Sunday, July 4, 2010

pembersihnya..

20100119121234
orang jepun mencipta ini :: ポテチの手 atau dalam bahasa melayunya ialah
tangan potato cip(direct translate)
bagi orang yg macam kito ni,mesti kito terpikir,buek apo la orang jepun ni lotih2 mencipta ini sedangkan blh je kite kapit potato cip tu guna tangan kite ni,ngapp masuk dalam mulut terus.
sebenarnya mereka2 ini mencipta 'tangan' ini sebab mereka x mau mengotorkan tangan masa tengah buat kerja-kerja menaip menggunakan komputer maupun masa tengah menulis menggunakan pen..benda ni nampak macam selekeh je kan,wat membazir duet je orang jepun ni..tapi atas dasar kebersihan,diorang mecipta benda ni..kata mereka,bile menaip guna komputer sambil makan,tangan sentuh papan keyboard yang x dijamin kebersihannya tu digunakan jugak untuk wat masuk makanan ke dalam mulut..nanti kuman2 yang lekat kat keyboard tu masuk mulut kita la kn.dan tangan pun jadi melekit2,
x selesa nak menaip @ menulis..bijak2

p/s:jadi macam saya ni senang,1 tangan wat menaip,sebelah lagi makan buah momo MySpace

Saturday, July 3, 2010

~(`3`)~

ni abah
hihi..x la
ni dato mustapha mohamad

















ni abah
nak sama kan muka mereka?







sayang abah :)




****x de motif sbnrny post kali ini****

Wednesday, June 30, 2010

ini apa?

ini apa?

ini ikan bakar.

ini apa?

ini ikan bakar.

ini apa?

ini ikan bakar la.

nak sangat makan ikan bakar...dengan air pencicah yang mama buat.
nggak boleh sabar tunggu bulan puasa ni,mau makan makanan yang sedap2 masakan ibu tercinta.ohhhh saya mau ikan bakar!

hisashiburi~~~

MySpaceudah lama betul tidak mengupdate blog..nak kata bz,tidak lah bz sangat.tapi mungkin masax mengizinkan.hampir 4 bulan meneruskan kehidupan di jepun ni,masih belum hilang rasa kagum terhadap negara ni yang sememangnya dah dikenali sbg negara yang hebat di mata dunia..servis perkhidmatan yang mengagumkan:hanya dengan melayari internet,anda boleh mengorder apa-apa barang yang anda sukai,dan barang tersebut tiba di depan pintu rumah anda tepat pada waktu yang anda ingin kan.begitu juga apabila anda ingin bergerak ke mana-mana destinasi di sini,segalanya sangat pantas dengan menaiki densha(tren),zup zap zup zap dah sampai :) bukan itu saja,anda boleh membeli tiket wayang,cd,dvd,membayar bil2 elektrik,gas,telefon,malah membayar harga tiket kapal terbang hanya di 7 eleven.wahh..macam promote 7e plak..tandas di jepun juga canggih selaras dengan teknologinya yang sedia canggih::bila masuk tandas je mangkuk tandas akan terbuka khas untuk anda,anda hanya perlu duduk dan setelah selesai membuang apa-apa hajat,tidak perlu bersusah payah untuk mencari di mana tempat untuk menekan flush,kerana secara otomatiknya akan terflush..sugoi kn??MySpacewalaupun kos kehidupan di sini agak mahal,tapi bergantung kepada kita sebagai pemegang biasiswa Yayasan Pelajaran Mara untuk menggunakannya sebaik mungkin..percaya atau tidak,jika anda kehilangan barang di negara ini,kebarangkalian untuk anda menemui kembali barang tersebut adalah 99.9%..teringat kisah yang menyayat hati,kira-kira masih belum mencecah usia sebulan menetap di Jepun;wang travelers check hadiah daripada Yayasan Pelajaran Mara sebanyak 320000 yen(lebih kurang RM12000) hilang! kisah nya bila kami pergi buat alien kad di pejabat daerah,selepas tu kami pergi pulak buat i fon di softbank,dan kemudian nya ada beberapa tempat yang kami singgahi..2 hari selepas tu baru la saya sedar yang travelers check tu tiada..panik nya x leh nak digambarkan macamana lagi la..saya geledah 1 bilik ni berkali-kali tapi x ketemui..fikiran ni dah membayangkan macam-macam kemungkinan yang berlaku lepas ni;macamana la saya nak hidup di sini,wang 320000 yen tu la untuk saya menyara kehidupan saya kat jepun ni selama 2 bulan..nak bayar bil letrik,bil gas,bil telefon...seminggu saya duk geledah bilik tu berkali2 tapi x jumpa.peluang untuk saya jumpa balik duit tu memang laa tipis,saya x ingat kat mana saya tercicirkan sampul yang berisi travelers check tu,dan siapa2 yang jumpa travelers check saya tu mesti lah tidak akan melepaskan peluang bila nampak duit banyak kat depan mata MySpacesaya pergi semula ke tempat2 yang saya singgahi masa kehilangan travelers check tsebut,tapi x jumpa2..saya sudah habis ikhtiar,kawan mencadangkan saya pergi ke koban(balai polis) untuk buat laporan polis..mungkin x akan jumpa tapi cubala ikhtiar..masa buat laporan polis tu,makcik polis memang terkejut la sebab saya kehilangan jumlah wang yang agak banyak..makcik,tolong lah saya..macamana saya nak terus kan hidup saya di jepun ni,saya pun tidak tahu..kawan2 tenangkan saya dengan mau pinjamkan saya wang,tapi banyak mana lah sangat..dah la baru je masuk rumah baru;masih banyak benda yang perlu dibereskan..keesokan hari selepas saya membuat report polis di koban,saya dapat 1 panggilan telefon;katanya saya diminta pergi ke balai polis oomiya higashi(agak jauh dari rumah saya) alhamdulillah~~~ MySpacesaya ketemui semula travelers check saya;rupa2 nya saya tertinggal sampul travelers check tu kat pejabat daerah masa saya pegi buat alien kad..dan orang kat sana terjumpa,beliau anta ke balai polis,dan rupa-rupanya beliau dah antar 2 pucuk surat ke peti surat rumah saya menyatakan saya hilang travelers check tu,tapi silap saya sebab x check peti surat;dah seminggu la surat tu tido dalam peti surat tu :D amin amin alhamdulillah sebab jumpa balik..saya dah tak fikir yang bukan-bukan lagi dan saya dah x komaru lagi..baik hati betul orang itu..sepanjang kehilangan travelers check,saya x putus-putus doa;saya x berdoa supaya saya ketemu balik wang tersebut,sebab saya rasa cam muri je kalo nak jumpa semula..tapi saya doa mohon Allah senangkan perjalanan hidup saya andai saya x berwang di sini..tapi Allah tu Maha Mengetahui,Dia tahu saya x mungkin boleh hidup di sini bila dilanda ujian begitu..terima kasih ya Allah! :' )

Friday, April 16, 2010

ini serius

dah lama saya x berkesempatan untuk update
blog sejak bertandang ke Bumi Sakura
banyak benda yang saya mahu kongsi
banyak benda yang mengejutkan saya di sini
tapi masa belum mengizinkan saya untuk berkongsi cerita panjang

ini hanya sekadar luahan rasa..
dah lama rasa ini ingin diluah
tp x tahu kenapa hati saya menyuruh saya mengabaikan benda2 mikro seumpama ini
tp bila saya terbaca satu status seorang teman rapat yang berbunyi:

"sgt BENGANG kalu da org suka tiru sal sy..hish.."


akhirnya ku temui orang yang sama pemikirannya macam saya
entah la,serius saya x selesa bila orang tiru benda yang saya buat,benda yang saya tulis,benda yang saya pikir tapi saya x berfikiran sebegini kalau teman2 rapat saya yang tiru hal2 saya:
tapi saya rasa x selesa bila orang yang jarang berkomunikasi dgn saya berbuat sebegini..
maaf,mungkin juga saya perasan sendiri,padahal tiada siapa2 yang tiru saya
tp ini bukan sekali dua;bila saya buat itu,dia berkata nak buat juga lah
bila saya buat begini,dua tiga hari lepas tu dia juga buat begini
entah lah,saya rasa x selesa
maaf sangat2,bukan niat saya nak tujukan pada sesiapa
mungkin juga perasaan saya ni bercampur baur dgn hasutan syaitan
yang menggoda saya supaya bersangka buruk
tp ini lah yang saya rasa dan saya tak suka
saya rasa macam selalu diperhatikan
macam semua yang saya buat mesti nk sama dengan dia
dan bila benda yang dia buat tu sama dgn saya,serius saya rasa menyampah
dan perasaan ini bukanlah perasaan yang saya rasa bila berada berdekatan dgn orang2 di sekeliling saya sekarang..
sebab tu saya rasa x selesa,walaupun jauh masih lagi nk stalker2
maaf sangat2 tapi ini lah apa yang saya rasa..
dan semoga rasa ini cepat hilang
dengan cara sentiasa bersangka baik dengan semua orang..

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku
kufur dan berbuat buruk.