Thursday, June 2, 2011

mean opinion score

oleh sebab tak tahu nak buat tajuk apa untuk post ni,jadi saya pun tulis la benda kat atas ni iaitu benda yang berkaitan dengan research saya.
kalau anda berminat,bolehlah menggoogle maksud dia.
hari ni tertekan sedikit.
tekanan ni semua berpunca daripada kegagalan saya sendiri membaca thesis.
saya faham apa yang tercatat dalam thesis tu.
tapi saya tak faham macamana dia boleh lukis graf cummulative distribution function yang MOS punya dengan cummulative distribution function yang diambil dari result eksperimen.macamana dia kira peratus cummulative distribution function tu?saya tunggu cikgu datang sekolah sebab nak tanya pasal ni tapi nampak nya cikgu sangat sibuk hari ni..semalam pun cikgu sibuk juga..tolong lah siapa-siapa ajar saya macamana nak tau MOS punya cummulative distribution function tu.saya nak tau sangat ni wawaaaa..

kawan-kawan lab saya semuanya baik,selalu tawarkan makanan,tapi selalu je mereka tawarkan kepada saya makanan yang saya tak boleh makan.kesian kat diorang.saya nampak riak kesedihan pada wajah mereka setiap kali saya baca ingredients makanan kat belakang plastik makanan tu lalu saya cakap 'alamak,tak boleh la sebab ada shortening/gelatin/majerin blablabla.'tapi mereka usaha pula cari dalam internet,apa unsur-unsur yang ada dalam shortening/gelatin/majerin tu.dan janji lain kali mereka akan beli makanan yang saya boleh makan.saya cakap tak payah la susah-susah.baikkan mereka.nanti lah kalaau ada masa saya nak masakkan sesuatu untuk mereka.
ok lah,mahu sambung buat karangan untuk dipersembahkan di depan cikgu,senior dan kawan-kawan esok.
tenanglah hati,jangan sedih-sedih >.<



dah lama tak zikir asma-ul-husna,jom zikir sama-sama..



No comments: