Monday, June 29, 2009

sekkei kairo::yatta~

yeee saye dgn tina kena present pasal litar circuit yang kitorang buat time klas wada sensei.senang ke?oh tidaaak bagi saye sb belajar ni memang susah,bile kite paham baru la jadi senang.walaupun siap buat awal dengan tina,tapi kitorang x putus asa mencari takut2 ade tersilap paham kan..nampak senang kan..tapi pecaya la,susaaaah..

gambar2 kami selepas gembira menyiapkan task ^^

Monday, June 22, 2009

rindu rindu rindunya..

kalau ditanya saat ini,siapa yang paling aku rindu,mestilah orang2 yang berada jauh dari sisi aku::mama,abah,alom,acik,adik..

tapi saat ini,aku betul2 rindu pada dia,dia Nabiku..

[Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.]

Ya Rasulullah,sesungguhnya aku juga rindu untuk bertemu denganmu..
rindu mama,abah,alom,acik,adik..
T_T

Sunday, June 21, 2009

SELAMAT HARI BAPA


Selamat hari bapa untuk abah..
stiap kali hari bapa @ hari lahir abah,abah yang akan bagi aku hadiah berupa topup..spatutnya aku yang bagi abah hadiah..kalau telefon abah,mesti abah reject aku call,sbb die nk telepon balik.

"bakpo abah reject?"

"xpo la,simpan la topup tu,Bila kan x kijo lagi,xde duit"

masa kecik2 dlu,aku lagi manja dengan abah dari mama.stiap kali kna marah kat ma,mesti abah back up.kalau along nk pape,mesti suruh aku mintak dengan abah..

"bakpo Bila kena mitak untuk along?"

"abah kan sayang Bila lebih.."

abah dah banyak susah sebab aku.bile terbaca kisah chokouhai kat blog azzariyat,trus tringat kisah mule2 nak daftar masuk JAD..aku masuk JAD dengan tentangan mama(sebab ma suruh gi inteviu JPA) tapi dengan sokongan abah..abah susah payah anta aku dengan bas,x nak naik keta sebab abah x sihat sgt,x larat nak drive.tima kasih bah,Bila akan blajar sungguh2 demi abah dan mama.nanti Bila dah keje,Bila plak bayar sgala jasa abah + mama selama ni ye..janji!! ^^

Saturday, June 20, 2009

TOEIC


hari ni ade exam TOEIC yang bertempat di dewan MPH.xtau la blh jawab ke x,abis exam terus tepon abah:

"bah,baru abis exam TOEIC bah"

"x blajar BI tp ade exam ye"

"ye bah,wajib amik"

"camane?boleh jawab ke?smalam g usrah sempat stadi x?"

"tawakal je bah,insyaAllah"

tawakal je la,aku memang x hebat macam abah.
dalam dewan td,sempat candid gambar sorang kawan baik aku yg duk tpi mase exam,depan die sapikot si ijau pucuk.dua jam duk dlm tu,memang rase nk beku mcm air batu la.abis2 exam je,gi jemur badan bawah cahaya matahari ^^

Monday, June 15, 2009

aku nak jadi baik..

"mulai hari ni aku nak jadi baik,ak x nak mencuri lagi"

tapi keesokannya dia mencuri..

"aku nak jadi baik dah,nak mendalami ilmu agama banyak2"

tapi sejam selepas tu dia pegi disko..

"aku nak jadi baik,aku x nak bersangka buruk kat kawan2 lagi"

tapi x sampai seminit,dia buka kelab mengumpat..

moralnya?
perubahan yang ingin kita lakukan tidak perlulah rasanya diheboh2kan,x perlulah sampai satu dunia tahu kita ingin berubah..kalau x jadi brubah macamana?

"eh,dia ni..kata nak berubah x nak makan sebab nak kurus tp hari ni dah abis makan nasi 3 pinggan dah"

bagi aku,biarlah perubahan yang ingin kita lakukan tu hanya Allah dan kita saja yang tahu.sebab perubahan tu memerlukan keikhlasan,dan sesungguhnya keikhlasan tu ibarat semut hitam di atas batu yang berwarna hitam pada malam yang hitam legam..cukup sukar dilihat bukan?
kenapa kalau nak berubah kita perlu heboh2 kan?supaya semua orang tau kite nak jadi baik?kalau kita ikhlas nak berubah kita perlu bagitau orang ke?kalau x bagitau orang maknanya kita x ikhlas la ye?tp kalau kite cakap je nak berubah,tapi x berubah2 pun,macamana tu?

"tengok la Ajib tu,dah warak dah sekarang.Selalu je turun surau,malam2 kalau aku tersedar dari tidur,aku tengok dia nangis teresak2 kat tikar sembahyang waktu qiamullail.."

"Bubu tu dah x mengumpat orang dah sekarang,asyik baca Al-Quran je aku tengok,kita ni bila pulak??"

Perubahan yang dilakukan tanpa ada orang lain pun yang mengetahuinya aku rasa adalah perubahan yang paling ikhlas,yang apabila orang lain tengok perubahan dia tu,orang lain pun akan rasa nak berubah macam die gak..insyaAllah ^^

Saturday, June 13, 2009

khas buat sahabat..


seringkali kita terfikir,bagaimana mulia nya hati Nabi Muhammad S.A.W,tetap senyum bila dibenci,tetap tenang bila dimusuhi,tetap membantu walau disakiti,tetap menyeru walau diusir pergi..kenapa kita mudah membenci bila yang dikasari,mudah putus asabila yg dilakukan x menjadi,mudah kecewa bila orang lain x memahami,mudah terguris bila dinasihati.. aku insan lemah,maafkan kerna aku x sempurna..sahabat,semoga perjuangan ini diteruskan,terima kasih kerana selalu mengingat kan,terima kasih kerana pernah sudi mendengar luahan hati ini..walau kini x mungkin akan sama seperti dulu,kau tetap sahabat ku!