Friday, October 12, 2012

weekend = happy ^^

minggu lepas dapat emel dari wada sensei,
katanya mahu jumpa saya dan suami.
mulanya saya agak segan mahu jumpa sensei,
ya lah nihonggo (bahasa jepun) saya sekarang
ibarat tumbuk kacang guna lesung batu,dah hancur lebur.
tapi pada masa yang sama perasaan nak jumpa sensei memang sangat kuat; 
sensei yang dah banyak curahkan ilmu dan berjasa pada saya.
saya ingat lagi wada sensei suka komen saya tulis terbalik.
lepas tu wada sensei akan pastikan grup eksperimen saya ialah grup terakhir yang pulang setiap kali ada eksperimen >.<

sepanjang pertemuan kami,sensei memang banyak bercerita.
saya rasa seronok sebab dah lama tak berkomunikasi guna bahasa jepun.
walaupun bahasa jepun saya dah jadi kacang hancur lumat,
tapi saya masih boleh faham apa yang sensei cakap tau :D
dan saya sangat terharu sensei belanja kami makanan jepun.
salad salmon,sotong bakar,set sashimi,tempura,sushi,okonomiya pun ada.
harga tak payah cakaplah kan >.<

inilah dia hidangan enak kami itu:

mula-mula buka majlis dengan salad

okonomiyaki ni sangat enak,tiada langsung unsur kemalaysiaan

set sashimi ni paling enak

dan dan dan ikura sushi tu memang tersangat enak!!!!tapi zannen,ada seketul je >.<

berjalan pulang lepas perut penuh diisi

mata aimashoune sensei.

tettet.cerita weekend kali ni akan diupdate minggu depan pula :)



Friday, October 5, 2012

Kisah Jemah

Kisah ni berlaku di bulan ramadhan.
Jemah (bukan nama sebenar) pergi shopping barang untuk hari raya kat tempat yang sangat terkenal dengan barangan murah ditambah pula banyak pilihan yang mampu buatkan kita rambang mata iaitu jalan TAR.
Lepas solat subuh Jemah terus mandi dan bersiap-siap sebab semangat berkobar-kobar gitu nak beli barang untuk persiapan menjelang hari raya. Jemah dah siap buat checklist, sekarang dah tak main la buat checklist tulis atas kertas kan. Teknologi dah maju ke depan, Jemah taip je dalam apps note kat dalam iphone tu uoll. Di pendekkan cerita, Jemah nak pergi ke Jalan TAR tu menaiki keretapi tanah melayu (KTM), perjalanan ambil masa sejam setengah jugalah, lantaran KTM yang berhenti beberapa kali untuk ambil penumpang dan turunkan penumpang. KTM sekarang dah mantap uoll, gerabak dah bertambah, ada priority gerabak untuk wanita, kalau boring menunggu dalam KTM boleh tengok cerita Tom and Jerry, ada servis air fresh orange percuma untuk 10 orang pertama yang masuk paling awal ke dalam gerabak (ok yang last ni tipu je). Jemah tiba di Stesen Bank Negara dalam pukul 9 gitu, Sogo pun belum buka lagi jadi Jemah round-round je la kawasan yang berdekatan. Nak makan tak boleh sebab bulan puasa, apatah lagi nak minum air. Bila Sogo terbuka, Jemah pun berlumba-lumba lah masuk Sogo macam orang lain. Jemah agak gembira dan terharu sebab orang tak ramai sangat pada masa tu memandangkan masih awal pagi. 2 jam Jemah habiskan masa meronda dalam Sogo. Jemah melilau-lilau di bahagian kasut. Baru Jemah teringat sudah hampir 3 tahun Jemah tak beli kasut baru. 3 tahun beraya Jemah pakai kasut yang sama. Jemah tekad nak beli kasut baru. Bukan Jemah kedekut mahupun tak ada duit, tapi Jemah tak berkenan kasut-kasut zaman sekarang semuanya tinggi berinci-inci. Jemah tak biasa pakai kasut tinggi berinci-inci. 2,3,4,5 kali jugalah Jemah keliling tawaf bahagian kasut tapi tapi tak jumpa-jumpa kasut yang menepati citarasa. Jemah hampir nak putus asa, tapi tiba-tiba Jemah ternampak sepasang kasut kaler coklat yang memang menepati citarasa dia lah sebab kasut tu flat dan simple saja bentuknya. Jemah dah sangat-sangat gembira lah. Maka Jemah pun bergegas ke kaunter untuk membayar harga kasut tersebut.

Lalu Jemah pun meneruskan ekspidisi shopping hari raya nya ke Jalan TAR pula. Selari dengan teknologi yang dah semakin maju, design tudung pun dah semakin maju. Shawl 3,4 lapis, pashmina, bawal crown, 3,4,5 tone dan macam-macam lagi lah. Jemah tak lepaskan peluang menilik sehelai demi sehelai tudung yang berkenan di hati. Biasalah orang perempuan kan uoll, rambang mata Jemah bertambah-tambah sebab harga tudung yang murah belaka dan corak nya pun sangatlah menepati citarasa Jemah. Lalu Jemah tak melepaskan peluang borong 6 helai tudung yang berkenan di hati. Gembiranya Jemah tak terkira, Jemah nak bergegas pulang ke rumah untuk menggayakan tudung-tudung tersebut di depan cermin, dan yang pentingnya Jemah nak search kat youtube tutorial cara menggayakan tudung. Dah terbayang-bayang dalam imaginasi Jemah tutorial-tutorial penggayaan tudung yang disearch sebelum ni. Maka dengan girang hati Jemah bergerak pulang ke stesen KTM berdekatan. Tiba-tiba Jemah terperasan sesuatu. Beg plastik barang-barang yang dibelinya kurang satu. Beg plastik yang berisi kasut dibeli di Sogo tadi tiada. Jemah buka satu-satu beg plastik di tangan nya takut terlepas pandang. Tapi memang tak ada. Jemah dah rasa nak menangis dah. Jemah tak mampu nak ingat di mana dia ada tinggalkan beg plastik berisi kasut tersebut sebab hampir semua kedai di Jalan TAR tu Jemah masuk. Akhirnya Jemah putus asa. Nampaknya tahun ni Jemah beraya dengan kasut lama lagi lah. Jemah rasa sedih yang amat sangat, bukan sebab Jemah tak dapat pakai kasut baru bila raya nanti tapi sebab memikirkan kelalaian nya. Jemah beli kasut tu guna duit gaji nya yang pertama yang dah lama Jemah simpan tau. Jemah cuba sedapkan hati mugkin ada hikmah apa yang berlaku. Mungkin kasut tu tak sesuai dengan Jemah kan. Jemah berjalan pulang dengan rasa hampa. Kali ni Jemah langsung tak rasa gembira walaupun Jemah berjaya beli 6 helai tudung yang cantik-cantik. Dalam perjalanan pulang, Jemah intai-intai juga sekeliling kalau-kalau ternampak beg plastik tu walaupun dalam hati Jemah tahu tak mungkin berjumpa. Jemah mahu pulang cepat-cepat, bukan sebab nak search tutorial cara pakai tudung tapi dah tak sunggup nak berada di situ lama-lama mengenangkan kasut baru yang hilang. Jemah berlari-lari anak ke stesen sambil genggam beg-beg plastik berisi tudung yang dibeli, takut tercicir lagi. Puk! Jemah terlanggar sesuatu. Jemah toleh ke belakang untuk tengok apa yang dilanggar nya. Jemah terlanggar seorang pakcik yang pegang bakul berisi tisu muka di tangan kanan, tangan kirinya tiada. Jemah rasa kasihan. Jemah raba dalam poket, ada 3 helai duit seringgit, Jemah hulur kesemuanya kepada pakcik. Bila Jemah mahu langkah ke depan, Jemah dengar pakcik menjerit ke arah Jemah, "Ya Allah, moga orang ini dilimpahkan rezeki bertambah-tambah dari Mu Ya Allah." Jemah terkejut. Jemah pandang muka pakcik tersebut, dia nampak pakcik tu menangis sambil genggam helai-helai duit yang dihulur tadi. Jemah akui Jemah jarang hulurkan duit bila terserempak peminta sedekah sebab Jemah pernah terbaca di internet ada peminta sedekah yang dihantar agen untuk mengemis. Jemah sapu air mata. Jemah tak sangka air matanya jatuh juga. Tiba-tiba Jemah teringatkan kasutnya yang hilang. Jemah dah tak kecewa lagi, dan tak menyesal lagi atas kehilangan kasut barunya. sebab Jemah dah dapat sesuatu yang lebih berharga dan bermakna pada hari itu; doa kebaikan untuk nya.








Sekarang tangan Jemah dah tak berat untuk hulurkan sedekah. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi Jemah ingin didoakan kebaikan untuknya.