Thursday, January 2, 2014

Nota cinta tahun baru

Has sensei dah bersoksek soksek di akhir tahun,
Saya pun nak bersoksek soksek juga la di awal tahun :D
Dan saya pun batuk dan selesema macam has sensei juga, 
dan teman yang lain yang juga tak berapa sihat; didoakan moga kami semua cepat sihat amin :D
Tak adalah nak soksek sangat pun, sebenarnya nak taip nota cinta di tahun baru semalam sempena masuk tahun baru ni kan tapi tak sempat.
Sedar-sedar dah 2hb ~,~
Dan harini curi masa sikit je untuk menaip ringkas.

Tiada apa yang diharapkan pada tahun ini, melainkan semuanya bertambah baik
Diharapkan tahun ini lebih baik dan baikk dan baikkk berbanding tahun lepas, 
Umur dah makin meningkat tapi amal masih berkurang :(
Moga terus ikhlas dan tingkatkan lagi amal terutamanya dalam baitul muslim yang kami bina
Moga dapat didik anak kami jadi anak soleh/solehah,moga baby membesar sihat dan comel  :)
Dan moga hari-hari makin penuh ceria

Dan juga moga hari-hari yang bakal disusuri nanti
Tiada lagi rasa tertanya-tanya pada benda yang tak sepatutnya
Moga terus redha
Biarkan. Biarkan.
Asalkan bumil bamil(?) dan baby sihat ceria

Harini genap 2 tahun pemergian arwah tok ayah.
Semalam teringat arwah tiba-tiba mengalir air mata.
Suami dah kaget kenapa isteri dia tiba-tiba je kan :D
Sungguh pemergian arwah sangat beri kesan besar pada diri saya.
Moga kami dan keluarga dapat kumpul sama-sama di syurga nanti,
Dapat buat reunion keluarga sambil minum sama-sama di tepi sungai yang airnya dari susu enak :')
Amin ya Rabb.

Ok, ringkas saja.
Selamat mempertingkatkan amal :)