Friday, July 31, 2009

(~~,)

Ye.saya makan pizza hari ni.walaupun x dapat makan spageti,tapi x pe,lain kali saya gi makan dengan Elin plak ^^.Berkesempatan keluar dengan Kak Yun,saya teramat gembira::sebelum ni saya dah pernah jumpa Kak Yun,tapi x berkesempatan nak berbual panjang.Walaupun saya x banyak cakap,tapi saya gambira dapat dengar cerita2 kak Yun sepanjang duk kat Jepun.Antara cerita kak Yun yang menarik hati saya:

"Dekat Jepun ada satu kedai makan nama Sweet Paradise:kat situ,makan la nak makan seberapa banyak pun makanan kat situ selama satu setengah jam,suma makanan manis2 tapi ada gak spageti,nasi goreng..kalau ada perempuan yang cakap: 'saya x suka la makanan manis2 ni' tapi bile gi sana,rambang mata nak pilih mane satu kek yang nak makan sebab banyak sangat."

"Kat Jepun nanti,ada je makan2 dengan menteri2 kat hotel2 5 bintang terutama masa raye..makanan die bes2 n klas2,macam2 ade.ade chocolate fountain,boleh je nak makan bermacam2 buah-buahan yang salut dengan coklat..uuu besnye..ade awabi,yang tu la makanan jepun yang femes."

awabi.apa tu?saya pun x tau.kegemaran saya terhadap makanan memang le tinggi,jadi saye akan menunggu la saat tiba di Jepun nanti untuk makan awabi tu.

Lagi yang menarik:

"Kak Yun,kat sana naik densha memang la x de hal densha tu sampai tepat pada waktunya,kalo bas camana?x kan sampai on time jugak,manusia kan yang bawak bas tu?muri2 nak sampai awal.."

"Laa densha pun manusia gak yang bawak.Bas diorang pun memang sampai tepat pada masa gak la."

"Tapi kalau trafic jam?Mesti sampai lewat gak kan?"

"X kan sampai lewat punye..diorang memang dah rancang semua,diorang memang dah kire berapa traffic light kena lalu,berapa purata,pasal traffic jam pun diorang dah pk awal2.kalau x de traffic jam,diorang bawak bas tu slow2 biar sampai on time gak."

Huishh orang Jepun ni..
Lagi2:

"Kak Yun,elok beli kereta kat sini ke kat Jepun?"

"Eh,beli kat sane la,tengok kereta ni(saya x tau jenama apa,tapi kereta yang saya naiki tu memang hebat gile la,warna putih n ada tulis perkataan 'stream' kat blakang kereta tu) Kak Yun beli cash RM50 ribu tau."

kereta tu second hand tapi macam yang first hand je.prosedur die mungkin agak rumit tapi puas hati la.satu lagi tentang AP,kata kak Yun,AP tu memang penting untuk mengurang kan tax.tax biasa adalah sebanyak 300%!!!!kalau kak Yun beli kereta die tu,tax die dalam 50% je..

ye.macamana la saya nak bali kereta kat sana,saya ni mana la ambil lesen lagi,nak lintas jalan besar pun takut.aduh..pernah mencadang kan kat seseorang yang saya nak ambil lesen,tapi orang tu memang membantah sebantah2 nya cadangan saya tu sebab bimbangkan saya yang takut nak lintas jalan ni.mama dengan abah pun x pernah bersungut suruh saya ambil lesen,jadi saya rasa biar je lah dulu..mungkin saya akan ambil lesen lepas balik dari Jepun nanti.rugi la x ada lesen ni,bak kata Kak Yun:

"Kalau belajar setinggi mana pun,peringkat master ke,phd ke,kalau x ade lesen x de maknenya.."

Pertemuan yang menggembirakan:Kak Yun memang hebat,die suruh saya baca cepat2 senarai casting cerita katun Atashinchi tapi saya x mampu sebab banyak sangat kanji susah2,dan die boleh baca dengan lancar sekali.kata-kata Kak Yun yang x mungkin saya lupa:

"Kat Jepun sana,nak jadi setan senang,nak jadi alim pun senang jadi berhati2 lah"

Walaupun Kak Yun cakap 2 tahun duk kat Jepun adalah merugikan sebab masa sangat lah singkat tapi saya harap saya dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin kat sana di samping belajar:nak g akihabara:beli macam2 untuk ma,nak gi hanami,hanabi,nak gi dis
neyland,nak naik Gunung Fuji ^^,nak gi nikko dll.Yang penting belajar bersungguh-sungguh dulu.
::semoga saya dapat menjadi sehebat Kak Yun::

Thursday, July 30, 2009

Tashiru

video
Pemberian daripada seorang sahabat,nyanyian kumpulan nasyid Indonesia,Tashiru::

Ayunkan langkah kaki
Jangan pernah kau ragu
Hadapi hari dengan penuh keyakinan

Karena masa depan penuh dengan rintangan
Halangan dan cobaan yang selalu menghadang

Tapi itu semua hanyalah ujian yang harus kita harungi
Untuk mendapatkan kemuliaan di hadapan Tuhan
Dengan tak lupa sebut nama-Nya

Bertasbihlah lalu bertahmidlah
Lalu bertahlillah lalu bertakbir
Memahabesarkan asma-Nya

Subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akbar..

Wednesday, July 29, 2009

Khas untuk sahabat yang ini..

Saya tujukan post kali ini khas untuk seorang sahabat..
Sahabat yang telah bersama saya since matriks.Sahabat yang selalu menemani saya tengok cite2 best sejak matriks.Sahabat yang selalu berkongsi makanan yang menyebabkan saya menjadi sebesar ini.Kenapa saya tujukan post kali ini untuk dia?kerana saya x tau nak tulis post kali ini tentang apa.Tapi kenapa saya menulis post ini untuk sahabat ini?Kenapa tidak kepada sahabat yang lain?Kerana bersama sahabat yang ini terlalu banyak kisah suka dan duka bersama dia,ker
ana bila bersama dia saya gembira,tertawa,kerana masa saya sepanjang 3 tahun di Unisel ini lebih banyak terisi bersama dia.dan sahabat ini banyak menerima kekurangan saya..
Saya akui mudah berkongsi apa sahaja dengan sahabat ini.saya menyukai drama jepun dan korea,sahabat ini pun begitu.sahabat ini selalu menghantar lagu2 Inggeris,walaupun saya agak tidak menyukai lagu2 Inggeris,tetapi bila terpaksa mendengar lagu2 yang dihantar sahabat ini,saya semakin menyukainya..
Sahabat ini sungguh rajin,shukudai (homework) yang diberi selalu disiapkan awal,tidak seperti saya::esok sensei n
ak,malam ni baru saya siapkan.kadang2 saya malu dengan sahabat ini,tetapi apakan daya,saya memang x terdaya untuk menyiapkan kerja2 ini seawal mungkin hehe..
Sahabat ini gemar makan,saya akui nya,tetapi gemar makan tidak bererti makan banyak sebab akhirnya makanan2 sahabat ini akan jatuh ke pinggan saya juga akhirnya.memang kerana sahabat ini lah saya menjadi sebesar ini!!
Pernah bergaduh?pernah..pernah menangis?pernah..pernah terasa hati?pernah..tapi saya tidak kisah semua itu,saya langsung tidak kisah kalau sahabat ini memanggil saya
bulat,besar,boyot,sotong,tong2,tun2,saya tidak kisah..sebab dah terlalu banyak saya berkongsi cerita dengan sahabat ini.saya tahu dia setia mendengar apa sahaja luahan hati saya,walaupun masalah saya langsung tiada kaitan dengan dia..
Suatu hari..saya demam,saya x larat untuk bangun,petang itu saya mengetahui sahabat ini juga demam,sama dengan saya.kami demam sama2.tapi sahabat ini demam lagi teruk,sampai masuk hospital.saya kasihan melihat sahabat ini,sebab sahabat ini memang kurus,semasa sahabat ini bermalam di hospital,saya runsing m
emikirkan sahabat ini,selesa ke sahabat ini menggunakan tandas kat hospital tu,dia makan ke makanan kat hospital tu..kalau si sahabat ini saiznya lebih besar dari saya,tidak mungkin saya serisau itu...
Kami memang banyak beza.sahabat ini jauh lebih matured dari saya::kenapa saya berkata begini?tidak tahu lah mengapa,tetapi perwatakan sahabat ini lebih serius,tidak macam saya yang lebih kebudak-budakan..Saya akui sekarang saya takut untuk berjauhan dengan sahabat ini di Jepun nanti.siapa lah yang nak bagi saya makanan lebih lagi?siapa yang nak panggil sa
ya bulat,tong2 lagi?siapa yang saya nak buli di Jepun nanti?siapa yang mahu mendengar kisah2 mengarut saya?siapa lagi mahu melayan bila saya menipu?siapa yang mau pimpin tangan saya untuk melintas jalan nanti?
Sahabat..khas untuk sahabat yang ini::
Hidup ini susah untuk diduga,kadang2 kita rasa dekat sangat dengan seseorang tu walaupun sebenarnya kita jauh..walaupun kita dapat genggam tangan dia,tapi belum tentu hati dia dapat kita selami,mungkin kadang2 kita dapat tengok dia ketawa,tapi kita x tahu apa makna disebalik senyuman itu..walhal kehadiran kita langsung x disenangi..rencah dunia,kita x kan tahu
siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh..adakah tangan itu menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkan..
Maafkan saya sahabat andai kata selama kita bersahabat,saya lebih banyak menyakiti drp memahami..Saya sedih sahabat,andai hari perpisahan itu akan tiba,jadi jom kite gembira2..untuk sahabat yang ini,post ini memang khas untuk anda,terima kasih kerana menerima segala kebaikan dan keburu
kan saya. ^^

Monday, July 27, 2009

shiken...owari~

Usai kimatsu shiken(final exam),malam tu saya dengan kawan2 yang lain bergegas gi stesen bas.yea yea bleh balik klate..ini bukan lah cuti akhir sem yang lame,pendek je,7 hari je tp cuti ni adalah cuti yang kami buat sendiri hehe.kitorang manalah ade cuti T_T..malam naik bas tu.kak nurul mesej.aishh awal nya kak nurul mesej,exam baru abis tadi..sb bile kak nurul mesej je mesti jadi cuak sebab kak nurul slalu mesej pasal exam.tp malam tu die mesej saje2 je,ajak tengok baby die..insyaAllah kalo x de halangan nnti Bila gi la tgk ye ^^ ciksu pun dah slamat melahirkan sorang baby,name batrisya,panggil ca,comeeyyy..tp asik tido je

(Z _ Z) balik umah kali ni saya x tau nak capai buku hape..biasanya kalo balik umah je baca Harry Potter.lalu saya ambil keputusan utk ulang baca buku2 HP yang lpas2.buku HP & Kumpulan Phoenix yang paling meruntun hati saya,sebab Sirius Black mati..aaa ingatkan bile ma abah HP dah xde,bleh la Sirius jaga HP tapi..huhu sdeyy...sbb saya nangis teresak2.dalam buku Half Blood Prince,Dumbledore plak mati,tapi saya x nangis la mase baca Dumbledore mati ni sbb kawan saya,Tim dah cakap awal2 yang Dumbledore mati.ishh..kaco daun orang nak jiwang la Tim ni..tp HP memang best,saya suka HP tp saya lbih suka Yamapi tp kesukaan saya terhadap Yamapi terpaksa di had kan sb da dapat warning aaaa..xpe2,dgr lagu pun jadi lah ye.. berbalik kepada HP,kadang2 terpikir,entah2 kat skeliling kite ni ade ahli2 sihir yang idup sama2 dengan kite.bile baca HP,kewujudan ahli2 sihir ni memang x disedari masyarakat muggle(manusia) tp bile Voldemort dgn Death2 Eater
buat kaco la muggle2 dah mempercayai n menyedari kewujudan ahli sihir
ni.bile baca buku2 ni berturut-turut,minda saya pun macam dah diselubungi dunia ahli sihir..aishh.nak nek penyapu terbang gak,nak jadi seeker gak,nak masuk rimba larangan gk,nak gi cari Horcrux gak,nak sebut mentera2 sihir gak-->protego,expelliarmus,AVADA KADAVRA haha..walau bagaimanapun,saya x bercadang nak tengok cite HP last,HP & The Deathly Hallows (azimat maut) sbb rasanya novel die lagi bes dari layan cite.cite2 die sblum ni gelap je (sbb tgk yang cetak rompak hahaa).xpe la,x nak tengok.x berminat.sbb kat JAD pun saya dah jumpa sorang chokouhai mcm HP.hee..


gembira::sebab exam dah abis,sebab dpt balik jumpa ma abah alom acik adik,sebab dapat makan durian,sebab dapat peluk pipo,sebab hidup dah sangat2 bahagia,moga semua kisah sedih berlalu dari hidup saya..

moga result yang bakal keluar pun memuaskan hati.amin..

Monday, July 13, 2009

ALLAH KNOWS BEST!!!

Allah Knows Best...
Allah Knows What's Best for us

So, why should we complaint
We always want the sunshine
But He knows there must be rain

We always want the laughter and the merriment cheer
But our heart will lose their tenderness
If we never shed a tear

Allah test us often...
Allah test us not punish us
But to help us meet tomorrow
And for every pain He gives us provided we're patient
For growing trees are strengthened
When they were strike by storm
And sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form

So, whenever we feel we're down
And whenever we feel that everything is going wrong
It's just Allah's way to make your spirit strong!
Indeed, ALLAH KNOWS BEST!!!!

buat rakan-rakan dan adik-adik usrah sedang tensen stadi,ganbatte ne untuk exam ni..kejayaan atau kegagalan yang kita peroleh semuanya di tangan Allah,Allah tak melihat berapa besar kejayaan kita,sebaliknya Dia melihat usaha yang kita lakukan..man jadda wa jada(siapa berusaha pasti dapat) ♥

Sunday, July 5, 2009

tag saye~

1.apa perasan sekarang
takut sbb nk exam,nak peluk ma T_T

2. saya nak makan
spageti mama T_T

3. saya x suka
kawan makan kawan tp kalau kawan bg makanan saya suka la ^^

4. impian saya
nak berjaya di dunia dan akhirat

5. saya harapkan
saya menjadi seorang yang tabah dan sabar dalam segala ujian yang menimpa T_T

6. jika boleh diputarkan masa
saya nak jadi kanak2 zaman2 duk temerloh dulu,asyik main je siang malam x henti2 ^^

7. saya pada 10 thn akan datang
dah kahwin hehe ^_^ (suka berangan aishh

8. saya suka pada
warna pink ehe

9. kawan2 saya
ada macam-macam perangai dan kerenah,kalu kt skolah dlu 7 kanak2 ribena yg saya sayangi,kat jad ni ad 4 kuda belang yg saya kasihi ^^

10. pernah dikhianati kawan
penah kot,x nk ingat..

11. apa yang hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda
tak nak buat pape ehe

12.siapa yang paling saya mahu ketemu sekarang
orang itu..yang byk menasihati & mendengar luahan saat hati ini kesedihan&keseorangan..skrg dh jarang blh borak2.lain kali kite borak byk2 lagi ye..tima kasih adikku ^^