Sunday, December 26, 2010

purple itu menawan


hari ni kan,saya gembira sangat.sebab sayang fana dengan fani datang rumah.hari tu pun gembira jugak,yayang elin datang rumah.gembira nya bila cuti dah start ni,kawan-kawan confirm datang rumah.tak lama lagi makin ramai la datang menemani saya kat sini (gembiwaaa) 
lama tak shoping baju,tadi saya pegi shoping dekat toro je,tapi sangat la seronok




ni kasut saya.dah buruk kan dia.warna putih pun dah beransur-ansur bertukar jadi warna majerin planta.asyik guna kasut ni je memanjang.hah ni la bukti nya saya dah lama x shoping beli barang : si peneman duk paksa-paksa beli baju baru.jarang sangat la nak dengar dia merungut saya dah lama x beli kasut baru,baju baru,beg baru.dan ini lah hasilnya.baju sejuk warna pepel.dan saya terus pakai sebaik saja selepas beli sebab terlalu excited :D




lepas tu masuk daiso,beli alas kaki dalam tandas,juga warna pepel



dan saya dapat bunga tapi warna pink.bau dia waaaangiiii sangat3 :))


 
sebenarnya memang azam saya tak mau shoping banyak-banyak dah.dah taubat dah.duit dah banyak habis dah kat Malaysia dulu gara-gara shoping.sekarang ni memang nak menabung gila-gila untuk masa depan dan untuk kawin  hehe.


saya memang suka mengemas.anak mama kan.mesti la mama borek anak rintik.dah banyak kali dah tukar kedudukan perabot dalam rumah ni.rumah saya tak banyakperabot pun.jadi senang la nak angkat-angkat barang.dan inilah hasilnya....


Tuesday, December 21, 2010

peace no war



saya mahu bercerita tentang cikgu saya.nama beliau Dr Moen.wawaaah special nya cikgu saya ni,dalam banyak-banyak cikgu yang ada dekat sekolah Shibaura,saya pilih untuk bercerita tentang beliau.kenapa ya?sila teruskan pembacaan anda kalau anda berminat untuk tahu.cikgu Moen cikgu kelas technical engineering saya.sebelum tu saya nak terangkan dulu tentang subjek technical engineering ni.subjek ni ada dua sesi.sebelum ni dah pernah ada subjek ni dengan cikgu lain,cikgu Horio.sangaaaatt la menakutkan sebab kena translate ayat by ayat dan ayat-ayat die susah plak tu.ayat engineering kaaaan..setiap kali tiba giliran untuk baca ayat,sangat la cuak sebab takut cikgu Horio x puas hati dengan ayat yang ditranslate.dan lagi cuak kalau beliau tanya apa maksud ayat yang ditranslate tu.awal-awal dulu memang guna google translate la untuk menterjemahkan ayat-ayat tersebut tapi google translate kadang-kadang pun x leh diterima pakai,terpaksa la kami terjemahkan ayat-ayat tu sendiri.dan sekarang,sesi bersama cikgu Horio telah pun tamat,maka bermula la sesi yang kedua bersama cikgu Moen.cikgu Moen orang putih ye.isteri beliau orang jepun.kelas cikgu Moen berbeza dengan kelas cikgu Horio,sebab kami tidak perlu mentranslate ayat.hanya perlu mencari artikel-artikel yang menarik,ulas kenpa pilih artikel tu,dan bincang permasalahan dengan kawan-kawan bersama cikgu Moen.kami biasanya berbincang tentang isu semasa,antaranya tentang nuklear,tar sands,apa itu transpasific partnership,overfishing dan lain-lain lagi la permasalahan yang berlaku di atas muka bumi ni.kami pernah berbincang pasal satu tajuk,dan cikgu Moen melahirkan rasa x puas hati beliau terhadap negara US,dan cara beliau bercakap tu memang seakan-akan tidak suka akan negara US.bila habis je kelas beliau petang tu,kami tertanya-tanya cikgu Moen ni asal mana,mungkin Australia,x pun Great Britain tapi kami x nak berteka-teki lama-lama,kami terus ketuk bilik beliau dan tanya:


'Sir,where do you come from?'


'My mother is Japanese and my father is an American and when I was 19 I joined Air Force'


erkkk..orang Amerika kah?


kelas berikutnya pula,kami berbincang topik lain pula.dan cikgu Moen sekali lagi membuat kenyataan yang mengejutkan,bahawa beliau tidak mempunyai kereta.


'when I was young I went to Mount Fuji with my wife,it took about 45 minutes to go there,but on the way back to home,it took about 5 hours.so I sold my car and I live happily ever after'(ok yang ni saya tambah sendiri)


menarikkan beliau?tiada kereta.


model kenkyushitsu cikgu Moen

dan semalam,kami berbincang pula tentang topik mobile phone.soalan yang kami bincang berbunyi :
what do you think if a mobile phone is prohibited from use in the future?
sah-sah la x boleh kan..penting kot..banyak la sebab-musabab yang kami bincangkan tentang kepentingan mobile fon tu dan kami dikejutkan dengan kenyataan cikgu Moen bahawa beliau x pernah memiliki telefon bimbit.




.................................................................................................................


sekolah Shibaura pernah tawarkan telefon bimbit untuk beliau tapi beliau x mau.saya x mampu nak berkata apa-apa sekadar mulut ternganga je.kelas ni dah nak berakhir.saya sangat berterima kasih kepada cikgu Moen sebab banyak sangat bercerita tentang isu semasa yang saya tak tahu.saya pasti merindui kelas ni nanti :')


Sunday, December 19, 2010

selamat datang musim sejuk

musim luruh berlalu sekejap saja,musim sejuk sudah berkunjung tiba.sekarang dah sejuk sangat-sangat.suhu waktu malam memang tak leh nak tahan,kadang2 mencapai 1 darjah celcius..heater duk depan muka pun masih rasa sejuk gak,heater yang guna minyak petrol tu jugak yang tahan tapi rumah berbau petrol la sikit tapi alah bisa tegal biasa.lama-lama bau petrol tu bertukar jadi bau ketam masak sambal pecah telur :D

sukanya bila dah masuk musim sejuk ni,makanan kegemaran muncul kat kaitenzushi.
dah hampir 7 bulan saya tunggu benda ni muncul semula,dah 7 bulan saya ulang alik makan kaitenzushi tapi pulang dengan hampa.bila dah ada balik benda ni,5 pinggan pun saya boleh habiskan dalam 1 masa..dasyat kan? :)



sushi aburi cheese hotate





ini selipar saya ke kelas sewaktu musim panas
(sila jangan contohi saya)

bila dah makin sejuk ni,saya dah tak boleh pakai selipar sebegini dengan sewenang-wenang nya untuk pergi ke kelas.kena pakai kasut dan berstokin dua lapisan.jarak dari rumah ke sekolah yang tak sampai 4,5 langkah ni pun dirasakan bagai berbatu-batu jauhnya disebabkan musim sejuk.terketar-ketar nak pergi kelas.baju pun dah berlapis-lapis dipakai tapi sejuk tak hilang-hilang.tapi alhamdulillah syukur sangat pada Allah,sebab memberi kesempatan pada diri ini untuk merasai musim sejuk.saya yakin,saya akan merindui musim sejuk ni bila tiba musim panas pada tahun depan sepertimana saya sedang merindui musim luruh yang dah beransur-ansur hilang..


~selamat tinggal musim luruh & selamat datang musim sejuk~

Thursday, December 16, 2010

patah hati

semalam naik tren sorang-sorang.tak ada benda lain yang lebih hepi bile naik tren melainkan dapat duduk atas kerusi (hehehe) sesampai kat stesen omiya,tiba-tiba ada sorang pakcik duduk kat sebelah saya.pakcik tu dah berumur..saya agak umur beliau mungkin dah lebih 80 tahun kerana : beliau berjalan terbongkok-bongkok masa naik tren,dan nampak macam x larat sangat.tak tau la kenapa mata saya x lepas memandang gerak-geri pakcik ni,kalau ada orang jepun lain perasan saya tengah tengok pakcik tu x berkelip,mesti diorang cakap saya nak mengorat beliau.beliau duduk di sebelah saya sambil pegang beg kaler hitam yang x lah besar mana pun.dan tak lama kemudian beliau tertidur atas beg beliau yang kaler hitam tu,yang beliau letak atas riba beliau.kesian sungguh pakcik ni..lepas tu beliau buka beg hitam beliau tu,dengan tangan terketar-ketar.nampak susah betul tangan yang terketar-ketar tu nak keluarkan sesuatu dari beg.waaa hati saya meronta-ronta nak tolong pakcik tu keluarkan barang beliau tapi kang x pasal-pasal saya kena lempang kang...dan datang la pulak mood emo masa tu..mata ni tiba-tiba berair pulak bile tengok pakcik tu.terdetik dalam hati ni,nak ke mana la pakcik ni dengan keadaan beliau yang x berapa larat nak jalan tu.nak je rasa diri ni mengekori pakcik tu atau dalam istilah lain mau stalker pakcik tu tapi apa kan daya,saya ada kerja penting yang perlu diselesaikan..memang begini la di Jepun : walaupun dah bongkok tiga,mereka x duduk di rumah.masih gagah berjalan di tengah kota.dan saya sangat-sangat kagum dengan orang Jepun terutama nya warga emas ni :mereka akan hidup selagi boleh


umur pakcik dgn makcik ni dah nak dekat 90 tahun

oh ya lupa,seperti biasa,tajuk besar di atas tiada kaitan dengan isi entri ini.saya tengah menaip sambil dengar lagu patah hati -saujana-
" patah hati
jangan terdampar sepi
jangan tersungkur mati
patah hati
jangan leburkan mimpi
jangan memakan diri "


Saturday, December 11, 2010

diam tanda setuju

seperti biasa,tajuk post kali ni tiada kaitan langsung dengan isi yang bakal saya tulis sebentar lagi..err tadi kan kan kan,saya telah melayari internet ni seorang diri kan,lepas tu kan,saya rasa teringinnnnnnn sangat nak tengok cerita hindustan.lepas tu housemate yang bernama double f fatin fatina pun cerita la pasal satu cerita hindustan yang katanya sangat best.housemate fatin fatina ni memang master cerita hindustan.cakap hindustan pun dia reti :D jadi topik perbualan kami malam ni ialah pasal cerita hindustan ya kawan-kawan.lepas tu entah macamana masuk pula bab cerita tamil.bila dah masuk bab cerita tamil ni,tak ada benda lain dah yang saya ingat melainkan saya teringat kat satu cerita tamil yang pernah saya tonton kecik-kecik dulu..zaman sekolah rendah.emo nya saya masa tu,lepas tengok cerita tamil tu,saya menangis semahu-mahunya,menangis semahu-mahunya tu toksah duk cakap la macamana,sampai bengkak-bengkak mata ni.mama pun heran kenapa anak mama sorang ni menangis x berhenti dalam bilik,siap lap air mata dengan tuala mandi lagi tu.lagi banyak mama tanya lagi kuat la saya meraung.malu laa nak ngaku nangis sebab tengok cerita TAMIL kaaaan,tapi sebab kesian tengok muka kaget mama,saya telah berterus terang pada petang itu bahawa saya menangis teresak-esak kerana menonton cerita TAMIL.terbahak-bahak la mama mentertawakan saya.sebab macam tak logik je kan.saya pun tak tau kenapa saya menangis sampai macam tu.jadi tadi saya dengan bersungguh-sungguh nya cuba cari balik cerita tamil tu,rasa macam nak tengok semula.oleh sebab saya tak belajar bahasa tamil,jadi saya memang langsung tak ingat dan tak hafal tajuk cerita tu.tapi oleh sebab saya ingat pelakon cerita tu Sri Devi,saya pun mula la mengoogle satu-satu cerita yang dilakonkan beliau kat wikipedia.yatttaaaa jumpa! ini la tajuk cerita tamil yang berjaya buat saya menangis meraung : MOONDRAM PIRAI
rasa nak tergelak pun ada.tapi serius saya nak tengok balik cerita ni esok,sebab malam ni nak ganbatte siapkan kerja sekolah dulu.kawan-kawan yang ada masa lapang atau bosan tak tau nak buat apa,bole la cuba menonton cerita ni.MOONDRAM PIRAI :DDD

Sunday, December 5, 2010

bahagia itu ada di jiwa

betul la orang kata,bila kita seronok sangat maknanya lepas tu kite nak nangis la tu.hari ni rasa seronok tapi hari ni juga rasa sedih.tapi kenapa rasa seronok dan sedih hari ni pun saya x tahu..saya pun x tahu nak tulis pasal apa sebenarnya ni.kenapa ye saya rasa macam ni sekarang ni?seronok tapi sedih.seronok tapi rasa macam nak nangis.rasa seronok ke sebenarnya tu?
tenang-tenang lah wahai hati.Allah tetap ada bersama saya walaupun saya x ada siapa-siapa.