Sunday, October 10, 2010

memori


'abah,balik nanti abah jangan lupa beli belon ya'

'ok ok abah beli'

abah pulang dari kerja petang tu,

'abah beli tak belon?'

'tak beli ngah,abah x sempat berhenti kat kedai'

:: natsukashiiii belon ini ::

muka saya terus masam mencuka.dari petang sampai ke pagi esok mulut memuncung.sebab abah tak beli belon.

keesokan nya abah pulang dari pejabat,abah beli kan belon.gembira nya tak terkata dapat belon dari abah..

selang dua tiga hari:
abah hidupkan enjin kereta untuk ke pejabat,saya berlari ke arah kereta.

'abah abah,tolong lukis gambar orang'

'lukis gambar orang?abah tak reti'

'ala abah lukis la macamana pun,naba nak warna' (dulu saya bahasakan diri saya 'naba' dengan mama abah)

saya hulur kertas.abah lukis gambar 2 orang.sorang lelaki sorang perempuan.

'nah,abah lukis.pergi warna ye.balik kerja ni abah nak tengok'

situasi lain bila dah besar:
sebelum masuk JAD;

mama cakap 'abah tak larat nak bawa kereta sebab sakit,macamana nak hantar bila?'

abah jawab 'tak apa,kita naik bas'

sedih masa tu Allah je tahu tengok abah sanggup naik bas 8 jam semata-mata nak hantar saya ke TBP walaupun abah sakit..mama pun baru lepas pembedahan masa tu,membuatkan air mata ni slalu jatuh bila berseorangan..

situasi lain lagi:

'abah datang KL?abah x nak jumpa bila ke?'

'tengok la kalau sempat abah pergi TBP'

petang tu,abah sampai TBP dengan teksi,abah sanggup naik tren bawa saya pergi makan manhattan.kesian betul kat abah.anak ni tak habis2 susahkan abah kan...

kalau fikirkan balik,sepanjang 21 tahun hidup di muka bumi Allah ni,saya dah banyak susahkan abah..
anak ni janji tak akan susah kan abah dengan mama lagi,x akan biarkan abah dengan mama kecewa dengan anak ni..

3 comments:

BunGen said...

baik nya abh dia..kalu dpt psgn idup sbaik itu,msti sluruh keluarga bahagia kn (^.^)Y

Ms. Candy said...

sedey...
nak nangis...
huhu...~
btw, x pnah tau pn bieyla bahasakan diri 'naba' dulu??

Nur Nabila said...

BunGen:insyaAllah anda pun sebaik abah :)
alom:x yh la nangis,nnt ore nangis gk.. :( lom x ajin dgr kot..tp nk sebut nabila sbnrny,tp jd naba..