Friday, February 26, 2010

saat dunia berhenti berputar..

ku selalu rindu
ayat-ayat suci al-quran
firman-firmanNya
hadith-hadith Nabi
menyinari diri ini selalu
ku selalu rindu

ketika mendengar semua itu
seakan ku
melupakan segala urusan dunia
segalanya
yang berhubungan dengan dunia

ketika mendengar hal itu
ku ingin saja
setiap detik
bersujud dan berzikir
menghadapNya
memuja-muji diriNya
berselawat pada Rasulullah
seakan dunia ini tak perlu lagi bagiku

namun ketika di luar hal itu
rasa itu seakan hilang
hawa nafsu dan segala godaan dunia
menghampiri dengan ramahnya
menyuruhku
melupakan segala apa yang ku dengar

ku ingin selalu tetap istiqamah
menjaga hati in
dengan tetap berzikir
dan berselawat
memuja-muji asmaMU
dan RasulMu
ku ingin selalu
tetap istiqamah
di jalanMu
ya Allah..
bantulah aku
untuk tetap kuat
di jalanMu
amin..

Wednesday, February 17, 2010

berakhir..

8 FEB
Final exam bermula dengan paper Rinri Kougaku(Engineering Ethics) dan Denjiki(Electromagnetism).Soalan rinri mmg x penah biasa jawab jadi ada sedikit perasaan gementar di situ.mula2 jawab soalan rinri,saya x baca yang soalan tu ada pilihan soalan,tapi saya pegi jawab suma..aish bazir masa la pulak.tengah2 syok menjawab soalan kedua,takatsu sensei pusing2 nak tengok kitorang,pusing punya pusing,bila sampai tempat saya,saya nampak perubahan di wajah beliau.dengan muka yang memang tekejut nye,die melihat cara saya menulis.saya dengan muka terkejut nya membalas wajah terkejut beliau itu.lantas saya lupa apa yang ingin saya jawab pada kertas jawapan saya tersebut.maka saya amat sedih la..
paper denjiki berakhir dengan gemilang nya kerana Mizuno Sensei memang nak tolong kitorang,sebab beliau memang bagi soalan kuiz sebijik2!alhamdulillah..

9 FEB
alhamdulillah juga apabila soalan denki kairo(electric circuit) dapat dijawab dengan jayanya walaupun tidak gemilang.macam biasa,soalan Mizuno Sensei memang diambil dari kuiz beliau,tapi zannen desu ga soalan 9 dan 10 memang belum pernah kami jawab.tapi insyaAllah kejayaan di tangan kami..

10 FEB
oh tidak.ini paper denshi kairo(electronics circuit).paper paling susah rasanya.sangat hantai(berlawanan) dengan soalan2 shukudai(homework).sokyoku antei maruchibaibure-ta,memang langsung saya x bace..kata sensei,20 lebih orang yang fail sebelum markah shukudai ditambah.tapi bile dah ditambah,ada ura2 mengatakan ada beberapa orang yang tidak dapat dibantu,rase2 nya sensei suruh diorang buat report kot..

11 FEB
subjek yang paling tensei.jouhou shori(programing).tetapi rasanya paper yang paling berjaya dijawab dengan jayanya.(sebab sensei wat masuk soalan kuiz,cuma ditukar..sensei,hontou ni arigatouuu)

12 FEB
seigyo oh seigyo.sunggoh banyak soalan yang mesti di jawab.penin2.banyak betul rumus yang perlu dihapal,tapi alhamdulillah hampir kesemua dapat dijawab walaupun mungkin dengan tidak jayanya..

bercuti sebentar sempena CNY.pegi majlis doa selamat di rumah nenek Amar,tq untuk Amar sekeluarga

17 FEB
Ueno Sensei tukar soalan?memang gile2 berlainan dengan soalan yang kite biasa buat..
oh nampaknya persepsi kita berubah.sebab sensei telah membantu kite dengan bagi soalan report yang beliau suruh kite wat dan suruh kite hantar sebelum exam tersebut.alhamdulillah..

exam telah berakhir.hanya menunggu keputusan..semoga keputusan yang bakal diperoleh setimpal dengan usaha ku..
sekarang ni tengah menanti hari-hari untuk pulang ke kampung halaman.dan makin dekatla saat untuk meninggalkan mama......

Thursday, February 11, 2010

hepi birthday dear friend


Hari ni hari lahir my bestie,Sohair Kausar aka cok Ea yg ke 21,tapi x dapat nak celebrate lagi memandangkan skrg minggu exam..
sori sohe,aku sempat wish je,x de hadiah lagi hahaa
n tima kasih sebab sudi jadi kawan di masa susah dan senang aku
n maaf sangat2 andai sepanjang aku kenal ko sebagai seorang teman yang best,aku penah menyakitkan hati ko
aku sayang ko sangat2,jangan lupe aku kt okayam nanti huhu..

One million sorrys can’t correct my wrongs
Nor can one word I say
But I want you to know I value your friendship

What this poem is saying
Are my birthday wishes for you
And whatever dreams you have
I'll wish them for you too

You deserve to have all your wishes
And all of your dreams come true
Cos you're there for everyone especially me
And you always help me pull through

I'll remember you forever
And I hope you remember me
So thank you for everything
And for helping me on my way
My final wish for you
Is to have a happy birthday~

Tuesday, February 2, 2010

abah tolong jangan buat macam ni lagi..


hari ni x tau saya kena gembira @ kena sedih.ya,gembira dan sedih sebab abah datang.gembira sangat2 sebab dapat jumpa abah,rindu sangat2 kat abah dengan mama..tapi sedih sangat2..sebab abah sanggup datang kat TBP naik komuter.abah datang KL naik flight sebab mama risau kalau abah bawak keta nanti abah letih.abah tido kat Kajang.Kajang dengan Shah Alam ni bukannya dekat.dari kajang nak datang Shah Alam,abah kena naik teksi dulu kan pegi KTM Serdang,pastu sampai KL sentral,abah kena berebut dengan ramai orang kan sebab nak naik komuter gi Batu 3 pukul 5 tadi,orang mesti penuh sesak kan sebab ramai baru balek kerja.pastu abah kena balik semula dari TBP ke KL sentral pastu amik tren pegi Serdang semula..kan Bila dah cakap kalo susah abah x payah la datang..maaf abah.Bila janji x kan bersungut nak jumpa abah lagi..sayu sangat tengok wajah tua abah..abah tolong jangan buat macam ni lagi,Bila x kisah x dapat jumpa abah tapi Bila x nak abah letih....

Sunday, January 24, 2010

kem ibadat dan rehlah


hujung minggu lepas JAD batch 8 ada kem ibadat dan rehlah kat Nur Bukit Unggul kat Sepang kot.kitorang pergi 2 hari je,kimochi(perasaan) mula2 nak pergi tu memang la sangat2 tak nakk sebab memang da tak suke pegi2 kem ni..tapi pergi je la sebab dah diwajibkan kepada kitorang.kem ni dianjurkan oleh Yayasan Ilmuwan.hari pertama kat sana,kem tu dirasmikan oleh Dr Khairul.da lama sangat saya x jumpe die dan x tengok muka die.natsukashiiii sangat2 sebab die banyak sangat mengimbau kenangan kitorang masa dekat KRM dulu.die cakap dulu kitorang kecik2,sekarang saiz kitorang dah makin besar hahaa..
lepas perasmian,ada ceramah oleh Dr Noraini,isteri Dr Khairul.sebelum ni pun Dr Noraini pernah bagi ceramah kat kitorang masa KRM dulu.
lagi2..kitorang disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik::jalan2 atas batu-bata(teringat kisah kat Kem Kaizen tapi kat Kem Kaizen tu lagi dasat la kitorang kene,tangan kitorang kena gari sekeliling pokok dan kitorang kena melepasi gari tersebut,dan ade aktiviti dalam air yang sangat seronok.saya ni memang la x pandai nak berenang,waktu die suruh kitorang apungkan badan dan angkat kaki,memang le cuak sebab takut terbalik,saya asik sebut name puuut je sebab put terer berenang ^^ tapi bile dah lame2 duk dalam air tu syok jugak :)
dan malam tu pengisian antara maghrib isyak oleh En Norlizan yang gaya nye ala2 Azrul Sensei terutamanya pada rambut die :)
malam tu ada sesi nangis-nangis sebab die cakap pasal ibu.saya memang tahan mata dari nangis teresak-esak macam cik Hanis,sebab takot mate ni membengkak keesokan harinya.macam-macam la En.Norlizan tu suruh kitorang wat:lukis gambar ibu,bagi sebab kenapa sayang ibu dan tulis wasiat kepada ibu.kanashii naa..saya dah terdengar bunyi esakan kawan-kawan,bukan saja kat belah pompuan,kat belah laki pon bunyi esakan kecil.saya tulis wasiat kat mama sambil kesat air mata saya perlahan-lahan.teringat segala kesalahan yang saya dah buat kat mama..rindu sangat-sangat mama masa tu :( lepas sesi tu kitorang salam sesama sendiri sambil minta maaf nangis2.ye la,kitorang dah duk sini sama2 lebih kurang 4 tahun dah,mestilah ada salah silap sesama kitorang kat sini yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan..masa salam2 ni,saya tahan diri dari mengalirkan air mata,tapi bile sorang kawan saya ni,Roslina dah nangis depan saya sambil cakap ''elin mesti rindu Bila lepas ni..",saya mula rasa sedih,teringat kisah2 dulu,kitorang pernah gaduh teruk sampai nangis-nangis,dan macam2 lagi la..sampaikan saya ingatkan saya dah x kan bertegur sapa dengan dia sampai bila2 dah..tapi Allah sayangkan kami..kami jadi baik sangat2 semula..saya nangis teruk sangat sambil peluk dia sambil cakap "tima kasih Elin sebab kawan dengan Bila.Bila x sangka Bila akan baik semula dengan Elin macam ni.."selepas tu,salaman2 seterusnya diiringi air mata(cehh jiwang nya ayat ku)tapi sedih la malam tu..
tapi tibe2 kesedihan malam tu bertukar ceria:kami iaitu Ji,saya,sohe,sikin dan anis main 'PS'
pe PS?"Perempuan's Secreto" hahaa xde la..na
ma ni direka sendiri oleh saya malam ini,tapi malam kami bermain PS tu,kami kongsi banyak sangat benda dari hati ke hati (ceewahh),kami bercerita sesama sendiri sampai ke pukul 3 pagi agaknya..rindu sangat saat2 tu sebab semua orang buat luahan hati..mungkin juga masa tu kami bercakap dalam gelap,sebab tu kami x malu untuk meluah perasaan hehe..walaupun letih sangat2 sebab banyak aktiviti petang tu,tapi kami x henti2 bercerita.dalam kami bermain PS tu,kami tinjau2 gak supaya x terkantoi dengan orang lain,malu la kalo orang lain dengar luahan hati kami..so girls,pls keep the secret till de end k walaupon keesokan harinye tu kitorang jumpe cik katak kat bawah katil kitorang(maknenye katak tu dengar semua yang kitorang cakap malam tuuu)! :)) i'll miss the moment dan berharap dapat berPS lagi kat malam las di Hachioji nanti..
keesokan harinya,akibat berPS tu,kami memang bangun lewat la dan saya sempat aerobik kejap je :P pastu kami teruskan aktiviti dengan ikat2 tali buku sila.dengan menggunakan tali ape entah orang sebut yang besar gedabak tu,kitorang kena buat ikatan buku sila..cubaan hanya 3 kali tapi alhamdulillah cubaan ketiga berjayee~
sebelum penutup kem,kami diberi peluang berforum dengan senpai2 kami yang baru balik dari Jepun..
kesimpulannya:kem ibadat dan rehlah ini walaupun pada mulanya saya pergi dengan perasaan berat hati tapi akhirnya bertukar menjadi sebuah kem yang menggembirakan,makanan die sume sedap-sedap sangat,petempatan selesa,aktiviti selesa,tambah2 muke tuan Haris tu macam Sein Ruffedge :)
ini mungkin kem last kami sebelum fly ke Jepun nanti,lepas ni kami kena ganbatte betul2 untuk final exam yang bakal menjelang tiba 8hb 2 ni..yosh minna ganbare~~~~