Friday, September 28, 2012

berkahwin,mengahwini,dikahwini

Macam biasa tak tahu nak letak tajuk post apa.
Ini post selepas bergelar sudah tidak bujang lagi.
Terima kasih ya Allah.Alhamdulillah ya Allah.
besar nya nikmat yang Kau anugerahkan.Indahnya nikmat yang Kau hadiahkan.
Terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan jalan.
Tak pernah merasa ketenangan sebegini.
Terima kasih ya Allah.

Terima kasih mama dan abah tercinta.
Terima kasih keluarga tercinta.
Terima kasih mama yang memahami,yang paling banyak berkorban demi membahagiakan saya.
Terima kasih abah yang menyayangi,tak pernah tunjukkan keletihan di depan kami anak2
walaupun kami tahu abah tersangat penat.
Jasa abah dan mama akan dibalas, kerap kali abah mama tolak duit yang saya hulur,dan mungkin duit tu semua tak mencukupi,tapi saya berjanji iringan doa buat kalian takkan kering dan berhenti dari bibir ni.
Terima kasih alom yang saya kasihi,
Syukurnya Allah kurniakan saya kakak yang memahami dan tak pernah berhenti beri nasihat.
Alom tak pernah abaikan saya,hingga pada saat akhir perkahwinan saya, alom suapkan air dan kuih
 untuk saya sebelum majlis berlangsung, sebab risaukan saya.
Ketahuilah saya sayang sangat alom lebih dari diri saya sendiri.
Terima kasih adik-adik tersayang,nabil dan najwa yang selalu jadi penghibur hati.
Terima kasih saudara-mara yang jauh,yang dekat yang tak pernah merungut tak pernah mengungkit saat saya perlukan bantuan.terima kasih untuk tangan yang kalian hulurkan.
Jasa kalian tak mampu saya balas, tapi saya mendoakan kesejahteraan buat kalian,
semoga kalian sentiasa berada dalam rahmatNya.


Terima kasih sahabat,
Terima kasih teman seperjuangan di Sk Kamil 2, sms tengku muhd faris petra,teman JAD,dan teman yang lain kerana masih mengingati walaupun dah lama tak berhubung.terharunya saat melihat kalian sudi datang ke majlis kami walaupun terpaksa menyusahkan diri datang jauh dari tempat kalian ke kelantan.saya hargai setiap hadiah yang kalian beri.ada teman yang tak boleh datang tapi sempat kirimkan hadiah,terima kasih. terima kasih untuk semua doa yang kalian titipkan untuk kami,terima kasih untuk ucapan di facebook, twitter, kiriman sms dan telefon. maaf andai ada yang tak terbalas, mungkin saya terlepas pandang. terharunya bila baca post beberapa orang sahabat tentang saya, terima kasih semua. terima kasih untuk sahabat sejati nurul ain sebab banyak membantu hingga saat akhir perkahwinan saya..terima kasih ain sbb tak pernah lupakan saya, Allah saja lah yang dapat balas jasa ain. moga Allah permudahkan pula jalan in :) terima kasih untuk sahabat setia wan zuliyana, dia lah orang penting dalam hidup saya. sebab dialah yang banyak tolong saya dan sudi mendengar saat saya sedih. saya akan sentiasa cuba ada untuk dia sampai bila-bila walaupun komitmen saya bertambah sekarang ;) saya tak dapat sebutkan satu-satu nama sahabat di sini,tapi saya hargai anda semua.Maaf andai ada yang terkurang pada majlis kami, saya manusia biasa, saya cuba buat kalian gembira,tapi saya cuma hamba yang tak sempurna dan tak punya apa-apa..



Terima kasih sayang,
Alhamdulillah akhirnya jodoh saya ialah dengan orang yang saya cinta.
Alhamdulillah akhirnya jodoh saya dengan orang yang saya kenal 7 tahun dulu.
Syukurnya suami saya ini ialah orang yang tak pernah tinggalkan saya walaupun saya banyak kekurangan.
Alhamdulillah Allah panjangkan jodoh kami. Dulu saya segan nak bercerita tentang dia, walaupun dia minta banyak kali. katanya saya asyik bercerita tentang orang lain tapi tak pernah bercerita tentang dia.
kisah kami panjang,ada pahit ada manis. mungkin boleh buat novel kuikui.
saya tak pernah minta jodoh saya mestilah kacak, berharta,romantik dan seumpamanya. cukuplah dia itu memahami saya dan boleh terima kelemahan saya.
Bila semangat makin luntur,dia sentiasa ada di sisi tak pernah meninggalkan.
Bila saya langsung tak tahu nak selesaikan masalah research,
dia sanggup fahamkan sendiri walaupun itu bukan bidang dia.
Bila saya menangis sebab tak jumpa penyelesaian,
dia sanggup tinggalkan game-game dan anime dan komik online kegemaran dia tu dan cuba selesaikan.
Bila saya ada masalah, muncullah poskad2 penaik semangat dari dia.
Sepanjang 7 tahun kenal dia, tak pernah sekalipun dia tinggikan suara pada saya.
Bila dia marah, marah tu tak lama, tak pernah lebih dari 2 minit.
Dulu waktu kecil abah selalu bacakan doa untuk saya sebelum tidur.
Alhamdulillah orang yang tak pernah lupa bacakan saya doa sebelum tidur setiap malam
sejak 4 tahun lalu kini jadi suami saya.

 


Saya mahu jadi anak solehah untuk mama dan abah yang akan sentiasa doakan kebaikan untuk mereka.
Saya mahu jadi isteri solehah penyejuk mata untuk suami saya.
ini bukan pengakhiran kisah kami tapi ini permulaan kami untuk laksanakan tanggungjawab.
Moga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke syurga.
Moga Allah kurniakan kami anak-anak soleh/solehah penceria keluarga.



dan ini khas untuk hasparina sensei tersayang! :)







Sunday, August 26, 2012

Sweetnya Dia

kisah titi dan qiqi

titi dan qiqi orang kampung.
titi dan qiqi sama-sama dapat melanjutkan pelajaran ke jepun.
mereka berasa sangat gembira kerana dapat melanjutkan pelajaran di sana di samping dapat kumpul pengalaman hidup di negara orang.
di jepun, titi dan qiqi belajar banyak benda baru.
mereka belajar sesuai kan diri dengan kehidupan di sana;
orang jepun makan nasi dengan chopstik.
tapi titi dan qiqi dah biasa makan nasi dengan tangan.
bila pergi kedai makan, titi dan qiqi belajar makan guna chopstik.macam orang jepun.
mula-mula belajar guna chopstik, titi dan qiqi rasa kekok.
chopstik kadang-kadang terjatuh atas lantai, tercampak ke meja sebelah, makanan tak dapat disepit sempurna dan banyak lagi cabaran yang terpaksa dilalui.


sama-sama usaha tapi hasilnya tak sama

titi usaha.hari-hari titi usaha makan guna chopstik.titi tak putus asa.titi yakin satu hari nanti dia akan mahir gunakan chopstik.
qiqi juga usaha.kali pertama guna chopstik,makanan jatuh.kali kedua,chopstik titi patah.kali ketiga guna chopstik,qiqi cucuk makanan dengan hujung chopstik.qiqi tak pernah putus asa.qiqi tak rasa usaha yang sia-sia.qiqi yakin dia akan berjaya makan guna chopstik dengan betul satu hari nanti.
5 tahun titi dan qiqi di jepun.titi dah jadi orang yang hebat gunakan chopstik.
titi dah mampu makan nasi guna chopstik.
malah titi berjaya makan ikan bakar cicah budu guna chopstik.
tapi qiqi,qiqi langsung tak berjaya makan guna chopstik.qiqi usaha hari-hari tapi qiqi tak berjaya gunakan chopstik dengan sempurna.
kenapa titi boleh jadi orang yang hebat gunakan chopstik dalam masa yang singkat tapi qiqi tak boleh walaupun qiqi dah usaha berkali-kali?


Allah tidak adil kah?

Allah bukan tidak adil.
Allah jadikan titi orang yang hebat gunakan chopstik supaya titi boleh bantu dan ajar qiqi supaya turut jadi hebat gunakan chopstik. 
Allah jadikan qiqi orang yang kurang berjaya gunakan chopstik supaya qiqi boleh usaha, tak putus asa untuk belajar lagi guna chopstik. 


keseimbangan

titi dan qiqi sama-sama dapat pahala.
titi dapat pahala membantu.
qiqi dapat pahala bersabar.
Sweet kan Allah kita.

Wednesday, August 22, 2012

Aidilfitri 1433

Selamat hari raya Aidilfitri 1433 hijrah!
Tahun ini raya meriahhh.walaupun tak ada baju raya,
tapi gembira sangat sebab dapat beraya dengan keluarga.
Tahun lepas beraya di perantauan, 
alhamdulillah tahun ni Allah bagi peluang beraya dengan keluarga semula.
Tapi malam raya tak boleh tidur nyenyak sebab bunyi dentuman mercun 
tak henti-henti sampai ke pagi. >.<
Tahun ini kami memang tak buat kek, kuih atau juadah raya,
hari raya pertama lepas solat sunat aidilfitri,bersalaman dengan ahli keluarga.
Tahun ni alhamdulillah Allah murahkan rezeki saya bagi duit raya untuk keluarga,
tapi yang kelakarnya,bila sampul duit raya dihulur pada mama dan abah,
mereka hulurkan juga pada saya sebab katanya saya dah berhenti kerja lepas ni.
*akan diupdate kisah berhenti kerja di post yang akan datang.
Untung lah dah besar panjang pun dapat duit raya lagi kan :D
Juadah raya pertama kami hari itu mestilah di rumah tokmi.
Tokmi masak lontong,rendang,nasi minyak.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
tak dapat nak dibandingkan dengan apa sekalipun nikmat yang Allah dah beri.
Allah sampaikan saya pada ramadhan dan juga syawal pada tahun ini;
moga Allah sampaikan juga kita semua dengan ramadhan dan syawal yang akan datang.

ini keluarga saya

famili belah mama

famili belah abah


Selamat hari raya semua;
maafkan saya andai ada salah silap,secara terang ataupun sembunyi;
saya manusia biasa yang tak sempurna

Nota: Lepas ni kena diet lagi!walaupun masa bulan ramadan yang lepas dah turun 5 kg,tapi dah boleh nampak tanda-tanda berat badan mahu naik semula >.<

Saturday, August 11, 2012

suka-tak-suka

Kita tak boleh paksa orang untuk suka kita.
Orang pun tak boleh paksa kita untuk suka dia.
Tak apa lah kalau tak disuka orang;
jangan sampai tak disuka Allah.






*Saat akhir ramadhan 1433.




Thursday, August 2, 2012

sudah 13 ramadhan sudah

Hari ini 13 ramadhan sudah.
bagaimana dengan amalan sepanjang 13 hari berpuasa ini?









yea yea esok balik kampung ^^