Thursday, January 10, 2013

hati tertanya

semalam saya mimpikan seseorang.
jujur saya katakan, saya dah lama lupakan orang tersebut. 
dan kalau boleh saya dah tak nak ingat apa-apa tentang dia.
dan bila bangun pagi tadi, tertanya-tanya kenapa perlu mimpi pasal dia 
padahal dah lama kami tak bersua, tak bertegur sapa.
malah saya dah lama tak ingat pasal dia.

sebenarnya dia pernah jadi orang yang menceriakan hari saya.
sifat dia yang peramah, banyak cakap dan suka buat orang ketawa buatkan 
sesiapa saja mudah rapat dengan dia.
pada masa itu kami bersahabat baik, tapi ada sesuatu yang saya sangat tak faham 
dan nak tahu kenapa.
sampai sekarang. saya masih nak tahu kenapa dia buat macam tu pada saya.

saya ni, memang mudah terjaga dari tidur kalau terdengar bunyi, 
tak kisah lah bunyi kuat atau perlahan.
satu malam saya terjaga, saya nampak ada kelibat seseorang tengah buka fail dan beg saya.
fail dan beg sekolah saya letak di bucu katil.
perasaan masa tu hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya saya.
saya tahu, niat dia bukan mahu mencuri barang saya. 
dia hidup mewah. jadi saya tak risaukan barang saya hilang.
saya tak tahu apa yang dia cari, tapi sejak dari hari tu, saya berjaga-jaga.
dan ada beberapa malam saya tersedar beberapa kali, saya nampak dia masih melakukan aktiviti misteri tersebut, dia buka loker saya. entah apa yang dia cari saya pun tak tahu.
dan saya ceritakan kepada teman saya yang lain, dan teman saya pun akui pernah ternampak dia seperti mencari sesuatu di dalam loker saya.

sejak dari peristiwa tu, saya dah jarang tegur dia. kami dah tak banyak bercakap. mungkin dia perasan, tapi pada masa tu saya diselubungi rasa takut. dan tertanya-tanya apa yang dia nak sebenarnya. kami dah mula tak rapat. kadang-kadang dia bawa kawan-kawan yang lain untuk sindir saya. saya sedih, hidup saya tertekan. tapi saya tak berani nak melawan, saya penakut.
saya ceritakan pada keluarga, tapi mereka pun tak boleh nak buat apa-apa, cuma nasihatkan saya supaya jangan rapat dengan dia.
satu malam yang lain, saya tidur sekatil dengan sahabat saya S. saya tersedar tiba-tiba dan terkejut, dia tengah jengukkan kepala untuk tengok saya tidur.
saya tak tahu nak buat apa pada masa tu lantas saya pura-pura tidur.
keesokan harinya saya ceritakan pada S, 
S beritahu saya dia pun nampak juga dan dia takut lantas pura-pura tidur.
seram kan kisah saya. bila teringat balik kisah tu, saya kembali tertanya-tanya apa yang dia nak sebenarnya. kawan saya cakap, mungkin dia nak tahu aktiviti saya sepanjang hari, mungkin nak tahu apa yang saya ada sebab tu dia buka loker saya. tapi kenapa sampai tengok saya masa tidur. dan kalaupun dia nak tahu apa aktiviti saya sepanjang hari dan nak tengok apa yang saya ada, kenapa sampai perlu bertindak macam tu. 
dan sebelum tamat belajar, kami dah bersalam. 
saya maafkan dia walaupun hati tertanya-tanya.
apa yang dia cari sebenarnya. saya tak punya apa-apa yang menarik pun. 

bila imbau balik peristiwa ni, hati saya jadi takut.
biarlah, segala yang berlaku pada masa lepas, kita ambil iktibar.
tiada siapa boleh jangka bagaimana kehidupan kita selepas ini melainkan Allah swt.
moga Allah pelihara saya dan keluarga dari perkara yang buruk. Amin

unforgettable event 1: Brunei

unforgettable event memaparkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku tapi tidak dicatat atas sebab terlupa, ketiadaan masa sebelum ini dan sebagainya. ia merupakan post bersiri.
post pertama bermula hari ini.
unforgettable event yang pertama ialah :

sebelum kami back for good ke malaysia,
kami sempat jaulah ke brunei.
sebenarnya dah lama nak cerita pasal jaulah brunei tapi tak sempat dan lama-lama jadi lupa.
saya ke brunei bersama aida dan suami (pada masa tu beliau belum lagi jadi suami saya)
brunei negara yang kecikkk saja.
loghat percakapan rakyat brunei lebih kurang macam orang indonesia.
tapi mereka boleh faham bahasa melayu.
rakyat brunei memang ramah, bila nampak saja kami macam kehilangan arah, pasti akan ditanya mahu ke mana.
kami ke brunei sehari saja. sejak di jepun lagi saya berimpian mahu ke brunei.
orang kata brunei negara kaya walaupun negaranya kecil.


duit kertas brunei, lebih kurang sama dengan duit malaysia

kami memang tidak plan apa-apa sebelum ke brunei.
kami tak cari hotel, atau tempat menarik untuk dilawati di sana. 
sebab tujuan kami ke sana lebih kepada untuk melihat cara hidup di sana, dan sudah tentu mencari makanan yang sedap-sedap ^^*

makanan pertama jadi pilihan ialah nasi katok.
uniknya nasi ni sebab pembeli harus membeli nasi katok di tingkap.
tak tahu lah apa maksud katok kan, tapi di kelantan katok bermaksud ketuk.


ada terbaca asal usul nasi katok di internet, orang dulu-dulu ketuk tingkap rumah/kedai penjual untuk beli nasi katok. menunya ialah nasi putih, ayam goreng dan sambal. dan nasi katok merupakan antara makanan termurah di brunei, iaitu lebih kurang rm3.
makanan di brunei memang sangat sedap, sampai sekarang masih teringat-ingat dimsum yang dijual di sana. dimsum restoran hongkong tapi diluar restoran tertulis halal.



sudah lupa apa nama telur ni tapi sedapp rasanya

bubur nasi dengan ikan masak sos apa entah, sedappppp

nasi lemak di brunei sedap, cuma sambal tidak pedas langsung tapi masih sedap dan pekat.

di brunei, memang tiada arak dijual. dan tertulis tentang larangan bawa masuk arak pada peta brunei kecuali dengan syarat. hebat kan.



pengangkutan awam yang menjadi pilihan ialah bas.tambang teksi memang agak mahal di brunei. jadi kami ke mana saja dengan menaiki bas. dan sesekali menaiki bot sampan.
selebihnya kami berjalan kaki. maklum lah baru balik dari jepun, jalan kaki berpuluh batu pun tiada masalah la kononnya.



oleh sebab kami tak mencari hotel untuk menginap pada waktu malam, kami bercadang tidak mahu tidur pada malam nya. tapi oleh sebab bimbang akan keselamatan diri dan barang, kami buat keputusan untuk menginap di hotel murah pada malam itu.
antara tempat yang sempat kami lawati ialah:

1. tamu kianggeh-kalau kat malaysia lebih kurang macam pasar tani

2. rumah atas air-ada sekolah atas air juga.kami bersiar-siar keliling kawasan ni dengan menaiki bot selama 30 minit.saya tanya pakcik driver bot tu,sayang tak sultan brunei.beliau cakap mestila sayang.setiap kali hari raya sultan akan buat istana terbuka dan rakyat dapat duit raya.best kan.


3. royal regalia building-muzium peralatan regalia




4. masjid omar 'ali saifuddien-masjid yang saaaaangat cantik pada waktu malam




5. istana nurul iman-kami bergambar di luar istana saja. tak boleh masuk dalam



6. jerudong park-macam theme park.ada taman yang saaaangat luas. tapi sebab kesuntukan masa kami tak sempat nak explore jauh ke dalam



7,8,9. dan ada 3 mall yang kami sempat pergi tapi dah lupa nama mall-mall tersebut :D

maka tamatlah kisah jaulah kami ke brunei selama dua hari satu malam. Brunei yang penuh kenangan. InsyaAllah ada rezeki boleh pergi lagi :)