Saturday, April 30, 2011

selamat ulang tahun kelahiran

saya tak pernah tulis post pasal dia
bila x ada idea,dia selalu paksa tulis pasal dia
tapi saya tak mauuuu
saya maluuuu
saya segan nak bercerita kat orang pasal dia sebab..entahlah
tapi kali ni saya mau buat post pasal dia sebab hari ni birthday dia

comotttt!

beliau bernama seperti di atas
beliau sangat suka makan ayam goreng.saya pun tak tau kenapa,sukaaa sangat makan ayam.
tapi tak gemok pon
lepas tu beliau suka minum air buah yang pelik-pelik
lepas minum seteguk,walaupun beliau rasa tak sedap,beliau tetap akan habiskan.
tapi saya akan cakap padan muka kat beliau hehe..
beliau suka panggil saya ulat bulu,spongebob,mr crab.
beliau suka bawak beg saya.suka sangat.kami pernah gaduh berebut nak bawak beg saya sebab saya tak nak beliau susah-susah,bawak beg saya yang berat >.<
lagi,beliau suka sangat main game.
pagi game,petang game,malam game.
game game game.
game game game.
tapi beliau tak pernah lupakan saya.
tak pernah tak mesej saya.
beliau ajar saya erti sabar dan syukur.
nasihat beliau penyembuh luka.
maaf sebab saya rasa saya tak baik
maaf sebab saya rasa saya tak cantik
maaf sebab saya rasa saya tak sempurna
tapi beliau terima saya seadanya.
terima kasih sangat sangat sangat.


Veels geluk met jou verjaarsdag!

Urime ditelindjen!

Gueter geburtsdaa!

Melkam lidet!

Taredartzet shnorhavor! or Tsenund shnorhavor!

Eida D'moladukh Hawee Brikha!

Ois guade winsch i dia zum Gbuadsdog!

Suma Urupnaya Cchuru Uromankja!

Zorion

Ungil el cherellem!

Shuvo Jonmodin!

Maogmang Pagkamundag!

Hapi betde! or Yumi selebretem de blong bon blong yu!
Deiz-ha-bloaz laouen deoc'h!

Chestit Rojden Den!

Som owie nek mein aryouk yrinyu!

Per molts anys! or Bon aniversari! or Moltes Felicitats!

Biba Kumplianos!

Sun Yat Fai Lok!

San Ni Kuai Lo!

Sang Ngit Fai Lok!

qu ni sheng er kuai le

San ruit kua lok!

Se Jit khuai lak!

NA ZHSHS

Sretan Rodendan!

Vsechno nejlepsi k Tvym narozeninam!!

Tillykke med fodselsdagen!

Ne gelukkege verjoardach!

Ne geleukkege verjoardoag!

Fellisiteert!

Gelukkige verjaardag! or Prettige verjaardag!

Fan herte lokwinske!

Proficiat! or Perfisia!

Ne geleukkege verjeurdoag!

Gefeliciteard met oen'n verjoardag!

Hartelijk gefeliciteerd! or Van harte gefeliciteerd met je verjaardag!

Happy Birthday!


             (tak payah susah-susah google translate kan ye..semua tu maksud dia selamat hari lahir :) )



selamat hari lahir,semoga dirimu beroleh rahmat,amin amin amin..

Tuesday, April 26, 2011

selamat tengahari

asalamualaikum!
saya menaip post ni di meja komputer dalam lab saya yang aman damai ini.
cikgu,senior dan kawan-kawan belum datang,i'm the first!
saya kena siapkan kertas pembentangan untuk seminar nanti.ya Allah,bersyukurnya hari ini..sebab dah berjaya jikkou kertas pembentangan ni.terima kasih kakak Yuko dengan abang Kikuchi sebab tak jemu ajar sayaaaaa..rasa gembira sangat-sangat.hari ni cikgu tegur tudung saya pakai.cikgu cakap saya ada banyak jenis tudung.beliau tanya saya bawa tudung berapa helai,saya cakap saya bawak banyak,tak terkira.cikgu banyak tanya saya pasal Malaysia,dan cikgu sangat-sangat berpengetahuan pasal dunia,beliau cerita macam-macam.cikgu tanya saya nak jadi TA (teaching assistant) tak.nanti boleh balik Malaysia.saya jawab naaaaakkkkkkkk!!!!saya gembira sangat.saya kena berusaha betul-betul ni.
hari ni juga saya teringat kisah silam.anda semua nak tahu?sila teruskan pembacaan anda.dulu masa darjah 1,saya tinggal di Pasir Puteh,rumah kuarters,abah kerja JKR.lepas tu tiap-tiap pagi sebelum pergi sekolah ada satu perasaan takut akan timbul dalam diri ni.tiap-tiap pagi saya rasa takut!anda nak tahu kenapa?saya ketakutan setiap kali nak sarungkan kasut sekolah yang warna putih tu pada kaki.sebabbbbb 

iniiiiiii !!!!!

geliiii...bila dah rasa lembik-lembik kat hujung kaki,otomatiknya saya akan baling kasut sekolah tu sejauh mungkin.siyes geli!tapi tak tau nak buat macamana dah,dah sembunyikan kasut dalam almari pun katak tetap akan berumah dalam kasut tu..rindunyaaa zaman kecik-kecik dulu..sangat rindu mama.rindu nak cakap dengan mama walaupun baru je telefon cakap banyak-banyak dengan beliau.dan berpuluh kali kot cerita benda sama tapi mama setia mendengar je.ok lah,mahu siapkan kertas pembentangan..ada sikittt saja lagi.lepas tu mahu pergi kerja.jya~



bagaimana membentuk jiwa yang positif : lebihkan mencintai daripada membenci.

Wednesday, April 20, 2011

Sometimes,

pictures speak a thousand words :)




nasi lauk rendang daging + telur masin


bersantai


sweet 


santek tak


tulip kuning


tulip merah


santek kan


bersantai lagi


tulip macam-macam warna


banyaknya tulip


berseri


lautan tulip lagi


pokok santek


(^_^)


bunga-bunga biru


pakcik melukis


santek juga


orang ramai


tulip pepel


tulip merah + kuning


row-row-row your boat

<3



sebenarnya tak tau nak post pasal apa..
jadi kali ni kita tengok gambar la :)

Friday, April 15, 2011

penat tapi dalam hati ada taman

saya sangat penat hari ini
hari ini ada meeting dengan cikgu dan senior-senior pukul 1 petang
meeting dalam 2 jam,lepas tu sesi makan-makan
senior dari vietnam buatkan air teh vietnam
ummmeiih
lepas tu kan,saya kena installdownload macam-macam dalam komputer
mula-mula kena cari dalam internet dulu lepas tu download satu-satu
oleh sebab cikgu cadangkan kami guna TeX untuk buat resume,
jadi kami bersemangat install TeX
saya tak tahu apa-apa pasal TeX..lama juga la jelajah internet untuk fahamkan benda tu
nasib baik ada kawan juga yang tolong
lepas tu belajar guna TeX dengan senior
rasa macam dah banyak susahkan senior tu tapi apakan daya..saya budak baru belajar
cikgu tanya saya apa hobi saya
saya cakap tengok drama,movie,masak-masak
lepas tu cikgu tanya saya tengok drama apa,saya cakap drama korea
cikgu dengan senior dengan kawan-kawan semua terkejut dan diorang gelak-gelak tak berhenti
diorang ingat saya faham bahasa korea
tapi saya cakap saya tengok cerita korea yang ada subtitle english
dalam lab saya ada senior phD dari vietnam
senior tu tak reti cakap bahasa Jepun.jadi setiap kali dia cakap bahasa inggeris dengan kami,saya yang kena translate kan.tapi cikgu saya saya pandai cakap bahasa inggeris.tapi beliau tetap nak menguji tahap keinggerisan saya..
saya balik dari sekolah pukul 7 malam tadi,sebab masukkan banyak data dalam komputer.dan saya berjaya pasang komputer tu sendiri!
apa la yang saya mengarut ni hihi..saya harap saya akan gembira sepanjang research selama setahun ni..tak ada research yang tak susah.walaupun mungkin lepas ni ada benda yang saya akan tak suka dan rasa susah tapi saya yang pilih jalan ni jadi saya tak boleh menyesal dah sebab kalau saya menyesal sekalipun masa dah tak boleh diundur balik..saya tak boleh main-main sangat.sebab saya nak berjaya.
saya nak cakap banyak-banyak dengan kawan-kawan satu lab,demi memantapkan bahasa jepun saya yang tak seberapa ni..
saya kena berusaha.bak kata cikgu saya part time,part time juga tapi research jangan lupa :))

Tuesday, April 12, 2011

hari pertama masuk sekolah

hari pertama masuk sekolah
tak pandai membaca mengira
tetapi cikgu begitu tabah 
mengajar kami sunggoh-sunggoh~

hari ni hari pertama masuk lab untuk tahun keempat.
seronooook sangat,sebab dah boleh jumpa cikgu saya.sebelum ni jumpa dalam skype je.hari ni cikgu datang sekolah.hari ni berbual dengan cikgu je.makan buah limau bali dengan cikgu.makan kuih vietnam yang dibawa senior.cikgu cerita pasal durian,bahasa arab dan lain-lain.dah 3 hari saya berada kat jepun,selepas bercuti 3 minggu di Malaysia.saya masih tak minum air paip sebab selalu ingat mama pesan,'baik-baik ye ngah,dua-dua anak mama ada kat sana..' cikgu tanya saya minum tak air paip..saya cakap saya tak minum.cikgu gelak je.cikgu cakap kalau takut minum la air mineral dengan air yang ditapis.
tapi lepas tu cikgu tunjuk link ni www.atmc.jp.lepas cikgu tunjuk hati saya rasa lega.air paip saitama dijamin selamat.tiada cesium.tengah-tengah makan limau bali,tiba-tiba lab gegar.ada gempa lagi.cikgu tenangkan kitorang,cikgu cakap ni gempa M4 ni..jom tengok tv.cikgu buka tv.kami tengok tv sama-sama----->seronok kan?saya rasa research saya sangat seronok.cikgu suka cerita macam-macam.cikgu suka tanya saya macam-macam.cikgu banyak cakap dengan saya.kawan-kawan pun tak pinggirkan saya.senior-senior pun ambil berat.saya seronok.moga rasa seronok ini akan berpanjangan sampai tahun depan,aminn :))

Saturday, April 9, 2011

kembali pulang

ini update ringkas saja..dan update terakhir di Malaysia sebelum berangkat esok.esok dah nak pulang ke tanah air ku yang kedua,jepun.
sedih nak tinggalkan rumah yang harmoni ni tapi apakan daya..perjuangan mesti diteruskan..


terima kasih daun keladi kepada saudara mara dan sahabat-sahabat yang mendoakan,yang datang melawat,yang bagi hadiah@duit..terharu sangat-sangat.tunggu la saya kaya raya dapat kerja besau-besau jasa kalian akanku balas :)
mou sukoshi nabila!
ganbatte kenkyu,kehidupan di h.omiya,ganbatte baito,ganbatte!!


Friday, April 8, 2011

buat yang tersayang



Ya Allah,
 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah, 

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda.

Thursday, April 7, 2011

cerita mama

ini cerita mama pula
saya pergi beli barang-barang untuk dibawa ke jepun dengan mama dan abah.mula-mula pergi pasar siti khadijah,jalan punya jalan,tiba-tiba mama ajak pergi makan sup perut.wahhh sangat selonok la.jadi nye saya telah keluar dating dengan mama abah pergi makan sup perut,sepertinya meraikan anniversary mama dengan abah yang ke 25 pada 6hb 4 ^^ 
saya suka makan berger balut telur atau dalam istilah penjual berger,dipanggil berger special.hari tu pergi beli berger special itu,lalu dibungkus bawa balik untuk mama.masa mama buka bungkusan berger tu,muka mama berkerut sambil tanya,ni berger apa?berger special,dia balut dengan telur,kata saya.knapa suruh dia balut telur?sebenarnya tak boleh kan?tanya mama.adui la..mama ni tak rock la..balut telur la,sebab tu ia dinamakan berger special.saya suka bercerita pada mama,sebab nanti mama gelak dan senyum.saya rasa gembira kalau boleh buat mama senyum :)


saya suka makan berger balut telur atau dalam istilah penjual berger,dipanggil berger special.hari tu pergi beli berger special itu,lalu dibungkus bawa balik untuk mama.masa mama buka bungkusan berger tu,muka mama berkerut sambil tanya,ni berger apa?berger special,dia balut dengan telur,kata saya.knapa suruh dia balut telur?sebenarnya tak boleh kan?tanya mama.adui la..mama ni tak rock la..balut telur la,sebab tu ia dinamakan berger special.saya suka bercerita pada mama,sebab nanti mama gelak dan senyum.saya rasa gembira kalau boleh buat mama senyum :)
sepanjang balik ni,cakap je nak makan apa,mama akan belikan atau masakkan.mi kari mama,saya makan 4 hari berturut-turut tanpa rasa jemu.mama buatkan nasi air masa saya sakit.oh seronoknya di rumah!
ada lagi 2 hari..cepat betul masa berlalu.lepas ni dah tak boleh makan masakan mama dah :(

Monday, April 4, 2011

cerita abah

mula-mula nak cerita pasal abah.
kat bahagian siling bilik adik bongsu saya,ada seekor anak kucing terlekat kat situ.
al-kisahnya kucing tu diletak oleh mama dia yang nak sembunyikan dia dari musuh la kot~ diorang masuk dari celah-celah bawah bumbung yang tak tertutup tu.hari jumaat lepas,lepas abah pastikan takde dah kucing kat atas tu,abah pun tutup la lubang dan celah yang terbuka dengan jaring.cara nak tutup tu bukan senang ok,sebab abah kena baring sambil pasang jaring tu untuk mengelakkan kucing dan haiwan lain masuk kot celah tu lagi.lepas siap pasang semua-semua tu abah pun bersorak riang la.tiba-tiba mama cakap mama terdengar bunyi kucing mengiau-ngiau dari atas siling bilik adik.aiyakk ada anak kucing lagi kat atas tu...kesiannya abah tadi,kena panjat semula nak keluarkan anak kucing tu.tapi kali ni abah buka atap bumbung.sebab dawai yang abah dah pasang tu susah nak buka semula.tapi sebab lubang kecil,tak boleh nak keluarkan kucing tu.kaki abah dah berdarah dan abah kena pegi kerja semula kejap lagi..jadi abah biarkan bahagian bumbung tu terbuka,moga-moga mama kucing tu datang amik anak dia kejap lagi..


abah siap buat peta untuk cari kedudukan anak kucing tu.mama gelak-gelak sambil cakap,'ni la kerja engineer,nak amik kucing pon kena buat peta' saya pun tergelak tengok ni :PP

sekarang abah ulang alik kerja kat terengganu,pahang dengan kelantan.saya tak puas hati.kenapa abah kena kerja jauh-jauh.saya suruh abah berhenti kerja.abah,berhenti la..tapi abah cakap kalau abah berhenti kita semua nak makan apa..sayu dengar abah jawab macam tu.cepat la saya habis belajar,nak kerja cepat-cepat dan bagi duit untuk abah dengan mama.abah dengan mama duduk je la goyang kaki kat rumah..

Sunday, April 3, 2011

笑顔で行こう~

ini kisah di Malaysia.
saya rasa sangat seronok boleh balik rumah walaupun tak dapat cuti berbulan-bulan lamanya.hari ni genap 2 minggu berada di Malaysia..ada lagi 6 hari lagi tempoh untuk bercuti di rumah.minggu lepas keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan,keluar dengan 3 lagi shibaurans pergi ronda-ronda cari tudung..rasa seronokk sangat.abis kedai kat bandar KB tu kami serang.tak ada kedai yang kami tak masuk :D
  
lepas tu pulak,khamis lepas saya keluar dengan bestie,Nana.lepas habis final exam,kitorang terus keluar.mula-mula pergi Tesco,hajat di hati mahu makan takoyaki..dulu saya sangat suka makan takoyaki Malaysia,tapi sekarang ni takoyaki kat Tesco tu dah tak sesedap dulu..ke saya sebenarnya telah dijepunkan dengan takoyaki Jepun? :P lepas tu kami pergi pesta buku,seronok betul tengok budak-budak sekolah beli buku..teringat zaman kecik-kecik dulu.tak sah kalau tak ajak abah pergi pesta buku.terjumpa cikgu Sakinah,kaunselor Faris Petra.beliau jadi guru pengiring bawa budak-budak librarian.lepas tu saya dengan nana pergi makan dekat cimcummm..dalam banyak-banyak makanan,saya paling suka nasi air dia.best sangat.dan lepas tu saya ajak Nana pegi sekolah Di bawah satu bumbung tu..alang-alang dah dekat.tapi masa tu dah petang dekat nak malam dah.asal dapat tengok ekolah dan jumpa warden pun jadi lah.seronok sangat jumpa cikgu,borak-borak dengan cikgu sampai malam.lepas tu Nana hantar saya balik.oh ya lupa,saya belikan Nana kek,sebenarnya nak makan kek dekat cimcum tapi dah kenyangg sangat-sangat-sangat,kami pun potong kek dalam kereta je.2 tahun lepas Nana dengan Ain celebrate besday saya,saya sangat seronok.jadi kali ni saya mau celebrate besday Nana pulak,sebab saya tak pernah pon belikan kek untuk beliau..
semalam pula saya keluar jalan-jalan dengan kak Eny.kami round-round bandar KB lepas tu pergi KB Mall pula.kak Eny temankan saya cari baju raya.seronok sangat keluar jalan-jalan.saya jumpa ramai sangat orang,jumpa mak tut,mak tit,mak tet,jumpa senior-senior sekolah faris dulu,alhamdulillah mereka masih kenal saya(maknanya saya tak gemuk la kan? :P),jumpa budak JAD pun ada.saya teman kak Eny beli laptop Toshiba.amik-amik gambar lepas tu balik rumah :))
konklusi yang boleh saya buat sepanjang balik Malaysia ni ialah,kalau saya jumpa orang yang saya kenal,saya akan senyum dan tunduk kepala...errr...saya dah dijepunkan ke??
lepas tu lagi,kalau saya terlanggar orang,saya akan cakap sumimasen..oh tidakk..
kak Yuni cakap saya dah jadi kacang lupakan kulit.saya tak mahu jadi kacang lupakan kulit.saya sayang Malaysia :)))

Friday, April 1, 2011

幸せはやってくるから






gembira tapi sedih.jadi harus gembira atau sedih ya?
kalau mau sedih,pergi duduk dalam bilik sorang-sorang.layan la rasa sedih.
kalau mau gembira,pergi duduk tempat ramai orang.sibukkan diri.
mau pilih yang mana?
tak mau sedih.
tapi tak terasa pun nak gembira.
tak apa lah,tido dulu malam ini.
moga esok hati tenang.
amin.