Saturday, June 16, 2012

alahai makcik...

alhamdulillah saya lulus ujian memandu jpj pada hari rabu lepas.
agak keterlambatan tapi alhamdulillah gembira sebab dah dapat lesen dengan sekali test saja.
lepas ni dah tak payah pening pk pasal lesen lagi.
masa tunggu giliran nak test, saya sempat berborak dengan sorang makcik.
berikut ialah perbualan antara saya dengan makcik:

makcik: kamu kerja mana?
saya: kat toshiba makcik
makcik: ooo toshiba. letih ya kerja kilang. kamu datang masa interbiu terbuka toshiba hari tu ya?
saya: ohh tak tak saya interviu masa lepas grad hari tu..
makcik: bagus la. makcik tengok budak-budak grad obersea tu, balik sini mintak kerja kilang. lepas tu masa interbiu diam seribu bahasa. sebabnya tak boleh cakap english. bukan makcik reka-reka cerita ni, ni dari pemerhatian makcik ni. tu yang susah tu nak dapat kerja. belajar jauh-jauh,balik sini sia-sia.
saya: oo................................

diam beberapa saat.

makcik: kamu dulu belajar uitm ye?
saya: eh tak la..
makcik: habis tu?kamu belajar kolej ye?
saya: er.....saya baru grad dari jepun makcik..
makcik: laaaaaaaaaaaaaaaa jauhnya jepun.................

lalu senyuman meleret saya lemparkan khas untuk makcik tersebut.....



3 comments:

nss said...

haha.makcik medu kecek ngn nabila medu, jadilah perbualan medu.seronok bacapost ni.lain kali post lagi pasal life bil>.<

Anonymous said...

SALAM... nape x cari experience keje kat sana je... (jepun)..

desir2sakura said...

sapikah:hihi bil suke bc post kah jgk,sokmo kah wi motivasi pd diri sdiri ^^

anon:wsalam..sb sy mmg nak balik msia duduk kat sini :))