Tuesday, October 26, 2010

pinjaman Allah

kenal Yamapi?
mestilah kenal kan..ikemen paling hensem kat Jepun.
kenal Jejung?
mesti ada yang kenal,ada yang x kenal kan..Jejung penyanyi Korea,muka dia iras Yamapi.kirenya dia hensem gak la kan sebab Yamapi hensem.sape x kenal Jejung boleh rujuk gambar di bawah

Yamapi mesti ada peminat dia sendiri kan,begitu juga dengan Jejung.tapi orang yang minat Yamapi,x mustahil akan lupakan Yamapi lepas dengar Jejung nyanyi.dan orang yang minat Jejung x mustahil akan lupakan Jejung lepas tengok Yamapi menari.

itu la hakikat manusia,sebab perasaan cinta,sayang,benci,rindu tu boleh berubah-ubah.tapi kita kena ingat tu semua pinjaman Allah..

Allah menciptakan jasad kita dengan sempurna kemudian ditiupkan roh ke dalam jasad agar kita hidup seperti sekarang ni. Dan tahukah bahawa semua yang Allah letakkan di jasad kita hanyalah pinjaman..? Sungguh ketika kita lahir ke dunia, tak ada satupun yang kita bawa, dan kita sungguh miskin!Ketika telah sampai kita di dunia, kita mula menikmati keseronokan dunia.Kemudian kita beranak pinak dan semakin bertambah banyak pinjaman kita dari Allah.
Usia yang terus bertambah itu bukanlah pemberian Allah, tapi pinjaman…bukankah usia kita telah ditentukan sebelum kita lahir ke dunia? Kita memang tak tahu bila, tapi pada saat tak terduga Allah berhak mengambil kembali apa yang kita pinjam dari Dia.
Ketika kita bangga dengan kecantikan atau kehenseman kita, sedar tak itu pun pinjaman dari Allah?Tapi kalau tiba2 kecantikan atau kehenseman kita tu Allah ambil kembali, adakah mampu kita untuk mencegahnya? walapun kita menjaganya dengan Shiseido ke,SKII ke,Safi Balqis ke..tak ada yang mampu melawan ketika Allah ingin mengambil apa yang Dia punya.

Dan untuk sahabat : Persahabatan ini pun hanya pinjaman daripada Allah..semoga hati-hati kita terikat utuh hanya kerana Dia..Ya Allah,perbetulkanlah kami,andai kami tersasar dari perintahMu..

Monday, October 18, 2010

Sahabat bermusim


Aku hanya sahabat bermusim
Diperlu bila berduka
Ditinggalkan bila sudah bahagia

Aku hanyalah sahabat bermusim..

Saturday, October 16, 2010

saya peminat setia Jacqueline Wilson!

tadi jalan2 di omiya sementara tunggu adik dengan kakak (fana dengan fani) sampai...jalan punya jalan di LOft,saya dipaksa cik pikah dgn kah untuk beli bekas letak inkan (cop nama) memandangkan saya ni sorang yang suke letak barang merata..(tebolah)
mahal dowhh..1470 yen sebijik (lebih kurang RM55)
jalan punya jalan,sampai ke tingkat atas skali..bes laa pegi tingkat atas skali.sukee bila jumpa susunan buku2 ini,especially buku yang gambar katun pakai tudung tu :)
yeahh!buku tentang negaraku tercinta!
dah lama x membeli buku..rasa nak baca sangat buku english sebab dah lama x baca..kat jepun ni pilihan buku english x de la banyak sangat,puas jelajah tingkat atas skali bangunan loft yang luas tu,hanya 2 rak je yang ada buku cerita english..nak beli tapi x de yang berkenan di hati..
tapi...jeng jeng jeng...
naasib baik la mata ni tertengok kat bahagian susunan buku yang paling bawah..eh eh ada buku Jacqueline Wilson la!harga pun murah,840 yen (RM31) sangat la suka buku yang dia tulis,sebab banyak pengajaran walaupun buku dia kebanyakan cerita pasal budak-budak tapi saya suka!!da la banyak gambar2 diselit dalam buku tu..nak nangis kot masa jumpa buku ni.sebab lepas ni hari-hari saya akan terisi sedikit dengan baca buku ni..

buku setebal 343 muka surat ni akan zettai d habiskan!

x sabar nak baca

untuk cik jacqueline wilson,saya tetap suka baca buku kamu walaupun berada kat jepun skrg :D

makan malam kue tiau ladna di jepun!hisashiburiii~

Sunday, October 10, 2010

memori


'abah,balik nanti abah jangan lupa beli belon ya'

'ok ok abah beli'

abah pulang dari kerja petang tu,

'abah beli tak belon?'

'tak beli ngah,abah x sempat berhenti kat kedai'

:: natsukashiiii belon ini ::

muka saya terus masam mencuka.dari petang sampai ke pagi esok mulut memuncung.sebab abah tak beli belon.

keesokan nya abah pulang dari pejabat,abah beli kan belon.gembira nya tak terkata dapat belon dari abah..

selang dua tiga hari:
abah hidupkan enjin kereta untuk ke pejabat,saya berlari ke arah kereta.

'abah abah,tolong lukis gambar orang'

'lukis gambar orang?abah tak reti'

'ala abah lukis la macamana pun,naba nak warna' (dulu saya bahasakan diri saya 'naba' dengan mama abah)

saya hulur kertas.abah lukis gambar 2 orang.sorang lelaki sorang perempuan.

'nah,abah lukis.pergi warna ye.balik kerja ni abah nak tengok'

situasi lain bila dah besar:
sebelum masuk JAD;

mama cakap 'abah tak larat nak bawa kereta sebab sakit,macamana nak hantar bila?'

abah jawab 'tak apa,kita naik bas'

sedih masa tu Allah je tahu tengok abah sanggup naik bas 8 jam semata-mata nak hantar saya ke TBP walaupun abah sakit..mama pun baru lepas pembedahan masa tu,membuatkan air mata ni slalu jatuh bila berseorangan..

situasi lain lagi:

'abah datang KL?abah x nak jumpa bila ke?'

'tengok la kalau sempat abah pergi TBP'

petang tu,abah sampai TBP dengan teksi,abah sanggup naik tren bawa saya pergi makan manhattan.kesian betul kat abah.anak ni tak habis2 susahkan abah kan...

kalau fikirkan balik,sepanjang 21 tahun hidup di muka bumi Allah ni,saya dah banyak susahkan abah..
anak ni janji tak akan susah kan abah dengan mama lagi,x akan biarkan abah dengan mama kecewa dengan anak ni..

Monday, October 4, 2010

bohong yang dibenarkan..


ingin kongsi sikit di sini:perihal bohong yang dibenarkan..

'Pada dasarnya, hukum berbohong adalah dilarang, tetapi terdapatnya beberapa keadaan dimana Islam membenarkan berbohong yang pada situasi tersebut lebih besar maknanya atau mengelak dari bahaya.'

hujung minggu lepas berkesempatan pergi makan sushi bersama kak Qilah selepas abis usrah gabungan dengan warga keio..sambil2 makan sushi,kak Qilah tanya kitorang,

"kita tau kan kita x boleh menipu..tp dalam Islam dibenarkan menipu dalam 3 keadaan..cuba teka apa keadaan2 tersebut"

jenuh la kami meneka...sampai bertingkat2 pinggan sushi kami susun.ada jawapan yang sipi2 lagi nak betul lalu kak Qilah pun bagi skema jawapan kepada soalan di atas:

yang pertama:
dibenarkan menipu semasa perang.kiranya macam tipu helah,strategi2 yang diatur untuk menang dalam peperangan menentang orang kafir laknatullah..

yang kedua:
dibenarkan menipu untuk menyatukan dua manusia.si tit dan si tut bergaduh.si tit ceritakan keburukan si tut kepada anda.begitu juga si tut pun menceritakan keburukan si tit kepada anda..sebaliknya anda menipu kepada si tit bahawa si tut slalu berkata yang baik kepada si tit.dan begitulah sebaliknya..

yang ketiga:
lelaki yang menipu isterinya dgn tujuan menggembirakan.isteri Mr S lawa.tapi isteri jiran Mr S lagi lawa..bila si isteri bertanya,antara isteri jiran dengan dirinya yang mana lagi lawa,Mr S jawab si isteri lagi lawa walaupun dalam ati mengakui isteri jiran die lagi lawa..demi nak menggembirakan ati si isteri :D

ْBersabda Rasulullah saw : "Berbohong tidak dibenarkan (halalkan) melainkan 3 keadaan : Lelaki yang bercakap kepada isterinya bertujuan mengembirakannya, berbohong semasa perang dan berbohong bagi menyatukan antara dua manusia" - Riwayat al-Tirmudzi 1862, kata beliau in Hadith Hasan, Sahih Muslim 4717.

::tima kasih kak Qilah atas perkongsian::