Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Thursday, January 29, 2015

Nasi kerabu enak!

Post pasal makanan lagi.
Awas! Jangan baca post ni kalau perut anda masih kosong :D
Rasanya hampir 70% isi kandungan blog ni pasal makanan. Dah nak buat macamana penulis blog ni memang suka makan. Hehe :D
Ada satu kedai makan ni namanya ketam batu seafood. Lokasi di jalan kebun seksyen 30 shah alam. Jarak dari rumah ke kedai dalam anggaran kurang 10 minit. Kedai masakan thai, tapi ada jual nasi kerabu. Setiap kali pergi sana konfem order nasi kerabu.. Lauk nasi kerabu ada 2 pilihan; ikan keli goreng dan ayam goreng. Dua2 sedappppp. Masalahnya, saya ni dah suka sangat makan nasi kerabu sampai tiap2 petang mesti pergi beli nasi kerabu kat sana. Suami dah tunjuk muka bosan tapi nak buat macamana isteri dah suka :D Bagitau suami, saya tak pernah makan nasi kerabu sesedap itu tapi dia cakap nasi kerabu semua sama. Lain orang lain citarasa kan.

 

Tapi saya suka sebab ulam dia ada tambah pucuk2 lain dan juga ada mangga muda :D dan sangat sedap dimakan bila lauk masih panas2 :) dan juga ada jual kerang bakar. Jadi sesiapa nak cuba nasi kerabu sedap boleh cari di ketam batu seafood ya :D

Wednesday, November 19, 2014

cerita mentarang

1st time bawa aisyah pergi pantai. aisyah tak banyak ragam setiap kali bawa jalan, ikutkan aje kami bawa pergi mana-mana. cumanya bila dalam kereta, dia cepat bosan, nak panjat-panjat. bila kereta berhenti dan sampai destinasi, dia akan bulatkan mata tengok sekeliling, pandang kiri pandang kanan, kagum agaknya dengan ciptaan Tuhan :) 





berbalik pada cerita pergi pantai, ofis suami buat family day kat pantai remis. dah banyak kali sebenarnya kami pergi pantai remis, kuala selangor ni. 1st time pergi masa tu tengah kursus bahasa jepun kat meru klang. ypm buat aktiviti kutip haiwan bercangkerang kat sana. lepas kahwin, banyak kali suami bawa pergi sana sebab sana ada kedai ikan bakar kegemaran. jarak dengan rumah kami tidaklah dekat, ada la hampir 40 minit. tapi suka pergi sana sebab sana ada jual banyak haiwan bercangkerang fresh2, boleh bawa balik masak dekat rumah. makan ikan bakar dekat sana memang best sangatt, ye lah dekat dengan pantai kan. memang sangat fresh. tapi harga agak mahal kalau banding dengan dekat alai atau umbai di melaka. ok sebenarnya bukan nak cerita pasal ikan bakau, tapi nak cerita pasal haiwan bercangkerang nama diberi mentarang :) mentarang ni adik beradik kepah, pepahat, lala dan lain-lain tu juga. memang pernah dengar nama mentarang sebelum ni tapi tak pernah makan pun apatah lagi masak. saya memang suka cuba makanan baru, jadi masa pergi sana kami beli mentarang dengan ala-ala, nak cuba masak kat rumah. bila tanya cik gugel, kebanyakan orang masak mentarang rebus, atau goreng halia. mula-mula nak goreng halia, tapi teringat yang suami suka makan goreng, jadi akhirnya tukar plan nak buat penkek mentarang. haaa bunyi macam makanan kerlasss gitu kan. sebenarnya celup tepung je. 

nak keluarkan mentarang dari cengekarang dia ni, perlukan kesabaran yang tinggi. siapa yang tak sabar, mungkin boleh masak mentarang rebus je le :D kena hati-hati masa keluarkan mentarang dari kulit dia, sebab kulit dia tajam, kalau terkena serpihan mungkin tangan boleh luka. lepas dah keluarkan mentarang dari cengkerang, kena buang gigi mentarang tu. mentarang ada 2 gigi, bentuk macam cangkuk, kecil je.
langkah seterusnya, celup mentarang dalam tepung, panaskan minyak, bila minyak dah panas, masukkan terus mentarang yang dicelup dengan tepung tadi. agak-agak, warna dah tukar kuning, crispy2 tepung tu, boleh la angkat. senang je kan. penkek mentarang ni terilham sebab teringat menu penkek oyster restoran horizon kat kelantan. dan rasa mentarang ni lebih kurang je dengan oyster, cuma dia lagi berlemak manis. 

habis cerita pasal mentarang. semalam beli sengkuang calit, masa tengah makan tu rasa gembira sangat sebab sengkuang calit tu best. rasa nak makan lagi dan lagi. rangup dan juicy. dan rasa berterima kasihhh sangat pada Allah sebab ciptakan makanan yang sedap-sedap untuk kita. rasa bersyukur, Allah kurniakan nikmat boleh makan macam-macam. ok memang kalau cakap pasal makanan tak kan habis kan hehe. ok jya~

Wednesday, June 25, 2014

sambal hitam


Sekarang ni nak makan nasi kena ada sambal hitam. 
Terfikir2 macamana orang boleh cipta resipi ni? 
Sebab sambal hitam bahan utamanya belimbing buluh warna hijau.
Digoreng dengan ikan bilis dan cili sampai jadi warna hitam. 
Mungkin orang yang cipta resipi tu termasak belimbing tu sampai jadi warna hitam. 
Ingatkan jadi hangit tapi bila makan fuh sedapp, maka tercipta la sambal hitam. 
Hihi pandai2 reka cerita :D
Bulan puasa ni elok juga la ada sambal hitam, boleh makan dengan nasi waktu sahur nanti. 
Saya lahir kat pahang tapi pada umur 25 tahun ni baru kenal dan dapat makan sambal hitam sedap ni. Sedap. Saya tak berapa suka serunding daging, 
sebab bila makan dengan nasi rasa kering je. 
Tapi sambal hitam best sebab dia lembap2 gitu :D 
Sedap rasanya tapi pedas sikit. 
Suami tak berapa boleh tahan pedas nya. 
Tapi saya memang suka. 
Cuba lah kalian rasa :)

 ^ sambal hitam semestinya yang hitam warnanya tu

Friday, March 8, 2013

sebulan sekedai sesushi

kami telah membuat peraturan pemakanan kami di mana pada setiap bulan, haruslah pergi makan sushi atau washoku (makanan jepun) untuk mengekalkan rasa kejepunan yang dah lapuk dek panas dah lekang dek hujan sejak kami pulang ke malaysia.


pelbagai aburi sushi

salmon sushi dan lupa-nama-apa sushi

summer roll--->serius sangat sedap!!!!!!!
nasi digulung dengan salmon, diletak mayonis, salad dan crab goreng!

sakura ebi okonomiyaki

pelbagai jenis salmon sushi.sushi sebelah kanan bawah paling sedap, ada peach!

soft shell crab inari zushi

kani mayo sushi dan kani corn sushi



agedashi tofu tapi tak boleh lawan tofu di shibaura!

kaki fry

sashimi

ikura chawamushi

suami suka tempura maki

bagi penggemar salmon seperti saya, saya cadangkan cuba makan di sushi zanmai. salmon di sana teramat sedap!dan sepinggan sushi salmon berharga rm1.80. murah berbanding sushi jenis lain. gambar-gambar di atas bukan makan pada hari yang sama ye. bankrap la encik suami kalau sekali pergi kami makan sebanyak ini ^_^" kendatipun sushi sangat sedap, tapi tak boleh selalu makan kerana harganya bisa menggugat jiwa. sebab itulah kami buat peraturan hanya boleh pergi makan sekali dalam sebulan.

tapi sushi zanmai sentiasa dipenuhi ramai orang terutamanya pada hujung minggu. tapi sebab nak makan sushi punya pasal, kami sanggup meredah onak duri dan hutan belantara :D . teringat kenangan makan sushi di kurazushi, omiya dulu :') ini kali terakhir kami makan sushi bersama sebelum saya berangkat pulang ke malaysia pada keesokan harinya :) really miss them :)



Saturday, February 16, 2013

unforgettable event 2: kuala selangor

al-kisah nya saya teringin nak makan ikan bakar.
nak masak sendiri,saya tak reti nak buat perencah ikan bakar yang sedap tu.
jadi saya pun tanya lah pakcik gugel, kat mana ada jual ikan bakar sedap kat area selangor ni
pakcik gugel cakap kat area kuala selangor ada banyak kedai ikan bakar
bila search kat map, kedai ikan bakar berdekatan ada kat pantai remis
aroma ikan bakar nama diberi.
kami tersampai awal sebab bertolak awal dari rumah kononnya takut tersesat jalan..
 kitorang tiba lebih kurang pukul 5 dan orang dah ramai pada masa tu.
kata seorang makcik, beliau datang awal sebab kalau lambat nanti ikan tak banyak pilihan.

saya suka makan ikan tapi saya tak berapa kenal jenis ikan malah tak reti bezakan 
yang mana satu ikan jenahak mahupun kerapu. 
saya hanya kenal ikan pari sebab saya peminat setia ikan pari


lepas pilih ikan macam kat pasar tu, serahkan pada tauke dan nyatakan jenis masakan yang kita idamkan.
haruslah tekun semasa pilih ikan macam dalam gambar di bawah.


lauk pauk sudah siap dimasak. senang saja bukan cara mengorder nya? :D



wahhh menggamit kembali kenangan di pantai remis beberapa tahun lepas:
semasa kursus bahasa jepun di KRM, kami dibawa ke pantai remis untuk menimba pengetahuan bagaimana menangkap adik-beradik kerang dalam pantai berselut gitu.
selama 2 jam berkubang dalam selut, saya hanya dapat sebiji?seekor? kerang
dan sebelah selipar saya hanyut ditelan arus selut pada masa tu.
pengalaman yang tak dapat dilupakan :)



semua ciptaan Allah indah dan menenangkan jiwa.






dan dengan ini saya berikrar dan berjanji bahawa saya akan suka makan ikan bakar sampai bila-bila dan belajar masak ikan bakar sedap-sedap ^^*











Monday, June 25, 2012

saya orang kampung

andai diberikan emas permata ku pilih senyuman mu









andai dihidangkan lauk ayam goreng salut tepung tiga lapis berkuah sos 3 rasa, ku tetap pilih ikan kembung bakar cicah budu berhias ulam sebab saya orang kampung. :D

Saturday, March 24, 2012

back-for-good

i was officially graduated from Shibaura Institute of Technology,Omiya Campus,Saitama,Japan on last Monday.syukur alhamdulillah,hasil berpenat lelah selama dua tahun.

err.ini gambar tarak tau kenapa ada dalam cik ipon.

Now im currently at Shah Alam,Malaysia.
masih mengalami kejutan budaya bila balik ke tanah air sendiri ni sebab:
1.tak boleh nak terima harga barang yang naik mendadak.memang lah dua tahun tinggalkan Malaysia,tapi sangat terkejut bila makan sepinggan nasi,lauk ikan dengan sayur secubit je,harga 5 ringgit.kfc snack plate dah mahal 3 ringgit.pen stabilo kaler2 yang dulu nya harga rm1.80 sekarang dah jadi rm2.30.mahal sengoti.tapi nak buat macamana,orang kata taraf hidup dah meningkat.kan.

satu plastik jambu ni harga rm1.50.mengidam punya pasal,beli lah.

2.suhu 30 darjah.jalan 2,3 langkah keluar rumah dah berpeluh.sehari kalau tak mandi 3 kali tak sah.err kat jepun tak mandi sehari pun tak kisah kan -_-''
3.sangat susah nak sambung dengan internet.kat jepun dah biasa disuap dengan hikari fibre tu,kat sini nak dapat line wifi memang susah.
4.orang bawak kereta laju sangat lah.
5.kedai makcik bakso kat sebelah sya sya tu dah bernama; iaitu 'sya sya bakso&soto'
6.macam-macam lagi lah.

 picnik.at taman tasik shah alam.

nabila,
tak payah nak mengada sangat la nak mengalami kejutan2 budaya ni semua.negara sendiri kot.
sebelum fly ke jepun,macam la tak biasa dengan semua ni kan.
lagi dua hari nak terbang ke brunei pula :D
moga dapat sesuatu di sana..
lepas tu balik kelate negeri tercinta.tak saborrrr.
yang pasti,saya sayang Malaysia.sebab dah tak perlu nak baca ingredient kalau nak makan apa2,check je tanda halal nya.happpyyy :)))))

Wednesday, February 8, 2012

saya,adik dan donat

kisah saya,adik dan donat.
donat tidak tersenarai dalam makanan kesukaan saya
saya masih ingat lagi,dulu,walaupun donat memang senang didapati dan selalu jadi rebutan kat kantin unisel tapi saya bukanlah antara orang-orang yang pergi berebut nak dapatkan donat tersebut pada waktu rehat kelas wada sensei mahupun mizuno sensei.
tapi ada 1 jenis donat yang saya sangat suka makan ia.
3 biji pun saya boleh habiskan dalam satu masa.
iaitu donat cheese big apple.
say cheese nama diberi.
memang sungguh enak sekali.
memilih kan saya? hehe.biasa lah.
selera makan saya yang tinggi bukan pada donat.
tapi saya tak ketepikan donat-donat yang lain.
rezeki jangan ditolak.
kalau anda memberi saya menerima dengan senang hati. :)

bulan 8 tahun lepas, cuti musim panas, saya tak lepaskan peluang pulang ke Malaysia.
kebetulan masa tu bulan puasa. nak berhari raya bersama keluarga.
seperti sahabat-sahabat yang lain, saya pun buatlah list makanan yang hendak dimakan.
gembira bukan kepalang, nak balik Malaysia nak makan macam-macam.
nasi kerabu, ikan bakar, roti jala, roti canai, mi kari, kfc, secret recipe DAN say cheeese big apple donat juga turut tersenarai dalam list makanan idaman.
bila balik Kelantan,memang cari lah satu-satu semua makanan yang diidam-idamkan ni.
satu hari satu makanan idaman mama buatkan atau belikan.
minta saja itu ini semua akan ada di dapur nanti.
maka tibalah hari di mana 2,3 hari saja lagi saya nak pulang semula ke jepun.
saya dah janji dengan kawan baik saya Nana, beliau nak bawa saya jalan-jalan dekat Tesco.
oh ya, di Kelantan, big apple hanya ada di Tesco ya.
maka Nana pun dengan senang hati lah membawa saya ke Tesco sebab saya bagitau dia saya sangat mengidam nak makan big apple cheese donat.
(terima kasih Nana jasamu sentiasaku kenang)
maka tertunailah impian mahu makan donat big apple. saya beli yang 1 set ada 6 biji, 3 donat say cheese, 3 lagi saya lupa. jadi saya pulang lah ke rumah membimbit bungkusan big apple tersebut dengan senang hati.
masa tu perut tengah kenyang sebab buka puasa dengan benda lain dulu.
dan saya tekad nak makan donat say cheeeese tu waktu sahur.
saya letak donat atas meja kat dapur.tak sabar nak makan untuk sahur.
kejap-kejap saya pergi intai kat dapur.
donat say cheese yang pada mulanya ada 3,berkurang jadi 2.dalam hati saya kata tak apa lah,
ada lagi 2.makan 1 biji je pun dah cukup tak sabarrrrrrnya nak makan donat masa sahur nanti.
pukul 5,mama gerak sahur,kami sekeluarga biasanya bersahur sama-sama makan nasi.
tapi oleh sebab donat kegemaran masih belum dimakan, saya dah tak hiraukan nasi depan mata sebaliknya saya meluru ke meja nak makan donat kegemaran.
dalam hati gembira bukan kepalang sebab makanan yang saya idamkan semuanya hampir berjaya dimakan. tapi, bila saya buka kotak, donat big apple saya tiada.
......................................................................................................................................
saya sedih.sangat sedih.saya tak tahu kenapa masa tu saya rasa betul-betul sedih dan marah.
saya ni bukanlah jenis orang yang suka berkira,serius tak.
tapi pagi tu saya serius sedih.donat cheese saya tak ada.tapi ada donat lain.
tapi saya tak makan donat lain tu.
sebab saya tak suka makan donat lain.
saya rasa nak menangis,nak mengamuk,nak marah orang.semua adalah.
haaa hebat kan penangan donat cheese tersebut.
dalam hati ni memberontak.kenapalah orang makan donat saya.
tu satu-satunya donat yang saya suka makan. tolong lah makan donat lain.
dah la saya ni jarang boleh balik.jarang boleh makan.
saya fikir tinggal beberapa hari je lagi cuti saya di Malaysia.
jadi memang tak ada masa dah nak beli donat.
dan saya dapat tahu bahawa donat tu dimakan abah dan adik.
saya tak marah abah.tapi saya marahkan adik.
saya marah adik sampai saya tak tengok pun muka dia.
saya tak bercakap pun dengan adik.(bila saya marah saya diam)
sampai lah keesokan harinya tu saya dah tak dapat kawal kemarahan saya.
sebab adik tak rasa bersalah pun makan donat tu.
ya lah,adik tak tahu pun saya suka donat cheese tu kan.
saya nak tahu kenapa adik makan donat tu.
saya marah adik,saya tanya kenapa makan donat tu.kenapa makan donat tu.
lepas tu adik menangis.sebab saya jarang marah adik.
dalam keluarga saya,saya paling rapat dengan adik.
tapi masa tu saya memang marah dia.saya ingat lagi.
marah hanya kerana adik makan donat saya.saya kempunan nak makan donat tu setahun.
tapi tak dapat makan juga.sebab adik makan donat kesukaan saya.

cerita saya,adik dan donat tamat di sini.
sebab lepas tu saya dah tak marah adik dah.kalau marah pun bukan dapat balik donat tu kan :D

tapi lepas peristiwa tu saya rasa sangat-amat-sungguh-terlalu bersalah.
sebab marah adik hanya kerana donat.
saya pentingkan diri.
hanya sebab nak penuhi selera makan perut saya,saya marah orang lain.
semalam saya teringat semula peristiwa ni,saya menangis.
menangis bukan sebab tak dapat makan donat kesukaan,
tapi menangis sebab terfikir alangkah penting dirinya saya.
saya tak terfikir pun masa tu,bagaimana keadaan adik.
mungkin dia makan donat tu secara tak sengaja,
mungkin dia terlalu lapar dan kalau tak makan nanti gastrik, dll.
memanglah saya dah lama tak makan donat tu,teringin sangat-sangat lah kan.
tapi mungkin adik pun dah lama tak makan donat tu,adik pun jarang balik rumah
sebab tinggal di asrama.
tadi saya mesej adik,saya tanya dia ingat lagi tak peristiwa ni.
tapi adik cakap tak ingat dan banyak kali tanya saya bila masa dia makan donat tu hihi.
baguslah adik tak ingat kan :D

kita selalu harap orang lain faham kita,

tapi pernah kita cuba untuk faham orang lain?
saya nak adik faham saya yang memang dah lama mengidam nak makan donat tu,
tapi saya tak faham,adik kelaparan masa tu.
maaf ya adik..
saya akan cuba makan semua jenis donat lepas ni.
saya harap saya tak akan pentingkan diri macam tu lagi.
saya harap saya tak pentingkan diri.
saya harap saya tak pentingkan diri.


"tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak,bahkan akan mendapat seksa yang pedih iaitu seseorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir,sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan(penting diri),orang yang menjaja barangannya sesudah lewat waktu asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membaiat pemimpin hanya untuk manfaat dunia;apabila kelak maksudnya tercapai,ia patuh dan jika tidak,ia mungkir(berpaling tadah)" (HR Muslim)


nauzubillah.








*buat sahabat-sahabat saya,selamat berjuang hingga titisan terakhir.
moga Allah berkati usaha kita.

Wednesday, February 1, 2012

kalau nak sihat kena makan ubat tapi..

woaaahhh lamanya dah tak update blog.
tak sempat sengoti sebab masa sangat mencemburui untuk berblog sekarang.
lepas hantar itu, kena buat ini pula. lepas buat itu, kena hantar ini pula.
tapi alhamdulillah kesibukan dah berkurang sedikit.
jadi boleh lah curi masa sedikit untuk update blog yeah!

tapi sebenarnya tak ada idea pun nak tulis apa..
cuma rasa nak mengupdate blog je.

tak sampai dua bulan je lagi nak tinggalkan Jepun.
kat jepun ni kan, saya belajar banyak benda.
salah satunya mestilah belajar masak.
kat malaysia tak perlu susah-susah nak masak,
 boleh makan masakan mama, boleh beli je dekat pasar malam.
saya dah jadi sangat suka memasak.
walaupun kerja bertimbun tapi saya curi juga masa untuk masak.
*mengidam punya pasal.
1.nasi daging.baru je buat tadi.
2.ikan percik.
3.makaroni goreng
4.puding gula hangus
5.bistik daging
6.kek cekelat
7.sup ikan merah
8.laksa kelantan
9.mi goreng biasa je
10.mi kari

dan bermacam-macam lagi.
tak adalah nampak menarik sangat kan.dan tak adalah sedap sangat.
biasalah kali pertama buat. tapi lain kali saya akan buat sedap-sedap-sesedap mungkin.

saya tak berapa sihat.
sebab sekarang makin sejuk kan.kulit jadi kering.saya pula kurang minum air.
jadi setiap malam saya berusaha habiskan sebotol air mineral 1 liter tu.
tak nak sakit-sakit di saat-saat genting ni.

oh ya,tajuk post kali ni sambungan nya di sini.
kalau nak sihat kena makan ubat tapi..
ubat rasanya pahit.
tapi
kadang-kadang kita leka mengecapi manisnya hidup,
maka pahit yang datang itu ubatnya agar kita pulang cari Dia..

Friday, December 16, 2011

my last autumn.

musim luruh baru saja meninggalkan jepun dan saya.
musim luruh yang sekejap saja.
tapi besar maknanya; ini musim luruh saya yang terakhir di jepun.
saya amat-sangat-terlalu bersyukur kerana masih diberi peluang merasai musim luruh.
di mana suhunya tidak terlalu sejuk dan tidak panas.
seperti tahun lepas,dalam entri yang lalu, saya paling suka musim luruh berbanding musim lain.
walaupun pada musim luruh kali ni saya tak makan hotate banyak-banyak macam tahun lepas sebab bimbangkan kesan radiasi, tapi saya tetap sukakan musim luruh kali ni.
dan saya masih berpeluang tengok si cantik kosmos macam dulu.
kosmos melambai-lambai 
dan saya berpeluang pergi koyok(tengok daun autumn subhanallah memang cantik sangat)
sebenarnya, bila orang ajak saya pergi koyok, saya tak adalah rasa gembira melonjak-lonjak macam nak tengok sakura, tapi tahun ni saya amat-sangat-terlalu gembira dapat koyok bersama kawan-kawan di 2 tempat yang sangat-amat-terlalu-paling menarik iaitu di Showa Kinen Park dan Kyoto.
Showa Kinen Koen memang terkenal sebagai taman yang sangat cantik di jepun tak kiralah pada musim apa pun.dan ini merupakan kali kedua saya melawat Kyoto, kali pertama dulu tak pergi jalan-jalan pun, saya hanya singgah rumah kawan saja. Kyoto memang terkenal sebagai tempat peranginan yang santek terutama pada musim luruh. 
saya pasti akan ingat dan simpan kenangan di sana sampai bila-bila...
terima kasih sangatttt pada semua sahabat yang bersusah payah datang jumpa saya dan sanggup habiskan masa jumpa saya walaupun kalian sibuk. kalau datang tokyo nanti, jangan lupalah singgah di higashi omiya walaupun kedai aiskrim baskin robin dah tak ada :D

sekarang, saya sangat-amat-terlalu suka makan ikan shishamok.
saya tak tahu ikan shishamok dipanggil apa dalam bahasa melayu.
di musim panas yang lalu,bila dengar kisah syafikah dan ikan shishamok nya, 
keinginan nak makan ikan ini sangat tinggi. 
ikan shishamok biasanya banyak dijual di perayaan musim panas di jepun.
dan saya sangat bersyukur-tak-terhingga bila Allah makbulkan permintaan saya tak lama lepas tu, sebab dapat makan ikan shishamok free ketika pergi melawat muzium toyota di nagoya. 

ikan shishamok nagoya 

nagoya memang terkenal dengan ikan shishamok kot
sebab setiap kali pergi kedai makan di sana,kami akan dihidangkan dengan ikan tersebut.
dan baru-baru ni,masa pergi rumah banghanis dengan bangdo,bangsikin masakkan ikan shishamok goreng sebagai hidangan tengahari.

shishamok bangbangbang

bermula dari situlah saya mula mempunyai minat yang mendalam terhadap ikan shisamok. 
dan sekarang, setiap malam saya akan masak ikan shishamok bakar dan makan dengan sambal kaknoni. enak sekali!

shishamok dan sambal kaknoni enak sekali


serba sedikit berkenaan profil ikan shishamok:
-nama saintifik beliau ialah spirinchus lanceolatus
-beliau spesis ikan air masin, menginap di laut dalam kot
-panjang beliau bersamaan dengan panjang perbaris 15cm tu
-beliau mempunyai kandungan omega 3 yang sangat berkhasiat untuk tubuh badan
-dalam badan ikan ni terkandung telur yang saaaangat banyak
(2 per 3 bahagian badan beliau adalah telur)
-seluruh bahagian badan beliau boleh dimakan begitu saja, sangat rangup bila digoreng maupun dibakar. termasuk kepala dan tulang. tak perlu khuatir, 
anda tak kan mengalami masalah tercekik tulang pun.
-ada juga ikan shishamok tiruan dan mungkin rasa dia tak berapa enak.
-di seiyu higashi omiya,16 ekor ikan shishamok berharga 198 yen sahaja.

orang indonesia bilang ikan shishamok ini ikan yang buruk rupa tetapi enak sekali.
tapi saya tak rasa pun rupa beliau buruk.janji rasanya enak.dan tak berbau hanyir pun.
memang macam tu lah kan,kalau nak bandingkan rupa ikan shishamok ni dengan short kek ginza cozy corner,memanglah orang akan pilih short kek yang berkalori tinggi tapi sedap tu berbanding ikan shushamok ni kan.
tapi mana boleh kita menilai ikan shishamok dari luaran semata.
sebab, mata memang sukakan yang santek-santek kan,tapi cubalah rasa!
khas untuk ikan shishamok;
kadang-kadang luaran nampak baik,tapi dalaman tak disangka-sangka.
kadang-kadang luaran nampak tak santek,tapi dalaman sesantek-santeknya.
kadang-kadang luaran nampak hina,tapi dalaman semulia-mulianya.
kadang-kadang luaran nampak miskin,tapi dalaman kaya-raya.
jadi berbalik kepada ikan shishamok tadi;
tak kisah lah rupa beliau macamana pun,tapi beliau telah pun mencuri hati saya.
dan saya tak dapat menyekat keinginan perut saya untuk berhenti makan ikan shishamok.
jangan lah pandang ikan shishamok ni sebelah mata saja,kalian cubalah rasa ye.
dont judge a book by its cover; it's what inside that counts!
ikan shishamok yang enak, bila balik malaysia nanti pasti saya akan merindui beliau..

(banyak lah pulak gambar shishamok dalam post kali ni,rasa macam tengah jual ikan pulak)

Friday, December 2, 2011

post ekspress

post kali ini sangat ekspress.dalam erti kata lain,satu post ini membicarakan beberapa tajuk dalam satu masa. (macam pelik je bunyinya.sebenarnya malas nak tulis post banyak-banyak)

pertamanya tentang kepulangan saya ke Malaysia beberapa minggu lepas.pulang selama 5 hari je tapi banyak benda yang saya dapat.dapat makan kfc,beger,ikan bakar,sate,kek semua tu tak usah kira lah,berat badan pun dah naik :||

tapi selain tu dapat baaaaanyak sangat pengalaman,jadi TA untuk subjek cikgu saya,sungguh menyeronokkan.seolah-olah kembali semula ke alam JAD satu masa dulu.

ditambah pula bila berjumpa dengan sensei-tachi yang sangat baik hati,selalu nak belanja,banyak tanya tentang kehidupan saya di Jepun,banyak bagi nasihat,cerita macam-macam.buat saya lupa sebentar masalah-masalah yang dialami. Mizuno Sensei tunjukkan gambar saya di zaman matrik iaitu kira-kira 3,4 tahun dahulu,sambil berkata 'tengoklah ni, dah banyak beza awak yang dulu dengan awak sekarang.'mungkin Mizuno Sensei nak cakap yang saya dah makin kurus tapi beliau malu kan :)) Wada Sensei pula,bila nampak saya,terus pergi dekat sensei lab saya sambil cakap,'ne ne,dah tahu ke budak nabila ni menulis terbalik' :DD 

Hasparina Sensei pula, berkongsi banyak cerita tentang kehidupan beliau,buat saya gembira dan terhibur. sangat tehibur dengar cerita beliau :))))

Onuma Sensei,walaupun beliau dah pindah mengajar di AAJ, tapi sempat luangkan masa bawa saya dengan sensei pergi tengok kelip-kelip disamping bergosip sepanjang perjalanan tu :D

semua ini saya tak alami di Jepun,memang sangat berbeza.sampaikan cikgu lab saya kepelikan bila tengok sensei-tachi JAD banyak bercerita dan bertegur sapa saya.
di samping tu,gembira berjumpa kouhai-tachi yang banyak juga bercerita itu-ini,suka bergurau tapi masih tak hilang rasa hormat.tiap-tiap malam saya turun bilik UT,dengar cerita-cerita mereka,kebetulan pula masa tu mereka ada interview untuk kemasukan ke universiti di Jepun,jadi saya tolong bagi sikit-sikit idea walaupun tak membantu sangat pun >.<

dan saya tak lupa kepada staff-staff ypm,yang banyak tolong saya sepanjang 5 hari tersebut.terharunya bila Kakju,warden di TBP hantar saya sampai bawah masa nak ke airport,Kaknurul dengan Kakhanum hantar mesej dan telefon beri kata nasihat.terharunya terharunya terharunya. saya pasti tak akan lupa jasa kalian semua dan kenangan bersama kalian walaupun sekejap saja.tak lupa juga,dapat jumpa famili tercinta walaupun masa begitu singkat.amat singkat.tapi saya syukur sebab diberi peluang jumpa dengan mereka.saat-saat bersama mereka saya habiskan dan gunakan sebaik mungkin supaya tak rugi begitu saja :')



keduanya tentang progres research saya.sekarang,research saya ........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
oleh sebab research saya tak siap lagi,jadi kita tangguh dulu lah bercerita tentang ia.

ketiganya,
tentang keadaan banjir di Kelantan.Sekarang, Kelantan tengah mengalami musim tengkujuh@musim boh.tiap-tiap hari hujan turun,yang menyebabkan banjir di beberapa kawasan tanah rendah. tapi rasanya sekarang hujan dah agak reda kot. kadang-kadang kita tak terfikir pun kan kenapa Allah turunkan hujan, kenapa Kelantan mesti banjir, kenapa tak di Pulau Pinang. hari tu borak-borak dengan sensei, diceritanya tentang banjir di Kelantan pada setiap hujung tahun kepada ahli lab yang lain. salah seorang senior bertanya, kenapa lah banjir pulak di Kelantan tu, dah la Kelantan tu kawasan kampung. tak banjir pun kat kawasan lain. kenapa mesti Kelantan. kenapa. kenapa. sensei pun terangkan lah banjir yang terjadi akibat dari hujan yang turun tu lah yang membersihkan kawasan tanaman,tanah-tanah kering supaya jadi lembap dan boleh bercucuk tanam. (Kelantan kan banyak kawasan pertanian) ya, memang jawapan yang sensei bagi adalah simple dan mungkin ada antara kalian yang pernah terfikir dan tahu akan hal ini,tapi tidak bagi saya yang selama ini hanya tahu banjir akan berlaku di Kelantan pada setiap hujung tahun ini adalah disebabkan pertukaran angin monsun apa entah... apa yang saya nak sampai kan di sini ialah, di setiap kejadian yang Allah jadikan itu pasti ada hikmah di sebaliknya. kan. dan, teguran dari Allah tu kadang-kadang boleh jadi datang melalui orang bukan Islam yang tak faham tentang Islam pun. kan. jadi, adik-adik,kakak-kakak jangan bersedih bila rumah anda dimasuki air akibat banjir, syukurlah kita ini anak-anak Kelantan, sebab Khairul Fahmi penjaga gol Malaysia yang hebat tu pun orang Kelate jugok :DDD

Keempatnya,
Sekarang Jepun dah makin sejuk. suhu terendah hari ni ialah 3 darjah celcius. saya rasa macam nak terjun dalam kuali yang ada minyak panas menggelegak sebab tak tahan sejuk. pakai stokin pun dua lapis. pakai baju pula tak payah cakap la berlapis-lapis. makan nasi sepinggan, tak sampai sejam rasa lapar balik. nak kumpul lemak kan.

Kelimanya,
Saya rindu kawan saya, Adilin. saya harap sangat Adilin sentiasa ceria.sentiasa gembira.tak sedih-sedih. saya doa pada Allah moga Lin diberi kekuatan untuk hadapi semuanya dengan tenang dan sabar. ingat sayang, kita masih ada Dia..

Itu saja,terima kasih.

Sunday, October 30, 2011

bila Allah makbulkan doamu...

dah lama teringin nak makan kek coklat;
lepas tu Allah makbulkan doa saya
Allah hantar sapikah untuk buatkan kek coklat 
kami makan sama-sama masa usrah petang tadi
terima kasih Allah
terima kasih sapikah


esok kena hantar slide pada senior untuk dicheck sebelum dihantar pada cikgu.2 minggu lagi ada poster presentation. tolong lah senior jangan reject kerja saya, kalau tak, saya tak tahu nak buat macamana lagi dah. Ya Allah permudahkan urusan hambaMu ini..

Aku berada pada sangkaan hambaKu pada Ku, jika dia mengingatiKu dalam hatinya maka Aku mengingatinya dalam hatiKu, jika dia mengingatiKu dalam khalayak ramai, Aku akan mengingatinya dalam khalayak yang lebih lagi (dari kalangan malaikat). Jika ia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta, jika ia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa, dan jika ia mendatangiKu dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari.  (Muslim) 

Wednesday, August 31, 2011

salam aidilfitri

1 syawal di perantauan.
pertama kali beraya di perantauan.
memang tak ada 'feel' langsung macam beraya di Malaysia.
pergi embassy di pagi raya,sembahyang raya di sana..walaupun makanan yang dihidang bukan juadah yang disediakan macam yang biasa terhidang pada pagi raya di Malaysia,tapi tak apa lah.makan apa yang ada sajalah.dah nama lagi beraya di perantauan.




ambil gambar bersama kawan-kawan.pertama kali,raya pertama beraya bersama kawan-kawan.dapat pengalaman baru dalam hidup.makan sama-sama,ambil gambar sama-sama,sedih sama-sama.tabah sama-sama.tabah kan kami? :)



balik rumah,rehat-rehat.nak jalan-jalan pun tak ada rumah yang terbuka.orang Jepun tak buat rumah terbuka :| skype dengan keluarga,mama tengah sibuk layan orang datang ramai kat rumah.boleh rasalah kemeriahan kat rumah tu,mesti riuh rendah orang datang tak putus-putus macam tahun lepas...

sayang mama dengan abah sangat-sangat,terubat rindu tengok senyuman mereka ;')

lepas tu kan kan kan,malam nya pula buat makan-makan,makan sate,makan nasi himpit.Ishimatsu Sensei pun datang.malam ni lah baru boleh rasa masakan Malaysia.sedap jugalah kawan-kawan masak.mereka semua memang berbakat.



konklusinya,raya di perantauan memang lain sangat lah dengan raya di Malaysia..kalau tahun lepas,raya pertama di Malaysia boleh makan banyak sangat dan boleh makan apa-apa saja yang diidamkan sampai sakit perut.raya pertama di sini nak makan juadah raya memang tak ada lah,kalau nak makan kena buat sendiri.kalau ada benda yang teringin nak makan,kena masak sendiri.nasib baiklah ada kawan-kawan yang pandai masak. :) tahun lepas,raya pertama di Malaysia boleh jumpa sanak saudara yang dah lama tak jumpa,sesetengah tu yang boleh jumpa time raya je,keluarga intan payung pun datang rumah.raya pertama tahun ni jumpa kawan-kawan saja,boleh skype dari jauh je dengan keluarga dan sanak saudara,boleh tengok gambar-gambar keluarga dan sanak saudara dekat facebook je.
kalau tak ada facebook tak boleh tengok lah.jadi terima kasih facebook!
raya pertama di Malaysia biasanya akan dapat duit raya dari orang-orang yang dah bekerja,raya pertama tahun ni tak dapat duit raya dari siapa-siapa pun,sebab tak ada rumah yang terbuka.
eh ni macam sesi meluahkan perasaan lah pula.tak tak,saya tak mengeluh.kena bersyukur dengan apa yang ada.walaupun raya tahun ni tak seberapa,tak semeriah macam raya-raya sebelum ni,tapi saya tetap bersyukur sebab masih berpeluang menyambut hari raya.masih boleh menyambut raya dengan jiwa yang merdeka.ceeewah hehe..ok lah,salam perantau dari saya,Nabila di Jepun :) maafkan salah silap saya andai ada terkasar bahasa,tersilap kata,yang terang mahu pun tersembunyi.deh? :)