Thursday, December 16, 2010

patah hati

semalam naik tren sorang-sorang.tak ada benda lain yang lebih hepi bile naik tren melainkan dapat duduk atas kerusi (hehehe) sesampai kat stesen omiya,tiba-tiba ada sorang pakcik duduk kat sebelah saya.pakcik tu dah berumur..saya agak umur beliau mungkin dah lebih 80 tahun kerana : beliau berjalan terbongkok-bongkok masa naik tren,dan nampak macam x larat sangat.tak tau la kenapa mata saya x lepas memandang gerak-geri pakcik ni,kalau ada orang jepun lain perasan saya tengah tengok pakcik tu x berkelip,mesti diorang cakap saya nak mengorat beliau.beliau duduk di sebelah saya sambil pegang beg kaler hitam yang x lah besar mana pun.dan tak lama kemudian beliau tertidur atas beg beliau yang kaler hitam tu,yang beliau letak atas riba beliau.kesian sungguh pakcik ni..lepas tu beliau buka beg hitam beliau tu,dengan tangan terketar-ketar.nampak susah betul tangan yang terketar-ketar tu nak keluarkan sesuatu dari beg.waaa hati saya meronta-ronta nak tolong pakcik tu keluarkan barang beliau tapi kang x pasal-pasal saya kena lempang kang...dan datang la pulak mood emo masa tu..mata ni tiba-tiba berair pulak bile tengok pakcik tu.terdetik dalam hati ni,nak ke mana la pakcik ni dengan keadaan beliau yang x berapa larat nak jalan tu.nak je rasa diri ni mengekori pakcik tu atau dalam istilah lain mau stalker pakcik tu tapi apa kan daya,saya ada kerja penting yang perlu diselesaikan..memang begini la di Jepun : walaupun dah bongkok tiga,mereka x duduk di rumah.masih gagah berjalan di tengah kota.dan saya sangat-sangat kagum dengan orang Jepun terutama nya warga emas ni :mereka akan hidup selagi boleh


umur pakcik dgn makcik ni dah nak dekat 90 tahun

oh ya lupa,seperti biasa,tajuk besar di atas tiada kaitan dengan isi entri ini.saya tengah menaip sambil dengar lagu patah hati -saujana-
" patah hati
jangan terdampar sepi
jangan tersungkur mati
patah hati
jangan leburkan mimpi
jangan memakan diri "


9 comments:

semut merah said...

haha
tengok pado title ji ingatkan bi patah hati ngan pokcik tu sebab die x layan bi ngorat dio..rupe2nye xdop kaitan ngan entri pon :D

ayesyaazreena said...

lagu ni best!
setiap hari dengar sampai ke hari ni!

hakifays said...

bella memang seorang yang baik hati:D
suka tolong orang tua n kawan2 dia:)

i he&rt ur kindness.

desir2sakura said...

ji:hihi..bi sokmo mayou nk letak tajuk gpo :D
ceca:me too like this song very much!!
kah:me too syg kwn mcm kah dunia akhirat :))

hArU dAisUki said...

haha..bila2..igt bakpo la..xpo2..nxt time leh ngorat pak cik tu..(^_*)

desir2sakura said...

ain~~~bakpo haru daisuki...loni musim sejuk dh,sian ke musin sejuk,in x suko die :))

hArU dAisUki said...

haha..sbb musim haru jah hok plg ok suhu die...aki ngn fuyu dua2 sejuk..natsu panas..sob3(^_~)

desir2sakura said...

bes kn musim haru tapi kejap jh boleh rs..nnt salji turun kt okayam in wt air batu campur deh :))

hArU dAisUki said...

huhu..tu la..haru sekejap jah..(~_~)
hehe..insyaAllah..air batu cmpur spesel sedia lps jah salji trn..haha..bila jge lupe rse deh..gerenti sedap(^_~)