Tuesday, March 24, 2009

renungan..


Andai diri terasa lemah, bangunlah munajat pada Allah dengan izinnya,yang lemah dipandang gagah yang sedih dipandang ceria, yang resah menjadi tenang, sedikit pengorbanan selamanya terasa. adakalanya Dia memberi sebelum sempat kita meminta, kerana Dia mengerti keperluan hamba-hambaNya, adakalanya Dia mengambil semula sebelum sempat kita bersedia kerana Dia ingin menguji keimanan hamba-hambaNya...

Friday, March 20, 2009

bila diri dikritik~~


bila diri dikritik :: mulanya akan rasa nak marah,sedih kn..terutama jika dikritik di depan khalayak ramai.tapi jika berjaya menenangkan diri kemudiannya,semua perasaan tu akan hilang dengan sendiri.
bagi saya,kritikan drp orang lain merupakan antara 'hadiah' yang orang sudi bagi kat kita..dah semua orang tau yang kita ni tak kan terlepas dari buat silap. cara terbaik ketika dikritik ialah senyum..lepas tu boleh la direnungkan sejauh mana kebenaran yang ada dalam kritikan itu.. sentiasalah muhasabah diri dan memperbaiki setiap kelemahan yg ada. memperbaiki diri ada pelbagai cara..
1)punyai guru yang baik
2)punya teman yang benar-benar sejati
3)punyai musuh yang selalu mengkritik!

Bekunya airmata dari kerasnya hati, kerasnya hati dari banyaknya dosa, banyaknya dosa dari lupanya mati, lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia..

Thursday, March 19, 2009

izinkan abang kahwin 1 lagi..

Piah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Khairul Azwan, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Hanis, Sohair dan Ashikin. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Khairul Azwan hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Piah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

´Kau mampu Khai, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Piah.

´Abang Khai, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
´Abang , Piah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Piah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Piah bukan seorang yang panas baran. Piah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang menggilai wanita yang jauh lebih muda.

´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Piah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Piah.

´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
´Kak Piah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.
´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´
´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Khairul Azwan.
´Percayalah Qis, Piah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Piah. Sedangkan dia diminta oleh Piah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Piah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Khairul Azwan yang dulu. Khairul Azwan anak Imam Kampung Seputih. Khairul Azwan yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Piah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Piah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Piah.

brip brip... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Piah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,´

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:
Khairul Azwan,
Suami yang tersayang...

Khairul Azwan diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Piah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Piah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Piah kemukakan penilaian Piah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Piah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Piah sayangkan abang. Piah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Piah sayangkan abang...

2. Piah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Piah sayangkan abang. Piah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Piah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Piah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Piah sayangkan abang...

3. Piah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Piah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Piah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Piah sayangkan abang...

abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Piah. Kalau diungkap satu persatu, Piah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Piah mengenalinya.

abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Piah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putra
mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Piah sayangkan
abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Piah... Piah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Piah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Piah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Piah..

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Piah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Piah isterinya!!! !!

:: assalamualaikum salam pembuka bicara ::




tibe2 rasa nk buat blog plak.tapi blog ni dicipta tanpa sebarang tujuan.hny sekadar nk berkongsi rase,pengalaman.ditujukan khas utk famili tercinta,rakan2 farisian 0206,dan JADian batch 8 dan sesiapa saje yg sudi membace blog ni.
desir2sakura-->diambil sempena nama buku komik pertama yg di baca.lps baca komik tu dah stat bace komik2 yg lain dan skrg ni da jadi gile komik lak. ^^