Friday, February 6, 2015

pengalaman viva voce master

Salam Jumaat.

Hari ni nak bercerita pengalaman viva. Hari ni agak free sikit lepas dah submit manuskrip jurnal dan lengkapkan kerja lab.

Tarikh keramat viva voce saya adalah pada 9/1/2015. oh, sebelum tu, awal bulan 6 saya cuba mohon untuk tangguh pengajian atas beberapa sebab, tapi tak dapat sokongan dekan. Dekan minta saya cuba juga untuk submit tesis pada bulan 9, iaitu pada bulan saya perlu lapor diri di JPbSM. saya submit tesis pada 12/9/2014. Berdasarkan pengalaman senior2, tempoh untuk viva lepas submit tesis tu memakan masa agak lama. dua orang senior dipanggil viva lepas setahun submit tesis. Lama kan? tapi saya dimaklumkan untuk pembentangan viva pada hujung bulan 12, maknanya saya menunggu dalam 3 bulan lebih. boleh dikatakan dah cepat lah tu, mungkin management dah improvise agaknya. 
 akhir bulan 12, saya dapat emel dipanggil untuk pembentangan viva voce yang akan dijalankan pada 9/1/2015. Alhamdulillah, syukur sangat Allah gerakkan hati untuk check emel spam, sebab surat panggilan viva saya ada kat bahagian spam emel. selama ni tak pernah bukak bahagian emel spam punnnn. dalam tempoh 2 minggu sebelum viva, saya memang baca balik tesis berkali-kali. Sampai hadam. Check balik reference. Baca balik LR yang berkaitan. Saya cuba fikirkan soalan yang mungkin ditanya oleh panel, dan sediakan jawapan. Slide presentation memang dah lama siap. Hari-hari saya mock viva depan suami. hari-hari duk belek slide. kadang-kadang teringat-ingat masa tengah mandi. hihi. 

Pada hari viva, masa tu dah cuak tak lalu makan tak ingat apa dah. asyik duk teringat kat anak je, macamana la kalau tak lulus viva kali ni. dan juga kesian kat suami, dah banyak dia berkorban, ambil cuti demi nak bereskan kerja saya. teman saya siapkan tesis, teman saya print tesis, teman saya pergi viva. Jadi masa tu memang semangat nak buat yang terbaik :) dan panel dalaman merupakan panel masa saya interview untuk scholarship dan juga masa defense proposal. panel luar pula ialah dari uniten. viva saya bermula pada jam 9.47 pagi. saya diberi masa lebih kurang 15-20 minit untuk pembentangan. lepas pembentangan, sesi soal jawab. alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk saya jawab soalan yang diajukan dengan tenang, dan tak gelabah. dan ada la jugak jawapan yang macam tak betul, tapi saya jawab je. dan bila dia bagi cadangan, saya hanya iya kan saja. panel dalaman tak banyak tanya, mungkin sebab beliau memang dah tahu saya buat research pasal apa sebab masa defense proposal dulu pun dia yang jadi panel. panel luaran yang banyak ajukan soalan, dan dia memang check bahagian LR secara detail. dan panel memang check tesis, dan banyak tumpu pada bahagian methodology dan results. bahagian lain mereka tak bagi komen banyak sangat. tak lama lepas tu, pengerusi cakap sesi q&a dah tamat dan saya diminta keluar sekejap untuk mereka berbincang. masa tu saya tengok jam, eh, baru pukul 1045. cepatnya habis. sebab duk dengar orang cerita sesi viva agak lama, kadang-kadang ada yang kena sampai 6 jam. dalam 10-15 minit lepas tu, pengerusi panggil masuk balik dan umumkan saya lulus viva dengan pembetulan minor. Alhamdulillah Allah sebaik-baik penolong. masa tu bergenang air mata. duk teringat kat anak lagi, nak balik peluk dia. hihi alhamdulillahh.. 
sebenarnya, pada pendapat saya, apa yang penting untuk menghadapi viva ni:

1. yang pertama, kena faham betul-betul apa yang kita buat. apa yang kita tulis dalam tesis tu adalah apa yang kita tahu. kalau tak tahu jangan tulis dalam tesis. dan soalan dari panel kebanyakannya sebab mereka nak tahu betul ke kita yang buat semua projek tu, bukan orang lain.

2. adalah sangat digalakkan untuk baca tesis berkali-kali. untuk bagi kita faham dan tak lupa apa yang kita dah buat.

3. kadang-kadang, bila tengah baca tesis tu, baru perasan, eh kenapa aku buat macam ni..kenapa tak buat macam tu. masa tu dah boleh pikir kalau panel tanya kenapa tak buat macam tu, dah boleh sediakan jawapan kenapa :D

4. dan juga, masa pembentangan tu, jangan cerita apa yang kita tak buat. konon nya nak tunjuk kita hebat, sebab nanti kalau panel tanya kenapa tak buat, dan suruh kita buat benda tu, proses untuk siapkan correction lepas viva tu confirm akan makan masa agak lama.

5. prepare lah soalan spot yang kita fikir mungkin akan ditanya. dan cuba sediakan jawapan. 

6. hafal slide presentation sampai anda rasa dah naik muak dah cepatlah habis viva :D

7. jangan takut buat salah. semestinya, tak ada satu pun benda dalam dunia ni yang perfect 100%. begitu juga research kita.

8. dan yang paling pentinggg, doa doa doa. mohon Allah mudahkan urusan. 


haa tu diaa sikit-sikit tips dari saya untuk menghadapi viva. sebenarnya, fikir-fikir balik, kenapa nak sambung belajar ya. awal-awal sambung belajar sini dulu, rasa tak bestnyaaaaaaa. kat jepun lagi besttttttt masa buat degree dulu. tak boleh nak main-main sangattttt. tapi tu lah, banyak sangat ibrah yang saya dapat sepanjang buat master kat uitm ni. buat saya fikir tujuan sebenar menuntut ilmu tu. ok lah, sekian dulu. hepi sangat sebab ada peluang update blog kali ni :D


5 comments:

Anonymous said...

T

sunshine said...

Alhamdulillah.
Semoga ore pom bley wat mcm bui jugak.
Thanks 4 the tips:))

Anonymous said...

Tips yg sgt berguna! Nice! ;D

Unknown said...

Assalamulaikum..
hai Nabila, sy ain.. sy nak sambung Master di Uitm, namun sy perlukan pandangan & pendapat dari saudari. Boleh sy dapatkan email Nabila? Terima Kasih sudi bantu sy.

Unknown said...

salam saudari noraini, terima kasih sudi baca blog saya yg tak seberapa ini :) dan ni emel saya, apa2 boleh emel ye :) nurnabilamohamed@gmail.com. tq