Sunday, April 3, 2011

笑顔で行こう~

ini kisah di Malaysia.
saya rasa sangat seronok boleh balik rumah walaupun tak dapat cuti berbulan-bulan lamanya.hari ni genap 2 minggu berada di Malaysia..ada lagi 6 hari lagi tempoh untuk bercuti di rumah.minggu lepas keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan,keluar dengan 3 lagi shibaurans pergi ronda-ronda cari tudung..rasa seronokk sangat.abis kedai kat bandar KB tu kami serang.tak ada kedai yang kami tak masuk :D
  
lepas tu pulak,khamis lepas saya keluar dengan bestie,Nana.lepas habis final exam,kitorang terus keluar.mula-mula pergi Tesco,hajat di hati mahu makan takoyaki..dulu saya sangat suka makan takoyaki Malaysia,tapi sekarang ni takoyaki kat Tesco tu dah tak sesedap dulu..ke saya sebenarnya telah dijepunkan dengan takoyaki Jepun? :P lepas tu kami pergi pesta buku,seronok betul tengok budak-budak sekolah beli buku..teringat zaman kecik-kecik dulu.tak sah kalau tak ajak abah pergi pesta buku.terjumpa cikgu Sakinah,kaunselor Faris Petra.beliau jadi guru pengiring bawa budak-budak librarian.lepas tu saya dengan nana pergi makan dekat cimcummm..dalam banyak-banyak makanan,saya paling suka nasi air dia.best sangat.dan lepas tu saya ajak Nana pegi sekolah Di bawah satu bumbung tu..alang-alang dah dekat.tapi masa tu dah petang dekat nak malam dah.asal dapat tengok ekolah dan jumpa warden pun jadi lah.seronok sangat jumpa cikgu,borak-borak dengan cikgu sampai malam.lepas tu Nana hantar saya balik.oh ya lupa,saya belikan Nana kek,sebenarnya nak makan kek dekat cimcum tapi dah kenyangg sangat-sangat-sangat,kami pun potong kek dalam kereta je.2 tahun lepas Nana dengan Ain celebrate besday saya,saya sangat seronok.jadi kali ni saya mau celebrate besday Nana pulak,sebab saya tak pernah pon belikan kek untuk beliau..
semalam pula saya keluar jalan-jalan dengan kak Eny.kami round-round bandar KB lepas tu pergi KB Mall pula.kak Eny temankan saya cari baju raya.seronok sangat keluar jalan-jalan.saya jumpa ramai sangat orang,jumpa mak tut,mak tit,mak tet,jumpa senior-senior sekolah faris dulu,alhamdulillah mereka masih kenal saya(maknanya saya tak gemuk la kan? :P),jumpa budak JAD pun ada.saya teman kak Eny beli laptop Toshiba.amik-amik gambar lepas tu balik rumah :))
konklusi yang boleh saya buat sepanjang balik Malaysia ni ialah,kalau saya jumpa orang yang saya kenal,saya akan senyum dan tunduk kepala...errr...saya dah dijepunkan ke??
lepas tu lagi,kalau saya terlanggar orang,saya akan cakap sumimasen..oh tidakk..
kak Yuni cakap saya dah jadi kacang lupakan kulit.saya tak mahu jadi kacang lupakan kulit.saya sayang Malaysia :)))

2 comments:

Syazwe said...

byk nya dia shopping brg2..ptt la blik ari tu bwk blik beg kosong jh,nk isi tudung2 n baju rupanya..hihi..

Nur Nabila said...

dop la,sikit jh bi bli tdg ngn baju..bi bli mknn byk3 :)))