Monday, August 30, 2010

blub blub blub

............................................................................................................................................................................







































kite boleh tau kan kalau orang tu x suka kite?

dari gerak geri dia
dari percakapan dia

tapi kadang2 kite x tau kan apa sebab orang tu x suke kite?

(-_____-")

Friday, August 20, 2010

cuti musim panasku

mode : x ada kerja maka tertaip lah post nih

oleh sebab sekarang bulan puasa,jadi cuti musim panas ni saya habiskan dengan golek2 kat rumah je
(bile result nak kua ni..tibe2 cuak la pulak T_T)
apa bende2 yang saya buat kat rumah selain tido,basuh baju,basuh pinggan?

x kan melayu hilang di jepun..tengok drama melayu online :D

.
cerita ni adaptasi novel..sangatt la bes hihi..

pegi purikura,amik gambar,pastu letak dalam album..menarik jugak :D

main tangkap2

tulih surat sebelum balik Malaysia....

buat kad raye untuk orang yg x balik Malaysia! :D

er..nak pandai nihongo,ganbatte baca buku ni!

ni la antara kerja2 di waktu boring yang saya buat kat rumah..

peringatan : tapi jangan lupa buat amal2 untuk menambahkan pahala di bulan puasa ya!


Friday, August 13, 2010

memberi maaf itu dendam terindah..

Setajam-tajam mata pisau,tajam lagi mata lidah. Kata2 pedih tu lebih menyakitkan dari apa jua senjata tajam sekalipun..Walaupun lidah hanya anggota yang kecil tubuh badan kita, tapi ia dapat membesarkan sekecil-kecil perkara.. Lidah ibarat api, sekecil-kecil api itu dapat menghancurkan apa yang terbakar begitu juga ibaratnya lidah, dapat merosakkan seluruh kehidupan seseorang..

ini pokok lidah buaya

Kadang2 terfikir, kenapa manusia sering menyatakan apa yang dirasanya tanpa mengambil kira perasaan dan penerimaan orang lain;orang yang mendengar.. tidak ke terfikir akan sakit, luka yang akan dialami oleh hati orang lain sekiranya apa yang dituturkan lidah itu sesuatu yang sangat melukakan tangkai rasa hati..Walau apa jua alasannya, kata-kata yang tajam bukanlah jalan penyelesaian pada apa jua sekalipun.lidah x bertulang..Namun itu bukan alasan apa yang dituturkan x perlu ditapis, x perlu dipertimbangkan kesan dan akibatnya.. Kerana mulut santan binasa, kerana lidah juga badan bisa binasa. Itu yang diumpamakan.kerana lidah, akan wujud la dendam di hati..HATI.. Bukankah sukar menjaga hati, inikan pula bila hati itu disajikan dengan kata2 nista, kata2 pedas. Ya, berkata-kata memang mudah.. Namun jika ia dituturkan setajam pisau, sengaja mahu menyakitkan, sengaja mahu melukakan, tidakkah boleh mengundang padah? Padah pada hati yang menerima dan pastinya padah pada lidah yang menuturkan...

Diri ini tetap berpegang bahawasanya pertuturan lidah boleh dikawal dengan kesedaran dan kewarasan. Saya berbicara tentang lidah, tentang bicara lidah yang boleh mematikan hati, menguburkan rasa. Untuk apa? Sebenarnya lebih kepada menyedarkan diri saya sendiri agar sentiasa ingat kita perlu berfikir sebelum berkata-kata.. Biarlah jika hati ini ditusuk tajamnya bisa lidah, namun membalasnya jangan sekali..saya juga percaya biarlah hati kita menangis membuang rasa sakit asalkan kita tidak menyimpan dendam pada apa yang diterima.. Akhir sekali saya juga percaya kemaafan itu adalah dendam yang terindah...

Ramai yang telah tertewas dek tusukan mata pedang, tetapi belum seramai yang gugur kerana lidah. Awas lidah, bicaramu mungkin bukan pada tempatnya...
Hari ini 3 Ramadhan,esok pula 4 Ramadhan..semoga Ramadhan saya ini diberkati..amiin

Thursday, August 12, 2010

cabaran Ramadhan

Ramadhan kali ini agak berlainan dengan Ramadhan2 sebelum ini.Saya kire cabaran menghadapi Ramadhan kali ini paling besar berbanding Ramadhan2 yang lepas..kerana Ramadhan kali ni memang sangat berlainan berbanding Ramadhan2 yang lepas..kali ni saya menyambut Ramadhan berjauhan dengan keluarga tersayang..sebelum ni pun memang saya berpuasa berjauhan dengan keluarga tapi kadang2 abah datang temankan berbuka di Shah Alam,makan nasi beriyani kat Tesco,x pun makan nasi ayam kt Giant..bes sungguh.
berlainan dengan Ramadhan kali ni;bulan puasa di Jepun jatuh pada musim panas,di mana siang nya panjang dan malam nya singkat..subuh seawal pukul 320 pagi,jadi harus bersahur lebih kurang pukul 230 pagi..dan musim panas di jepun ni berlainan dengan di Malaysia,sebab rasa macam panahan cahaya matahari tu laaagi terik..walaupun berbuka puasa dengan beberapa orang rakan je tapi bagi saya dah cukup meriah,dan saya hargai sangat2.walaupun x dapat nak menikmati juadah yang enak2,tapi pengalaman berpuasa di tempat orang ni dah cukup bermakna..dulu kalau nak makan murtabak,boleh cari di bazar ramadhan..atau pun nak makan ikan bakar,abah terus pegi beli kat bazar ramadhan..
tapi kalo nak makan murtabak kat sini,kat bazar ramadhan mana la nak cari kan???kalau nak makan juga memang dah x ada cara lain dah la,kena buat sendiri..dan nak cari bahan-bahan untuk buat murtabak tu pulak,kena pergi beli kulit popia..kulit popia nk cari mana?ada kot di Seiyu yang ala-ala pasaraya Giant di Malaysia..daging?order di internet la jawab nya..cabaran kn?ni baru cabaran mencari murtabak,masih banyak lagi cabaran2 lain yang terpaksa dihadapi orang yang jauh di perantauan ni..sob3..mata terpaksa menahan godaan melihat orang2 jepun makan ais kisar yang ala-ala Air Batu Campur di bawah panas terik matahari..enak nya tapi kena sabar.nama lagi puasa..ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa..

esok berangan mahu buat murtabak...pakcik seiyu,tolong la jual kulit popia esok,kalau x jual sedih la saya.. T_T

Wednesday, August 11, 2010

mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..

sambil2 tunggu nak bersahur pukul 230 jap lagi,saya mahu berkata-kata di sini.tapi kata-katanya pendek saja,sebab saya x larat mau tulis panjang2 malam ni..saya suka berjaulah.saya baru pulang berjaulah dengan kawan2 ke okayama dan kobe.jaulah itu menyeronokkan.sebab saya boleh berjumpa kawan2.saya boleh bergembira dengan kawan2.saya sayang keluarga saya.dalam hidup ni,keluarga duk di tangga teratas selepas Allah dan rasul.dan disusuli kawan2.cik intan sayang manja?selepaskeluarga,selepas kawan2.saya sayang semua.umur saya sudah 21 tahun.tahun depan sudah 22 tahun.tahun depan satu lagi usia ni akan bertambah,dan bertambah dan bertambah.maknanya saya sudah dewasa lah kan?saya mampu membuat keputusan sendiri lah kan?tapi saya tetap x lupa keluarga dan kawan2.usia yang Allah anugerahkan sekarang ini,saya mahu habiskan bersama keluarga dan kawan2.saya sayang keluarga dan kawan2.sayang sangat.mereka ajar saya jadi manusia.cik intan sayang manja?tunggu dulu ya..kita masih belum apa2..saya tahu awak yang paling mendengar saya,awak yang paling memahami saya bila mana orang lain tidak.tapi awak tetap selepas keluarga dan kawan2.dan saya tahu awak tahu benda ni dan awak memahami.untuk keluarga dan kawan2,saya mahu sentiasa bersama kalian,saya sayang kalian,kalian segala2 nya dalam hidup ini,andai diberi emas dan permata,saya tetap pilih senyuman kalian..nanti kan kepulangan saya di kampung halaman,saya pulang 31hb ni :D

" selamat menyambut ramadhan al-mubarak..padanya dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan diikat para syaitan sepanjang bulan ini "

betul jugak..

seorang jejaka berkata kepada saya..

'orang perempuan berkawan ikut mood..kejap mood ok dengan orang tu,tapi esok dah mood x ok dah..tp sebulan lepas tu kamceng balik,tahun depan dah x kamceng,2 3 tahun depan bla..bla..bla..'

betul jugak kata-kata si jejaka itu..
makna nya kawan begini bagus ke x bagus ye???
saaa...saya sebagai perempuan pun x mengerti ini..hm..