Setajam-tajam mata pisau,tajam lagi mata lidah. Kata2 pedih tu lebih menyakitkan dari apa jua senjata tajam sekalipun..Walaupun lidah hanya anggota yang kecil tubuh badan kita, tapi ia dapat membesarkan sekecil-kecil perkara.. Lidah ibarat api, sekecil-kecil api itu dapat menghancurkan apa yang terbakar begitu juga ibaratnya lidah, dapat merosakkan seluruh kehidupan seseorang..
ini pokok lidah buaya
Kadang2 terfikir, kenapa manusia sering menyatakan apa yang dirasanya tanpa mengambil kira perasaan dan penerimaan orang lain;orang yang mendengar.. tidak ke terfikir akan sakit, luka yang akan dialami oleh hati orang lain sekiranya apa yang dituturkan lidah itu sesuatu yang sangat melukakan tangkai rasa hati..Walau apa jua alasannya, kata-kata yang tajam bukanlah jalan penyelesaian pada apa jua sekalipun.lidah x bertulang..Namun itu bukan alasan apa yang dituturkan x perlu ditapis, x perlu dipertimbangkan kesan dan akibatnya.. Kerana mulut santan binasa, kerana lidah juga badan bisa binasa. Itu yang diumpamakan.kerana lidah, akan wujud la dendam di hati..HATI.. Bukankah sukar menjaga hati, inikan pula bila hati itu disajikan dengan kata2 nista, kata2 pedas. Ya, berkata-kata memang mudah.. Namun jika ia dituturkan setajam pisau, sengaja mahu menyakitkan, sengaja mahu melukakan, tidakkah boleh mengundang padah? Padah pada hati yang menerima dan pastinya padah pada lidah yang menuturkan...
Diri ini tetap berpegang bahawasanya pertuturan lidah boleh dikawal dengan kesedaran dan kewarasan. Saya berbicara tentang lidah, tentang bicara lidah yang boleh mematikan hati, menguburkan rasa. Untuk apa? Sebenarnya lebih kepada menyedarkan diri saya sendiri agar sentiasa ingat kita perlu berfikir sebelum berkata-kata.. Biarlah jika hati ini ditusuk tajamnya bisa lidah, namun membalasnya jangan sekali..saya juga percaya biarlah hati kita menangis membuang rasa sakit asalkan kita tidak menyimpan dendam pada apa yang diterima.. Akhir sekali saya juga percaya kemaafan itu adalah dendam yang terindah...
Ramai yang telah tertewas dek tusukan mata pedang, tetapi belum seramai yang gugur kerana lidah. Awas lidah, bicaramu mungkin bukan pada tempatnya...

4 comments:
“Siapa yang banyak bicara maka banyak pula salahnya. Siapa yang banyak salahnya maka banyak pula dosanya. Dan siapa yang banyak dosanya maka api neraka lah lebih utama baginya.” (HR. Thabrani)
potong lidah tu buat sup :D
maafkan saya ye bella raudhah..jika lidah saya ini pernah buat kamo terluka
hehehe:)
dani:tima kasih utk peringatan..
anonymous:eee,x pnah mkn la plak sup lidah
kah:hahaa jue aziz..meminta dan memberi maaf tu amalan mulia kn,sy pun sbg bila raudhah nk minta maaf andai pernah mengguris ati jue aziz :D
Post a Comment