Thursday, December 31, 2009

selamat tinggal 2009..


Beberapa minit je lagi,tahun 2009 akan melabuhkan tirainya..dan lembaran baru tahun 2010 akan dibuka.

semoga segala kisah duka sepanjang tahun 2009 x akan berulang lagi untuktahun2 seterusnya..
dan semoga segala kenangan indah sepanjang tahun ini akan
sentiasa terpahat di hati :)

bila dah masuk tahun 2010 ni,maknanya dah makin dekat la masa untuk saya meninggalkan unisel dan menyambung pelajaran ke Jepun,insyaAllah..bila duk sorang2 je mesti terpikir:macamana la agaknya di Jepun nanti,boleh ke aku survive?mak pulak dah mula risau:saya nak makan ape la kat sana?saya ni x makan roti&biskut..'bila kena bawak sambal daging banyak2.pastu nanti mama suruh makcik ayu buat sambal bilis buat bekal gi sana' 'makan la ayam puas2 kat sini,kat sana nanti x leh makan dh'
ni lah antara kata2 mama.mama jangan risau lah,bila duk Shibaura tu dengan kawan2 yang sama kepala dgn bila,x kan kebulur nya :)

Dah makin dekat jugak la masa untuk saya tinggalkan kawan2 kat JAD:Ji yang banyak buat saya ketawa dan selalu hiburkan saya bila saya sedih,Sohe yang banyak berleter kat saya dan selalu kena buli oleh saya,Hanis yang banyak bagi nasihat dan Sikin yang selalu buli saya dan selalu buat lawak bila kami bersama,Tisu yang sangat2 memahami dan selalu pinjamkan bahu untuk saya,Mus yang selalu cari pasal dengan saya,Becky yang slalu kacau saya walaupun dia memng sah2 lebih kecik dari saya,pasangan kembar Fana Fani yang berbeza pwatakan tapi jiwa tetap serasi,Kakda yang banyak tenangkan saya dan selalu mengingatkan dan Elin yang memahami walaupun suka sakat saya...semua ni akan jadi kenangan bila saya berada di Shibaura nanti..semuanya memang cukup berbeza sebab kena cakap nihon go yang x pera2,pastu dikelilingi dgn orang2 jepun..zannen da ga..semoga saya cepat nareru dengan semua tu,insyaAllah :)

jya..selamat tahun baru~

dare yori mo mama wo aisu!


dare yori mo mama wo aisu
(i love mom more than anyone)

ni antara drama jepun yang saya tonton kat rumah bagi mengisi masa lapang(padahal omwork dok siap lg huhu)..cerita ni dah lama,tahun 2006.tapi memang bes la,kadang-kadang saya gelak sorang2,kadang-kadang saya senyum sorang-sorang,nak nangis pun ada.cerita die berkisarkan pasal 1 famili terdiri drp mama,papa,neechan(kakak),niichan(adik laki),dan musume(kanak-kanak laki).mama kerja sebagai ben-goshi(peguam) yang slalu balik lewat malam.papa lak suri rumah sepenuh masa:papa x kerja sebab nak mama betul2 dapat bekerja dengan gembira tanpa perlu pikir soal rumah tangga.kat setiap episod drama ni,memang terserlah la kasih sayang papa sebab sanggup korban apa saja supaya mama gembira.mama pulak slalu cakap dekat anak-anak dia yang mama x kan berjaya tanpa papa.banyak la konflik2 yang berlaku.anak-anak slalu perang mulut dengan mama dan slalu cakap 'saya x suka mama!' tapi setiap kali gaduh,papa la yang redakan keadaan..pada mulanya saya x senang dengan kemunculan jiran mereka,sorang basan(makcik) sebab saya rasa watak tu macam mengganggu kebahagiaan famili tu tapi rasa nya makcik tu la sebenarnya yang banyak bantu famili tu selesaikan masalah.dan kalo nak tau kesudahannya,anda tonton la sendiri :)

bagus tul la orang jepun buat cerita:betul2 boleh bagi pengajaran.cerita jepun banyak pasal penyiasatan,jadi kadang2 tengok cerita pasal ni pun bes gk :)

banyak pengajaran yang saya dapat daripada cerita ni:kita kadang2 x sedar,muka mak kita nampak macam tenang je,tapi dalam hati die sarat dengan masalah..siapa x sayang mak die kan?saya sayang mama saya gak.saya suka suma masakan mama(suma orang suka masakan mak die :D).dulu masa duk asrama,apa yang saya teringin nak makan,suma mama wat:mi kari,nasi air,spageti,nasi ayam.walaupun mama x suka buat kuih@biskut raya,tapi saya x kisah,sebab saya x makan banyak benda2 tu.dalam tempoh belajar ni,saya x tau camane nak balas jasa mama,saya selalu pikir nak gembirakan mama.mama cakap dia gembira kalau seiseki(result) saya setiap sem bagus.jadi saya kena belajar betul2 la,bukan kat sini je,kat jepun sana pun,saya zetttai akan gembirakan mama.saya suka buat kad untuk mama:dinding dapur kt umah penuh dengan kad2 yang saya buat.tapi sekarang ni,ble dah masuk u,saya dah x ada masa nak buat semua tu,saya beli kat kedai je sebab nak jimat masa.tapi mama cakap dia lebih suka kad yang saya buat sendiri..(nak nangis la pulak :'))

pengorbananmu laksana titisan embun
terhidang di dada subuh
meresapi ranting-ranting
umbut usia pagi

membesarnya anakmu
dalam usia restu musim
bersama tinta doamu
dimuka awan
bersama jemaan pelangi
tangan ibu yang tak ternilai


semoga saya sempat balas jasa mama..dan abah.
semoga mama x sakit lagi..

Friday, December 25, 2009

terlalu lama

tadi belek-belek buku rapi,pastu terjumpa la artikel pendek ni:

terlalu lama berdiri
akan rosakkan tulang
(patut la asik sakit pinggang)

terlalu kerap marah
wajah kelihatan cepat tua
(patut la muka berseri2 lagi :D)

terlalu banyak berfikir
kulit muka cepat berkedut
(byk pk tp xde pun kedut2 kat muka)

terlalu banyak masa lapang
merosakkan fikiran dan boleh menimbulkan pelbagai pnyakit jiwa, jadi masa lapang perlu diisi dengan aktiviti yang POSITIF!!

yosh~~jom isi masa cuti ini dengan benda2 berfaedah,pegi makan angin,wat sukudai,tolong mak kemas umah dll ^^

Wednesday, December 23, 2009

Jika kamu memancing ikan..

Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu..Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja..kerana ia akan sakit oleh sebab bisa ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan dalam persahabatan…Setelah mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya….Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu….

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu….Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula….Akhirnya ia dibuang….Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….

Begitu juga jika kamu bersahabat dengan seseorang, terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya istimewa….Anggaplah dia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi persahabatan kamu akan terus hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk
dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, coba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan menyesal.

::Hargailah Setiap Insan yang hadir Dalam hidup Anda::

Monday, December 14, 2009

hm..

hontou ni.penat nya menjaga hati orang tapi orang x penah pikir nak jaga hati kita.kita buat salah sikit dah terus heboh2 kat satu dunia tapi bila dia buat salah kita x penah pikir nak heboh2 kat orang.kenapa keburukan sendiri x dibaiki tapi sibuk nak becakap pasal orang lain.bak kata orang,gajah depan mata x nampak,kuman yang duk seberang laut tu jugak yang dia nampak.maaf lah,saya x mampu nak marah-marah orang ni.marah tu bukan sifat saya.tapi jangan ingat bila saya x marah,saya diam,maknanya anda boleh berkata sesuka hati,cakap-cakap belakang memburukkan saya..
saya memang suka pendam suma benda,sebab saya x suka marah orang.bila orang tanya kenapa saya susah nak marah orang,knapa saya cepat maafkan orang,knapa saya sangat berlembut hati jiwa dan raga dengan orang,jawapannya sebab saya ni hamba Dia,layak ke saya mempunyai rasa amarah pada hamba Dia gak.biasakan diri untuk memaafkan dan memohon maaf,walaupun terang2 bukan salah kita..sebab x rugi sesen pun.sekalipun ego jatuh,kita ni tetap hamba Allah..
tapi memendam ini adalah sesuatu yang sakit,ye la,kalau cakap nanti terasa pastu gaduh,kalau x cakap nanti dalam hati ni sendiri yang sakit.tapi tu lah jalan yang saya pilih:memendam rasa~

ni satu kelebihan dan kelemahan bagi saya:menjadi kelebihan bila saya mudah bersabar dengan orang tetapi jadi kelemahan bila saya dah terlampau banyak memendam lalu saya terpaksa menangis.tapi bila saya menangis orang kata saya sensitif.tapi orang lain tidak sensitif kah?salah kah menangis?
sungguh,memendam ni bukan sesuatu yang enak.jadi saya ambil keputusan:memendam tu kadang2 x bagus.yang terbaik adalah meluahkan tapi kena berhati2!luahkan pada orang yang betul,yang betul2 boleh dipercayai,yang betul2 boleh zip mulut dia dan bila dia berjanji x kan bagitau orang,dia pegang btul2 pada janji dia..alhamdulillah,orang2 itu ada di sisi saya sekarang saat saya perlukan mereka.trima kasih sangat2.saya tetap masih boleh bersabar,dan moga Allah tingkatkan kesabaran dalam hati saya sampai bila2.sampai saya dapat anak cucu nanti,cucu cicit saya sayang akan opah dia yang penyayang ni :)

Tuesday, December 8, 2009

aishh~


nak diet.tapi abah datang.gi makan.aha ^^