Friday, September 28, 2012

berkahwin,mengahwini,dikahwini

Macam biasa tak tahu nak letak tajuk post apa.
Ini post selepas bergelar sudah tidak bujang lagi.
Terima kasih ya Allah.Alhamdulillah ya Allah.
besar nya nikmat yang Kau anugerahkan.Indahnya nikmat yang Kau hadiahkan.
Terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan jalan.
Tak pernah merasa ketenangan sebegini.
Terima kasih ya Allah.

Terima kasih mama dan abah tercinta.
Terima kasih keluarga tercinta.
Terima kasih mama yang memahami,yang paling banyak berkorban demi membahagiakan saya.
Terima kasih abah yang menyayangi,tak pernah tunjukkan keletihan di depan kami anak2
walaupun kami tahu abah tersangat penat.
Jasa abah dan mama akan dibalas, kerap kali abah mama tolak duit yang saya hulur,dan mungkin duit tu semua tak mencukupi,tapi saya berjanji iringan doa buat kalian takkan kering dan berhenti dari bibir ni.
Terima kasih alom yang saya kasihi,
Syukurnya Allah kurniakan saya kakak yang memahami dan tak pernah berhenti beri nasihat.
Alom tak pernah abaikan saya,hingga pada saat akhir perkahwinan saya, alom suapkan air dan kuih
 untuk saya sebelum majlis berlangsung, sebab risaukan saya.
Ketahuilah saya sayang sangat alom lebih dari diri saya sendiri.
Terima kasih adik-adik tersayang,nabil dan najwa yang selalu jadi penghibur hati.
Terima kasih saudara-mara yang jauh,yang dekat yang tak pernah merungut tak pernah mengungkit saat saya perlukan bantuan.terima kasih untuk tangan yang kalian hulurkan.
Jasa kalian tak mampu saya balas, tapi saya mendoakan kesejahteraan buat kalian,
semoga kalian sentiasa berada dalam rahmatNya.


Terima kasih sahabat,
Terima kasih teman seperjuangan di Sk Kamil 2, sms tengku muhd faris petra,teman JAD,dan teman yang lain kerana masih mengingati walaupun dah lama tak berhubung.terharunya saat melihat kalian sudi datang ke majlis kami walaupun terpaksa menyusahkan diri datang jauh dari tempat kalian ke kelantan.saya hargai setiap hadiah yang kalian beri.ada teman yang tak boleh datang tapi sempat kirimkan hadiah,terima kasih. terima kasih untuk semua doa yang kalian titipkan untuk kami,terima kasih untuk ucapan di facebook, twitter, kiriman sms dan telefon. maaf andai ada yang tak terbalas, mungkin saya terlepas pandang. terharunya bila baca post beberapa orang sahabat tentang saya, terima kasih semua. terima kasih untuk sahabat sejati nurul ain sebab banyak membantu hingga saat akhir perkahwinan saya..terima kasih ain sbb tak pernah lupakan saya, Allah saja lah yang dapat balas jasa ain. moga Allah permudahkan pula jalan in :) terima kasih untuk sahabat setia wan zuliyana, dia lah orang penting dalam hidup saya. sebab dialah yang banyak tolong saya dan sudi mendengar saat saya sedih. saya akan sentiasa cuba ada untuk dia sampai bila-bila walaupun komitmen saya bertambah sekarang ;) saya tak dapat sebutkan satu-satu nama sahabat di sini,tapi saya hargai anda semua.Maaf andai ada yang terkurang pada majlis kami, saya manusia biasa, saya cuba buat kalian gembira,tapi saya cuma hamba yang tak sempurna dan tak punya apa-apa..



Terima kasih sayang,
Alhamdulillah akhirnya jodoh saya ialah dengan orang yang saya cinta.
Alhamdulillah akhirnya jodoh saya dengan orang yang saya kenal 7 tahun dulu.
Syukurnya suami saya ini ialah orang yang tak pernah tinggalkan saya walaupun saya banyak kekurangan.
Alhamdulillah Allah panjangkan jodoh kami. Dulu saya segan nak bercerita tentang dia, walaupun dia minta banyak kali. katanya saya asyik bercerita tentang orang lain tapi tak pernah bercerita tentang dia.
kisah kami panjang,ada pahit ada manis. mungkin boleh buat novel kuikui.
saya tak pernah minta jodoh saya mestilah kacak, berharta,romantik dan seumpamanya. cukuplah dia itu memahami saya dan boleh terima kelemahan saya.
Bila semangat makin luntur,dia sentiasa ada di sisi tak pernah meninggalkan.
Bila saya langsung tak tahu nak selesaikan masalah research,
dia sanggup fahamkan sendiri walaupun itu bukan bidang dia.
Bila saya menangis sebab tak jumpa penyelesaian,
dia sanggup tinggalkan game-game dan anime dan komik online kegemaran dia tu dan cuba selesaikan.
Bila saya ada masalah, muncullah poskad2 penaik semangat dari dia.
Sepanjang 7 tahun kenal dia, tak pernah sekalipun dia tinggikan suara pada saya.
Bila dia marah, marah tu tak lama, tak pernah lebih dari 2 minit.
Dulu waktu kecil abah selalu bacakan doa untuk saya sebelum tidur.
Alhamdulillah orang yang tak pernah lupa bacakan saya doa sebelum tidur setiap malam
sejak 4 tahun lalu kini jadi suami saya.

 


Saya mahu jadi anak solehah untuk mama dan abah yang akan sentiasa doakan kebaikan untuk mereka.
Saya mahu jadi isteri solehah penyejuk mata untuk suami saya.
ini bukan pengakhiran kisah kami tapi ini permulaan kami untuk laksanakan tanggungjawab.
Moga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke syurga.
Moga Allah kurniakan kami anak-anak soleh/solehah penceria keluarga.



dan ini khas untuk hasparina sensei tersayang! :)







6 comments:

liyana said...

Selamat pengantin baru Kak Billa:) Semoga bahagia dan berkekalansampai ke anak cucu.

saiyidatul said...

saya membaca post ini selepas baru selesai menelefon kak bila..
dapat bercakap dengan kak bila dan suaminya...hehe
sungguh terharu...
teringat masa dulu2..hingga sekarang mereka dah berkahwin..
semoga ALLAH kekalkan cinta hingga ke syurga:)Amin..

Has said...

Nabila chan, cantiknye!!! Mmg pertama kali dgr bila cerita pasal syazwan hehe. Selamanya segan nak bertanya sebab rasa bila mesti malu nak cerita kan. So saya pun tau tapi buat buat tak tau. Hehe. Semoga berbahagia. Nanti ajak we dtg ke rumah saya ye! :)

Unknown said...

aamiiin kak bila:)

hakifays said...

comel nye♡
citer sonnet18 xde kt sini e.ehe :D

Nur Nabila said...

liyana:tq adik atas doa,aminn ;)

dat:teringat kenangan2 bersama dat.manisss belaka ;)

hasparina sensei:tq sensei,ada masa nanti insyaAllah nk jumpa sensei.kita lunch sama2 nak?saya sambung master kat uitm sekarang.

ainin:tq ainin,aminnn ;)

sushi:berehi sgt dio sushi smpai nm pun jd sushi dah dih.hihi bbil x jupo cr kt mn bil simpan kertas sonnet18 tu >.<