Showing posts with label jepun. Show all posts
Showing posts with label jepun. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

unforgettable event 3: train museum Japan

huahhh berkulat bersawang dah blog ini. lebih 2 bulan tidak diupdate
sungguh masa sangat mencemburui diri saya yang sekarang memegang jawatan sebagai isteri, anak, ibu hamil dan pelajar ini.
rutin harian berubah mendadak, tapi bila ada masa lapang sekali pun, tak menyempat nak buka laptop untuk update blog.
hari ni datang awal ke lab dan sambil menikmati sarapan pagi, ayuh update blog~~

sebenarnya semalam tengah memproses gambar-gambar dalam iphone, buang mana yang rasanya tak perlu disimpan.
maka terjumpa lah gambar lawatan ke muzium keretapi di jepun.
saya pernah update serba sedikit tentang lawatan ke muzium ini pada tahun lepas, di sini
bila diingat balik, saya ke sana hanya dengan satu sebab, iaitu nak tengok shinkansen hayabusa :D
ramai tanya kenapa minat sangat hayabusa? entahlah, mungkin boleh dikatakan sebagai jatuh cinta pandang pertama.
memang pantang tengok hayabusa, mata tak lepas memandang sampai hilang dari pandangan.
begitu juga kalau jumpa cenderamata hayabusa, nabila pasti akan membeli nya :D

serba sedikit mengenai hayabusa:

>> sebuah shinkansen
>> antara keretapi terlaju di jepun
>> menghubungkan tokyo dan aomori
>> kelajuan sehingga 320km/h

ayuh tonton gambar-gambar pula:


 
 



 
 




2,3 hari sebelum bfg, hari terakhir pergi kerja part time, dalam perjalanan pulang, Allah bagi 'hadiah' dapat tengok hayabusa meluncur laju depan mata.
sweet kan Allah :')



Wednesday, June 19, 2013

jlfest yang menyeronokkan

Hujung minggu lepas saya dan suami jadi volunteer untuk jlfest, japanese language festival di putrajaya. festival ni diadakan setiap tahun, lebih kurang 38 buah sekolah turut serta pada tahun ni. sayangnya, sekolah faris petra tiada wakil >.< 

saya jadi assistant kepada dua orang makcik jepun, kihara san dan marutani san. saya tolong mereka buat potato salad. mula-mula mereka demonstrate cara buat potato salad depan pelajar lepas tu pelajar cuba buat sendiri. kelas potato salad ni ada 3 sesi. jadi mereka tunjuk ajar cara buat potato salad 3 kali. dan saya dapat makan potato salad buatan mereka pada setiap sesi, hehe. cara buat sangat senang: potong timun nipis-nipis, potong carrot nipis-nipis, perah dengan air garam, gaul dengan mayonis dan potato yang dah dihancurkan, hiris putih telur yang dah direbus, dan akhir sekali taburkan kuning telur yang dah direbus juga atas salad tersebut. senang kan? siap tapau bawa balik potato salad tersebut :D

saya dan potato salad dan makcik potato salad

petangnya pula, saya tolong has sensei kendalikan pertandingan mr. and miss yukata. lain-lain pertandingan ialah choral speaking tarian soran bushi. seronok tengok mereka menari :D dan banyak lagi lah aktiviti seperti kelas buat okonomiyaki, kelas pakai yukata/kimono,dan lain-lain.team majalah gempakstarz pun ada tapi has sensei tak kenal mereka sebab has sensei geng majalah ujang hihi.
walaupun bahasa jepun saya dah tunggang langgang, tapi seronok sangat sebab dapat pengalaman jadi volunteer macam ni. terima kasih has sensei sebab ajak kami, next time boleh join lagi :)

ini team potato salad suami

walaupun panas terik dan muka sunburn tapi sangat gembiraa

adik basha pun ada

 tarian soran bushi

koinobori hasil tangan mereka

reunion jad 3 batch dan sensei kesayangan kami :)

Friday, October 12, 2012

weekend = happy ^^

minggu lepas dapat emel dari wada sensei,
katanya mahu jumpa saya dan suami.
mulanya saya agak segan mahu jumpa sensei,
ya lah nihonggo (bahasa jepun) saya sekarang
ibarat tumbuk kacang guna lesung batu,dah hancur lebur.
tapi pada masa yang sama perasaan nak jumpa sensei memang sangat kuat; 
sensei yang dah banyak curahkan ilmu dan berjasa pada saya.
saya ingat lagi wada sensei suka komen saya tulis terbalik.
lepas tu wada sensei akan pastikan grup eksperimen saya ialah grup terakhir yang pulang setiap kali ada eksperimen >.<

sepanjang pertemuan kami,sensei memang banyak bercerita.
saya rasa seronok sebab dah lama tak berkomunikasi guna bahasa jepun.
walaupun bahasa jepun saya dah jadi kacang hancur lumat,
tapi saya masih boleh faham apa yang sensei cakap tau :D
dan saya sangat terharu sensei belanja kami makanan jepun.
salad salmon,sotong bakar,set sashimi,tempura,sushi,okonomiya pun ada.
harga tak payah cakaplah kan >.<

inilah dia hidangan enak kami itu:

mula-mula buka majlis dengan salad

okonomiyaki ni sangat enak,tiada langsung unsur kemalaysiaan

set sashimi ni paling enak

dan dan dan ikura sushi tu memang tersangat enak!!!!tapi zannen,ada seketul je >.<

berjalan pulang lepas perut penuh diisi

mata aimashoune sensei.

tettet.cerita weekend kali ni akan diupdate minggu depan pula :)



Sunday, April 8, 2012

Experience:the best teacher ^^

hari tu balik dari jepun memang tak sempat nak update pun.
saat-saat terakhir di jepun pun macam tak sempat nak update banyak.sebab sibuk dengan segala macam urusan.alhamdulillah semua urusan dah setel,dan alhamdulillah dapat pulang ke tanah air dengan sekeping sijil bachelor of engineering :)
peraasan gembira dapat balik ke Malaysia tu tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.memang ada jugak rasa sedih nak tinggalkan jepun,tapi atas sebab tertentu,rasa tak sabarr sangat mahu pulang jejakkan kaki di tanah air sendiri.alhamdulillah,sekarang kaki dah terjejak di sini :)
ok lah.ok lah.di sini saya nak kongsi;
apa yang saya dapat di jepun selama 2 tahun?2 tahun masa yang singkat kan.tapi sangat berharga bagi saya.
budaya
semua orang sedia maklum,tak perlu nak dicerita panjang lebar,Jepun negara terlampau maju.kalau nak dibandingkan teknologinya dengan Malaysia,rasanya Malaysia 10 tahun terkebelakang berbanding Jepun.hidup di Jepun selama 2 tahun seolah-olah saya memasuki satu dunia magik. kalau nak apa-apa,semua boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di internet,telefon dan lain-lain.walaupun kadang-kadang agak mahal,tapi rasa berbaloi bila fikirkan servis jepun yang tip-top,cepat,pantas,memuaskan hati saya dan kawan-kawan sebagai pengguna.tak lupa juga,persekitaran yang bersih,aman,damai.walaupun Jepun kekurangan tong sampah,tapi dari situlah sebenarnya kita dididik supaya menjaga kebersihan,nak buang sampah merata-rata pun rasa malu,sebab tak ada sampah pun kat sekeliling.bagi saya,mentaliti masyarakat Jepun tu sendiri sebenarnya salah satu sebab yang mempengaruhi kemajuan negara diorang.dan bila dah berada di zon selesa,dan terbiasa hidup selesa di jepun,maka saya terbawa-bawa bila balik di Malaysia ni.saya jadi cepat merungut,bila tengok sampah merata-rata kat tepi jalan raya,rasa nak pergi kutip je.bila makan kat kedai,time nak order,bila waiter/tress tu campak je menu atas meja sambil mata tengok atas,rasa nak tarik dia duduk sebelah saya dan nak ajar suruh bagi buku menu tu elok-elok.
research
bila melangkah ke alam beresearch,saya rasa nak cepat-cepat habiskan research tersebut.tertekan dengan task yang diberi dan terasa diri dijepunkan.air mata dah keluar beberapa kali akibat tertekan.tapi bila alam beresearch habis,rasa rindu.dari lab tu saya belajar banyak benda,belajar bagaimana nak handle masalah,belajar bagaimana nak jadi seorang yang multitasking(walaupun sampai sekarang masih tak boleh),belajar macamana nak deal dengan orang,belajar macamana nak buat kerja tanpa sekelumit salah pun sebab cikgu saya memang seorang yang sangat-sangat-sangat teliti,even garisan tersenget sikit pun dia boleh nampak dan suruh baiki..dan tak boleh buat kerja separuh jalan.sekarang saya rasa sangat menghargai lab tu, lab yang ajar saya jadi kuat! :)
rohani
bila di jepun,saya dapat rasakan makanan rohani lagi terisi berbanding bila di tanah air sendiri.di malaysia rasa macam main-main je,tak serius.bila di jepun,pengisian tu lebih masuk ke dalam hati.ni yang saya rasa lah,mungkin kita tak sama sebab setiap orang tu berbeza-beza penerimaannya..sebab di jepun,walaupun berjauhan dari keluarga,tak ada orang yang nak tengok-tengokkan,tapi kat sini lah ramai sangat akhawat yang selalu mengingatkan.saya rasa syukur,dalam kesibukan saya sempat menyertai program-program,berpeluang belajar tafsir zilal,tadabbur ayat quran dan banyak lagi.bila rohani rasa kering,datanglah orang-orang yang 'selamatkan' saya.bila difikirkan balik,rasa sebak dan syukur sangat,Allah masih sayang pada hamba Dia yang sering buat dosa ni bila sering diberi peluang untuk bangun semula :)
ukhuwah
di jepun,saya tak ada sesiapa melainkan saudara seislam. nak kongsi apa-apa semuanya dengan kawan-kawan lah.dah rasa macam adik beradik.bila hari raya,pergi embassy sambut raya sama-sama,makan sama-sama,tidur sama-sama.susah senang,saling bantu.bila ada masalah,mereka jadi penguat semangat.sedaya upaya mereka cuba tolong.walaupun kadang-kadang mereka ada masalah sendiri,tapi tak pernah lupakan saya jugak.walaupun masing-masing ada masalah dengan research lab masing-masing,tapi tetap jadi pendengar setia masalah research saya.terharu.sekarang,masing-masing dah jauh.tapi dunia di hujung jari lah katakan; facebook,twitter,sms,mms,line,viber jadi penghubung ukhuwah.jangan lost contact deh! :)
makanan
memang diakui,susah sangat nak cari dan jumpa makanan yang halalan toyyiba di jepun.bila tekak terasa nak makan makanan jepun,kami ke kedai sushi mahupun soba dan udon.dan hanya boleh pesan makanan yang tiada unsur cik bab,ayam,daging dan arak.jadi kena cek semuanya hingga ke penggunaan minyak.di jepun lah saya belajar kalau nak makan atau mengidam apa-apa,tiada cara lain selain kena masak sendiri.walaupun tak sesedap yang mama masak atau yang dibeli kat kedai,tapi alhamdulillah,ada lah rasa.walaupun bawang putih harga 3 ringgit selabu,tapi sebab kalau nak masak nasi ayam,kalau tak ada bawang putih nanti rasa tak sedap,sanggup jugak lah korbankan 3 ringgit tu demi selabu bawang :D dan walaupun mula-mula,tekak memang tak boleh terima langsung sashimi(ikan mentah),sushi-sushi yang mentah,soba,udon dan segala macam makanan jepun yang lain,tapi lama-lama benda tu dah boleh diterima dah masuk dalam perut dengan senang hati :)
duit
di jepun lah saya belajar berjimat.nak beli apa-apa,sedaya upaya akan cari dan beli yang paling murah.di jepun juga pertama kali rasa pengalaman bekerja dan dapat duit hasil kerja sendiri.bila dah bekerja ni,dah tau betapa susahnya perah keringat nak kerja dan dapat duit sendiri.semua nya sendiri.BERDIKARI.
jauh perjalanan luas pemandangan bertambah pengalaman
hasil titik peluh kerja susun majalah dalam mesin,berjaya lah kumpul duit sikit untuk round-round jepun.antara tempat-tempat menarik yang pernah pergi kat jepun ialah okayama,osaka,kyoto,nagaoka,yamagata,hiroshima,miyajima.akan kusimpan kenangan itu di dalam album yang akan ku beli tak lama lagi. :D terharu,bah kan saya pernah menitiskan air mata masa tengah jalan-jalan sebab kagum dengan ciptaan Dia yang sangat indah, dan terharu sebab Allah bagi saya peluang saya kumpul banyak pengalaman di tempat orang :') lepas ni kalau ada duit nak pergi melancong lagi, nak pergi ke sebelah Eropah ke pulak, insyaAllah.dan perjalanan saya masih jauhhhhh lagi.walaupun sekarang sangat gembira dengan kehidupan begini:duduk rumah goyang kaki tak ada masalah tak perlu fikir apa-apa,tapi hidup rasa kosong.sebab tak buat apa-apa kan.masih ada benda yang belum selesai.bila dah selesai nanti baru hati rasa lega selega-lega nya.jadi saya memang berharap,Allah permudahkan jalan saya,dan jalan kalian juga.moga kita semua dapat tarik nafas lega sama-sama :)

Saturday, March 24, 2012

back-for-good

i was officially graduated from Shibaura Institute of Technology,Omiya Campus,Saitama,Japan on last Monday.syukur alhamdulillah,hasil berpenat lelah selama dua tahun.

err.ini gambar tarak tau kenapa ada dalam cik ipon.

Now im currently at Shah Alam,Malaysia.
masih mengalami kejutan budaya bila balik ke tanah air sendiri ni sebab:
1.tak boleh nak terima harga barang yang naik mendadak.memang lah dua tahun tinggalkan Malaysia,tapi sangat terkejut bila makan sepinggan nasi,lauk ikan dengan sayur secubit je,harga 5 ringgit.kfc snack plate dah mahal 3 ringgit.pen stabilo kaler2 yang dulu nya harga rm1.80 sekarang dah jadi rm2.30.mahal sengoti.tapi nak buat macamana,orang kata taraf hidup dah meningkat.kan.

satu plastik jambu ni harga rm1.50.mengidam punya pasal,beli lah.

2.suhu 30 darjah.jalan 2,3 langkah keluar rumah dah berpeluh.sehari kalau tak mandi 3 kali tak sah.err kat jepun tak mandi sehari pun tak kisah kan -_-''
3.sangat susah nak sambung dengan internet.kat jepun dah biasa disuap dengan hikari fibre tu,kat sini nak dapat line wifi memang susah.
4.orang bawak kereta laju sangat lah.
5.kedai makcik bakso kat sebelah sya sya tu dah bernama; iaitu 'sya sya bakso&soto'
6.macam-macam lagi lah.

 picnik.at taman tasik shah alam.

nabila,
tak payah nak mengada sangat la nak mengalami kejutan2 budaya ni semua.negara sendiri kot.
sebelum fly ke jepun,macam la tak biasa dengan semua ni kan.
lagi dua hari nak terbang ke brunei pula :D
moga dapat sesuatu di sana..
lepas tu balik kelate negeri tercinta.tak saborrrr.
yang pasti,saya sayang Malaysia.sebab dah tak perlu nak baca ingredient kalau nak makan apa2,check je tanda halal nya.happpyyy :)))))

Tuesday, March 13, 2012

blog updated but..

idea tiada.
lamanya tak mengarang!
hari tu saya pergi Nagaoka.melancong selepas presentation last.
tapi saya pernah bagitau TA dari gidai (universiti nagaoka),
kat Nagaoka tak ada apa-apa jadi saya takkan sampai sana lah kot.
tapi Allah bagi peluang pada saya untuk tengok apa yang ada kat sana.
serius mula-mula sampai macam rusa masuk kampung,
sebab salji-tebal-sangat-bertimbun-timbun
selain daripada salji,Nagaoka ada tarikan yang lebih menarik
iaitu dekat kantin Nagaoka U dijual ayam halal.best sengoti.

kat Nagaoka ada taman yang luas sangat-sangat untuk main salji.
kebetulan kitorang pergi sana weekdays,jadi taman itu kitorang yang punyaaaaa
seronokkkk sangat boleh main gelongsor sesuka hati :D
 anda semua di hati ;')
tungkus lumus buat orang salji
 dan ini hasilnya!

salji terakhir sebelum pulang Malaysia.

Friday, February 17, 2012

alhamdulillah berakhir sudah..

tamatlah kisah hidup saya sebagai seorang pelajar di Shibaura.
ok sebenarnya belum tamat lagi,sikitttt saja lagi.
ada lebih kurang sebulan saja lagi sebelum majlis graduasi 
hari Selasa lepas,berakhirnya final presentation kami.
alhamdulillah.pengakhiran yang baik.alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
banyak sangat benda yang saya dapat belajar dari lab saya.
bukan saja di lab saya,tapi di Shibaura.
nama Shibaura bukan lah hebat sangat pun kan,tak sehebat keio todai waseda dan yang lain.
orang cakap kalau nak rehat,nak buat part time,tak nak belajar susah,datang la Shibaura.
ya silalah datang dan rasai sendiri.
bukanlah saya nak angkat nama Shibaura sebab saya bersekolah di situ,
tapi sebab saya yang melaluinya,orang yang cakap shibaura senang tu 
pernah ke rasa macam apa yang saya rasa?

kami wajib ambil mata pelajaran sisko,nak terangkan pun susah tapi siapa masuk Shibaura kampus Omiya memang wajib ambil subjek ni.subjek ni tak susah,menarik sangat.siap ada group discussion dengan orang jepun.masa tu lah boleh ambil peluang kalau nak baik dengan orang jepun.tapi sebab kita orang asing,kita set minda kita,benda ni susah bila kita seorang saja orang Melayu dalam kalangan orang jepun.cuba kita ambil benda positif dari subjek ni,baaaaaanyak sangat.

lepas tu kami ada eksperimen.ya,memang eksperimen susah.siapa yang tak minat programing yabai lah jugak.tapi saya pun tak minat programing.dan tak reti programing.tapi sebab ada kawan-kawan,kami saling tolong.lama-lama rasa tak adalah susah sangat pun.biasalah proses belajar,mana ada yang senang.bila dah faham,lama-lama rasa senang lah.sama lah macam dulu-dulu masa kita mula-mula belajar abc.nak ingat satu-satu huruf,nak tulis satu-satu huruf tu susah kan.tapi sekarang kita rasa tulis abc tu sangat senang,siap boleh tulis blog panjang-panjang lagi kan. :D

bila masuk tahun 4,research bermula.saya budak denjyou (denshi jouhou system). saya nak cerita persekitaran lab saya,cikgu sangat baik,hari-hari banyak benda baru yang saya belajar.bukan saja pasal research,tapi pasal kehidupan seharian,cara nak buat kopi,dan lain-lain.senior dan kawan-kawan sangat suportif.banyak sangat mereka tolong saya.sepanjang 1 tahun jadi budak tahun 4,seminggu sekali ada meeting dengan cikgu dan ahli lab.dan kena report apa yang kami buat dalam research.sebab saya tahu saya bukan orang jepun,saya kena usaha lebih sikit.jadi saya sedaya upaya datang lab hari-hari,sedaya upaya buat research baik-baik demi nak cikgu faham apa yang saya buat.lama kelamaan balik rumah pukul 12,1 pagi tu dah menjadi kebiasaan.lepas tu ada 3 presentation besar,di mana kami kena present depan orang-orang jepun lain.di samping tu kena tulis thesis yang berjela-jela.susah.tapi sebab saya yang pilih jalan ni.walaupun kadang-kadang air mata tumpah jua,tapi saya tabahkan hati.
anda pula macamana?

ya belajar kat mana-mana pun susah,ada susah ada senang.
tapi agak tersinggung dulu bila ada orang cakap Shibaura ialah sekolah untuk orang yang tak nak belajar sangat..daripada pemerhatian saya sepanjang di sini,
semua nya bergantung pada kita.
kalau kita datang sini nak part time,part time la yang kita dapat.kalau datang nak main bola,bola la yang kita dapat.kalau datang nak belajar,itu juga lah yang kita dapat.
apa yang kita mahu itulah yang kita dapat.

ini gambar saya dengan budak tahun 4 yang lain.satu-satunya gambar kami bersama-sama.
gembira sangat dapat ambil gambar ni.
dan pada malam ni lah,cikgu baca kata-kata penghargaan yang saya tulis dekat thesis.cikgu dengan kawan-kawan gelak tak berhenti sampai keluar air mata.cikgu cakap beliau tak sangka saya ni kelakar juga. (dalam kata penghargaan tu,saya tujukan ucapan dekat setiap orang)
ohhh saya pasti merindui lab ni nanti.lab yang banyak mendewasakan saya.
gambar ni diambil oleh cikgu.
saya masak popia untuk cikgu dan kawan-kawan.
saya gembira bila cikgu cakap beliau suka.
dan beliau cakap lagi sedap dari yang kat Malaysia :D
saya pergi melawat muzium keretapi!bila sebut muzium,mesti lah terbayang benda bosan kan.budak sekolah je yang pergi melawat muzium.tapi..........oleh sebab muzium ni kat omiya je,dan oleh sebab saya saaaaaaangat minat dengan shinkansen bernama hayabusa,saya sangat-sangat lah gembira dapat pergi muzium ni.seronok sangat,sebab dapat tahu banyak sangat pasal asal usul keretapi di jepun ni,dan diorang memang bina keretapi yang dipamer ni sama saiz macam keretapi yang betul-betul.siap boleh duduk dalam tu,boleh makan-makan,nak tidur pun boleh.ada kelas belajar keretapi,game berkaitan keretapi,boleh cuba pengalaman bawak keretapi dan lain-lain.saya pun tak ingat macamana saya boleh minat hayabusa,tapi keminatan saya terhadap ia dah sampai tahap saya........










beli bantal hayabusa!
seronok sangat :D

seronok sangat melompat-lompat boleh pegang hayabusa ni.
ini gelongsor hayabusa ya :D




mari menghabiskan sisa-sisa terakhir di Jepun.



Wednesday, February 1, 2012

kalau nak sihat kena makan ubat tapi..

woaaahhh lamanya dah tak update blog.
tak sempat sengoti sebab masa sangat mencemburui untuk berblog sekarang.
lepas hantar itu, kena buat ini pula. lepas buat itu, kena hantar ini pula.
tapi alhamdulillah kesibukan dah berkurang sedikit.
jadi boleh lah curi masa sedikit untuk update blog yeah!

tapi sebenarnya tak ada idea pun nak tulis apa..
cuma rasa nak mengupdate blog je.

tak sampai dua bulan je lagi nak tinggalkan Jepun.
kat jepun ni kan, saya belajar banyak benda.
salah satunya mestilah belajar masak.
kat malaysia tak perlu susah-susah nak masak,
 boleh makan masakan mama, boleh beli je dekat pasar malam.
saya dah jadi sangat suka memasak.
walaupun kerja bertimbun tapi saya curi juga masa untuk masak.
*mengidam punya pasal.
1.nasi daging.baru je buat tadi.
2.ikan percik.
3.makaroni goreng
4.puding gula hangus
5.bistik daging
6.kek cekelat
7.sup ikan merah
8.laksa kelantan
9.mi goreng biasa je
10.mi kari

dan bermacam-macam lagi.
tak adalah nampak menarik sangat kan.dan tak adalah sedap sangat.
biasalah kali pertama buat. tapi lain kali saya akan buat sedap-sedap-sesedap mungkin.

saya tak berapa sihat.
sebab sekarang makin sejuk kan.kulit jadi kering.saya pula kurang minum air.
jadi setiap malam saya berusaha habiskan sebotol air mineral 1 liter tu.
tak nak sakit-sakit di saat-saat genting ni.

oh ya,tajuk post kali ni sambungan nya di sini.
kalau nak sihat kena makan ubat tapi..
ubat rasanya pahit.
tapi
kadang-kadang kita leka mengecapi manisnya hidup,
maka pahit yang datang itu ubatnya agar kita pulang cari Dia..

Monday, December 19, 2011

いい思い出作らない?

anda tak perlu refresh page ni berkali-kali sebab saya memang tukar background blog baruuu
tak santek pun kan,tapi tak apa lah.saya tak reti nak buat yang santek-santek.

~~~~~XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO~~~~~

saya hanya ada lebih kurang 3 bulan saja lagi untuk habiskan sisa-sisa hidup di jepun ini.
pejam celik pejam celik dua tahun di sini dah nak hampir berlalu..
oleh sebab saya ni seorang yang pelupa sedikit(usia kan dah bertambah meningkatlah katakan) jadi saya tak berapa nak ingat sangat apa yang saya dah lalui selama hampir 2 tahun ni
jadi sebab itulah ada gunanya tulis blog ni
kadang-kadang kalau ada masa terluang seperti ni,saya akan catatkan di sini
dan oleh sebab saya ni pelupa,kadang-kadang bila baca post yang tahun lepas,hati tertanya,
'eh bila masa aku buat benda ni,eh ada ke aku masak benda ni,eh ada ke blablabla..' -_-''
jadi masih ada 3 bulan saja lagi
walaupun kita mungkin akan sibuk siapkan kerja research kita demi habiskan degree nanti..
tapi.. いい思い出作らない?
saya tak mahu sia-siakan 3 bulan yang ada ni
saya nak isi baki 3 bulan ini dengan perkara bermanfaat,dengan benda yang indah-indah;
dan moga saya dapat gembirakan orang sekeliling saya juga
sebab lepas ni saya tak tahu ke mana hala tuju saya
kalian dengan hala tuju kalian
ada yang akan balik Malaysia macam saya,ada yang akan masih berada di Jepun..
dan lepas ni mungkin kita akan jarang jumpa atau mungkin kita dah tak akan berjumpa lagi
jadi mari kita jadikan baki 3 bulan ini 3 bulan yang bermakna tanpa ada rasa sedih,
 kecewa, derita, putus asa, iri hati, benci membenci
indah nya hidup tanpa semua ni
yang sudah lepas biarkan berlalu; ambil ibrah dari setiap yang terjadi dan teruskan langkah kaki untuk meniti hari mendatang.
kita dah meningkat dewasa jadi pemikiran pun harus matangkan?
ayuh sahabat; mari hidup dalam suasana positif, 
yang jauh yang dekat saling mengingati..
ayuh sahabat; buang saja rasa ego dalam diri, maafkan,lupakan,cintai,sayangi..
ayuh sahabat; tolaklah kejahatan dengan kebaikan,
dendam itu dosa,kemaafan itu pahala..
tiada manusia yang sempurna;
ayuh hidup dalam sejahtera..

Friday, December 16, 2011

my last autumn.

musim luruh baru saja meninggalkan jepun dan saya.
musim luruh yang sekejap saja.
tapi besar maknanya; ini musim luruh saya yang terakhir di jepun.
saya amat-sangat-terlalu bersyukur kerana masih diberi peluang merasai musim luruh.
di mana suhunya tidak terlalu sejuk dan tidak panas.
seperti tahun lepas,dalam entri yang lalu, saya paling suka musim luruh berbanding musim lain.
walaupun pada musim luruh kali ni saya tak makan hotate banyak-banyak macam tahun lepas sebab bimbangkan kesan radiasi, tapi saya tetap sukakan musim luruh kali ni.
dan saya masih berpeluang tengok si cantik kosmos macam dulu.
kosmos melambai-lambai 
dan saya berpeluang pergi koyok(tengok daun autumn subhanallah memang cantik sangat)
sebenarnya, bila orang ajak saya pergi koyok, saya tak adalah rasa gembira melonjak-lonjak macam nak tengok sakura, tapi tahun ni saya amat-sangat-terlalu gembira dapat koyok bersama kawan-kawan di 2 tempat yang sangat-amat-terlalu-paling menarik iaitu di Showa Kinen Park dan Kyoto.
Showa Kinen Koen memang terkenal sebagai taman yang sangat cantik di jepun tak kiralah pada musim apa pun.dan ini merupakan kali kedua saya melawat Kyoto, kali pertama dulu tak pergi jalan-jalan pun, saya hanya singgah rumah kawan saja. Kyoto memang terkenal sebagai tempat peranginan yang santek terutama pada musim luruh. 
saya pasti akan ingat dan simpan kenangan di sana sampai bila-bila...
terima kasih sangatttt pada semua sahabat yang bersusah payah datang jumpa saya dan sanggup habiskan masa jumpa saya walaupun kalian sibuk. kalau datang tokyo nanti, jangan lupalah singgah di higashi omiya walaupun kedai aiskrim baskin robin dah tak ada :D

sekarang, saya sangat-amat-terlalu suka makan ikan shishamok.
saya tak tahu ikan shishamok dipanggil apa dalam bahasa melayu.
di musim panas yang lalu,bila dengar kisah syafikah dan ikan shishamok nya, 
keinginan nak makan ikan ini sangat tinggi. 
ikan shishamok biasanya banyak dijual di perayaan musim panas di jepun.
dan saya sangat bersyukur-tak-terhingga bila Allah makbulkan permintaan saya tak lama lepas tu, sebab dapat makan ikan shishamok free ketika pergi melawat muzium toyota di nagoya. 

ikan shishamok nagoya 

nagoya memang terkenal dengan ikan shishamok kot
sebab setiap kali pergi kedai makan di sana,kami akan dihidangkan dengan ikan tersebut.
dan baru-baru ni,masa pergi rumah banghanis dengan bangdo,bangsikin masakkan ikan shishamok goreng sebagai hidangan tengahari.

shishamok bangbangbang

bermula dari situlah saya mula mempunyai minat yang mendalam terhadap ikan shisamok. 
dan sekarang, setiap malam saya akan masak ikan shishamok bakar dan makan dengan sambal kaknoni. enak sekali!

shishamok dan sambal kaknoni enak sekali


serba sedikit berkenaan profil ikan shishamok:
-nama saintifik beliau ialah spirinchus lanceolatus
-beliau spesis ikan air masin, menginap di laut dalam kot
-panjang beliau bersamaan dengan panjang perbaris 15cm tu
-beliau mempunyai kandungan omega 3 yang sangat berkhasiat untuk tubuh badan
-dalam badan ikan ni terkandung telur yang saaaangat banyak
(2 per 3 bahagian badan beliau adalah telur)
-seluruh bahagian badan beliau boleh dimakan begitu saja, sangat rangup bila digoreng maupun dibakar. termasuk kepala dan tulang. tak perlu khuatir, 
anda tak kan mengalami masalah tercekik tulang pun.
-ada juga ikan shishamok tiruan dan mungkin rasa dia tak berapa enak.
-di seiyu higashi omiya,16 ekor ikan shishamok berharga 198 yen sahaja.

orang indonesia bilang ikan shishamok ini ikan yang buruk rupa tetapi enak sekali.
tapi saya tak rasa pun rupa beliau buruk.janji rasanya enak.dan tak berbau hanyir pun.
memang macam tu lah kan,kalau nak bandingkan rupa ikan shishamok ni dengan short kek ginza cozy corner,memanglah orang akan pilih short kek yang berkalori tinggi tapi sedap tu berbanding ikan shushamok ni kan.
tapi mana boleh kita menilai ikan shishamok dari luaran semata.
sebab, mata memang sukakan yang santek-santek kan,tapi cubalah rasa!
khas untuk ikan shishamok;
kadang-kadang luaran nampak baik,tapi dalaman tak disangka-sangka.
kadang-kadang luaran nampak tak santek,tapi dalaman sesantek-santeknya.
kadang-kadang luaran nampak hina,tapi dalaman semulia-mulianya.
kadang-kadang luaran nampak miskin,tapi dalaman kaya-raya.
jadi berbalik kepada ikan shishamok tadi;
tak kisah lah rupa beliau macamana pun,tapi beliau telah pun mencuri hati saya.
dan saya tak dapat menyekat keinginan perut saya untuk berhenti makan ikan shishamok.
jangan lah pandang ikan shishamok ni sebelah mata saja,kalian cubalah rasa ye.
dont judge a book by its cover; it's what inside that counts!
ikan shishamok yang enak, bila balik malaysia nanti pasti saya akan merindui beliau..

(banyak lah pulak gambar shishamok dalam post kali ni,rasa macam tengah jual ikan pulak)

Tuesday, November 15, 2011

update ringkas saja

semalam punya semalam punya semalam,(12 Nov) 
alhamdulillah poster presentation telah tamat dengan jayanya.
jaya jugalah sebab malam sebelum tu saya boleh tidur walaupun tak berapa nak lena.
dan saya dapat present dengan lancar berbanding masa chukan presentation dulu.
dan saya boleh jawab soalan yang cikgu tanya.alhamdulillah..
dan lepas tu saya memang rasa lega teramat.
syukur syukur syukur sebab dah selesai,hilang sedikit kesibukan.

dan semalam punya semalam,saya keluar dengan kawan saya.dia datang Jepun.
we're friends for almost 12 years but yesterday(13 Nov) was our first meeting.
diana.
terima kasih sudi luangkan masa jumpa saya.
selama ni kami banyak kongsi cerita dalam surat saja.
gembira sangat dapat jumpa dia.
mak diana sangat baik.saya panggil beliau aunty.aunty dah duduk sini 8 tahun sebab kawin dengan orang Jepun.diana ada sorang adik Jepun nama taka.
saya sangat gembira jumpa diana.
walaupun pertama kali jumpa,tapi sebab dah biasa cakap banyak dalam surat,
rasa macam rapat.
aunty pun memang sangat ramah dan baik.suka sangat buat kelakar.
dan saya terharu sebab diana bawakan makanan Malaysia untuk saya.
dan aunty belanja saya makan buffet seafood sebab beliau cakap saya datang jauh.
seronok sangat.walaupun dapat jumpa diana sekejap saja. :')
my childhood friend :')

diana

aunty inoue

saya dah mengantuk.tapi saya nak menaip sikit lagi.
esok saya balik malaysia untuk 5 hari.
saya harap saya dapat jumpa semua orang yang saya nak jumpa;
keluarga saya,hasparina sensei,dan sensei-sensei lain,pakcik tahir,makcik petronas (opps) 
moga Allah permudahkan urusan saya,dan perjalanan saya pergi dan balik.
mungkin tak akan sempat update blog untuk 5 hari ni,
jadi kita jumpa minggu depan ya :))