Friday, April 8, 2011

buat yang tersayang



Ya Allah,
 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah, 

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda.

Thursday, April 7, 2011

cerita mama

ini cerita mama pula
saya pergi beli barang-barang untuk dibawa ke jepun dengan mama dan abah.mula-mula pergi pasar siti khadijah,jalan punya jalan,tiba-tiba mama ajak pergi makan sup perut.wahhh sangat selonok la.jadi nye saya telah keluar dating dengan mama abah pergi makan sup perut,sepertinya meraikan anniversary mama dengan abah yang ke 25 pada 6hb 4 ^^ 
saya suka makan berger balut telur atau dalam istilah penjual berger,dipanggil berger special.hari tu pergi beli berger special itu,lalu dibungkus bawa balik untuk mama.masa mama buka bungkusan berger tu,muka mama berkerut sambil tanya,ni berger apa?berger special,dia balut dengan telur,kata saya.knapa suruh dia balut telur?sebenarnya tak boleh kan?tanya mama.adui la..mama ni tak rock la..balut telur la,sebab tu ia dinamakan berger special.saya suka bercerita pada mama,sebab nanti mama gelak dan senyum.saya rasa gembira kalau boleh buat mama senyum :)


saya suka makan berger balut telur atau dalam istilah penjual berger,dipanggil berger special.hari tu pergi beli berger special itu,lalu dibungkus bawa balik untuk mama.masa mama buka bungkusan berger tu,muka mama berkerut sambil tanya,ni berger apa?berger special,dia balut dengan telur,kata saya.knapa suruh dia balut telur?sebenarnya tak boleh kan?tanya mama.adui la..mama ni tak rock la..balut telur la,sebab tu ia dinamakan berger special.saya suka bercerita pada mama,sebab nanti mama gelak dan senyum.saya rasa gembira kalau boleh buat mama senyum :)
sepanjang balik ni,cakap je nak makan apa,mama akan belikan atau masakkan.mi kari mama,saya makan 4 hari berturut-turut tanpa rasa jemu.mama buatkan nasi air masa saya sakit.oh seronoknya di rumah!
ada lagi 2 hari..cepat betul masa berlalu.lepas ni dah tak boleh makan masakan mama dah :(

Monday, April 4, 2011

cerita abah

mula-mula nak cerita pasal abah.
kat bahagian siling bilik adik bongsu saya,ada seekor anak kucing terlekat kat situ.
al-kisahnya kucing tu diletak oleh mama dia yang nak sembunyikan dia dari musuh la kot~ diorang masuk dari celah-celah bawah bumbung yang tak tertutup tu.hari jumaat lepas,lepas abah pastikan takde dah kucing kat atas tu,abah pun tutup la lubang dan celah yang terbuka dengan jaring.cara nak tutup tu bukan senang ok,sebab abah kena baring sambil pasang jaring tu untuk mengelakkan kucing dan haiwan lain masuk kot celah tu lagi.lepas siap pasang semua-semua tu abah pun bersorak riang la.tiba-tiba mama cakap mama terdengar bunyi kucing mengiau-ngiau dari atas siling bilik adik.aiyakk ada anak kucing lagi kat atas tu...kesiannya abah tadi,kena panjat semula nak keluarkan anak kucing tu.tapi kali ni abah buka atap bumbung.sebab dawai yang abah dah pasang tu susah nak buka semula.tapi sebab lubang kecil,tak boleh nak keluarkan kucing tu.kaki abah dah berdarah dan abah kena pegi kerja semula kejap lagi..jadi abah biarkan bahagian bumbung tu terbuka,moga-moga mama kucing tu datang amik anak dia kejap lagi..


abah siap buat peta untuk cari kedudukan anak kucing tu.mama gelak-gelak sambil cakap,'ni la kerja engineer,nak amik kucing pon kena buat peta' saya pun tergelak tengok ni :PP

sekarang abah ulang alik kerja kat terengganu,pahang dengan kelantan.saya tak puas hati.kenapa abah kena kerja jauh-jauh.saya suruh abah berhenti kerja.abah,berhenti la..tapi abah cakap kalau abah berhenti kita semua nak makan apa..sayu dengar abah jawab macam tu.cepat la saya habis belajar,nak kerja cepat-cepat dan bagi duit untuk abah dengan mama.abah dengan mama duduk je la goyang kaki kat rumah..

Sunday, April 3, 2011

笑顔で行こう~

ini kisah di Malaysia.
saya rasa sangat seronok boleh balik rumah walaupun tak dapat cuti berbulan-bulan lamanya.hari ni genap 2 minggu berada di Malaysia..ada lagi 6 hari lagi tempoh untuk bercuti di rumah.minggu lepas keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan,keluar dengan 3 lagi shibaurans pergi ronda-ronda cari tudung..rasa seronokk sangat.abis kedai kat bandar KB tu kami serang.tak ada kedai yang kami tak masuk :D
  
lepas tu pulak,khamis lepas saya keluar dengan bestie,Nana.lepas habis final exam,kitorang terus keluar.mula-mula pergi Tesco,hajat di hati mahu makan takoyaki..dulu saya sangat suka makan takoyaki Malaysia,tapi sekarang ni takoyaki kat Tesco tu dah tak sesedap dulu..ke saya sebenarnya telah dijepunkan dengan takoyaki Jepun? :P lepas tu kami pergi pesta buku,seronok betul tengok budak-budak sekolah beli buku..teringat zaman kecik-kecik dulu.tak sah kalau tak ajak abah pergi pesta buku.terjumpa cikgu Sakinah,kaunselor Faris Petra.beliau jadi guru pengiring bawa budak-budak librarian.lepas tu saya dengan nana pergi makan dekat cimcummm..dalam banyak-banyak makanan,saya paling suka nasi air dia.best sangat.dan lepas tu saya ajak Nana pegi sekolah Di bawah satu bumbung tu..alang-alang dah dekat.tapi masa tu dah petang dekat nak malam dah.asal dapat tengok ekolah dan jumpa warden pun jadi lah.seronok sangat jumpa cikgu,borak-borak dengan cikgu sampai malam.lepas tu Nana hantar saya balik.oh ya lupa,saya belikan Nana kek,sebenarnya nak makan kek dekat cimcum tapi dah kenyangg sangat-sangat-sangat,kami pun potong kek dalam kereta je.2 tahun lepas Nana dengan Ain celebrate besday saya,saya sangat seronok.jadi kali ni saya mau celebrate besday Nana pulak,sebab saya tak pernah pon belikan kek untuk beliau..
semalam pula saya keluar jalan-jalan dengan kak Eny.kami round-round bandar KB lepas tu pergi KB Mall pula.kak Eny temankan saya cari baju raya.seronok sangat keluar jalan-jalan.saya jumpa ramai sangat orang,jumpa mak tut,mak tit,mak tet,jumpa senior-senior sekolah faris dulu,alhamdulillah mereka masih kenal saya(maknanya saya tak gemuk la kan? :P),jumpa budak JAD pun ada.saya teman kak Eny beli laptop Toshiba.amik-amik gambar lepas tu balik rumah :))
konklusi yang boleh saya buat sepanjang balik Malaysia ni ialah,kalau saya jumpa orang yang saya kenal,saya akan senyum dan tunduk kepala...errr...saya dah dijepunkan ke??
lepas tu lagi,kalau saya terlanggar orang,saya akan cakap sumimasen..oh tidakk..
kak Yuni cakap saya dah jadi kacang lupakan kulit.saya tak mahu jadi kacang lupakan kulit.saya sayang Malaysia :)))

Friday, April 1, 2011

幸せはやってくるから






gembira tapi sedih.jadi harus gembira atau sedih ya?
kalau mau sedih,pergi duduk dalam bilik sorang-sorang.layan la rasa sedih.
kalau mau gembira,pergi duduk tempat ramai orang.sibukkan diri.
mau pilih yang mana?
tak mau sedih.
tapi tak terasa pun nak gembira.
tak apa lah,tido dulu malam ini.
moga esok hati tenang.
amin.