Tuesday, September 27, 2011

labku kesayanganku

nama lab research saya ialah Minet Lab.yang disingkatkan daripada perkataan Multimedia Information Network.sebelum masuk lab ni saya ingat kan minet tu singkatan bagi Miyoshi Network. -_-'' (cikgu research saya nama Miyoshi) dulu lab saya terletak di tingkat 5.sekarang dah pindah ke tingkat 4.lab saya memang nigiyaka(bising) sebab lab saya terdiri daripada pelbagai suku kaum seperti saya orang Malaysia,orang Vietnam dan orang Jepun.
hari tu berkesempatan ambil gambar lab sebab datang awal dan tak ada orang :D
ini meja saya.

ini meja untuk kegunaan makan-makan,meeting dan lain-lain.


sisa kotak yang belum berkemas.

ini tempat tidur tapi saya tak pernah lepak sini.


sebelah kanan tu bilik cikgu.sebelah kiri tu pintu keluar-masuk.

warga kerusi dan meja.

haiwan peliharaan senior.

deretan serbuk teh dan kopi.

konklusinya,saya suka datang lab bila tak ada orang :)

Saturday, September 24, 2011

barang yang lepas hai jangan dikenang

" barang yang lepas jangan dikenang kalau dikenang tentu menangis "
(petikan lagu Allahyarham P.Ramlee)

tak mau nak kenang-kenang ni tapi tak sanggup nak lupakan..
beg yang dah banyak berjasa;

pergi sekolah dengan beg ni
pergi jalan-jalan dengan beg ni
pergi jaulah korea dengan beg ni
pergi program dengan beg ni
pergi kerja dengan beg ni
semua dengan beg ni lah.
bila saya dah suka sesuatu,saya cenderung gunakan ia selalu-sokmo-sokmo
sampai lah jadi macam ni
sedihhh sangat.
balik kerja hari tu,nak keluarkan syiling dari beg untuk beli air
lepas tutup zip beg,kedengaran bunyi 'syiaaaapppp'
ingatkan bunyi apa,beg terkoyak rupanya :(

saya sayang beg ni,saya memang cuai
beg ni saya beli guna duit sendiri
saya suka bunga-bunga tu
saya cuba jahit hari tu tapi tak boleh lah :(
beli yang baru :(
saya akan cuba jaga beg ni sebaik mungkin.
walaupun saya tak pandai sangat jaga barang,tapi saya akan cuba
tambahan pula ini beg pemberian orang.
jadi kena jaga sehabis baik
buat-sehabis-baik ---->motto pengakap

ini lagu sehabis baik Ana Raffali

Wednesday, August 31, 2011

salam aidilfitri

1 syawal di perantauan.
pertama kali beraya di perantauan.
memang tak ada 'feel' langsung macam beraya di Malaysia.
pergi embassy di pagi raya,sembahyang raya di sana..walaupun makanan yang dihidang bukan juadah yang disediakan macam yang biasa terhidang pada pagi raya di Malaysia,tapi tak apa lah.makan apa yang ada sajalah.dah nama lagi beraya di perantauan.




ambil gambar bersama kawan-kawan.pertama kali,raya pertama beraya bersama kawan-kawan.dapat pengalaman baru dalam hidup.makan sama-sama,ambil gambar sama-sama,sedih sama-sama.tabah sama-sama.tabah kan kami? :)



balik rumah,rehat-rehat.nak jalan-jalan pun tak ada rumah yang terbuka.orang Jepun tak buat rumah terbuka :| skype dengan keluarga,mama tengah sibuk layan orang datang ramai kat rumah.boleh rasalah kemeriahan kat rumah tu,mesti riuh rendah orang datang tak putus-putus macam tahun lepas...

sayang mama dengan abah sangat-sangat,terubat rindu tengok senyuman mereka ;')

lepas tu kan kan kan,malam nya pula buat makan-makan,makan sate,makan nasi himpit.Ishimatsu Sensei pun datang.malam ni lah baru boleh rasa masakan Malaysia.sedap jugalah kawan-kawan masak.mereka semua memang berbakat.



konklusinya,raya di perantauan memang lain sangat lah dengan raya di Malaysia..kalau tahun lepas,raya pertama di Malaysia boleh makan banyak sangat dan boleh makan apa-apa saja yang diidamkan sampai sakit perut.raya pertama di sini nak makan juadah raya memang tak ada lah,kalau nak makan kena buat sendiri.kalau ada benda yang teringin nak makan,kena masak sendiri.nasib baiklah ada kawan-kawan yang pandai masak. :) tahun lepas,raya pertama di Malaysia boleh jumpa sanak saudara yang dah lama tak jumpa,sesetengah tu yang boleh jumpa time raya je,keluarga intan payung pun datang rumah.raya pertama tahun ni jumpa kawan-kawan saja,boleh skype dari jauh je dengan keluarga dan sanak saudara,boleh tengok gambar-gambar keluarga dan sanak saudara dekat facebook je.
kalau tak ada facebook tak boleh tengok lah.jadi terima kasih facebook!
raya pertama di Malaysia biasanya akan dapat duit raya dari orang-orang yang dah bekerja,raya pertama tahun ni tak dapat duit raya dari siapa-siapa pun,sebab tak ada rumah yang terbuka.
eh ni macam sesi meluahkan perasaan lah pula.tak tak,saya tak mengeluh.kena bersyukur dengan apa yang ada.walaupun raya tahun ni tak seberapa,tak semeriah macam raya-raya sebelum ni,tapi saya tetap bersyukur sebab masih berpeluang menyambut hari raya.masih boleh menyambut raya dengan jiwa yang merdeka.ceeewah hehe..ok lah,salam perantau dari saya,Nabila di Jepun :) maafkan salah silap saya andai ada terkasar bahasa,tersilap kata,yang terang mahu pun tersembunyi.deh? :)

Thursday, August 25, 2011

ku tunggu-tunggu..

gelisah.
risau.
kenapa tak berbalas.
tunggu balasan sampai tertidur.


tapi...
bangun pagi sudah berbalas!




pendek tapi bermakna.

rindu abah.
teringat dulu-dulu tengok Mr Bean dengan abah.abah gelak kuat-kuat :')





-imisshome-

Saturday, August 20, 2011

20 ramadhan

2,3 hari ni saya rasa tak ada semangat.
tak tahu kenapa.
asyik rasa nak mengeluh.tapi taknak mengeluh.sebab tu ciri-ciri orang tak berjaya.
kenapa suka mengeluh
sebab tak dapat makan sedap-sedap ke?
entahlah.
sebab tak dapat pergi bazar ramadan beli ikan bakar ke?
entahlah.
sebab tak dapat beraya di Malaysia ke?
entahlah.
tapi rasa tak ada semangat.
saya tak boleh macam ni,tambahan pula di bulan baik yang datang hanya sekali setahun saja.
kalau tak semangat macamana nak habiskan azam bulan ramadan ni.
ya Allah tolong lah bagi saya kekuatan.
hari ni dah masuk 20 ramadhan.lagi 10 hari sebelum habis bulan ramadhan.
jom usaha sama-sama,hidupkan 10 malam terakhir ni,rebut pahala sebanyak mungkin.
sebab,kita tahu kan lailatul qadar itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan ramadhan.

Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)




hari ini saya sangat gembira!
sebab saya dapat kad raya!
dari malaysia.
seronok.

kelakar lah alamat rumah ni :)

saya rasa saya sangat istimewa lepas terima kad ni :)

walau jasad kita terpisah jauh tapi hati kita selalu dekat :)



untuk kakak kesayangan saya,ini video untuk ceriakan kamu :)
jangan sedih-sedih.nanti saya pun sedih juga.
insyaAllah moga Dia permudahkan semuanya.minta dengan Dia banyak-banyak deh.
adik mu sentiasa menyokong walaupun dari jauh :))