Monday, October 17, 2011

人間っていいなー


rasa nak gerak kiri kanan melambai-lambai badan je bila tengok video ni.
seronok betul masa zaman kanak-kanak.
tiba-tiba teringat masa kecik-kecik dulu,
sementara tunggu Aji Lah,ustaz yang ajar saya mengaji datang,
saya lari-lari pergi beli aiskrim yang dalam plastik panjang tu,harga sepuluh sen satu batang.
ada perisa jeruk pauh,asam,buah cermai.ingat tak?
sluuurrrrppp sedapnyaaa tapi mampu telan air liur saja sekarang.
sekarang dah besar,jadi kita makan aiskrim baskin robin lah ya...? :D

zaman kanak-kanak dah lama berlalu,
sekarang sudah dewasa.pemikiran pun kena dewasa.
apa-apa pun,kena sentiasa rasa syukur,sebab Dia selalu bagi peluang rasai nikmat hidup jadi seorang manusia.dapat rasai nikmat makan aiskrim baskin robin, ye dak? :D

cukuplah

terima kasih kerana mengingatkan*


Tak perlu bayar segala pinjaman.
Cukuplah dengan bersyukur.
Memelihara segala kurniaan.
Dan mentaati perintah-Ku.
Jauhi segala kebencian-Ku.
Masih terlalu mahal kah permintaan? 

Thursday, October 13, 2011

menjaga kesihatan diri

tak sempat la nak berblog sekarang, tapi rasa nak menaip hari ni.
sekarang ni pun banyak update blog dekat sekolah,
dah tak sempat nak menaip dekat rumah.
kita sharing is caring lah ye hari ni..
terbaca dekat 1 wall sahabat di fb,tentang ini :

terima kasih nor abdullah sebab sudi berkongsi :)

CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. Tapi benda ni paling susah kita nak buatkan? Sebab lepas solat subuh konfem tido balik. Kena tanam azam ni dalam diri,lepas subuh cuba tak payah tidur..

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim) Tapi kadang-kadang,dalam menjaga kebersihan diri, jangan lupa menjaga kebersihan sekeliling juga. Ini nasihat untuk diri sendiri, kena selalu kemas bilik!

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat. Baiklah, lepas ni kena beringat, jangan makan lebih dari satu pertiga ruang badan.

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. 

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Jom, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan akan jadi sihat, dan jiwa pun jadi tenang.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI."

Saturday, October 8, 2011

hari sibuk

semalam (Jumaat) hari paling letih sejak bergelar pelajar tahun 4 di sekolah shibaura.
semalam sebelum tu saya tak boleh tidur dengan lena,sebab memikirkan kerja lab yang tak siap lagi walaupun badan sangat letih.lepas solat subuh,golek-golek je atas katil tapi tak tidur pun.tambahan pula tiba-tiba bermimpi hantu yang entah apa-apa.
lepas tu pergi lab,singgah kat koperasi beli air kopi dulu sebab takut mengantuk.perut pula meragam tak berapa nak selesa,sebab malam sebelum tu saya buat kari ikan,MUNGKIN santan yang saya guna tu dah tak berapa elok tapi hentam sajalah labu..
zemi semalam bermula awal sikit dari biasa,sebab cikgu ada mesyuarat.oleh sebab bimbang perut akan berbunyi masa zemi nanti,saya pergi beli soba.tapi langsung tak ada selera nak makan.saya rasa saya makan satu per empat saja dari soba tu.
lepas tu kalut-kalut pergi siapkan resume yang saya kena persembahkan masa zemi tu.3 minit sebelum zemi barulah saya berlari pergi print resume,nasib baik terserempak Tin,Tin tolong saya print resume-resume tersebut.tima kasih deh Atin :)
masa zemi,cikgu mengamuk.cikgu gumpal kertas kawan saya yang jarang datang zemi.atau mungkin boleh dikatakan beliau tak datang langsung ke sekolah selama 2 bulan tanpa sebarang sebab.dan kerja dia langsung tak siap.jadi cikgu marah dia.
saya kesian dekat si kawan tu tapi saya kesian dekat cikgu juga.
giliran saya persembahkan kerja yang saya dah buat,tak adalah hebat sangat.padan-muka-siapa-suruh-buat-kerja-last-minit-main-dinerdash-tak-henti-henti.
habis zemi,saya berlari pula pergi print dokumen-dokumen 
untuk sesi bicara bersama orang Jucte.
masa sesi temubual,kakak tu (saya lupa nama beliau,Maruyama ke Mari Takano?) 
tanya pasal masalah yang saya hadapi di Jepun.
saya cakap tak ada lah masalah yang berat sangat.
(sebenarnya malas nak cakap panjang-panjang)
tapi beliau banyak bagi nasihat pada saya dan paham sangat keadaan orang asing macam saya sebab beliau pernah jadi orang asing juga masa menuntut di Amerika.
habis sesi temubual,saya berlari pula pergi kerja.rasa nak pengsan,tapi gembira sikit hari ni sebab dapat kawan baru iaitu 3 orang makcik (bukan Tin,Pik dan Kah ye)

ya,hari ni sangat penat,sakit-sakit badan,kepala,perut lapar,dan lain-lain tapi sempat lagi curi masa untuk buat post baru memandangkan zemi dah habis.

konklusinya, janganlah buat kerja last minit macam saya ni,sebenarnya saya boleh je siapkan resume untuk zemi tu awal-awal,tapi saya kekurangan data,otak tak boleh berfikir dengan baik,maka saya pun main lah game dinerdash tanpa henti sampai pukul 2,3 pagi.
lepas tu pula,dokumen yang orang Jucte suruh sediakan untuk sesi temubual 
tu pun sebenarnya saya boleh sediakan awal-awal lagi,
sebab kakak Mari dah pesan masa awal-awal bulan 9 lagi.
jadi semua salah sendiri.jangan nak salahkan orang lain mahupun dinerdash.

saya pun tak tahu apa yang saya mengarut ni,maaflah kalau saya telah membuang masa kalian yang membaca post ini yang langsung tak menarik.kita berjumpa lagi di lain hari andai saya mempunyai idea baru.selamat malam :)

Tuesday, September 27, 2011

labku kesayanganku

nama lab research saya ialah Minet Lab.yang disingkatkan daripada perkataan Multimedia Information Network.sebelum masuk lab ni saya ingat kan minet tu singkatan bagi Miyoshi Network. -_-'' (cikgu research saya nama Miyoshi) dulu lab saya terletak di tingkat 5.sekarang dah pindah ke tingkat 4.lab saya memang nigiyaka(bising) sebab lab saya terdiri daripada pelbagai suku kaum seperti saya orang Malaysia,orang Vietnam dan orang Jepun.
hari tu berkesempatan ambil gambar lab sebab datang awal dan tak ada orang :D
ini meja saya.

ini meja untuk kegunaan makan-makan,meeting dan lain-lain.


sisa kotak yang belum berkemas.

ini tempat tidur tapi saya tak pernah lepak sini.


sebelah kanan tu bilik cikgu.sebelah kiri tu pintu keluar-masuk.

warga kerusi dan meja.

haiwan peliharaan senior.

deretan serbuk teh dan kopi.

konklusinya,saya suka datang lab bila tak ada orang :)