Wednesday, June 30, 2010

hisashiburi~~~

MySpaceudah lama betul tidak mengupdate blog..nak kata bz,tidak lah bz sangat.tapi mungkin masax mengizinkan.hampir 4 bulan meneruskan kehidupan di jepun ni,masih belum hilang rasa kagum terhadap negara ni yang sememangnya dah dikenali sbg negara yang hebat di mata dunia..servis perkhidmatan yang mengagumkan:hanya dengan melayari internet,anda boleh mengorder apa-apa barang yang anda sukai,dan barang tersebut tiba di depan pintu rumah anda tepat pada waktu yang anda ingin kan.begitu juga apabila anda ingin bergerak ke mana-mana destinasi di sini,segalanya sangat pantas dengan menaiki densha(tren),zup zap zup zap dah sampai :) bukan itu saja,anda boleh membeli tiket wayang,cd,dvd,membayar bil2 elektrik,gas,telefon,malah membayar harga tiket kapal terbang hanya di 7 eleven.wahh..macam promote 7e plak..tandas di jepun juga canggih selaras dengan teknologinya yang sedia canggih::bila masuk tandas je mangkuk tandas akan terbuka khas untuk anda,anda hanya perlu duduk dan setelah selesai membuang apa-apa hajat,tidak perlu bersusah payah untuk mencari di mana tempat untuk menekan flush,kerana secara otomatiknya akan terflush..sugoi kn??MySpacewalaupun kos kehidupan di sini agak mahal,tapi bergantung kepada kita sebagai pemegang biasiswa Yayasan Pelajaran Mara untuk menggunakannya sebaik mungkin..percaya atau tidak,jika anda kehilangan barang di negara ini,kebarangkalian untuk anda menemui kembali barang tersebut adalah 99.9%..teringat kisah yang menyayat hati,kira-kira masih belum mencecah usia sebulan menetap di Jepun;wang travelers check hadiah daripada Yayasan Pelajaran Mara sebanyak 320000 yen(lebih kurang RM12000) hilang! kisah nya bila kami pergi buat alien kad di pejabat daerah,selepas tu kami pergi pulak buat i fon di softbank,dan kemudian nya ada beberapa tempat yang kami singgahi..2 hari selepas tu baru la saya sedar yang travelers check tu tiada..panik nya x leh nak digambarkan macamana lagi la..saya geledah 1 bilik ni berkali-kali tapi x ketemui..fikiran ni dah membayangkan macam-macam kemungkinan yang berlaku lepas ni;macamana la saya nak hidup di sini,wang 320000 yen tu la untuk saya menyara kehidupan saya kat jepun ni selama 2 bulan..nak bayar bil letrik,bil gas,bil telefon...seminggu saya duk geledah bilik tu berkali2 tapi x jumpa.peluang untuk saya jumpa balik duit tu memang laa tipis,saya x ingat kat mana saya tercicirkan sampul yang berisi travelers check tu,dan siapa2 yang jumpa travelers check saya tu mesti lah tidak akan melepaskan peluang bila nampak duit banyak kat depan mata MySpacesaya pergi semula ke tempat2 yang saya singgahi masa kehilangan travelers check tsebut,tapi x jumpa2..saya sudah habis ikhtiar,kawan mencadangkan saya pergi ke koban(balai polis) untuk buat laporan polis..mungkin x akan jumpa tapi cubala ikhtiar..masa buat laporan polis tu,makcik polis memang terkejut la sebab saya kehilangan jumlah wang yang agak banyak..makcik,tolong lah saya..macamana saya nak terus kan hidup saya di jepun ni,saya pun tidak tahu..kawan2 tenangkan saya dengan mau pinjamkan saya wang,tapi banyak mana lah sangat..dah la baru je masuk rumah baru;masih banyak benda yang perlu dibereskan..keesokan hari selepas saya membuat report polis di koban,saya dapat 1 panggilan telefon;katanya saya diminta pergi ke balai polis oomiya higashi(agak jauh dari rumah saya) alhamdulillah~~~ MySpacesaya ketemui semula travelers check saya;rupa2 nya saya tertinggal sampul travelers check tu kat pejabat daerah masa saya pegi buat alien kad..dan orang kat sana terjumpa,beliau anta ke balai polis,dan rupa-rupanya beliau dah antar 2 pucuk surat ke peti surat rumah saya menyatakan saya hilang travelers check tu,tapi silap saya sebab x check peti surat;dah seminggu la surat tu tido dalam peti surat tu :D amin amin alhamdulillah sebab jumpa balik..saya dah tak fikir yang bukan-bukan lagi dan saya dah x komaru lagi..baik hati betul orang itu..sepanjang kehilangan travelers check,saya x putus-putus doa;saya x berdoa supaya saya ketemu balik wang tersebut,sebab saya rasa cam muri je kalo nak jumpa semula..tapi saya doa mohon Allah senangkan perjalanan hidup saya andai saya x berwang di sini..tapi Allah tu Maha Mengetahui,Dia tahu saya x mungkin boleh hidup di sini bila dilanda ujian begitu..terima kasih ya Allah! :' )

3 comments:

Has said...

alhamdullilah semuanya ok... tp tentu ia satu pengalaman yang tak dapat dilupakan, betul tak? ナビラちゃん、気をつけてね。:)

desir2sakura said...

senseiii~~~
saya sangat2 rindu sensei..rindu sangat mahu lihat sensei pakai baju dan tudung cantik2,mahu dengar sensei cakap2,mahu jumpa sensei~ :'(

Has said...

rindu juge nabila yang selalu baik hati puji2 saya :D