Monday, November 11, 2013

Unforgettable event 4: istana kelantan

sebenarnya kerja lab bertingkek-tingkek tapi ada hati nak update blog kan.
mengupdate blog sebenarnya salah satu cara menyah-aktifkan(?) segala macam source code programming dan coding dari dalam fikiran buat sementara waktu hehe.

unforgettable event yang ke 4: mari melawat istana negeri kelantan
akhir tahun lepas, istana negeri dibuka untuk rakyat bersempena dengan ekspo islam
berbelas tahun duduk kat kelantan ni pertama kali jejak kaki masuk istana
rasa nya kebanyakan yang datang ke istana tu macam saya: bukan nak tengok pameran sangat pun tapi nak rasa feeling masuk istana hehe :D 
pameran diadakan dalam istana, kat luar istana pula ada gerai jualan.
habis seround kononnya tengok pameran dalam dewan istana, 
kami keluar jalan-jalan sekitar halaman istana pula.
cantik, semuanya terjaga rapi.



 






 

Mohon sultan buat istana terbuka masa hari raya pula, bolehlah kami menjamu juadah enak ketupat rendang kuih muih feeling2 raya dalam istana :D





Wednesday, October 9, 2013

alice in wonderland; baby in tummyland

Semalam genap 20 minggu baby main-main dalam perut ibu :)
Sejujurnya sangat teruja nak tahu jantina baby boboi atau gegerl, 
sebab tak sabar nak buat persediaan.
Membeli barang dsbnya. Duk tahan nak beli baju warna warni ni :D
Tapi kami tak kisah, boboi atau gegerl yang bakal keluar nanti, 
asalkan jadi anak soleh/solehah nanti.

Dapat tahu pregnant masa minggu ke 4. Masa tu belum ada perubahan yang ketara sangat, cuma badan mudah rasa penat dan mata cepat mengantuk. Pukul 8 dah tertidur. Lalu tergerak hati nak beli upt test tu, bila cek kali pertama upt positif, macam tak percaya sebab cek upt test yang murah tu aje ^^,"  Rasa ragu-ragu gitu. Lalu bertanyakan pada seorang teman yang bekerja sebagai doktor, juga mengandung sebulan awal dari saya, katanya upt test memang 99% accurate. Haa tapi masih ada rasa ragu-ragu lagi. dan esoknya pergi beli yang mahal sikit, barulah rasa yakin tu meningkat sikit. Tapi masih tak berani nak bagitahu ramai orang, sebab masih awal lagi pada masa tu. 
Hanya bagitahu keluarga dan beberapa teman. 
Lepas dah scan masa minggu ke 8 barulah rasa selamat nak bagitahu ramai orang :)

Masuk minggu ke 7 saya dah mula alahan. Kebetulan masa tu bulan ramadhan. Bangun pagi-pagi terus muntah, perut kosong pun muntah. Makan sikit je pun muntah. Minum air kosong pun muntah. Tapi perut hanya boleh terima chipsmore with more chips tu je. Kalau makan benda lain konfem muntah. Alahan berlanjutan sampai minggu ke 14, bayangkan dalam tempoh 7 minggu sampai minggu ke 14 tu, nabila hanya makan chipsmore je. Berat badan tak usah cakaplah memang turun mendadak. Oh ya, pertama kali checkup dengan doktor masa minggu ke 6, masa tu doktor bagi vitamin yang ada asid folik. hari-hari kena makan sebiji sampai minggu ke 12. Saya makan sebelum tidur, kalau makan waktu pagi, konfem muntah balik >.< dan dan dan saya alahan pada semuaaaa bau. Bau ikan bakar yang sedap itu pun tak mampu ku tahan. Akibatnya langsung tak boleh pergi bazar ramadhan. Rugi rugi. Pernah pergi sekali sebab teringin sangat nak tengok makanan kan, ku gagahkan diri jua melangkah ke bazar ramadhan, tapi serius rasa nak pitam, akhirnya terpaksa patah balik duduk dalam kereta dan suami pergi beli sorang. Dan tak boleh bau perfume, bau sabun mandi pun tak bolehhhh. Dalam tempoh 7 bulan ni jugalah nabila tak pakai perfume ye. Dan yang sedihnya tak boleh bau deodorant/minyak rambut/perfume suami pun. Kesian dia. Tak tahu lah alahan saya ni dikira teruk atau tak sebab tak pernah ada pengalaman begini, tapi kadang-kadang sampai tak boleh bangun langsung. Kadang-kadang muntah hampir 5,6 kali sehari sampai tak keluar apa-apa dah. Setiap kali lepas muntah, pasti teringat kat mama, tabahnya dan sangat besarnya pengorbanan ibu untuk besarkan kami anak-anak. Dan teringat hadis Rasulullah saw, orang yang berhak untuk dilayan sebaik-baiknya ialah ibu kemudian ibu kemudian ibu kemudian baru ayah :)

Masuk minggu ke 15 barulah alahan beransur kurang. Dan selera makan memang naik mendadakkk selari dengan menaiknya berat badan. Dan ini pertama kali dalam seumur hidup ni tak terasa hati bila orang cakap nabila gemuk. Kita memang makan sungguh-sungguh la :D Bab mengidam tak payah cerita. Mula-mula mengidam nak makan siput sedut. Puas suami cari tapi memang tak jumpa la kat kawasan shah alam ni. Bila abah datang kl, abah pun cari juga kalau-kalau terjumpa. Tapi memang tak ada. Tapi alhamdulillah satu hari tu ada hamba Allah jual siput sedut masak lemak kuning, tapi makan sikit je sebab muntah. Tak apa, janji dapat rasa :) Kalau sebelum mengandung tak suka makan roti, masa mengandung ni hari-hari rasa nak makan roti. Pelikkan. Dulu tak suka makan subway, tapi sekarang kalau nampak subway terus rasa nak makan. Dan sebelum mengandung, tak pernah-pernah beli goreng pisang, tapi sekarang duk rasa nak makan goreng pisang cicah sambal kicap style orang johor tu. Ada sekali tu teringin nak makan laksam, kat shah alam ada gerai jual laksam kat pasar malam tapi setiap kali pergi laksam tak ada.. Bila keluar dengan adilin jalan-jalan kat midvalley, adilin ajak makan kat restoran belanga. Restoran ni jual makanan tradisional pantai timur. Dan dan dan terjumpalah laksam idaman hati. Terima kasih adilin sebab bawa kita pergi situ. Lepas tu pula duk rasa nak minum air sarsaparilla a n w tu je. Sebelum ni tak pernah-pernah pun suka minum air bergas. Dan makanan kegemaran walaupun tak mengandung iaitu ikan bakar tak usah cakaplah, tambah-tambah nak balas dendam sebab masa puasa tak boleh makan kan. Suami pula duk teringin nak makan cendol sampai la sekarang. Pantang jumpa kedai cendol pasti diterjahnya. Sekarang duk mengidam nak makan lokcing (sate ikan kelantan), orang cakap kat shah alam ni ada jual kat depan masjid lepas sembahyang jumaat. tapi takkan nak pergi tunggu depan masjid lepas orang sembahyang jumaat semata-mata nak beli lokcing. Segan lah i. Jadi lokcing ni kita kiv dulu nanti balik kelantan masa raya haji ni orang makan daging kita makan lokcing :D Makanan yang saya pantang dan langsung tak makan sejak mengandung sampai sekarang ni ialah nanas dengan tebu. Teringin nak minum air tebuuuu tapi apakan daya baby ku lebih utama. Orang cakap air kelapa pun bahaya juga, tapi setakat ni saya minum ok saja. Haaa nabila kalau cakap pasal makanan memang tak boleh berhenti kan.

Buat masa ni dah 2 kali buat checkup di pusat kesihatan seksyen 7, alhamdulillah baby membesar dengan sihat. Masuk minggu ke 13, doktor bagi vitamin obimin, dah tak perlu makan asid folik dah. Mula-mula kami pergi scan kat klinik private, sebab orang cakap klinik kerajaan tak akan scan. Tapi tetap kena buat buku pink kat klinik kerajaan kot-kot ada masalah lepas ni. Bila gugel, ramai yang cakap perkhidmatan kat klinik kerajaan tak memuaskan la, nurse garang la. Tapi setakat ni perkhidmatan kat klinik kesihatan seksyen 7 tu ok saja, nurse nya pun baik-baik dan sangat peramah. Cuma bila nurse tanya saya rasa tak baby gerak-gerak, saya tanya beliau semula, macamana rasa baby gerak-gerak? 
Lalu beliau ketawakan saya. 

Alhamdulillah sekarang dah tak ada alahan dah walaupun kadang-kadang bangun pagi akan muntah masa gosok gigi. Dan pinggang pun dah kurang sakitnya. Cuma pagi-pagi nak bangun tidur kena ada orang angkat sebab kaki rasa sakit yang amat sangat
 setiap kali nak bangun dan kadang-kadang krem. 

Sepanjang tempoh alahan, langsung tak pergi lab. Bila maklumkan pada supervisor, beliau faham keadaan macamana jadi beliau benarkan rehat di rumah dan buat research di rumah je. Syukur berjaya siapkan satu paper untuk pergi conference walaupun masa tu alahan teruk. Dan syukurnya ada suami yang sangat faham, sangat bersabar dengan isteri dia ni. Mungkin orang tak faham kesusahan saya, sakit saya hanya depan dia, beliaulah yang selalu beri semangat kuatkan mental dan fizikal. Dan syukurnya ada musliha si kecil-kecil cili api ni kat uitm, sebab banyak sangat dah pertolongan dan pengorbanan beliau pada saya sampai hari ni. Terharu sangat-sangat, beliau susah payah tolong saya masa suami tak ada pergi kerja. Terima kasih keluarga, teman yang jauh dan dekat yang banyak membantu dan bersusah payah, beri sokongan dan nasihat. 
Moga Allah balas dengan sebanyak-banyak kebaikan pada kalian.

"Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada di dlm perut ku,
dan sihatkanlah dia, Engkaulah yg mnyembuhkan, tidak ada
penyembuhan selain penyembuhan Mu,
penyembuhan yg tidak meninggalkan penyakit. 
Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah dia yg ada di perut ku dengan rupa
 yg baik dan tetapkanlah ke dlm hatinya iman kpd Engkau dan kpd Rasul Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dgn mudah dan selamat.
Jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal, alim dan beramal.
Ya Allah panjangkanlah umurnya dan sihatkanlah badan nya
dan baik kan lah akhlaknya, fasihkan lisannya,
baguskan suara nya untuk membaca Al-Quran
dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan
segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."


Doakan moga baby sihat, dan selamat. 
Baby kena sihat ya nak, ramai tunggu baby keluar ni. 
Dan bila baby besar nanti, kena baca semua yang ibu post kat sini tau :) 

Friday, September 20, 2013

berpantun sambil minum teh

menaip sambil menikmati teh tarik bungkus dari kafe 4.



2,3 hari ini diuji.
semua benda yang dibuat tak menjadi. 
malam-malam mimpi ngeri. 
mujur suami ada di sisi. 
ecewah jadi pantun pula -_-"

walaupun luaran nampak sihat, tapi mungkin dalaman sakit.
walaupun bibir beri senyuman, tapi mungkin dalam hati ada pahit.
walaupun wajah nampak tenang, tapi mungkin menanggung perit.
walaupun hari-hari seperti ceria, tapi mungkin beban membukit. 
eh jadi pantun lagi -_-"

terima kasih pada semua yang memahami dan cuba membantu.
walau jarak kita jauh, dapat rasakan kalian di sisi membantu, tenangkan diri.

bila terasa mahu jatuh, baby jadi penguat semangat, baby perlukan ibu yang sihat dan positif!
membesar dengan sihat ya nak, ibu dan baba menunggu :')



ok teh tarik bungkus dah habis, maka tamatlah sesi berblog pada hari ini.




Wednesday, September 11, 2013

unforgettable event 3: train museum Japan

huahhh berkulat bersawang dah blog ini. lebih 2 bulan tidak diupdate
sungguh masa sangat mencemburui diri saya yang sekarang memegang jawatan sebagai isteri, anak, ibu hamil dan pelajar ini.
rutin harian berubah mendadak, tapi bila ada masa lapang sekali pun, tak menyempat nak buka laptop untuk update blog.
hari ni datang awal ke lab dan sambil menikmati sarapan pagi, ayuh update blog~~

sebenarnya semalam tengah memproses gambar-gambar dalam iphone, buang mana yang rasanya tak perlu disimpan.
maka terjumpa lah gambar lawatan ke muzium keretapi di jepun.
saya pernah update serba sedikit tentang lawatan ke muzium ini pada tahun lepas, di sini
bila diingat balik, saya ke sana hanya dengan satu sebab, iaitu nak tengok shinkansen hayabusa :D
ramai tanya kenapa minat sangat hayabusa? entahlah, mungkin boleh dikatakan sebagai jatuh cinta pandang pertama.
memang pantang tengok hayabusa, mata tak lepas memandang sampai hilang dari pandangan.
begitu juga kalau jumpa cenderamata hayabusa, nabila pasti akan membeli nya :D

serba sedikit mengenai hayabusa:

>> sebuah shinkansen
>> antara keretapi terlaju di jepun
>> menghubungkan tokyo dan aomori
>> kelajuan sehingga 320km/h

ayuh tonton gambar-gambar pula:


 
 



 
 




2,3 hari sebelum bfg, hari terakhir pergi kerja part time, dalam perjalanan pulang, Allah bagi 'hadiah' dapat tengok hayabusa meluncur laju depan mata.
sweet kan Allah :')



Thursday, July 4, 2013

ceria duniaku

suatu hari, saya dan kakak berborak mengenai shila amzah. dah lupa topik apa tapi tiba-tiba suami menyampuk;

"shila amzah tu anak andy lau kan?"

kami gelak sampai keluar air mata.





suatu petang, kami menaiki kereta pulang ke rumah. tiba-tiba suami mulakan gosip;

"pagi tadi abang dengar berita shahizey sam kena tangkap khalwat. dia kan dah tunang, mesti putus tak lama lagi ni."

lalu saya ketawakan beliau sepuas-puassssnya sebab nak bergosip tapi silap orang.





suamiku yang selalu menceriakan :')