Wednesday, February 1, 2012

kalau nak sihat kena makan ubat tapi..

woaaahhh lamanya dah tak update blog.
tak sempat sengoti sebab masa sangat mencemburui untuk berblog sekarang.
lepas hantar itu, kena buat ini pula. lepas buat itu, kena hantar ini pula.
tapi alhamdulillah kesibukan dah berkurang sedikit.
jadi boleh lah curi masa sedikit untuk update blog yeah!

tapi sebenarnya tak ada idea pun nak tulis apa..
cuma rasa nak mengupdate blog je.

tak sampai dua bulan je lagi nak tinggalkan Jepun.
kat jepun ni kan, saya belajar banyak benda.
salah satunya mestilah belajar masak.
kat malaysia tak perlu susah-susah nak masak,
 boleh makan masakan mama, boleh beli je dekat pasar malam.
saya dah jadi sangat suka memasak.
walaupun kerja bertimbun tapi saya curi juga masa untuk masak.
*mengidam punya pasal.
1.nasi daging.baru je buat tadi.
2.ikan percik.
3.makaroni goreng
4.puding gula hangus
5.bistik daging
6.kek cekelat
7.sup ikan merah
8.laksa kelantan
9.mi goreng biasa je
10.mi kari

dan bermacam-macam lagi.
tak adalah nampak menarik sangat kan.dan tak adalah sedap sangat.
biasalah kali pertama buat. tapi lain kali saya akan buat sedap-sedap-sesedap mungkin.

saya tak berapa sihat.
sebab sekarang makin sejuk kan.kulit jadi kering.saya pula kurang minum air.
jadi setiap malam saya berusaha habiskan sebotol air mineral 1 liter tu.
tak nak sakit-sakit di saat-saat genting ni.

oh ya,tajuk post kali ni sambungan nya di sini.
kalau nak sihat kena makan ubat tapi..
ubat rasanya pahit.
tapi
kadang-kadang kita leka mengecapi manisnya hidup,
maka pahit yang datang itu ubatnya agar kita pulang cari Dia..

4 comments:

Has said...

nabila chan, sejuk kan sekarang. mmg kulit cepat kering. pakai losyen, lip gloss, minum air supaya tak kena batuk dan makan ubat bila tak sihat :)

syazwe said...

nk gk puding gulo hangus :((
my favourite tu.hihi..

aReLaN said...

hohoho...bagus2.nanti takde la susah sangat.dah banyak pengalaman memasak pe sume kan.nanti dah blik malaysia,mesti rindu la kat nihon.waaaaa

Nur Nabila said...

sensei:terima kasih!alhamdulillah saya dah makin sembuh,saya dah amalkan tips2 yang sensei bagi :))

we:nnt sy buatkn ye lain kali ;))

senpai:hihi..tu lah.mak dah pesan balik ni sila buat semua-semua ni.nnt blik msia,hrp x rindu sgt la kt nihon,dh susah nk dtg sini balik lpas ni >.<