Ramadhan kali ini agak berlainan dengan Ramadhan2 sebelum ini.Saya kire cabaran menghadapi Ramadhan kali ini paling besar berbanding Ramadhan2 yang lepas..kerana Ramadhan kali ni memang sangat berlainan berbanding Ramadhan2 yang lepas..kali ni saya menyambut Ramadhan berjauhan dengan keluarga tersayang..sebelum ni pun memang saya berpuasa berjauhan dengan keluarga tapi kadang2 abah datang temankan berbuka di Shah Alam,makan nasi beriyani kat Tesco,x pun makan nasi ayam kt Giant..bes sungguh.
berlainan dengan Ramadhan kali ni;bulan puasa di Jepun jatuh pada musim panas,di mana siang nya panjang dan malam nya singkat..subuh seawal pukul 320 pagi,jadi harus bersahur lebih kurang pukul 230 pagi..dan musim panas di jepun ni berlainan dengan di Malaysia,sebab rasa macam panahan cahaya matahari tu laaagi terik..walaupun berbuka puasa dengan beberapa orang rakan je tapi bagi saya dah cukup meriah,dan saya hargai sangat2.walaupun x dapat nak menikmati juadah yang enak2,tapi pengalaman berpuasa di tempat orang ni dah cukup bermakna..dulu kalau nak makan murtabak,boleh cari di bazar ramadhan..atau pun nak makan ikan bakar,abah terus pegi beli kat bazar ramadhan..
tapi kalo nak makan murtabak kat sini,kat bazar ramadhan mana la nak cari kan???kalau nak makan juga memang dah x ada cara lain dah la,kena buat sendiri..dan nak cari bahan-bahan untuk buat murtabak tu pulak,kena pergi beli kulit popia..kulit popia nk cari mana?ada kot di Seiyu yang ala-ala pasaraya Giant di Malaysia..daging?order di internet la jawab nya..cabaran kn?ni baru cabaran mencari murtabak,masih banyak lagi cabaran2 lain yang terpaksa dihadapi orang yang jauh di perantauan ni..sob3..mata terpaksa menahan godaan melihat orang2 jepun makan ais kisar yang ala-ala Air Batu Campur di bawah panas terik matahari..enak nya tapi kena sabar.nama lagi puasa..ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa..
esok berangan mahu buat murtabak...pakcik seiyu,tolong la jual kulit popia esok,kalau x jual sedih la saya.. T_T
4 comments:
ムルタバクの写真、おいしそう!:)
ビラちゃん、大変だけど、いつかいい思い出になると思いますよ。:)
おいしそうですね!
先生、日本人の知らない日本語の本を買いました!
oh, それおもしろいよ。gambatte baca buku! :D
ok sensei~
sensei suka bca buku kn?
sy rindu sensei sgt la
kt sini x ada sensei perempuan pakai tudung cun :D
Post a Comment