Saturday, December 11, 2010

diam tanda setuju

seperti biasa,tajuk post kali ni tiada kaitan langsung dengan isi yang bakal saya tulis sebentar lagi..err tadi kan kan kan,saya telah melayari internet ni seorang diri kan,lepas tu kan,saya rasa teringinnnnnnn sangat nak tengok cerita hindustan.lepas tu housemate yang bernama double f fatin fatina pun cerita la pasal satu cerita hindustan yang katanya sangat best.housemate fatin fatina ni memang master cerita hindustan.cakap hindustan pun dia reti :D jadi topik perbualan kami malam ni ialah pasal cerita hindustan ya kawan-kawan.lepas tu entah macamana masuk pula bab cerita tamil.bila dah masuk bab cerita tamil ni,tak ada benda lain dah yang saya ingat melainkan saya teringat kat satu cerita tamil yang pernah saya tonton kecik-kecik dulu..zaman sekolah rendah.emo nya saya masa tu,lepas tengok cerita tamil tu,saya menangis semahu-mahunya,menangis semahu-mahunya tu toksah duk cakap la macamana,sampai bengkak-bengkak mata ni.mama pun heran kenapa anak mama sorang ni menangis x berhenti dalam bilik,siap lap air mata dengan tuala mandi lagi tu.lagi banyak mama tanya lagi kuat la saya meraung.malu laa nak ngaku nangis sebab tengok cerita TAMIL kaaaan,tapi sebab kesian tengok muka kaget mama,saya telah berterus terang pada petang itu bahawa saya menangis teresak-esak kerana menonton cerita TAMIL.terbahak-bahak la mama mentertawakan saya.sebab macam tak logik je kan.saya pun tak tau kenapa saya menangis sampai macam tu.jadi tadi saya dengan bersungguh-sungguh nya cuba cari balik cerita tamil tu,rasa macam nak tengok semula.oleh sebab saya tak belajar bahasa tamil,jadi saya memang langsung tak ingat dan tak hafal tajuk cerita tu.tapi oleh sebab saya ingat pelakon cerita tu Sri Devi,saya pun mula la mengoogle satu-satu cerita yang dilakonkan beliau kat wikipedia.yatttaaaa jumpa! ini la tajuk cerita tamil yang berjaya buat saya menangis meraung : MOONDRAM PIRAI
rasa nak tergelak pun ada.tapi serius saya nak tengok balik cerita ni esok,sebab malam ni nak ganbatte siapkan kerja sekolah dulu.kawan-kawan yang ada masa lapang atau bosan tak tau nak buat apa,bole la cuba menonton cerita ni.MOONDRAM PIRAI :DDD

4 comments:

himawari said...

bila wey la...bakpo lucu sgt cito ni?hahahahahahahahaha..xcekak nok suko doh ni..hahaha

desir2sakura said...

hihi..lucu kn berd..bila pun x sgka bila lucu gini mulo :DDD

myselfSakura said...

uwohhh..hero rmbut mcm srg tebuan pun leh wak sebok gk ke??hahaha

desir2sakura said...

hehe...siyes eh sdih fana..x nanti ko hero die semat,kalu x semat lg laa sdih kn :D