Tuesday, August 11, 2009

Hujung minggu yang terisi


Kesempatan hujung minggu yang ada pada hari Sabtu lepas, saya gunakan dengan mengikuti satu forum perdana yang diadakan bulanan di MSSAS (masjid biru) Shah Alam. Walaupun perut lapar namun kami kuatkan semangat, sekadar mengalas perut dengan sebiji pau. Ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Harun Din dan Doktor Rubiah memang gandingan yang cukup mantap. Diri ini memang sudah lama ingin melihat Ustaz Harun Din secara dekat, alhamdulillah Allah makbulkan.. tidak banyak beza dengan yang saya lihat di dalam kaca TV, ustaz memang seorang yang lemah lembut dalam bertutur, kata2 beliau memang menusuk kalbu, berbeza dengan Dr Rubiah yang lantang bersuara namun kedua2 panel punya cara tersendiri yang saya kagumi walaupun berbeza dari segi penyampaian. Tajuk forum pada malam itu ialah 'melahirkan generasi beriman dan bertakwa'. Isi menarik. :) Ada satu kata2 daripada Dr Rubiah yang menarik hati saya dimana beliau cukup menegaskan bahawa untuk melahirkan generasi yang beriman dan bertakwa, semuanya harus bermula di rumah, oleh ibu-bapa..

'Ibu bapa jangan gred kan anak-anak macam gred buah durian. Yang ni yang elok sikit, ni yang x berapa elok, yang ni sah2 la buruk,busuk. Kalau anak-anak dapat markah exam 60, katakan lah "pandainya anak mak", kalau anak-anak dapat 40 markah sekalipun, puji lah jugak.'

Berbeza dengan mama, mama memang cukup menekan kan saya mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Kalau saya dapat B, mama tanya kenapa x dapat A. Kalau saya dapat A sekali pun, mama tetap bertanya kenapa x dapat A+. Tapi saya x kisah dengan pertanyaan2 mama, sebab saya tahu mama nak menaikkan semangat saya untuk belajar lebih bersungguh2. Jadi saya kena belajar bersungguh2. Bersungguh-sungguh yang bagaimana? Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah yang tinggi. Markah exam saya yang lepas tidaklah terlalu tinggi walaupun banyak juga bilangan A yang saya kutip, namun saya bersyukur,alhamdulillah, itulah hasil titik peluh usaha saya. Kena ganbatte lagi!!

Rakan saya, Sohair juga menulis sedikit sebanyak tentang pengalaman kami berada di sana. Jika berkesempatan, lawatilah blog ini : http://al-kauthar-myjournal.blogspot.com/

Kepada Sikin dan Sohair, semoga demam kalian cepat2 baik, aminn..

4 comments:

al-kauthar said...

alhamdulillah..sy da bek demam..ehe~cume ulser bnyk dlm mulut ni.

Nur Nabila said...

cube bilang ulser tu..mane banyak dgn mase demam denggi dlu?hehe..

Anonymous said...

sye dh sihat dh bila..alhamdulillah..

Nur Nabila said...

alhamdulillah..nti blh la kta g program same2 :)