan yang ada ni
saya nak isi baki 3 bulan ini dengan perkara bermanfaat,dengan benda yang indah-indah;
dan moga saya dapat gembirakan orang sekeliling saya juga
sebab lepas ni saya tak tahu ke mana hala tuju saya
kalian dengan hala tuju kalian
ada yang akan balik Malaysia macam saya,ada yang akan masih berada di Jepun..
dan lepas ni mungkin kita akan jarang jumpa atau mungkin kita dah tak akan berjumpa lagi
jadi mari kita jadikan baki 3 bulan ini 3 bulan yang bermakna tanpa ada rasa sedih,
 kecewa, derita, putus asa, iri hati, benci membenci
indah nya hidup tanpa semua ni
yang sudah lepas biarkan berlalu; ambil ibrah dari setiap yang terjadi dan teruskan langkah kaki untuk meniti hari mendatang.
kita dah meningkat dewasa jadi pemikiran pun harus matangkan?
ayuh sahabat; mari hidup dalam suasana positif, 
yang jauh yang dekat saling mengingati..
ayuh sahabat; buang saja rasa ego dalam diri, maafkan,lupakan,cintai,sayangi..
ayuh sahabat; tolaklah kejahatan dengan kebaikan,
dendam itu dosa,kemaafan itu pahala..
tiada manusia yang sempurna;
ayuh hidup dalam sejahtera..

Sunday, October 30, 2011

bila Allah makbulkan doamu...

dah lama teringin nak makan kek coklat;
lepas tu Allah makbulkan doa saya
Allah hantar sapikah untuk buatkan kek coklat 
kami makan sama-sama masa usrah petang tadi
terima kasih Allah
terima kasih sapikah


esok kena hantar slide pada senior untuk dicheck sebelum dihantar pada cikgu.2 minggu lagi ada poster presentation. tolong lah senior jangan reject kerja saya, kalau tak, saya tak tahu nak buat macamana lagi dah. Ya Allah permudahkan urusan hambaMu ini..

Aku berada pada sangkaan hambaKu pada Ku, jika dia mengingatiKu dalam hatinya maka Aku mengingatinya dalam hatiKu, jika dia mengingatiKu dalam khalayak ramai, Aku akan mengingatinya dalam khalayak yang lebih lagi (dari kalangan malaikat). Jika ia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta, jika ia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa, dan jika ia mendatangiKu dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari.  (Muslim)