bukan cerita siapa menang siapa kalah tapi cerita pengalaman kali pertama menjadi pengundi.
kami beli tiket flight pulang ke kelantan dah lama, sebelum tarikh mengundi diumumkan lagi. sebab plan nya nak menghadiri majlis kahwin sahabat, tina dan pet. oleh sebab dah lama beli, saya cuai :( saya tak check betul-betul tarikh dan masa flight berlepas. macam yakin je flight kami pada waktu malam, sedangkan flight kami adalah pada pagi tersebut :( oleh sebab nak balik juga, maka kami usaha cari tiket flight lain. tapi semua dah habis. maka kami pun pasrah. maka suami ajak balik dengan kereta. oleh sebab tersangat mahu pulang ke kelantan, saya setuju saja.
perjalanan kami berjalan lancar pada mulanya tapi bila sampai di gombak, kereta mula bergerak perlahan. saaaaampai lah di gua musang, kereta masih bergerak perlahan. bayang kan, sepanjang perjalanan dari gombak ke gua musang, kereta bergerak tersangat perlahan. padahal di sepanjang perjalanan kami, tak ada sebarang eksiden atau apa-apa yang berlaku pun, tapi sebab kereta terlampau banyak, trafik jadi perlahan kot. tapi bila memasuki gua musang, dah mula rasa meriah. meriah macam nak raya. kereta gerak lambat pun tak apalah. di sepanjang jalan ada bendera berkibaran, dan ramai orang di tepi jalan yang berkempen. ada yang bagi belon, air mineral, risalah dan bendera. saya intai juga kalau-kalau ada orang nak bagi pizza ke -,-" saya akui kami lambat sampai sebab kami lagha melihat orang berkempen sepanjang jalan, dan bila nampak benda pelik je kat tepi jalan, saya suruh suami perlahankan kereta sebab nak ambil gambar. hehe. seronok, meriah. bila kereta yang sokong parti yang sama berselisih di tengah jalan, mereka akan angkat lampu tinggi atau bunyikan hon. serius meriah macam ada perayaan gitu. akibat kelaghaan kami, kami tiba di rumah pada pukul 5. maka tak sempat lah nak pergi majlis kahwin tina lalu kami rancang nak pergi pada esok hari.
keesokannya, pagi-pagi lagi kami dah keluar mengundi. saya mengundi di pasir tumboh. orang sangat ramai beratur untuk ambil nombor siri. dan seterusnya di saluran masing-masing untuk mengundi. saya dan kakak di saluran 4, mama dan abah di saluran 2. selepas nama dipanggil, jari telunjuk kiri di cat dakwat biru, dan saya diberi 2 keping kertas mengundi. terkejut juga kenapa dapat dua, rupa-rupanya kena undi untuk dun dan parlimen. saya sempat lihat seorang makcik yang dah berusia, mendukung anak nya yang kurang upaya untuk mengundi, anak nya boleh dikatakan sebesar saya. tabahnya ibu itu.. bila semua selesai, kami bergerak ke majlis kahwin tina. dan lepas kenyang makan nasi minyak, saya pulang ke rumah sebelah suami sebab nak teman beliau mengundi pula.
2 comments:
hyeee cik adik manis..msk jugak gmbr saya dlm blog awak yeee!!jom kiter mengundi:))
Post a Comment