Bulan ni nur aisyah zafirah berusia 2 bulan.
Meh nak cerita macamana aisyah
zafirah diberi nama aisyah zafirah. Semasa di jepun, ada kenal dengan
sorang pelajar malaysia (sebaya rasanya) nama aisyah zaffirah masa pergi
program kat sana. Lepas tu terus suka nama dia. Dan tekad kalau dapat
anak gegerl nak letak nama aisyah zafirah. Haa macam tu je sebenarnya
cerita dia. :D tapi baru perasan bila diberitahu seorang kawan, suami
aisyah zafirah tu namanya syazwan. Baba aisyah zafirah saya pun namanya
syazwan juga :D Sebenarnya sebelum aisyah lahir, setiap kali kami pergi scan di klinik,
tak pernah nampak jantina baby. Masa mula-mula scan je nampak. Tapi
masa tu awal lagi. Jadi kami memang beli barang baby warna unisex. kebanyakannya warna putih la. Masa aisyah
lahir, lepas dengar aisyah nangis, saya terus tanya doktor, "laki ke
perempuan?" Doktor angkat baby letak atas dada dan bila tengok baby,
saya dan suami serentak sebut 'aisyah zafirah'. Doktor senyum je sebab
kitorang terus panggil nama dia :D
Sekarang aisyah dah banyak bebel sorang2 "aaaaaa" "eeeee" "ooooo" "eh eh"
bahasa yang hanya dia je faham :)
Dah
kurang menangis. Dah banyak tidur.. Oh dan sekarang suka tengok tv.
Bila baba dia tutup tv, dia "ok ek ok ek" minta bukakan tv -,-" Tapi ada
satu yang dirisaukan, aisyah dah kurang sikit minum susu. Dulu aisyah
pipi labuh, bila nak bersihkan kat kawasan leher susah sikit,sebab
terlindung dengan pipi labuhnya :D
Tapi sekarang pipi aisyah dah tak berapa labuh (tapi masih labuh)
sebab dah kurang minum susu.
Doktor kata mungkin perut kembung. Kena sapu minyak angin banyak sikit.
Dan
aisyah memang kebahagiaan dan keberuntungan kami. Moga aisyah sentiasa
dalam jagaan Allah bila mana saya berjauhan dengan dia, moga aisyah
sentiasa sihat.
Allahumma amin...
Orang kata, bila kita
berada dalam keadaan yang sangat terdesak iaitu hanya ada satu jalan
saja yang boleh kita pilih, secara automatiknya kita akan jadi kuat dan mampu atasi
ketakutan dalam diri sebab dah tak ada jalan lain. Sekarang saya berada
dalam keadaan yang terdesak, iaitu saya tak boleh tinggalkan aisyah di
rumah pengasuh lama-lama. Pergi uitm pukul 7 pagi, balik rumah pukul 7
malam. Walaupun pengasuh aisyah jiran sebelah rumah kami saja tapi saya
bayangkan jika saya berada di tempat pengasuh, saya masih ada tugas
sebagai seorang isteri dan ibu di rumah. 12 jam tempoh yang agak lama
untuk jaga anak orang. Jadi saya desak diri, kena juga belajar dan
memandu kereta. Sekurang-kurangnya biar saya boleh memandu dari rumah ke
uitm. Itu dah memadai.
Saya sangat amat takut memandu kereta. Saya
sangat takut bila di kawasan bulatan (roundabout). Dari rumah ke uitm,
ada 7 bulatan yang mesti dilalui. Maknanya dalam sehari, saya terpaksa
melalui 14 bulatan. Bukankah itu mengerikan? T.T Lintas jalan pun dah
cuak apatah lagi memandu kereta. Ini bukan untuk menunjuk-nunjuk ya;
adik dan kakak saya berjaya dapat lesen memandu lepas ujian lebih dari
sekali, tapi saya, walaupun lulus dengan hanya sekali ujian, tapi mereka
lebih cekap yakin tangkas bergaya memandu kereta berbanding saya. Saya sangat takut bila tengok banyak kereta bergerak atas
jalan raya. Dah beberapa kali suami adakan ujian memandu, tapi masih
belum lulus katanya. Kawan dah brainwash suami saya, katanya sampai bila
dia kena manjakan saya. Ya, sekarang saya kena belajar mendukari! -
memandu guna kaki sendiri :D
3 comments:
Gambatte bi!practice makes perfect:))
Ganbarimasu!!!
Post a Comment