Thursday, June 30, 2011

takotakotakoyakiyakiyaki

hari ini saya makan makanan kegemaran.
iaitu takoyaki.
takoyaki sangat sedap.
hanya guna beberapa bahan yang mudah didapati,kacau-kacau-kacau atas 
bekas yang panas,jadilah takoyaki
dekat Malaysia pun ada jual takoyaki.
dulu masa mula-mula datang Jepun,saya tak boleh makan takoyaki Jepun sebab rasa lain dengan yang dekat Malaysia.takoyaki Jepun ada letak halia warna merah.tapi lama-lama saya jadi sangat suka dengan takoyaki Jepun sampai saya dah tak boleh makan takoyaki Malaysia.saya dah banyak makan takoyaki di beberapa tempat:

ini takoyaki Nara.rasa dia sedap.

ini takoyaki Osaka.rasa dia pun sedap.dan saya rasa yang paling sedap kot setakat yang saya pernah makan ni.sedappp dimakan masa tengah panas-panas.sedapppp serius sedappppp.3 bekas pon boleh dihabiskan dalam masa sehari :DD

ini takoyaki gindako yang saya makan tadi.rasa dia rangup dan sedap.

tadi dekat kedai takoyaki,ternampak papan tanda ni.pakcik ni hebat,beliau dapat anugerah raja gindako.sebab beliau ada kemahiran buat takoyaki dalam masa yang cepat dengan jumlah yang banyak.dalam 4000 peserta,beliau lah juara.
dan raja gindako ni boleh ditemui di Omiya sahaja :DD

pagi esok fana tiba di Tokyo.semangat tunggu fana sampai saya berjaya siapkan kertas presentation untuk hari Jumaat ni.demimu fanaa ku dah siapkan kerjaku awal-awal lagi hihi..




peringatan dari seseorang yang menusuk kalbu dan saya mahu kongsikan di sini,"Allah kenalkan kita dengan jahiliyah supaya kita belajar sesuatu dari situ.dari jahiliyah itu kita bangun kembali dan cari jalan untuk renew diri.tapi kalau kita masih pada takuk lama,tiada usaha maka tiada tangga untuk berjaya,bermakna kita mahu berada dalam jahiliyah 
sampai bila-bila kah?" jazakillah..
mari tanam niat dalam hati setiap hari,untuk jadi yang lebih baik.
setiap hari :)
demi masa depan :)

Sunday, June 26, 2011

tengah-fikir-nak-letak-tajuk-apa

assalamualaikum!
esok i will sit for my second toeic exam.

and i am nervous because 
i didn't study sungguh-sungguh pun.padan muka la kan.nak cakap BI pun dah bercampur dengan bahasa melayu.cakap BI dengan cikgu pun bercampur dengan bahasa jepun.teruk betul bahasa inggeris sekarang.sebab dah jarang guna.lintang pukang.
ini update ringkas saja sebelum tidur sambil tunggu subuh walaupun mata mengantuk tapi kugagahkan jua.
kawan-kawan yang baca ni tolong doakan kami warga shibaura dapat jawab soalan peperiksaan esok sebaik mungkin ye.walaupun hanya peperiksaan toeic yang kacang je bagi kawan-kawan :)

" ya Allah permudahkanlah segala urusan yang sedang dan bakal aku tempuhi "

Thursday, June 23, 2011

apa salahku..

keluarga PC (personal computer) tu anti dengan saya ke
sebab sejak kecil lagi pc ada masalah dengan saya
kecik-kecik dulu saya suka guna pc abah untuk main game
seronokkkk sangat main game
dalam tengah keseronokan bermain,pc tu rosak beberapa kali
tapi beliau akan rosak setiap kali saya yang main
kalau adik-adik lain yang main,beliau tak pernah nak rosak pun
kalau saya yang main,beliau ter off sendiri la,pastu tak nak hidup-hidup dah
tak pun kipas dalam badan beliau (cpu) tu tak mau gerak langsung
saya main selow-selow je
saya tak tahu kenapa pc tak suka saya
lepas 2,3 kali juga la abah tukar pc,akhirnya abah dah tak nak beli pc
sebab pc selalu je rosak bila saya sentuh beliau
akibatnya saya dah tak boleh main game dah
saya sedih sangattttt
sampai lah saya masuk JAD di unisel
penggunaan komputer di makmal komputer secara percuma 
membolehkan saya bermain game dengan senang hatinya
setiap hari Jumaat ada masa rehat yang panjang,
saya akan berlari-lari ke makmal komputer untuk 
main game di laman web miniclip
(peringatan:miniclip ni bahaya juga kadang sebab di samping 
menyebabkan kelalaian ia mampu menyebarkan virus ke komputer anda)
rasa seronok sangat dapat main game semulaaa
sekarang saya sudah ada pc sendiri dalam makmal 
dan bila ketensenan dalam lab,saya akan main game 
kadang-kadang kantoi dengan senior tapi beliau pun join saya sekali 
lepas tu main sama-sama

saya ingatkan pc sudah mahu berbaik dengan saya
saya sangkakan pc sudah menyukai saya
tapi.........
pc keluarkan bunyi yang kuat dari cpu sejak semalam
saya tak boleh tidur dibuatnya sebab memikirkan apa masalah pc
pc marah saya lagi lah kot
saya kena tunggu 2,3 jam baru pc dah tak marah.
tapi tak sampai setengah jam lepas tu pc marah saya balik
saya dah tak tahan la macam tu asyik kena marah je
nak buat kerja untuk presentation esok pun tertangguh
saya beritahu senior
senior pun datang lah cek pc saya
apa masalah beliau sebenarnya
senior buka badan beliau (cpu) kalau-kalau dijangkiti penyakit lalu senior cuba baiki-baiki tapi tak boleh
kemudian senior tunjukkan saya sesuatu seperti di bawah

rupa-rupanya kondenser dekat jantung pc tu (motherboard) dah tumbuh kulat hitam

senior suruh saya jumpa dengan cikgu untuk memberitahu hal tersebut
saya pun bertemu la dengan cikgu untuk menyatakan pc merajuk dengan saya
cikgu usap-usap cpu kejap sambil tanya apa masalah beliau tapi cpu diam je
lepas tu cikgu cakap dah tak ada cara lain dah,kita beli lah yang baru
dan sekarang saya terpaksa guna laptop lab dulu untuk buat kerja
saya tak suka guna laptop sebab mata saya ni rabun
sakit mata sebab kena tengok benda kecik
tapi tak apa lah,sabarlah menanti..
maaf cikgu sebab saya rosakkan pc....
saya tak niat pun nak rosakkan walaupun cikgu cakap cpu tu memang dah lama
dan cikgu jangan manjakan saya sangat,nanti saya rosakkan cpu lagi kanggg

saya dah tak nak rosakkan barang
pc tolonglah terima saya jadi kawan kamuuu!!!

Tuesday, June 21, 2011

sindrom jumaat

hari ni bukan hari jumaat.
esok pun bukan.
hari jumaat saya tak boleh nak update blog sebab saya sibuk
jadi saya terpaksa update blog selain dari hari jumaat
tapi hari ni saya nak bercakap tentang hari jumaat.

bila hari jumaat tiba je hidup jadi tak tentu arah.
rasa nak lompat-lompat
guling-guling
golek-golek
rasa nak muntah
tangan berpeluh-peluh
ulang alik dua tiga kali pergi tandas
rasa nak lari jauh-jauh walaupun saya ni tak larat berlari.
ada apa dengan hari jumaat?
ya,penghulu segala hari.
pada hari penghulu segala hari inilah saya
kecuakan
ketakutan
kemenggigilan
sebab saya terpaksa bercakap di hadapan cikgu,
kawan-kawan dan senior tentang idea research saya
terketar-ketarlah memegang kertas yang tercatat idea-idea saya 
yang kadang-kadang tak munasabah.
tapi alhamdulillah masih boleh bertahan setakat ini
idea sudah diterima,sekarang semua terletak dalam tangan saya 
untuk memikirkan langkah seterusnya

tapi sebenarnya saya ada tips untuk mengatasi kecuakan ini.
iaitu dengan memikirkan benda-benda gembira yang akan saya lakukan lepas presentation.
tapi tips ini mungkin tak berapa berkesan untuk kebanyakan orang.
tapi cukup berkesan untuk saya.
sebab dapat hilangkan sedikit kecuakan tu.
sedikit pun jadilah :D
antara benda gembira yang saya fikirkan ialah seperti di bawah :D

lepas habis presentation boleh pergi shoping :D

lepas habis presentation boleh tengok drama sambil minum air limau berpulp

lepas habis presentation boleh keluar makan ikan tiga rasa

lepas habis presentation boleh jumpa kawan-kawan

ye ye memang sangat seronok
tapi semua ni akan jadi lagi seronok kalau presentation yang dibuat tu tidak dikomen dan dibangkang sebaliknya diterima :D
terima kasih sahabat sebab menggembirakan saya
seronok kan kalau dapat gembirakan orang lain,
sebab hati sendiri pun rasa gembira
tapi kalau tak dapat buat orang lain gembira jangan la pulak menambah luka di hati dia..
kata-kata seperti 'kamu comel' pun dah mampu gembirakan hati sahabat tau :'D

‎"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ♥  


XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO

sabtu lepas pergi jamuan dengan cikgu,kawan-kawan dengan senior 
dekat restoran shinjuku
sangat seronok sebab cikgu orderkan semua makanan ikan untuk saya :')
dan boleh minum air buah-buahan sesuka hati 
banyak-mana-pun-boleh
dan cikgu belanjaaa


asakura yang baik

senior-senior yang dah kerja pun datang juga

asakura dengan ito yang baik;mereka hantar saya balik sampai depan rumah :'))

itu saja.
esok mahu pergi sekolah awal-awal sebab sembangat!

Sunday, June 19, 2011

rindu tak tertahan

私とあなたと
この星と
ずうううううっと 一緒に
まわってる
そしてきっとこれからも
ずうううううっと 一緒に
生きてゆく





selamat hari bapa,abah..
rindu Malaysia membuak-buak
nasib baik tutup lampu,tak nampak sikit air mata rindu menitis :') :') :')