iyo iyo udah tiba masa nya..tamboh tolak seminggu je lagi insyaAllah akan meninggalkan bumi Malaysia ni dan akan menyambung pengajian saya ke bumi sakura pula.fikiran saya sekarang sedang diselubungi dengan persoalan berkaitan segala cabaran dan dugaan yang bakal ditempuhi sepanjang berada disana nanti..harapan demi harapan saya sematkan dalam diri,semoga berjaya kutempuhi..ya Allah berikan lah kekuatan untuk aku menempuhi segala cabaran dan
rintangan sepanjang berada di sana nanti..
dan pagi tadi dikejutkan dengan berita kematian ibu kepada seorang teman yang sama2 akan melanjutkan pelajaran ke Jepun nanti,ya Allah tabahkan lah hati beliau..dan tempatkan lah roh ibu beliau dalam kalangan orang2 yang Engkau redhai..lalu terlintas dalam pikiran ni,camana nanti bile kat Jepun,andai aku diduga dengan dugaan seperti ini??kuatkah aku?nauzubillah..
harapan semoga pabila berada di sana,benkyou dake de ha naku,ingin juga diri ini melakukan penambahbaikan makanan rohani..dalam mencari-cari apakah yang terbaik untuk diri saya,dan mencari-cari solusi untuk menjadikan teman itu soleh,saya perlu terlebih dahulu menjadi solehah!
teringin menjadi seperti seorang teman yang agak dikenali,Farid Wajdi,yang dah banyak berubah..tatkala membaca post2 beliau di facebook,sayu terasa hati.hebatnya beliau berjaya menghadapi cabaran di sana..dan lebih terkesima hati ini bila membaca setiap post2 beliau di blog,http://ahmadfaridwajdi.wordpress.com/..teringat kepada seorang senpai yang telah pergi ke Jepun,apabila balik ke Malaysia,banyak perubahan yang dapat dilihat pada senpai tu terutama pada penguasaan ilmu agama beliau..benarlah kata seorang teman,"bila kita gi jepun nanti,samada kite jadi macam senpai ni,atau pon kita jadi berlawanan dengan senpai ni..ishk takut nya nauzubillah.." teringat juga kata2 seorang teman yang akan menyambung pelajaran ke Okayama,bahawa tekad beliau yang ingin membawa perubahan baru ke Okayama nanti dengan mengajak teman2 yang lain untuk sama2 mencari redha Ilahi di samping bersengkang mata belajar di sana..
teringat juga kata2 teman yang lain,di mana harapan beliau sepanjang berada di Jepun nanti,beliau ingin menghafaz ayat2 al-Quran sebanyak mungkin..
emm..semua nya terletak pada diri ini sendiri..sama ada ingin menabur
harapan seperti rakan2 ini atau menabur harapan yang sebaliknya..
sejujurnya.......saya ini ialah seorang yang amat mudah dipengaruhi:bila orang ajak ke usrah,saya dengan senang hati pergi..apabila orang ajak saya meninggalkan usrah,saya juga dgn rela hati turut sama..sedangkan diri ini tahu jalan itu begitu mengesankan,menenangkan..
kata2 seorang teman muzakarah yang cukup mengesan kan:"alangkah rugi nya apabila Islam menang nanti,kita bukan dalam kalangan salah seorang yang memenangkan Islam itu"
ya Allah tetapkan hatiku..
"Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini"