Thursday, December 12, 2013

Cinta itu menyedarkanku

*Tajuk post x boleh blah kan. petikan dari buku uke

"Adakah kamu menyangka
Bahawa aku gembira
Menerima sepasang rama-rama
Di dalam kotak berkaca
Sempena hari jadiku
Sebenarnya aku tidak gembira
Dengan pemberian kamu
Aku lebih gembira
Jika melihat rama-rama itu terbang bebas
Di pesta hari jadiku."


Gembira rasanya (macam rama-rama yg terbang bebas di pesta hari jadi) bila 2,3 orang suruh kita update blog lagi. kita tak sangka orang nak baca blog kita yang medu-medu ni. terima kasih duhai sahabat duhai teman yang sentiasa mengingati. 
Kita ni sedang bermalas-malasan kat lab, biasa lah pagi-pagi pergi lab, tunggu lepas makan pagi baru ada semangat nak buat research. Jadi kita gunakan masa 
bermalas-malasan pagi ni untuk update blog, lepas ni baru buat kerja :D
Tapi sebenarnya kita tak tahu nak cerita pasal apa. Jadi kita taip sesuka hati je lah ye. 
Sejak dua menjak ni kita sukaaa sangat baca buku. Tapi kita baca buku melayu je, 
kita tak baca buku inggerish sebab kalau kita baca buku inggerish, tunggu dapat cucu 3 orang pun belum tentu habis kita baca buku tu. Sebab tu la kita beli buku harry potter dalam bahasa melayu, 3 hari je dah habis baca. Kita rasa sebab kita tak terer bahasa inggerish sebab tu kita tak baca buku inggerish. Lepas tu kan, sekarang ni kan kita tengah sambung master, semuaaaaa paper, journal tu semua dalam bahasa inggerish. Haaa padan dengan muka kita sebab kena baca paper dengan journal dalam bahasa inggerish. 
Terkial-kial nak cari word inggerish kalau nak tulis paper.
Konklusinya, buku bahasa inggerish jangan dilupa.

 
Tata, dah nak pergi makan untuk jana tenaga untuk ibu dan baby :D

Monday, December 2, 2013

7 months-baby bump's getting bigger ^^

gambar sekadar hiasan: sang lion yg tak pernah penat pancutkan air

selera makan bertambah, saiz perut pun bertambah lah kan.
tapi yang peliknya bukan saiz perut kita je yang membesar, 
saiz perut housemate pun sama membesar. haha :D
tapi sekarang tak boleh makan banyak sangat sebab perut akan rasa sakit dan ngilu.
bak kata doktor, makan sikit tapi kerap. 
tapi bila dah ada sepinggan nasi goreng ikan masin depan mata, 
macamana nak makan sikit tapi kerap tu?
dan kalau jalan pun dah tak boleh jalan laju-laju, 
sebab cepat semput, dan tak cukup nafas.
mungkin sebab oksigen yang disedut tu dikongsi 2 orang agaknya.
juga tak boleh minum berais, akan sakit-sakit badan.
sakit pinggang pun dah beransur hilang,
cuma kena letak benda lembut untuk sokong bahagian belakang.
nampak macam penat kan? macam tak larat kan?
tapi kalau pandang dari sudut positif, fabiayyi alaa'i rabbikuma tukadzibaan..
moga diri tak terlalaikan. sungguh aku syukur atas nikmatMu yang terlimpah bagiku :)

tapi kadang-kadang rasa susah nak positifkan diri.
geramnyaaaa pada orang-orang yang tak memahami dan pentingkan diri.
tapi bila orang cakap, bumil shares eeeeverything with baby inside tummy;
bukan hanya makanan yang dimakan, tapi perasaan dan apa yang kita fikirkan pun baby boleh rasa. dan bila fikir baby akan dapat kesan itu juga macam ibu dia, terus jadi positif balik. dan akan ulang-ulang cakap dalam hati, taknak baby sedih taknak baby fikir negatif.


"the hardest part of being strong is no one knows when you're in pain. 
no one knows either your smile is the real or just another fake one."
demi baby kugagahi diri :)


kadang-kadang baby ketuk perut ibu belah kanan, kadang-kadang dia main rollercoaster dari petang saaampai la masa ibu dia nak tidur. baby kekuatan ibu dan baba, enjoy your time, see you soon and we'll have great time together insyaAllah :)




Monday, November 11, 2013

Unforgettable event 4: istana kelantan

sebenarnya kerja lab bertingkek-tingkek tapi ada hati nak update blog kan.
mengupdate blog sebenarnya salah satu cara menyah-aktifkan(?) segala macam source code programming dan coding dari dalam fikiran buat sementara waktu hehe.

unforgettable event yang ke 4: mari melawat istana negeri kelantan
akhir tahun lepas, istana negeri dibuka untuk rakyat bersempena dengan ekspo islam
berbelas tahun duduk kat kelantan ni pertama kali jejak kaki masuk istana
rasa nya kebanyakan yang datang ke istana tu macam saya: bukan nak tengok pameran sangat pun tapi nak rasa feeling masuk istana hehe :D 
pameran diadakan dalam istana, kat luar istana pula ada gerai jualan.
habis seround kononnya tengok pameran dalam dewan istana, 
kami keluar jalan-jalan sekitar halaman istana pula.
cantik, semuanya terjaga rapi.



 






 

Mohon sultan buat istana terbuka masa hari raya pula, bolehlah kami menjamu juadah enak ketupat rendang kuih muih feeling2 raya dalam istana :D





Wednesday, October 9, 2013

alice in wonderland; baby in tummyland

Semalam genap 20 minggu baby main-main dalam perut ibu :)
Sejujurnya sangat teruja nak tahu jantina baby boboi atau gegerl, 
sebab tak sabar nak buat persediaan.
Membeli barang dsbnya. Duk tahan nak beli baju warna warni ni :D
Tapi kami tak kisah, boboi atau gegerl yang bakal keluar nanti, 
asalkan jadi anak soleh/solehah nanti.

Dapat tahu pregnant masa minggu ke 4. Masa tu belum ada perubahan yang ketara sangat, cuma badan mudah rasa penat dan mata cepat mengantuk. Pukul 8 dah tertidur. Lalu tergerak hati nak beli upt test tu, bila cek kali pertama upt positif, macam tak percaya sebab cek upt test yang murah tu aje ^^,"  Rasa ragu-ragu gitu. Lalu bertanyakan pada seorang teman yang bekerja sebagai doktor, juga mengandung sebulan awal dari saya, katanya upt test memang 99% accurate. Haa tapi masih ada rasa ragu-ragu lagi. dan esoknya pergi beli yang mahal sikit, barulah rasa yakin tu meningkat sikit. Tapi masih tak berani nak bagitahu ramai orang, sebab masih awal lagi pada masa tu. 
Hanya bagitahu keluarga dan beberapa teman. 
Lepas dah scan masa minggu ke 8 barulah rasa selamat nak bagitahu ramai orang :)

Masuk minggu ke 7 saya dah mula alahan. Kebetulan masa tu bulan ramadhan. Bangun pagi-pagi terus muntah, perut kosong pun muntah. Makan sikit je pun muntah. Minum air kosong pun muntah. Tapi perut hanya boleh terima chipsmore with more chips tu je. Kalau makan benda lain konfem muntah. Alahan berlanjutan sampai minggu ke 14, bayangkan dalam tempoh 7 minggu sampai minggu ke 14 tu, nabila hanya makan chipsmore je. Berat badan tak usah cakaplah memang turun mendadak. Oh ya, pertama kali checkup dengan doktor masa minggu ke 6, masa tu doktor bagi vitamin yang ada asid folik. hari-hari kena makan sebiji sampai minggu ke 12. Saya makan sebelum tidur, kalau makan waktu pagi, konfem muntah balik >.< dan dan dan saya alahan pada semuaaaa bau. Bau ikan bakar yang sedap itu pun tak mampu ku tahan. Akibatnya langsung tak boleh pergi bazar ramadhan. Rugi rugi. Pernah pergi sekali sebab teringin sangat nak tengok makanan kan, ku gagahkan diri jua melangkah ke bazar ramadhan, tapi serius rasa nak pitam, akhirnya terpaksa patah balik duduk dalam kereta dan suami pergi beli sorang. Dan tak boleh bau perfume, bau sabun mandi pun tak bolehhhh. Dalam tempoh 7 bulan ni jugalah nabila tak pakai perfume ye. Dan yang sedihnya tak boleh bau deodorant/minyak rambut/perfume suami pun. Kesian dia. Tak tahu lah alahan saya ni dikira teruk atau tak sebab tak pernah ada pengalaman begini, tapi kadang-kadang sampai tak boleh bangun langsung. Kadang-kadang muntah hampir 5,6 kali sehari sampai tak keluar apa-apa dah. Setiap kali lepas muntah, pasti teringat kat mama, tabahnya dan sangat besarnya pengorbanan ibu untuk besarkan kami anak-anak. Dan teringat hadis Rasulullah saw, orang yang berhak untuk dilayan sebaik-baiknya ialah ibu kemudian ibu kemudian ibu kemudian baru ayah :)

Masuk minggu ke 15 barulah alahan beransur kurang. Dan selera makan memang naik mendadakkk selari dengan menaiknya berat badan. Dan ini pertama kali dalam seumur hidup ni tak terasa hati bila orang cakap nabila gemuk. Kita memang makan sungguh-sungguh la :D Bab mengidam tak payah cerita. Mula-mula mengidam nak makan siput sedut. Puas suami cari tapi memang tak jumpa la kat kawasan shah alam ni. Bila abah datang kl, abah pun cari juga kalau-kalau terjumpa. Tapi memang tak ada. Tapi alhamdulillah satu hari tu ada hamba Allah jual siput sedut masak lemak kuning, tapi makan sikit je sebab muntah. Tak apa, janji dapat rasa :) Kalau sebelum mengandung tak suka makan roti, masa mengandung ni hari-hari rasa nak makan roti. Pelikkan. Dulu tak suka makan subway, tapi sekarang kalau nampak subway terus rasa nak makan. Dan sebelum mengandung, tak pernah-pernah beli goreng pisang, tapi sekarang duk rasa nak makan goreng pisang cicah sambal kicap style orang johor tu. Ada sekali tu teringin nak makan laksam, kat shah alam ada gerai jual laksam kat pasar malam tapi setiap kali pergi laksam tak ada.. Bila keluar dengan adilin jalan-jalan kat midvalley, adilin ajak makan kat restoran belanga. Restoran ni jual makanan tradisional pantai timur. Dan dan dan terjumpalah laksam idaman hati. Terima kasih adilin sebab bawa kita pergi situ. Lepas tu pula duk rasa nak minum air sarsaparilla a n w tu je. Sebelum ni tak pernah-pernah pun suka minum air bergas. Dan makanan kegemaran walaupun tak mengandung iaitu ikan bakar tak usah cakaplah, tambah-tambah nak balas dendam sebab masa puasa tak boleh makan kan. Suami pula duk teringin nak makan cendol sampai la sekarang. Pantang jumpa kedai cendol pasti diterjahnya. Sekarang duk mengidam nak makan lokcing (sate ikan kelantan), orang cakap kat shah alam ni ada jual kat depan masjid lepas sembahyang jumaat. tapi takkan nak pergi tunggu depan masjid lepas orang sembahyang jumaat semata-mata nak beli lokcing. Segan lah i. Jadi lokcing ni kita kiv dulu nanti balik kelantan masa raya haji ni orang makan daging kita makan lokcing :D Makanan yang saya pantang dan langsung tak makan sejak mengandung sampai sekarang ni ialah nanas dengan tebu. Teringin nak minum air tebuuuu tapi apakan daya baby ku lebih utama. Orang cakap air kelapa pun bahaya juga, tapi setakat ni saya minum ok saja. Haaa nabila kalau cakap pasal makanan memang tak boleh berhenti kan.

Buat masa ni dah 2 kali buat checkup di pusat kesihatan seksyen 7, alhamdulillah baby membesar dengan sihat. Masuk minggu ke 13, doktor bagi vitamin obimin, dah tak perlu makan asid folik dah. Mula-mula kami pergi scan kat klinik private, sebab orang cakap klinik kerajaan tak akan scan. Tapi tetap kena buat buku pink kat klinik kerajaan kot-kot ada masalah lepas ni. Bila gugel, ramai yang cakap perkhidmatan kat klinik kerajaan tak memuaskan la, nurse garang la. Tapi setakat ni perkhidmatan kat klinik kesihatan seksyen 7 tu ok saja, nurse nya pun baik-baik dan sangat peramah. Cuma bila nurse tanya saya rasa tak baby gerak-gerak, saya tanya beliau semula, macamana rasa baby gerak-gerak? 
Lalu beliau ketawakan saya. 

Alhamdulillah sekarang dah tak ada alahan dah walaupun kadang-kadang bangun pagi akan muntah masa gosok gigi. Dan pinggang pun dah kurang sakitnya. Cuma pagi-pagi nak bangun tidur kena ada orang angkat sebab kaki rasa sakit yang amat sangat
 setiap kali nak bangun dan kadang-kadang krem. 

Sepanjang tempoh alahan, langsung tak pergi lab. Bila maklumkan pada supervisor, beliau faham keadaan macamana jadi beliau benarkan rehat di rumah dan buat research di rumah je. Syukur berjaya siapkan satu paper untuk pergi conference walaupun masa tu alahan teruk. Dan syukurnya ada suami yang sangat faham, sangat bersabar dengan isteri dia ni. Mungkin orang tak faham kesusahan saya, sakit saya hanya depan dia, beliaulah yang selalu beri semangat kuatkan mental dan fizikal. Dan syukurnya ada musliha si kecil-kecil cili api ni kat uitm, sebab banyak sangat dah pertolongan dan pengorbanan beliau pada saya sampai hari ni. Terharu sangat-sangat, beliau susah payah tolong saya masa suami tak ada pergi kerja. Terima kasih keluarga, teman yang jauh dan dekat yang banyak membantu dan bersusah payah, beri sokongan dan nasihat. 
Moga Allah balas dengan sebanyak-banyak kebaikan pada kalian.

"Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada di dlm perut ku,
dan sihatkanlah dia, Engkaulah yg mnyembuhkan, tidak ada
penyembuhan selain penyembuhan Mu,
penyembuhan yg tidak meninggalkan penyakit. 
Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah dia yg ada di perut ku dengan rupa
 yg baik dan tetapkanlah ke dlm hatinya iman kpd Engkau dan kpd Rasul Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dgn mudah dan selamat.
Jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal, alim dan beramal.
Ya Allah panjangkanlah umurnya dan sihatkanlah badan nya
dan baik kan lah akhlaknya, fasihkan lisannya,
baguskan suara nya untuk membaca Al-Quran
dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan
segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."


Doakan moga baby sihat, dan selamat. 
Baby kena sihat ya nak, ramai tunggu baby keluar ni. 
Dan bila baby besar nanti, kena baca semua yang ibu post kat sini tau :) 

Friday, September 20, 2013

berpantun sambil minum teh

menaip sambil menikmati teh tarik bungkus dari kafe 4.



2,3 hari ini diuji.
semua benda yang dibuat tak menjadi. 
malam-malam mimpi ngeri. 
mujur suami ada di sisi. 
ecewah jadi pantun pula -_-"

walaupun luaran nampak sihat, tapi mungkin dalaman sakit.
walaupun bibir beri senyuman, tapi mungkin dalam hati ada pahit.
walaupun wajah nampak tenang, tapi mungkin menanggung perit.
walaupun hari-hari seperti ceria, tapi mungkin beban membukit. 
eh jadi pantun lagi -_-"

terima kasih pada semua yang memahami dan cuba membantu.
walau jarak kita jauh, dapat rasakan kalian di sisi membantu, tenangkan diri.

bila terasa mahu jatuh, baby jadi penguat semangat, baby perlukan ibu yang sihat dan positif!
membesar dengan sihat ya nak, ibu dan baba menunggu :')



ok teh tarik bungkus dah habis, maka tamatlah sesi berblog pada hari ini.




Wednesday, September 11, 2013

unforgettable event 3: train museum Japan

huahhh berkulat bersawang dah blog ini. lebih 2 bulan tidak diupdate
sungguh masa sangat mencemburui diri saya yang sekarang memegang jawatan sebagai isteri, anak, ibu hamil dan pelajar ini.
rutin harian berubah mendadak, tapi bila ada masa lapang sekali pun, tak menyempat nak buka laptop untuk update blog.
hari ni datang awal ke lab dan sambil menikmati sarapan pagi, ayuh update blog~~

sebenarnya semalam tengah memproses gambar-gambar dalam iphone, buang mana yang rasanya tak perlu disimpan.
maka terjumpa lah gambar lawatan ke muzium keretapi di jepun.
saya pernah update serba sedikit tentang lawatan ke muzium ini pada tahun lepas, di sini
bila diingat balik, saya ke sana hanya dengan satu sebab, iaitu nak tengok shinkansen hayabusa :D
ramai tanya kenapa minat sangat hayabusa? entahlah, mungkin boleh dikatakan sebagai jatuh cinta pandang pertama.
memang pantang tengok hayabusa, mata tak lepas memandang sampai hilang dari pandangan.
begitu juga kalau jumpa cenderamata hayabusa, nabila pasti akan membeli nya :D

serba sedikit mengenai hayabusa:

>> sebuah shinkansen
>> antara keretapi terlaju di jepun
>> menghubungkan tokyo dan aomori
>> kelajuan sehingga 320km/h

ayuh tonton gambar-gambar pula:


 
 



 
 




2,3 hari sebelum bfg, hari terakhir pergi kerja part time, dalam perjalanan pulang, Allah bagi 'hadiah' dapat tengok hayabusa meluncur laju depan mata.
sweet kan Allah :')



Thursday, July 4, 2013

ceria duniaku

suatu hari, saya dan kakak berborak mengenai shila amzah. dah lupa topik apa tapi tiba-tiba suami menyampuk;

"shila amzah tu anak andy lau kan?"

kami gelak sampai keluar air mata.





suatu petang, kami menaiki kereta pulang ke rumah. tiba-tiba suami mulakan gosip;

"pagi tadi abang dengar berita shahizey sam kena tangkap khalwat. dia kan dah tunang, mesti putus tak lama lagi ni."

lalu saya ketawakan beliau sepuas-puassssnya sebab nak bergosip tapi silap orang.





suamiku yang selalu menceriakan :')

Wednesday, June 19, 2013

jlfest yang menyeronokkan

Hujung minggu lepas saya dan suami jadi volunteer untuk jlfest, japanese language festival di putrajaya. festival ni diadakan setiap tahun, lebih kurang 38 buah sekolah turut serta pada tahun ni. sayangnya, sekolah faris petra tiada wakil >.< 

saya jadi assistant kepada dua orang makcik jepun, kihara san dan marutani san. saya tolong mereka buat potato salad. mula-mula mereka demonstrate cara buat potato salad depan pelajar lepas tu pelajar cuba buat sendiri. kelas potato salad ni ada 3 sesi. jadi mereka tunjuk ajar cara buat potato salad 3 kali. dan saya dapat makan potato salad buatan mereka pada setiap sesi, hehe. cara buat sangat senang: potong timun nipis-nipis, potong carrot nipis-nipis, perah dengan air garam, gaul dengan mayonis dan potato yang dah dihancurkan, hiris putih telur yang dah direbus, dan akhir sekali taburkan kuning telur yang dah direbus juga atas salad tersebut. senang kan? siap tapau bawa balik potato salad tersebut :D

saya dan potato salad dan makcik potato salad

petangnya pula, saya tolong has sensei kendalikan pertandingan mr. and miss yukata. lain-lain pertandingan ialah choral speaking tarian soran bushi. seronok tengok mereka menari :D dan banyak lagi lah aktiviti seperti kelas buat okonomiyaki, kelas pakai yukata/kimono,dan lain-lain.team majalah gempakstarz pun ada tapi has sensei tak kenal mereka sebab has sensei geng majalah ujang hihi.
walaupun bahasa jepun saya dah tunggang langgang, tapi seronok sangat sebab dapat pengalaman jadi volunteer macam ni. terima kasih has sensei sebab ajak kami, next time boleh join lagi :)

ini team potato salad suami

walaupun panas terik dan muka sunburn tapi sangat gembiraa

adik basha pun ada

 tarian soran bushi

koinobori hasil tangan mereka

reunion jad 3 batch dan sensei kesayangan kami :)

Saturday, June 15, 2013

andai dapat kucapai bintang di langit pasti kuhadiahkan pada mama :)

ini update pertama guna laptop baru!
eh bukan nak menunjuk tapi teruja sangat :D
dah lama nak laptop saiz comel tapi processor power, ringan, pinky2 :D
mudah dibawa ke sekolah, tak perlu pikul beg berat lagi :D

sebenarnya nak cerita kisah mama
beberapa minggu lepas saya tak berapa sihat
dah makan ubat dan takut sebenarnya nak bergantung sepenuhnya pada ubat
makanya saya hanya bertahan
telefon ma, cakap pada ma;
"bila tak berapa sihat ni, mama doakan bila ye supaya cepat sembuh"
jawab ma;
"ye mama sentiasa doakan anak-anak mama, minum air banyak jangan banyak jalan tengah panas..."
beberapa hari kemudian alhamdulillah saya dah sihat.berkat doa ma :)

minggu lepas pula saya ada masalah dengan research
biasalah masalah kecil-kecil pun tapi bila kena fikir guna otak, pening juga dibuatnya.
dah kebuntuan idea memikirkan research
lalu saya telefon ma, cakap pada ma;
"ma, research tak berapa nak ada progress ni, ma doakan ye biar idea banyak datang"
jawab ma;
"ye mama doakan biar Allah permudah jalan, mama doa saja pun tak jadi kalau bila tak usaha. 
rajin-rajin pergi lab ye"
dalam hati, eh mama ni macam tau-tau je saya cuti lama kat rumah tak pergi lab hehe
alhamdulillah, minggu ni saya dapat lihat progress nya, alhamdulillah hampir siap tulis satu paper :)
berkat doa mama :) 

percayalah, doa ibu antara doa mustajab yang dimakbulkan Allah..

moga Allah bagi peluang kepada saya untuk balas jasa mama dan abah banyak-banyak nanti
sesungguhnya mereka dah banyak berkorban untuk saya dan adik-beradik
even dah kahwin pun tapi kadang-kadang masih susahkan mereka :'(
alhamdulillah, bila dapat duit elaun, saya hulurkan sedikit pada mereka
seringkali pemberian saya ditolak, saya tahu walau sejuta ringgit saya hulurkan pada mereka,
belum tentu dapat balas jasa dan pengorbanan mereka selama ini.
kata ma, beliau hanya nak saya doakan mereka setiap hari, dan jangan lupakan mereka :')
memang saya tak akan lupakan mereka, saya tak mahu mereka rasa 'kehilangan' saya terutamanya sekarang, selepas berumah tangga. moga Allah permudahkan jalan dan murahkan rezeki saya, 
untuk balas jasa mereka selepas ini :) 
moga saya dapat posting di terengganu nanti :) 
rabbi yassir wala tu'assir..

dan video ini, seribu kali tengok pun, air mata pasti mengalir :')


Thursday, June 6, 2013

bed time story

oleh sebab pada waktu siang saya ketiduran, maka pada malam tu saya tak boleh tidur.
saya mohon pada suami supaya bercerita aka bed time story.
suami memulakan cerita..


pada suatu hari ada seorang budak. budak tersebut suka makan coklat. beliau ingin tahu cara-cara membuat coklat. lantas pergi berjumpa seorang pakcik yang rabun sebelah matanya. pakcik tersebut bawa beliau masuk ke dalam kilang  yang besaaaaaaaaaar untuk tunjukkan cara-cara membuat coklat. budak tersebut meneruskan pengembaraan dalam kilang itu untuk melihat sendiri cara membuat coklat. pengembaraan bermula bila budak tersebut terjumpa seekor raksasa berenang di tasik lemon yang kering. raksasa mohon bantuan budak tersebut untuk tambah lemon supaya tasik tak kering..


tertidur.

bangun pagi esok, buka game dalam iphone, baru sedar rupanya semalam suami cerita pasal candy crush!

ok demam candy crush -,-"

Wednesday, May 22, 2013

semua akan baik-baik


Hati pernah rasa tak senang,
Hati pernah rasa sakit,
Hati pernah rasa kecewa,

Sabarlah. Jangan jauhi dia. Jangan benci dia. Jangan tolak dia.




Sebab tak mustahil satu hari nanti dia mungkin jadi perantara 
untuk kita dapatkan pertolongan dari Allah.

fikir yang baik-baik,
cakap yang baik-baik,
minta yang baik-baik,
sangka yang baik-baik,
insyaAllah yang datang nanti semua yang baik-baik :)

Thursday, May 16, 2013

suprise!

post ini menceritakan tentang suprise.
ada orang sukakan suprise, ada yang tak suka.
kalau tanya saya, memang saya tak suka. sebab rasa terkejut mak nak gitu. 
berikut merupakan suprise-suprise yang berlaku pada saya mahupun orang sekeliling:

1. suprise pertama dalam ingatan saya ialah kepada seorang sahabat, jibah pada 10 tahun lepas.
jibah kawan baik saya sejak tingkatan 1. bila kami naik ke tingkatan 2, saya dilantik jadi pengawas.
dan lama kelamaan saya dapat rasakan saya dah tak banyak bersama jibah. sebab saya dah tak boleh lepak-lepak di dorm beliau lepas light off. semasa di tingkatan 3, pada hari lahir jibah, saya langsung tak ucap selamat hari lahir pada beliau. saya suprisekan beliau pada malam itu, lepas light off, saya pergi ke dorm beliau dan bawa kek coklat. (ya, saya langgar peraturan sebab berkeliaran lepas light off). dan beliau memang menangis teresak-esak sebab ingatkan saya dah lupa hari lahir beliau :D bersalah tengok jibah nangis tapi jibah gembira lepas tu.

2. semasa di unisel, suprise berlaku beberapa kali pada hari lahir saya, oleh kanak-kanak ribena hair,sikin,nis,ji. tapi selalu juga buat tak malu minta kek dan hadiah daripada mereka. dan kami tetap buat suprise pada hari lahir hair walaupun pada masa tu beliau demam denggi. 

3. ini suprise yang paling tak akan saya lupa. di jepun, pernah sekali kami keluar bersama ke ikebukuro. kebetulan pada masa tu hari lahir hanis dengan sikin dekat-dekat. jadi kami rancang nak suprisekan kedua-dua mereka. dan kalau boleh kali ni memang nak buat suprise yang boleh kami ingat sampai bila-bila lah memandangkan lepas tu saya bfg. kami ni kalau berjumpa, memang mulut tak boleh duduk diam. masa tu bila jumpa mereka, mereka gurau-gurau dengan saya. tiba-tiba datang idea macamana nak suprisekan mereka. saya cakap dekat mereka, kalau mereka gurau macam tu lagi, dah tak nak kawan (macam budak tadika kan haha). mereka stop kejap tapi lepas tu gurau lagi macam tu. masa tu saya terus buat muka marah dan tarik tangan sohair dan terus lari di celah-celah puluhan manusia di situ. saya dengar mereka jerit panggil nama saya, sambil-sambil lari tu saya dah gelak besar dah. sebenarnya saya dengan hair pergi belikan kek untuk mereka. manakala ji pula bawa hanis dengan sikin pergi makan di restoran thai mama. lepas beli kek, saya mesej hanis, saya cakap saya sedih bila mereka gurau macam tu. saya tak ada mood dan nak balik rumah terus. lepas tu hanis telefon saya dan beliau NANGIS ye. masa tu perut saya sangat sakit sebab tengah tahan nak ketawa. lepas beli kek, saya dan hair gerak ke restoran thai mama. dan suprisekan mereka. memang kaw-kaw kena marah dengan sikin dan hanis tapi gembiranya masa tu kami makan makanan thai yang sedap dan kek baskin robin.

4. suprise bersama kanak-kanak shibaura. pada hari lahir afiqah, kami sambut hari lahir beliau dengan megi sup beef dari china. dan hadiahkan patung penguin. penpen namanya. pada hari lahir syafikah, kami tak sempat buat suprise. sebab syafikah terlebih dahulu suprisekan kami dengan melarikan diri sebab kami lambat sambut hari lahir beliau.

5. suprise pertama untuk suami. tahun ini beberapa hari sebelum hari lahir suami, saya belikan hadiah jam tangan. mulanya nak buat suprise. tapi pada malam tu, suami cakap, beliau nak hadiah jam. haaa dalam hati dah agak dah mesti beliau selongkar beg saya dan jumpa hadiah jam tersebut -,-"makanya terfikir nak buat suprise lain. pada hari lahir beliau, saya tak ucapkan selamat hari lahir.  tengahari tersebut saya belikan 3 ketul cupcake sebab saya tahu kalau beli banyak memang tak akan habis. dan saya tempah restoran, tiada pakej untuk 2 orang makan. jadi saya ajak cerah dengan kalis datang makan sekali. suami balik kerja, saya cakap saya nak masak malam tu tapi sebelum tu saya cakap nak pergi beli barang kahwin kakak. saya tengok muka kelaparan suami. tiba di sacc, saya tarik tangan beliau masuk restoran dan rasa nak tergelak tengok muka beliau yang terkejut pada masa tu :D

6. suprise yang paling besar dalam hidup saya ialah bila mama suruh saya kahwin pada bulan 5 tahun lepas. sangat mengejutkan sebab beliau nak buat kenduri pada bulan 8. memang kekalutan dalam tempoh 3 bulan tu, tapi alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan dan semuanya indah :)


kadang-kadang takut juga nak buat suprise, takut orang terkejut sangat sampai marah. tapi yang pastinya, seronok suprisekan orang walaupun saya tak berapa suka disuprisekan :)

Tuesday, May 14, 2013

jom balik mengundi~

ini cerita pilihan raya.
bukan cerita siapa menang siapa kalah tapi cerita pengalaman kali pertama menjadi pengundi.

kami beli tiket flight pulang ke kelantan dah lama, sebelum tarikh mengundi diumumkan lagi. sebab plan nya nak menghadiri majlis kahwin sahabat, tina dan pet. oleh sebab dah lama beli, saya cuai :( saya tak check betul-betul tarikh dan masa flight berlepas. macam yakin je flight kami pada waktu malam, sedangkan flight kami adalah pada pagi tersebut :( oleh sebab nak balik juga, maka kami usaha cari tiket flight lain. tapi semua dah habis. maka kami pun pasrah. maka suami ajak balik dengan kereta. oleh sebab tersangat mahu pulang ke kelantan, saya setuju saja.

perjalanan kami berjalan lancar pada mulanya tapi bila sampai di gombak, kereta mula bergerak perlahan. saaaaampai lah di gua musang, kereta masih bergerak perlahan. bayang kan, sepanjang perjalanan dari gombak ke gua musang, kereta bergerak tersangat perlahan. padahal di sepanjang perjalanan kami, tak ada sebarang eksiden atau apa-apa yang berlaku pun, tapi sebab kereta terlampau banyak, trafik jadi perlahan kot. tapi bila memasuki gua musang, dah mula rasa meriah. meriah macam nak raya. kereta gerak lambat pun tak apalah. di sepanjang jalan ada bendera berkibaran, dan ramai orang di tepi jalan yang berkempen. ada yang bagi belon, air mineral, risalah dan bendera. saya intai juga kalau-kalau ada orang nak bagi pizza ke -,-" saya akui kami lambat sampai sebab kami lagha melihat orang berkempen sepanjang jalan, dan bila nampak benda pelik je kat tepi jalan, saya suruh suami perlahankan kereta sebab nak ambil gambar. hehe. seronok, meriah. bila kereta yang sokong parti yang sama berselisih di tengah jalan, mereka akan angkat lampu tinggi atau bunyikan hon. serius meriah macam ada perayaan gitu. akibat kelaghaan kami, kami tiba di rumah pada pukul 5. maka tak sempat lah nak pergi majlis kahwin tina lalu kami rancang nak pergi pada esok hari.

keesokannya, pagi-pagi lagi kami dah keluar mengundi. saya mengundi di pasir tumboh. orang sangat ramai beratur untuk ambil nombor siri. dan seterusnya di saluran masing-masing untuk mengundi. saya dan kakak di saluran 4, mama dan abah di saluran 2. selepas nama dipanggil, jari telunjuk kiri di cat dakwat biru, dan saya diberi 2 keping kertas mengundi. terkejut juga kenapa dapat dua, rupa-rupanya kena undi untuk dun dan parlimen. saya sempat lihat seorang makcik yang dah berusia, mendukung anak nya yang kurang upaya untuk mengundi, anak nya boleh dikatakan sebesar saya. tabahnya ibu itu.. bila semua selesai, kami bergerak ke majlis kahwin tina. dan lepas kenyang makan nasi minyak, saya pulang ke rumah sebelah suami sebab nak teman beliau mengundi pula.



 
pemandangan macam ni hanya ada di kelantan. saya terlampau seronok sebab kat selangor tak meriah macam ni. hehe. sepanjang jalan bendera berkibaran, banyak kereta kebal yang dihias, jet pejuang, helikopter, robot transformers pun adaaa tapi saya tak sempat nak ambil gambar. T.T alhamdulillah, akhirnya, kami dapat pulang juga untuk mengundi walaupun banyak halangan terpaksa ditempuh. ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. dan saya sangat bersyukur dapat seorang suami yang sangat amat ter ber penyabar, tak marah langsung walaupun saya cuai tak check tiket flight..




dan untuk tina dan pet, selamat pengantin baru. gembira sangat tina dah kahwin. tina kawan baik saya, sejak di KRM lagi kami sebilik. banyak cerita kami kongsi bersama. walaupun lepas ni dah tak boleh shopping sama-sama, tapi kalau balik sini nanti ada masa kita pergi makan sama-sama lagi ya tin :)

Friday, May 3, 2013

update sebelum pulang mengundi

Bersawang berhabuk blog ini!
Hampir sebulan tak mengupdate.
Sebenarnya ada je masa nak mengupdate, tapi gara-gara research tiada progress, 
buat hati tak keruan, maka tak dapat nak mengupdate.
Hari ni sempat mengupdate sebab ada sedikit kelapangan.
Tapi oleh sebab dah lama tak mengupdate, dah rasa kekok sikit nak menaip panjang. -,-

Nak bercerita pasal demam denggi.
Bulan lepas saya dijangkiti demam denggi.
pada mulanya suami yang demam.
3 hari selepas suami demam,saya pula demam.
maka petang tu kami ke hospital untuk dapatkan ubat demam saya.
Dan oleh sebab dah masuk hari ketiga suami demam,
doktor suruh check darah di hospital.
alang-alang saya pergi hospital,doktor suruh saya check darah juga.
bila dicheck,doktor suspek saya denggi.katanya platlet saya kurang dari 140.
tapi saya tak percaya. pada firasat saya yang tak pernah berkecimpung
 dalam dunia medik ni, saya memang menafikan kata-kata doktor tu 
dan sangat yakin platlet saya rendah sebab saya baru demam hari pertama. 
sesuka hati je kan buat teori sendiri. -,-
tapi suami saya pula hanya demam virus biasa.doktor cakap platlet beliau sihat.
dan doktor suruh saya datang lagi pada keesokan hari,untuk check darah lagi.

keesokan harinya,bila dicheck,platlet dalam badan saya makin turun.
dan saya memang disahkan kena denggi.
dan doktor pesan saya kena minum air banyakkkkkkkk.
denggi tiada ubat ya.dan kena datang check darah lagi sampai platlet naik semula.
Bila tanya petua dari kawan dan saudara mara yang berpengalaman dijangkiti denggi, 
ada yang suruh saya makan sup ketam,
ada yang suruh minum 100 plus,ada yang suruh minum jus betik muda betina.
haaa jus betik muda betina tu 
memang saya tak tahu nak cari kat mana. 
Tapi,saya memang beli lebih sedozen air 100plus botol besar tu,
sehari 2 botol saya cuba habiskan.dan saya buat sup ketam juga.

Hari keempat, saya pergi check darah, 
alangkah gembiranya sebab platlet dah naik mendadak tapi 
doktor cakap sel darah putih saya pula yang makin turun..
(kata doktor, platlet dan darah putih haruslah tinggi kedua-duanya)
maka saya disuruh datang lagi keesokan harinya.
hari kelima, kebetulan mama dengan abah datang.
saya gembira tak terkata sebab mama tolong jagakan, 
dan bawakan saya sup ketam nipah.
memang sedap lah,berbanding dengan sup ketam yang saya buat sendiri.hehe.
Hari keenam,demam datang kembali.bila pergi hospital,
doktor cakap platlet saya memang jatuh merudum. 
tapi sel darah putih pula dah naik mendadak,kesan daripada saya makan sup ketam.
sepatutnya saya ditahan dalam wad,
tapi doktor bagi peluang suruh saya minum air banyak-banyak.
bila saya cakap saya dah minum banyakkkkkk sangat,doktor suruh
saya minum laaaaaaagi banyak.doktor cakap tak kisah lah saya minum 
air apa pun asalkan saya minum sebanyak-banyaknya.
tapi saya memang dah tak larat nak minum 100 plus.
tekak dah tak boleh terima 100 plus.dan walaupun saya dah minum 
air 100 plus berbotol-botol,tapi platlet saya masih tak meningkat.
adakah 100 plus tak berkesan untuk saya? -,-
jadi saya minum air masak dan jus buah pula.dan hari seterusnya,
platlet semakin meningkat.alhamdulillah saya beransur sembuh.  
kedua-dua bahagian siku saya memang dah lebam-lebam 
sebab setiap hari kena ambil darah. 
dan peringatan, jangan hanya minum air 100 plus,  
minumlah bermacam-macam jenis air. terutamanya air yang dimasak. 
dan kena minum dalam kuantiti yang banyaaaakkk. 

sepanjang saya demam, memang saya langsung tak sentuh nasi sebab kekenyangan minum air. bila diingat balik,rasa sedih sangat-sangat sebab banyak susahkan mama abah, dan juga suami. suami ambil cuti sebab risaukan saya. dan biasalah orang sakit, banyak kerenah. nak makan itu lah, nak minum ini lah. seminggu tak datang lab,research tak ada progress. tapi terbaca status ustaz kazim di facebook, katanya,


" Bila kita sebut tentang Kifarah,kifarah maknanya apa kita buat ada balasannya.
Kita buat baik walaupun sebesar zarah,jahat pun ditunjuk baik pun ditunjuk.
Kadang-kadang Allah simpan apa yang kita buat di hari kiamat baru nampak,
ade yang di dalam kubur baru dibalasnya tetapi kadang-kadang 
Kifarah Allah tunjuk di atas dunia dan kita kena ingat
 Kifarah yang kita dapat untuk menghapuskan dosa.
Tangan kita kebas,sakit cuba ingat tangan ini pernah buat apa?
mungkin tangan ini pernah pegang tangan anak dara orang,
mungkin tangan ini pernah tampar anak kita,
mungkin tangan ini pernah jentik kucing 
Allah turunkan Kifarah untuk menghapuskan dosa kita tangan kita sekarang 
tak berapa cantik,tak berapa sedap nak genggam tangan tak berapa elok.
sabarlah....itulah satu bentuk Allah nak hapuskan dosa kita,
Itulah kifarah atas perbuatan kita "

Jadi bila difikirkan kembali, walaupun research tak ada progress, tapi Allah bagi nikmat sakit tu sebagai kifarah untuk hapuskan dosa. Allahuakbar.

Sekian daripada saya, malam ni nak balik kelantan untuk mengundi. ini kali pertama saya mengundi. nanti saya update pasal mengundi pula ye. teruja nak tengok kereta kebal dan gajah di kelantan :D siapa pun yang menang, moga kerajaan yang bakal mentadbir Malaysia nanti adalah kerajaan yang bukan saja mengutamakan pembangunan dan kebajikan rakyat, tetapi juga yang dapat menaikkan martabat islam, bersih rasuah, mementingkan keadilan, bebas dari penganiayaan, fitnah dan lain-lain lagi. ini kalilah! eh?

Friday, March 8, 2013

sebulan sekedai sesushi

kami telah membuat peraturan pemakanan kami di mana pada setiap bulan, haruslah pergi makan sushi atau washoku (makanan jepun) untuk mengekalkan rasa kejepunan yang dah lapuk dek panas dah lekang dek hujan sejak kami pulang ke malaysia.


pelbagai aburi sushi

salmon sushi dan lupa-nama-apa sushi

summer roll--->serius sangat sedap!!!!!!!
nasi digulung dengan salmon, diletak mayonis, salad dan crab goreng!

sakura ebi okonomiyaki

pelbagai jenis salmon sushi.sushi sebelah kanan bawah paling sedap, ada peach!

soft shell crab inari zushi

kani mayo sushi dan kani corn sushi



agedashi tofu tapi tak boleh lawan tofu di shibaura!

kaki fry

sashimi

ikura chawamushi

suami suka tempura maki

bagi penggemar salmon seperti saya, saya cadangkan cuba makan di sushi zanmai. salmon di sana teramat sedap!dan sepinggan sushi salmon berharga rm1.80. murah berbanding sushi jenis lain. gambar-gambar di atas bukan makan pada hari yang sama ye. bankrap la encik suami kalau sekali pergi kami makan sebanyak ini ^_^" kendatipun sushi sangat sedap, tapi tak boleh selalu makan kerana harganya bisa menggugat jiwa. sebab itulah kami buat peraturan hanya boleh pergi makan sekali dalam sebulan.

tapi sushi zanmai sentiasa dipenuhi ramai orang terutamanya pada hujung minggu. tapi sebab nak makan sushi punya pasal, kami sanggup meredah onak duri dan hutan belantara :D . teringat kenangan makan sushi di kurazushi, omiya dulu :') ini kali terakhir kami makan sushi bersama sebelum saya berangkat pulang ke malaysia pada keesokan harinya :) really miss them :)



Thursday, February 28, 2013

lawak johara

setiap pagi suami akan hantar saya ke uitm.
suami mula kerja pada jam 8 pagi jadi kami keluar dari rumah seawal jam 7 pagi.
perjalanan dari rumah sekarang ke uitm tidaklah jauh.
tapi kami masih sempat dengar lawak johara di era fm setiap pagi.
dan kami memang akan ketawa tak henti bila dengar lawak johara. terutamanya saya.
semalam saya tanya pada suami, lawak johara sangat melucukan kan?
tapi suami jawab tidak. tapi yang sangat menghairankan saya, setiap kali kami dengar lawak johara, kami akan ketawa sama-sama.
rupa-rupanya suami ketawa sebab saya ketawa. 
katanya ketawa saya lagi melucukan berbanding lawak johara. ok fine. 
lepas ni saya akan cuba tak ketawa. :D
tapi jauh di sudut hati, macam ada rasa gembira gitu sebab berjaya buat orang ketawa :D
terima kasih johara sebab buat saya ketawa setiap pagi :D