sebenarnya nak cerita pasal jaulah Korea.jaulah kami disertai 8 orang sahabat yang insyaAllah bertemu dan berpisah kami kerana Allah..kami bertolak dari Narita airport ke Incheon airport.perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam.sesampai je kat airport Korea,kami dah mula panik,sampai ada yang tersilap masuk tempat nak transfer flight ke negara lain disebabkan keliru nak keluar kat pintu yang mana satu.dari airport kami bergerak ke rumah tumpangan iaitu rumah student Seoul,Korea kat sana.mula-mula naik tren,lepas tu tukar naik bas.pemandu yang bawak bas tu memang bawak dengan laju la dan sedikit ganas tapi bagi saya,sama saja keadaan ni dengan kat Malaysia masa nak pegi sunway piramid tu.tak banyak beza.malam tu kami makan di kedai makcik yang buka 24 jam,saya makan nasi lauk sotong pedas.pedas.saya suka pedas jadi saya suka la makanan tersebut.
hari kedua,kami keluar jalan-jalan ke tempat shopping atas persetujuan semua untuk habiskan duit dulu sebelum pergi jalan-jalan kat tempat lain.saya tak berapa ingat nama tempat tu,rasa nya Namdaemun.suasana kawasan tu macam kat Jalan TAR,barang-barang pun murah.maka rambang la mata kami memilih barang.ada satu bangunan yang luas yang memang khas menjual brooch.kami sebagai perempuan yang menggunakan brooch memang tak melepaskan langsung peluang yang ada untuk beli brooch.saya sempat sambar 40 brooch kecik : 20 untuk dear roomate fatina,10 untuk kakma,10 untuk saya..6 brooch besar : untuk alom dan adik,dan untuk famili perempuan sebelah sana :) mama? mama tak mau brooch,mama cuma suruh saya belikan beliau mug yang ada tulis perkataan korea je :) lepas tu,kitorang bergerak ke sebuah kawasan yang saya lupe apa nama tempat tu tapi kat situ jual barang mahal-mahal..banyak kedai international macam forever21,zara,dan lain-lain.kami singgah makan tengahari kat kedai yang jual makanan korea dan sekali lagi,saya lupa nama kedai tersebut.siyes makanan tu lagi pedas dari sotong yang saya makan semalam tapi sebab perut lapar,ku makan semua sampai habis.malam tu pula kami jalan-jalan pergi seoul tower.tiket msuk 8000 won.kat atas tower tu terserempak dengan sekumpulan warga tua jepun.ada sorang pakcik jepun tu tiba-tiba tegur saya sambil melilitkan mufler kat kepala dia sambil cakap 'sama tak'. (-_-'') tak sama langsung pakcik,saya pakai tudung lagi comey dari pakcik.kat kawasan bawah tower tu ada deretan pokok,tengok dari jauh pokok-pokok tu macam pokok krismas tapi bila pergi tengok dalam jarak yang dekat dengan pokok tu, sebenarnya pokok tu di 'mangga'.couple-couple yang pegi sana percaya yang kalau sangkut mangga kat pokok tu nanti cinta diorang diikat teguh la kononnya.
hari ketiga,kami pergi istana gunggunggung apa entah nama dia..kawasan istana tu sangat besar.dan kami berkesempatan mencuba baju diorang yang macam kimono jepun tu.free of charge.kawasan istana tu macam tempat pelancongan la..sebab banyak ada tanda tempat-tempat bersejarah.malam tu pula kami pergi jalan-jalan dekat kawasan shopping lagi dan sekali lagi saya lupa nama tempat tersebut.dan baju-baju kat sana suma murah-murah.saya sempat sambar satu.
hari keempat,kami sarapan pagi dengan nasi goreng pataya.sekali lagi kami pergi ke tempat beli-belah yang murah tu.yang nama Namdaemun tu.kenapa saya ingat nama satu tempat ni je?sebab ini tempat shopping :)) petang tu kami pergi masjid seoul yang terletak kat itaewon.seronok dapat pergi masjid seoul.cantik sangat seni bina masjid ni.malam tu kami pegi makan malam dekat kedai yang adik anis(tourist guide) kitorang kerja.taj palace namanya.saya makan nasi goreng sama dengan kakak fana dan adik fani.yang lain semua makan nasi beriyani.makanan kat sini sedappp.sambil-sambil makan kami main intenet sebab dapat wi fi free.
itaewon ni banyak sungguh kedai-kedai islam.tempat makan halal sangat lah banyak.kedai jual barang makanan halal pun banyak.siap ada orang tokyo yang bawa balik kicap dan tin sardin 3 biji sebab barang kat sana murah.oppps...
hari kelima,kami gerak awal ke Pulau Nami.Pulau Nami ni tempat penggambaran drama winter sonata.perjalanan ke sana amik masa 3 jam.dan kami menaiki pelbagai kenderaan ke sana.dimulai dengan menaiki bas dalam setengah jam,3 kali tukar tren,lepas tu naik teksi,lepas tu naik feri.banyak kan kenderaan kitorang naik semata-mata nak pergi tempat tu yang hanya ada hutan-hutan je.tapi tu la pengalaman :) ramai juga terserempak dengan pelancong dari malaysia kat sana.dan pulau nami tu sangat la luas.jalan-jalan pun seronok.malam tu,saya dengan syafikah keluar makan-makan dengan kawan sekolah lama,yisan dengan neli.diorang belanja makan belut bakar.sangat la sedap sebab tak hanyir macam belut jepun.terubat rindu pada belut.sebelum tu,saya pergi borong seaweed korea dekat pasaraya Lotte.seaweed Korea sangat la sedap.saya beli banyak sangat seaweed kat sana dan saya memang suka seaweed.jajan saya kat sini :)
antara 3 negara,Jepun,Korea,Malaysia..semua ada tarikan masing-masing.
saya suka Jepun,sebab Jepun negaranya aman.tak banyak sampah.bersih.barang mahal sedikit tapi nak buat macamana,Jepun negara membangun.saya boleh pergi ke mana-mana saja dalam masa yang cepat sebab keretapi Jepun laju.ini yang paling best,servis Jepun hebat.orangnya ramah.kalau hilang barang kat sini,insyaAllah akan jumpa balik sebab orang Jepun tak ambil barang orang sesuka hati.dan yang paling saya suka,kat Jepun ada aburi hotate sushi yang saya sukaa
saya suka Korea,sebab Korea x serius macam negara Jepun.walaupun orang dia sedikit kasar,tapi diorang pun macam orang Malaysia jugak,diorang bising-bising dalam tren.orang jepun tak bising langsung dalam tren.kitorang memang sama-sama bising la dengan orang Korea yang lain kat dalam tren tu,macam tren tu kami yang punyaaaa..kalau dalam tren Jepun,tak berani nak bercakap.nak batuk pun takut sebab semua orang senyap.makanan korea ada rasa,tak sama dengan makanan Jepun yang rasa dia halus-halus je.serius saya suka makanan Korea yang pedas.terutama belut bakar tu.barang-barang pun murah.tapi Korea sejuk sangat,saya tak berapa boleh tahan suhu sejuk kat sana..
ini belut bakar.cara nak makan dia ialah kita tunggu dia masak dulu,lepas tu letak dia dalam sayur salad,letak bawang putih,letak lada,balut daun salad tu dan ngapp masuk mulut :D
saya suka Malaysia,sebab Malaysia ada keluarga saya yang tercinta.orang Malaysia pun ramah.makanan Malaysia sedap-sedap.Malaysia tak sejuk langsung dan tak panas sangat macam summer kat Jepun.Malaysia banyak makanan halal.Malaysia ada banyak masjid.kat Malaysia boleh dengar azan tiap-tiap hari secara live.Malaysia ada macam-macam yang saya suka lah :))))
nak pergi melancong ke tempat lain lagi..nak pergi China,Singapore,Kanada atau Sydney..dan sangat mahu pergi tengok alhambra...honeymoon ka na.... :)
10 comments:
honeymoon ka na..haha
honeymonn ka na..haha
seronok ny gi jlan2 :\
dah beli barang2 untuk keluarga sebelah sana tu...nabira dah nak kahwin? or dah kahwin? :D apa2 pun jgn lupa bgtau saya!!! :)
anonymous2:bso ciktin..
sensei:ie2 mada desu sensei hihi..lmbt lg lah sensei,kena habis belajar dulu. :)
bila : next time jom melancong same2 nk? cuti2 dlm malaysia pn jd la kn?
;)
linnn nk sgt2 jln2 dgn lin..i'm waiting!nk jln2 n borak2 byk3 dgn lin! :))
linnn nk sgt2 jln2 dgn lin..i'm waiting!nk jln2 n borak2 byk3 dgn lin! :))
lol,terang la sambil tunjuk gambar..huhu
tok cekat la nk buh gambar cer..mu bc la post ni sambil tgk gmbr kt fb.baru mencabar sikit :D
Post a Comment