Saturday, April 4, 2015

sepatah dua kata..

Hm..sekarang laman sosial jadi tempat meluah melepaskan geram, kata mengata, bersangka2 juga tempat sebar aib manusia.. banyak yang buruk mengundang dosa.. entah lah. kasihan, laman sosial ni kalau betul cara guna nya boleh jadi tabung pahala kita.. tapi kalau sebaliknya, boleh juga jadi tempat dosa berangkai untuk kita. banyak sangattt maklumat baik dan ilmu pengetahuan yang boleh dikutip dari laman sosial, bagus.. tapi kalau disalah guna, jadilah tempat mengumpat zaman cyber.. kita duk jaja cerita buruk orang, tapi buruk kita, kita tak endah.. umpamanya duk sibuk cerita orang tak bayar zakat, tapi kita duk lengah2 lagi masa imam tengah khutbah jumaat.. laman sosial dah jadi tempat luah perasaan tak puas hati, sampai terbuka aib diri.. nak mengadu raih simpati di laman sosial, lupa pada Dia penyelesai masalah semua kaum manusia.. menyedihkan bila baca status tak puas hati pada suami/isteri sendiri, pada jiran, kawan dll.. bangga ke bila orang tahu masalah dalam rumah kita.. selesai ke masalah bila dapat buat begitu.. entahlah. faham, kita sampai bila2 takkan pernah puas hati dengan apa yang kita ada.. semua manusia nak hidup bahagia dan senang, tapi kita lupa dunia hanya tempat sementara bagi kita kumpul bekalan untuk dibawa ke negara akhirat sana.. ujub riak bangga diri di dunia pasti tak kan terlintas dalam hati.. 

dan ingatan juga untuk saya, sebelum cakap aib dan buruk orang, mari jenguk dan tengok pada diri sendiri.. saya bukan orang alim, bukan orang warak, masih banyak perlu dibaiki, kadang2 terkhilaf juga, kita manusia biasa.. tapi.. serius, penat dengar duk cerita buruk orang, aib orang, sebar berita yang belum tentu betul atau tidak. hati2 sebar maklumat/berita.. kalau betul dosa mengumpat, kalau salah dosa fitnah. dua2 undang dosa.. tapi tuan punya badan macam tak endah ada buruk juga pada diri sendiri. duk suruh orang berubah, tapi tak fikir untuk ubah diri. ini peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.. manusia boleh berubah, andai yang jahat boleh jadi baik, yang baik boleh jadi jahat.. bila disebar aib orang sedangkan dia nanti berubah, cuba fikir bila aib kita disebar sedangkan kita dah tinggalkan benda yang buruk tu.. mari duduk sekejap, tengok diri kita, tengok apa kurang kita, tengok apa yang tak ok pada diri kita.. dah cukup atau belum amalan kita biar pemberat pahala itu melebihi pemberat dosa nanti.. dan cuba renungi,cuba baiki.. baiki hubungan dengan Dia, insyaAllah, tentu takkan timbul rasa tak puas hati sakit hati ada sesiapa.. tentu takkan ada masa dan takkan sempat untuk kita fikirkan hal orang lain lagi dan sebar buruk orang lain lagi.. 

saya yang kekurangan ini sedang cuba baiki diri, tak tuju pada siapa2.. mahu kurangkan dan berehat dari dunia maya yang melelahkan..


Friday, March 20, 2015

Aisyah kena chickenpox

Assalamualaikum wbt

2 minggu lepas, aisyah demam. biasanya dia tersedar waktu tidur malam, dia akan merengek nak susu dan masa tu la saya perasan badannya panas. saya lap badan aisyah dengan air suam, keesokan harinya badan dah tak panas tapi saya perasan di badannya ada naik bintik2 merah. kami bawa aisyah pergi klinik, doc cakap aisyah kena chickenpox. haihh, kesian kat budak cinonet tu mesti rasa gatal seluruh badan. tapi dia tak menggaru, cuma kadang2 duk garu2 kat bahagian kepala. 

*daun mambu*

So, banyak la menggoogle petua2 nak kurangkan gatal akibat chickenpox tu dan cara-cara supaya bintik2 tu cepat kering. antaranya ialah bagi minum air kelapa, mandikan dengan air kelapa, sapu calamine lotion yang warna putih tu, dan tak bagi makan makanan berminyak, telur etc, dan juga guna daun semambu. orang tua-tua cakap daun semambu ni memang mujarab untuk hilangkan rasa gatal. borak2 dengan lecturer, puan yus, beliau cakap dekat kawasan rumah beliau kontraktor tanam banyak pokok mambu ni. puan yus pun ada guna daun tu juga masa anaknya kena chickenpox. hujung minggu, saya ajak suami pergi ambik daun mambu dekat kawasan rumah puan yus. pokoknya tinggi2, suami pun terpaksa lompat2 nak capai daunnya. balik rumah, saya rendam daun mambu dalam air dan mandikan aisyah. dan juga saya tumbuk2 dan sapukan pada luka chickenpox aisyah. malam tu aisyah dah tak tergaru2 (dan saya boleh tidur lena sedikit :D) dan Allah jualah yang Maha Menyembuhkan, 2, 3 hari lepas tu luka chickenpoxnya dah kering. 


Dan sekarang, dah sembuh sepenuhnya tapi parut chickenpox tu ada lagi. Ibu gigih duk sapu krim herba kat badan dia malam2 :) 


Friday, February 6, 2015

pengalaman viva voce master

Salam Jumaat.

Hari ni nak bercerita pengalaman viva. Hari ni agak free sikit lepas dah submit manuskrip jurnal dan lengkapkan kerja lab.

Tarikh keramat viva voce saya adalah pada 9/1/2015. oh, sebelum tu, awal bulan 6 saya cuba mohon untuk tangguh pengajian atas beberapa sebab, tapi tak dapat sokongan dekan. Dekan minta saya cuba juga untuk submit tesis pada bulan 9, iaitu pada bulan saya perlu lapor diri di JPbSM. saya submit tesis pada 12/9/2014. Berdasarkan pengalaman senior2, tempoh untuk viva lepas submit tesis tu memakan masa agak lama. dua orang senior dipanggil viva lepas setahun submit tesis. Lama kan? tapi saya dimaklumkan untuk pembentangan viva pada hujung bulan 12, maknanya saya menunggu dalam 3 bulan lebih. boleh dikatakan dah cepat lah tu, mungkin management dah improvise agaknya. 
 akhir bulan 12, saya dapat emel dipanggil untuk pembentangan viva voce yang akan dijalankan pada 9/1/2015. Alhamdulillah, syukur sangat Allah gerakkan hati untuk check emel spam, sebab surat panggilan viva saya ada kat bahagian spam emel. selama ni tak pernah bukak bahagian emel spam punnnn. dalam tempoh 2 minggu sebelum viva, saya memang baca balik tesis berkali-kali. Sampai hadam. Check balik reference. Baca balik LR yang berkaitan. Saya cuba fikirkan soalan yang mungkin ditanya oleh panel, dan sediakan jawapan. Slide presentation memang dah lama siap. Hari-hari saya mock viva depan suami. hari-hari duk belek slide. kadang-kadang teringat-ingat masa tengah mandi. hihi. 

Pada hari viva, masa tu dah cuak tak lalu makan tak ingat apa dah. asyik duk teringat kat anak je, macamana la kalau tak lulus viva kali ni. dan juga kesian kat suami, dah banyak dia berkorban, ambil cuti demi nak bereskan kerja saya. teman saya siapkan tesis, teman saya print tesis, teman saya pergi viva. Jadi masa tu memang semangat nak buat yang terbaik :) dan panel dalaman merupakan panel masa saya interview untuk scholarship dan juga masa defense proposal. panel luar pula ialah dari uniten. viva saya bermula pada jam 9.47 pagi. saya diberi masa lebih kurang 15-20 minit untuk pembentangan. lepas pembentangan, sesi soal jawab. alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk saya jawab soalan yang diajukan dengan tenang, dan tak gelabah. dan ada la jugak jawapan yang macam tak betul, tapi saya jawab je. dan bila dia bagi cadangan, saya hanya iya kan saja. panel dalaman tak banyak tanya, mungkin sebab beliau memang dah tahu saya buat research pasal apa sebab masa defense proposal dulu pun dia yang jadi panel. panel luaran yang banyak ajukan soalan, dan dia memang check bahagian LR secara detail. dan panel memang check tesis, dan banyak tumpu pada bahagian methodology dan results. bahagian lain mereka tak bagi komen banyak sangat. tak lama lepas tu, pengerusi cakap sesi q&a dah tamat dan saya diminta keluar sekejap untuk mereka berbincang. masa tu saya tengok jam, eh, baru pukul 1045. cepatnya habis. sebab duk dengar orang cerita sesi viva agak lama, kadang-kadang ada yang kena sampai 6 jam. dalam 10-15 minit lepas tu, pengerusi panggil masuk balik dan umumkan saya lulus viva dengan pembetulan minor. Alhamdulillah Allah sebaik-baik penolong. masa tu bergenang air mata. duk teringat kat anak lagi, nak balik peluk dia. hihi alhamdulillahh.. 
sebenarnya, pada pendapat saya, apa yang penting untuk menghadapi viva ni:

1. yang pertama, kena faham betul-betul apa yang kita buat. apa yang kita tulis dalam tesis tu adalah apa yang kita tahu. kalau tak tahu jangan tulis dalam tesis. dan soalan dari panel kebanyakannya sebab mereka nak tahu betul ke kita yang buat semua projek tu, bukan orang lain.

2. adalah sangat digalakkan untuk baca tesis berkali-kali. untuk bagi kita faham dan tak lupa apa yang kita dah buat.

3. kadang-kadang, bila tengah baca tesis tu, baru perasan, eh kenapa aku buat macam ni..kenapa tak buat macam tu. masa tu dah boleh pikir kalau panel tanya kenapa tak buat macam tu, dah boleh sediakan jawapan kenapa :D

4. dan juga, masa pembentangan tu, jangan cerita apa yang kita tak buat. konon nya nak tunjuk kita hebat, sebab nanti kalau panel tanya kenapa tak buat, dan suruh kita buat benda tu, proses untuk siapkan correction lepas viva tu confirm akan makan masa agak lama.

5. prepare lah soalan spot yang kita fikir mungkin akan ditanya. dan cuba sediakan jawapan. 

6. hafal slide presentation sampai anda rasa dah naik muak dah cepatlah habis viva :D

7. jangan takut buat salah. semestinya, tak ada satu pun benda dalam dunia ni yang perfect 100%. begitu juga research kita.

8. dan yang paling pentinggg, doa doa doa. mohon Allah mudahkan urusan. 


haa tu diaa sikit-sikit tips dari saya untuk menghadapi viva. sebenarnya, fikir-fikir balik, kenapa nak sambung belajar ya. awal-awal sambung belajar sini dulu, rasa tak bestnyaaaaaaa. kat jepun lagi besttttttt masa buat degree dulu. tak boleh nak main-main sangattttt. tapi tu lah, banyak sangat ibrah yang saya dapat sepanjang buat master kat uitm ni. buat saya fikir tujuan sebenar menuntut ilmu tu. ok lah, sekian dulu. hepi sangat sebab ada peluang update blog kali ni :D


Thursday, January 29, 2015

Nasi kerabu enak!

Post pasal makanan lagi.
Awas! Jangan baca post ni kalau perut anda masih kosong :D
Rasanya hampir 70% isi kandungan blog ni pasal makanan. Dah nak buat macamana penulis blog ni memang suka makan. Hehe :D
Ada satu kedai makan ni namanya ketam batu seafood. Lokasi di jalan kebun seksyen 30 shah alam. Jarak dari rumah ke kedai dalam anggaran kurang 10 minit. Kedai masakan thai, tapi ada jual nasi kerabu. Setiap kali pergi sana konfem order nasi kerabu.. Lauk nasi kerabu ada 2 pilihan; ikan keli goreng dan ayam goreng. Dua2 sedappppp. Masalahnya, saya ni dah suka sangat makan nasi kerabu sampai tiap2 petang mesti pergi beli nasi kerabu kat sana. Suami dah tunjuk muka bosan tapi nak buat macamana isteri dah suka :D Bagitau suami, saya tak pernah makan nasi kerabu sesedap itu tapi dia cakap nasi kerabu semua sama. Lain orang lain citarasa kan.

 

Tapi saya suka sebab ulam dia ada tambah pucuk2 lain dan juga ada mangga muda :D dan sangat sedap dimakan bila lauk masih panas2 :) dan juga ada jual kerang bakar. Jadi sesiapa nak cuba nasi kerabu sedap boleh cari di ketam batu seafood ya :D

Thursday, January 22, 2015

Forgive and forget

Kadang-kadang.....
Hati kita terluka dek kerana perbuatan orang
Tapi.....
Kita tak sedar kita juga buat orang terluka dek kerana perbuatan kita

Jadi.....
Kalau tak mau hati terluka jangan melukakan

Forgive and forget :)



Tuesday, January 13, 2015

My master journey - 2nd final episode

Alhamdulillah finally done second final stage of my master process on last 9th Jan. Sesungguhnya Allah Maha Memudahkan urusan hambaNya yang lemah. Bila difikirkan, tak sangka berjaya juga tempuh pelbagai halangan/dugaan sepanjang tempoh buat master. Fikir-fikir balik, rasa sebak sebab berjaya juga habiskan dalam tempoh 28 bulan. Stress sepanjang buat eksperimen, dan hadapi alahan selama lebih 2 bulan, terpaksa datang lab awal pagi, angkat pintu besi lab tu pagi2 walaupun tengah sarat mengandung, habiskan 12 jam dekat lab.. dan lepas tu pula cabaran bangun pagi siapkan tesis ditemani budak tecik, dan macam2 lagi la.. Alhamdulillah terasa sebak sangat pertolongan Allah itu datang pada hambaNya yang tak berdaya ni. Sepanjang tulis tesis toksah duk cakap la berapa kali jatuh air mata ni. Dah la tak pandai inggerish :( banyak kali rasa giveup, bagitau sv nak extend. Tapi sv bagi semangat, tolong semak banyak kali.. 2 minggu sebelum viva, tak bercakap dengan orang sekeliling pun. Sebab cuak tak pernah viva. Sepanjang tempoh tu, pergi lab belek slide, hafal slide, prepare slide. Balik rumah lepas makan terus tidur (and im overweighttt now sbb lepas makan terus tidur) Penat. Setiap hari mock viva depan suami dan si budak tecik, malam2 mimpi2 viva datang ke rumah haha :D dan tiap2 hari telefon mama, doakan biar dimudahkan. Tiap2 hari minta maaf dengan suami, takut2 kalau ada salah silap moga tak disulitkan urusan.


Sebenarnya masa nak viva, ada yang tak yakin saya dapat laluinya dengan cemerlang. Katanya saya tak bersedia, katanya saya tak buat apa2. Katanya teruk la saya kena hentam nanti sebab viva scary, susah, berjam2, soalan bertubi2. Rasa down tak terkata. Sebab tu diam saja. Rasa nak menyorok dalam gua tak nak jumpa orang. Terbayang2 macamana la scarynya viva tu. lalu saya terfikir, dia tengok dan jumpa saya sejam dua saja dalam sehari, dia tak nampak dan tak tau apa saya buat dan apa saya usaha. Dia judge saya sekadar apa yang dia nampak sejam dua dalam sehari saja. Dia tak kenal saya. Allah tengok saya 24 jam sehari, Allah tahu saya usaha banyak mana... Walaupun sedih bila orang cakap macam tu, tapi saya yakin dengan Dia. sv dan co-sv banyak kali pesan jangan takut, kena yakin diri. Tenang. Kata2 co-sv yang paling tak lupa, ni benda biasa saja, kalau bagi viva ni pada orang palestin, ibarat macam kayuh basikal nak pergi kedai aje :D



Pada hari viva, of course la tak lalu makan pagi tu. Tapi suami paksa juga makan sikit, takut2 lambat habis. Sampai kat ipsis, terus setup slide lepas jumpa sv. Terharu sv dan co-sv datang bagi sokongan. Dan semestinya sv dan co-sv tak boleh cakap apa-apa sepanjang viva. Boleh tengok dan duduk aje atas kerusi. Alhamdulillah, viva yang kononnya menakutkan tu berakhir juga dalam masa sejam, alhamdulillah Allah sangat2 tolong, dan tak sangka boleh jawab soalan dari panel dan siap boleh buat lawak lagi :D dan mata berkaca bila chairperson umum 'pleased to annouced that nabila passed viva with minor correction' :') sv cakap nabila defense her thesis very well, alhamdulillah :) gembira sebab rasa apa yang buat selama ni tak sia-sia dan dapat buat yang terbaik..



Percayalah, Allah tolong hamba Dia yang berusaha :') yang penting, yakin diri, usaha dan berdoa :') sebab hanya diri kita yang tau apa yang kita buat dan apa kita mahu.. orang tak nampak dan tak rasa apa yang kita lalui, sebab tu senang nak menghakimi.. takpe, as long as Allah knows kan :) dan terima kasih suami, sebab sangat2 memahami, tolong jagakan dan uruskan budak tecik.. sanggup cuti sebab nak teman isteri dia yang cuak ni.. Alhamdulillah syukur its over now and lets begin new journey :)

Dan lepas ni kena submit journal dan buat correction tesis, masih belum boleh berjimba sepenuhnya :) tapi dah boleh la update blog ni banyak sikit lepas ni yeah :) ohh dan kena turunkan berat badan yang ternaik tu juga :D



                              lepas viva suami belanja makan manhattan kesukaan :)
                                          can you seeeee that happy face? >_<