Monday, June 15, 2009

aku nak jadi baik..

"mulai hari ni aku nak jadi baik,ak x nak mencuri lagi"

tapi keesokannya dia mencuri..

"aku nak jadi baik dah,nak mendalami ilmu agama banyak2"

tapi sejam selepas tu dia pegi disko..

"aku nak jadi baik,aku x nak bersangka buruk kat kawan2 lagi"

tapi x sampai seminit,dia buka kelab mengumpat..

moralnya?
perubahan yang ingin kita lakukan tidak perlulah rasanya diheboh2kan,x perlulah sampai satu dunia tahu kita ingin berubah..kalau x jadi brubah macamana?

"eh,dia ni..kata nak berubah x nak makan sebab nak kurus tp hari ni dah abis makan nasi 3 pinggan dah"

bagi aku,biarlah perubahan yang ingin kita lakukan tu hanya Allah dan kita saja yang tahu.sebab perubahan tu memerlukan keikhlasan,dan sesungguhnya keikhlasan tu ibarat semut hitam di atas batu yang berwarna hitam pada malam yang hitam legam..cukup sukar dilihat bukan?
kenapa kalau nak berubah kita perlu heboh2 kan?supaya semua orang tau kite nak jadi baik?kalau kita ikhlas nak berubah kita perlu bagitau orang ke?kalau x bagitau orang maknanya kita x ikhlas la ye?tp kalau kite cakap je nak berubah,tapi x berubah2 pun,macamana tu?

"tengok la Ajib tu,dah warak dah sekarang.Selalu je turun surau,malam2 kalau aku tersedar dari tidur,aku tengok dia nangis teresak2 kat tikar sembahyang waktu qiamullail.."

"Bubu tu dah x mengumpat orang dah sekarang,asyik baca Al-Quran je aku tengok,kita ni bila pulak??"

Perubahan yang dilakukan tanpa ada orang lain pun yang mengetahuinya aku rasa adalah perubahan yang paling ikhlas,yang apabila orang lain tengok perubahan dia tu,orang lain pun akan rasa nak berubah macam die gak..insyaAllah ^^

No comments: