Sunday, August 23, 2009

Air mataku tumpah jua..


Minggu lepas minggu yang tensen.terkilan sebab x dapat balek kelantan.mungkin salah diri sendiri sbb tlalu mempercayai org yang penting diri.aaaa biar la.saya x nak salah kan sesiapa.saya menangis bukan sebab geram dengan tindakan dia,tapi sebab menyesal x ikut kakda,becky dan oin blek.diorang dah tanya saya banyak kali,nak balik ke x,nak balik ke x..saya memang nak balik tapi banyak dengar khabar angin ada kelas hari sabtu la,jadi saya terpaksa tangguh kan hasrat untuk balik.lagipun org tu ckp sendiri dia x balik,jadi saya ambil keputusan untuk x nak balik juga.tapi..kusangka panas hingga ke petang,rupanya x sempat tengah hari pun dah ujan..di saat kesedihan tu,saya banyak dapat nasihat dari rakan2:

"xpe la Bila,saya paham perasaan Bila,mungkin Allah nak bagi yang lebih baik untuk Bila"

"ada hikmah di sebalik yang berlaku.Bila jangan buruk sangka kt org ye"

"len kali,Bila jange ikut ore lain.kalu nak balik,cepat2 beli tiket,kito duk klate ni meme susoh nok dapat tiket"

"ala,ko dah la jangan nangis.jap je lagi nak raye"

antara nasihat daripada kawan2..tima kasih Ji,Kakda yang x penah tinggalkan saya di saat saya kesedihan.satu lagi yang membuatkan saya sedih bila abah yang duk kat kelantan tu berusaha gi ulang alik cari tiket kat stesen bas.tapi dah terlambat..tiket nak balik kelantan ada,tiket nak datang KL smula dah abis.saya dah lama x menangis,tapi minggu lepas adalah minggu kesedihan la kononnya..mama,abah,alom yang mengtahui kesedihan saya menelefon saya tiap2 hari,alom ym saya benda2 yang menghiburkan,abah bagi topup,mama cerita benda2 lucu yang berlaku kat rumah..YOSH!!!saya x leh sedih2,lepas ni bila gi jepun lebih besar la dugaan yang bakal saya tempuhi.dah,jangan sedih2 lagi ye Nabila!

Ramadhan tiba lagi.

Salam Ramadhan..semoga kita sama2 memperbanyakkan amal di bulan yang mulia ini ^^

Thursday, August 20, 2009

hormati azan.hormati azan.hormati azan

Dengan Nama c(_l_) l Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Teringat semasa di sekolah Faris Petra dlu, tatkala azan berkumandang, semua rakan senyap dan guru juga berhenti mengajar seketika untuk menghormati seruan azan itu. Betul, di JAD ini sensei2 orang Jepun,mana lah tahu menghormati azan itu(tapi ada segelintir sensei jepun yang memahami).Diorang tetap mengajar di depan tapi sebagai umat Islam,yang belajar dan diajar,marilah kita sama2 menghormati azan yang dilaungkan..x sampai 5 minit pun. dah la kite dapat pahala kalau jawab azan kan..Mungkin saya juga pernah lalai, jadi marilah kita sama2 mengingat kan..


Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami....AMIN"


Sunday, August 16, 2009

hujung minggu terisi lagi..


" Allah x pernah perlukan kita tapi kita memerlukan Allah "

kata-kata dari pak Lan yang cukup menyentuh hati saya.Sungguh,Allah memang tidak memerlukan saya kalau saya ini tidak ada di dunia sekali pun.Tetapi saya amat memerlukan pertolongan dari Nya untuk terus hidup di atas muka bumi Mu ini ya Allah.semoga program2 seperti PRISMA akan lebih dimantapkan lagi di masa-masa yang mendatang.

Firman Allah SWT:"Katakanlah, ini jalan (agamaku). Aku dan orang-orang yang mengikut mengajak (kamu) kepada kamu dengan hujjah yang nyata. Maha suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik" (Yusuf:108)

Sungguh,jalan ini jalan yang sukar. Tapi ini jalan yang benar. Kita harus meneruskannya. Walau beribu dugaan datang melanda, jangan mudah memberi alasan..peringatan untuk diri sendiri ini juga yang sentiasa lemah.Walaupun badan ini amat penat semalam, namun Allah berikan tenaga pada hari ini untuk ganbatte menyiapkan report Nihon Kei.Alhamdulillah.Siap.Semoga Allah sentiasa mempermudahkan jalan saya dan kawan-kawan.

Tima kasih Nadiah dan Tanabe san,nihon de mata aimashou.hari ini juga gembira.

Tuesday, August 11, 2009

Hujung minggu yang terisi


Kesempatan hujung minggu yang ada pada hari Sabtu lepas, saya gunakan dengan mengikuti satu forum perdana yang diadakan bulanan di MSSAS (masjid biru) Shah Alam. Walaupun perut lapar namun kami kuatkan semangat, sekadar mengalas perut dengan sebiji pau. Ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Harun Din dan Doktor Rubiah memang gandingan yang cukup mantap. Diri ini memang sudah lama ingin melihat Ustaz Harun Din secara dekat, alhamdulillah Allah makbulkan.. tidak banyak beza dengan yang saya lihat di dalam kaca TV, ustaz memang seorang yang lemah lembut dalam bertutur, kata2 beliau memang menusuk kalbu, berbeza dengan Dr Rubiah yang lantang bersuara namun kedua2 panel punya cara tersendiri yang saya kagumi walaupun berbeza dari segi penyampaian. Tajuk forum pada malam itu ialah 'melahirkan generasi beriman dan bertakwa'. Isi menarik. :) Ada satu kata2 daripada Dr Rubiah yang menarik hati saya dimana beliau cukup menegaskan bahawa untuk melahirkan generasi yang beriman dan bertakwa, semuanya harus bermula di rumah, oleh ibu-bapa..

'Ibu bapa jangan gred kan anak-anak macam gred buah durian. Yang ni yang elok sikit, ni yang x berapa elok, yang ni sah2 la buruk,busuk. Kalau anak-anak dapat markah exam 60, katakan lah "pandainya anak mak", kalau anak-anak dapat 40 markah sekalipun, puji lah jugak.'

Berbeza dengan mama, mama memang cukup menekan kan saya mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Kalau saya dapat B, mama tanya kenapa x dapat A. Kalau saya dapat A sekali pun, mama tetap bertanya kenapa x dapat A+. Tapi saya x kisah dengan pertanyaan2 mama, sebab saya tahu mama nak menaikkan semangat saya untuk belajar lebih bersungguh2. Jadi saya kena belajar bersungguh2. Bersungguh-sungguh yang bagaimana? Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah yang tinggi. Markah exam saya yang lepas tidaklah terlalu tinggi walaupun banyak juga bilangan A yang saya kutip, namun saya bersyukur,alhamdulillah, itulah hasil titik peluh usaha saya. Kena ganbatte lagi!!

Rakan saya, Sohair juga menulis sedikit sebanyak tentang pengalaman kami berada di sana. Jika berkesempatan, lawatilah blog ini : http://al-kauthar-myjournal.blogspot.com/

Kepada Sikin dan Sohair, semoga demam kalian cepat2 baik, aminn..

Tuesday, August 4, 2009

('_')

khas untuk fauziah ngn aida yang sedang layan cerita Nur Kasih,Fana yang tengah buat nota,Adi yang sedang layan cerita korea :)
video
Align Center
Apabila kau ingin berteman,
jangan lah pandang pada kelebihannya
kerana mungkin dengan 1 kekurangan
kau akan menjauhinya..
andai kau ingin berka
wan,
jangan lah dinilai kebaikannya
kerana mungkin dengan 1 kelemahan
kau akan membencinya..
jika kau ingin bersahabat,
jangan lah diuji akan ilmunya
kerana apabila dia buntu
mungkin kau akan menyisihnya..
andai kau ingin berteman,
terimal
ah dia seadanya
kerana dia hanya manusia biasa..
moga ukhuwah yang dibina
sentiasa diberkati & diredhaiNya.
AMIN..