Thursday, February 28, 2013

lawak johara

setiap pagi suami akan hantar saya ke uitm.
suami mula kerja pada jam 8 pagi jadi kami keluar dari rumah seawal jam 7 pagi.
perjalanan dari rumah sekarang ke uitm tidaklah jauh.
tapi kami masih sempat dengar lawak johara di era fm setiap pagi.
dan kami memang akan ketawa tak henti bila dengar lawak johara. terutamanya saya.
semalam saya tanya pada suami, lawak johara sangat melucukan kan?
tapi suami jawab tidak. tapi yang sangat menghairankan saya, setiap kali kami dengar lawak johara, kami akan ketawa sama-sama.
rupa-rupanya suami ketawa sebab saya ketawa. 
katanya ketawa saya lagi melucukan berbanding lawak johara. ok fine. 
lepas ni saya akan cuba tak ketawa. :D
tapi jauh di sudut hati, macam ada rasa gembira gitu sebab berjaya buat orang ketawa :D
terima kasih johara sebab buat saya ketawa setiap pagi :D

Wednesday, February 27, 2013

saya dan para jurutera :)

walaupun dah semakin tua meningkat dewasa, dan masing-masing sudah ada hala tuju masing-masing, kami tak pernah saling melupakan. satu hari, teman saya di uitm, B bertanyakan latarbelakang pengajian sebelum saya sambung belajar di uitm. saya tak berniat untuk ceritakan kepada teman tersebut bahawa saya pernah belajar di jepun, tapi bila saya cakap buat twinning program di unisel, teman tersebut bertanya, "JAD?" saya hanya jawab ringkas, "ya". saya gembira sebab dah makin ramai yang tahun pasal JAD. dulu kalau cakap JAD, tak ramai orang yang tahu. sekarang, pakcik teksi pun tahu budak-budak yang nak ke jepun tu belajar kat unisel, tinggal di bukit pelangi la haa :D dan baru saya tahu, B juga ada beberapa kenalan di JAD yang merupakan kawan di zaman persekolahan beliau. B tanya saya, kenal tak A,C,D,E,F, saya kata saya kenal, lalu saya update serba sedikit tentang mereka (saya ceritakan hal yang baik-baik sebab semua kawan saya baik). B terkejut sebab saya macam kenal rapat dengan A,C,D,E,F dan tahu tentang perkembangan mereka. saya jawab saya hanya tahu sedikit saja dan sekadar tahu apa yang mereka lakukan sekarang (kerja di malaysia,di jepun,sambung master di jepun dll) berdasarkan update di facebook,twitter,instagram dan lain-lain :D

masing-masing dah ada hala tuju masing-masing, masa untuk kami bertemu dan bercakap juga terhad. hanya sekadar bertanyakan khabar di facebook,twitter,instagram dan sebagainya. dan kadang-kadang kami buat reunion kecil-kecilan. bbq, mandi air terjun, makan malam dan sebagainya.







hampir semua sahabat saya di Malaysia sekarang ialah jurutera.saya pula bergelar pelajar (dan isteri kepada suami saya :P)
tapi saya tak kisah. masing-masing ada impian yang kami ingin gapai.
rasa bangga gitu dikelilingi para jurutera. 
dan saya seronok dengar kehidupan mereka bekerja setiap kali berkumpul beramai-ramai.
moga Allah permudahkan setiap jalan kami. hidup bukan hanya untuk di dunia tapi demi capai bahagia di akhirat sana :')


Thursday, February 21, 2013

apa-apa,mana-mana pun boleh :)

situasi 1:
keluar makan dengan suami.
suami tanya nak makan apa/di mana, jawapan saya
saya nak makan apa yang dia nak makan :)

situasi 2:
keluar makan dengan lecturer atau senior.
lecturer tanya nak makan apa/di mana, jawapan saya
apa-apa pun boleh :)

situasi 3:
keluar makan dengan kawan-kawan.
kawan tanya nak makan apa/di mana, jawapan saya
saya tak kisah, buleh belako ore kelate oyat :)

konklusinya:
1.saya boleh makan apa saja
2.saya sangat susah untuk buat keputusan sebab itu serahkan pilihan pada orang lain
3.saya memang suka makan

hihi.sebenarnya kadang-kadang bila keluar makan,jadi rambang mata nak makan apa.dan yang lebih memeningkan kepala,bila orang akan jawab balik 'saya pun sama,apa-apa pun boleh' dan seterusnya serahkan pada saya kembali untuk memilih.
akhirnya, makan nasi lauk biasa saja lah walaupun dalam hati nak makan ayam kfc :D

Saturday, February 16, 2013

unforgettable event 2: kuala selangor

al-kisah nya saya teringin nak makan ikan bakar.
nak masak sendiri,saya tak reti nak buat perencah ikan bakar yang sedap tu.
jadi saya pun tanya lah pakcik gugel, kat mana ada jual ikan bakar sedap kat area selangor ni
pakcik gugel cakap kat area kuala selangor ada banyak kedai ikan bakar
bila search kat map, kedai ikan bakar berdekatan ada kat pantai remis
aroma ikan bakar nama diberi.
kami tersampai awal sebab bertolak awal dari rumah kononnya takut tersesat jalan..
 kitorang tiba lebih kurang pukul 5 dan orang dah ramai pada masa tu.
kata seorang makcik, beliau datang awal sebab kalau lambat nanti ikan tak banyak pilihan.

saya suka makan ikan tapi saya tak berapa kenal jenis ikan malah tak reti bezakan 
yang mana satu ikan jenahak mahupun kerapu. 
saya hanya kenal ikan pari sebab saya peminat setia ikan pari


lepas pilih ikan macam kat pasar tu, serahkan pada tauke dan nyatakan jenis masakan yang kita idamkan.
haruslah tekun semasa pilih ikan macam dalam gambar di bawah.


lauk pauk sudah siap dimasak. senang saja bukan cara mengorder nya? :D



wahhh menggamit kembali kenangan di pantai remis beberapa tahun lepas:
semasa kursus bahasa jepun di KRM, kami dibawa ke pantai remis untuk menimba pengetahuan bagaimana menangkap adik-beradik kerang dalam pantai berselut gitu.
selama 2 jam berkubang dalam selut, saya hanya dapat sebiji?seekor? kerang
dan sebelah selipar saya hanyut ditelan arus selut pada masa tu.
pengalaman yang tak dapat dilupakan :)



semua ciptaan Allah indah dan menenangkan jiwa.






dan dengan ini saya berikrar dan berjanji bahawa saya akan suka makan ikan bakar sampai bila-bila dan belajar masak ikan bakar sedap-sedap ^^*











Wednesday, February 13, 2013

kutub utara kutub selatan

kami terpisah benua.
mereka di jepun saya di malaysia.
teknologi dah semakin maju kan, semuanya di hujung jari gitu.
nak berkomunikasi antara satu sama lain sangat senang ibarat petik jari saja.
(tapi mereka kena tunggu saya install oovoo lambat sedikit sebab saya seorang saja di Malaysia, tidak guna fibre optik lah :D )
dan jangan dilupakan pada Yang Maha Pemberi segala nikmat ini, terima kasih Allah :)



rindunya pada mereka.
yang tak ada dalam gambar ni pun saya rindu juga.


mereka peminat setia hujung nyawa kecuali yang sorang kat tengah tu hihi. 
kasi can la tengok cerita kat tv malaysia kan.

ok nak pergi sambung buat kerja.