Monday, April 21, 2014

cerita bulan april

Bulan ni nur aisyah zafirah berusia 2 bulan. 

Meh nak cerita macamana aisyah zafirah diberi nama aisyah zafirah. Semasa di jepun, ada kenal dengan sorang pelajar malaysia (sebaya rasanya) nama aisyah zaffirah masa pergi program kat sana. Lepas tu terus suka nama dia. Dan tekad kalau dapat anak gegerl nak letak nama aisyah zafirah. Haa macam tu je sebenarnya cerita dia. :D tapi baru perasan bila diberitahu seorang kawan, suami aisyah zafirah tu namanya syazwan. Baba aisyah zafirah saya pun namanya syazwan juga :D Sebenarnya sebelum aisyah lahir, setiap kali kami pergi scan di klinik, tak pernah nampak jantina baby. Masa mula-mula scan je nampak. Tapi masa tu awal lagi. Jadi kami memang beli barang baby warna unisex. kebanyakannya warna putih la. Masa aisyah lahir, lepas dengar aisyah nangis, saya terus tanya doktor, "laki ke perempuan?" Doktor angkat baby letak atas dada dan bila tengok baby, saya dan suami serentak sebut 'aisyah zafirah'. Doktor senyum je sebab kitorang terus panggil nama dia :D 
Sekarang aisyah dah banyak bebel sorang2 "aaaaaa" "eeeee" "ooooo" "eh eh" 
bahasa yang hanya dia je faham :)


Dah kurang menangis. Dah banyak tidur.. Oh dan sekarang suka tengok tv. Bila baba dia tutup tv, dia "ok ek ok ek" minta bukakan tv -,-" Tapi ada satu yang dirisaukan, aisyah dah kurang sikit minum susu. Dulu aisyah pipi labuh, bila nak bersihkan kat kawasan leher susah sikit,sebab terlindung dengan pipi labuhnya :D
Tapi sekarang pipi aisyah dah tak berapa labuh (tapi masih labuh) 

sebab dah kurang minum susu.
Doktor kata mungkin perut kembung. Kena sapu minyak angin banyak sikit.

Dan aisyah memang kebahagiaan dan keberuntungan kami. Moga aisyah sentiasa dalam jagaan Allah bila mana saya berjauhan dengan dia, moga aisyah sentiasa sihat. 
Allahumma amin...



Orang kata, bila kita berada dalam keadaan yang sangat terdesak iaitu hanya ada satu jalan saja yang boleh kita pilih, secara automatiknya kita akan jadi kuat dan mampu atasi ketakutan dalam diri sebab dah tak ada jalan lain. Sekarang saya berada dalam keadaan yang terdesak, iaitu saya tak boleh tinggalkan aisyah di rumah pengasuh lama-lama. Pergi uitm pukul 7 pagi, balik rumah pukul 7 malam. Walaupun pengasuh aisyah jiran sebelah rumah kami saja tapi saya bayangkan jika saya berada di tempat pengasuh, saya masih ada tugas sebagai seorang isteri dan ibu di rumah. 12 jam tempoh yang agak lama untuk jaga anak orang. Jadi saya desak diri, kena juga belajar dan memandu kereta. Sekurang-kurangnya biar saya boleh memandu dari rumah ke uitm. Itu dah memadai. 


Saya sangat amat takut memandu kereta. Saya sangat takut bila di kawasan bulatan (roundabout). Dari rumah ke uitm, ada 7 bulatan yang mesti dilalui. Maknanya dalam sehari, saya terpaksa melalui 14 bulatan. Bukankah itu mengerikan? T.T Lintas jalan pun dah cuak apatah lagi memandu kereta. Ini bukan untuk menunjuk-nunjuk ya; adik dan kakak saya berjaya dapat lesen memandu lepas ujian lebih dari sekali, tapi saya, walaupun lulus dengan hanya sekali ujian, tapi mereka lebih cekap yakin tangkas bergaya memandu kereta berbanding saya. Saya sangat takut bila tengok banyak kereta bergerak atas jalan raya. Dah beberapa kali suami adakan ujian memandu, tapi masih belum lulus katanya. Kawan dah brainwash suami saya, katanya sampai bila dia kena manjakan saya. Ya, sekarang saya kena belajar mendukari! - memandu guna kaki sendiri :D

Thursday, April 10, 2014

BESAR la sangat

Ya, saya tahu.

Kamu kerani kepada orang besar.

Sebab itu lagak kamu pun seperti orang besar.
Tapi saya mau ingatkan kamu, kamu hanya kerani kepada orang besar.
Bukan orang besar.
Jadi jangan berlagak seperti kamu orang besar.
Sebab orang besar pun tak berlagak seperti kamu.
Baru kerja dengan orang besar sudah mau berlagak besar.
Sekali lagi saya ingatkan kamu, kamu hanya kerani.
Bukan orang besar.
Jangan berlagak.



Mode: Geram berurusan dengan orang seperti di atas. Sudah cakap baik-baik, sudah tanya baik-baik, tapi belum sempat habiskan soalan, terus diberi jawapan kurang enak. Sakit hati. Saya tak pandang rendah pada pekerjaan kerani, atau pekerjaan apa sekalipun yang halal di sisi Tuhan. Be professional. Orang dah cakap elok-elok, jangan balas kasar-kasar. Saya juga ada perasaan.


Sekian.