Thursday, February 28, 2013

lawak johara

setiap pagi suami akan hantar saya ke uitm.
suami mula kerja pada jam 8 pagi jadi kami keluar dari rumah seawal jam 7 pagi.
perjalanan dari rumah sekarang ke uitm tidaklah jauh.
tapi kami masih sempat dengar lawak johara di era fm setiap pagi.
dan kami memang akan ketawa tak henti bila dengar lawak johara. terutamanya saya.
semalam saya tanya pada suami, lawak johara sangat melucukan kan?
tapi suami jawab tidak. tapi yang sangat menghairankan saya, setiap kali kami dengar lawak johara, kami akan ketawa sama-sama.
rupa-rupanya suami ketawa sebab saya ketawa. 
katanya ketawa saya lagi melucukan berbanding lawak johara. ok fine. 
lepas ni saya akan cuba tak ketawa. :D
tapi jauh di sudut hati, macam ada rasa gembira gitu sebab berjaya buat orang ketawa :D
terima kasih johara sebab buat saya ketawa setiap pagi :D

Wednesday, February 27, 2013

saya dan para jurutera :)

walaupun dah semakin tua meningkat dewasa, dan masing-masing sudah ada hala tuju masing-masing, kami tak pernah saling melupakan. satu hari, teman saya di uitm, B bertanyakan latarbelakang pengajian sebelum saya sambung belajar di uitm. saya tak berniat untuk ceritakan kepada teman tersebut bahawa saya pernah belajar di jepun, tapi bila saya cakap buat twinning program di unisel, teman tersebut bertanya, "JAD?" saya hanya jawab ringkas, "ya". saya gembira sebab dah makin ramai yang tahun pasal JAD. dulu kalau cakap JAD, tak ramai orang yang tahu. sekarang, pakcik teksi pun tahu budak-budak yang nak ke jepun tu belajar kat unisel, tinggal di bukit pelangi la haa :D dan baru saya tahu, B juga ada beberapa kenalan di JAD yang merupakan kawan di zaman persekolahan beliau. B tanya saya, kenal tak A,C,D,E,F, saya kata saya kenal, lalu saya update serba sedikit tentang mereka (saya ceritakan hal yang baik-baik sebab semua kawan saya baik). B terkejut sebab saya macam kenal rapat dengan A,C,D,E,F dan tahu tentang perkembangan mereka. saya jawab saya hanya tahu sedikit saja dan sekadar tahu apa yang mereka lakukan sekarang (kerja di malaysia,di jepun,sambung master di jepun dll) berdasarkan update di facebook,twitter,instagram dan lain-lain :D

masing-masing dah ada hala tuju masing-masing, masa untuk kami bertemu dan bercakap juga terhad. hanya sekadar bertanyakan khabar di facebook,twitter,instagram dan sebagainya. dan kadang-kadang kami buat reunion kecil-kecilan. bbq, mandi air terjun, makan malam dan sebagainya.







hampir semua sahabat saya di Malaysia sekarang ialah jurutera.saya pula bergelar pelajar (dan isteri kepada suami saya :P)
tapi saya tak kisah. masing-masing ada impian yang kami ingin gapai.
rasa bangga gitu dikelilingi para jurutera. 
dan saya seronok dengar kehidupan mereka bekerja setiap kali berkumpul beramai-ramai.
moga Allah permudahkan setiap jalan kami. hidup bukan hanya untuk di dunia tapi demi capai bahagia di akhirat sana :')


Thursday, February 21, 2013

apa-apa,mana-mana pun boleh :)

situasi 1:
keluar makan dengan suami.
suami tanya nak makan apa/di mana, jawapan saya
saya nak makan apa yang dia nak makan :)

situasi 2:
keluar makan dengan lecturer atau senior.
lecturer tanya nak makan apa/di mana, jawapan saya
apa-apa pun boleh :)

situasi 3:
keluar makan dengan kawan-kawan.
kawan tanya nak makan apa/di mana, jawapan saya
saya tak kisah, buleh belako ore kelate oyat :)

konklusinya:
1.saya boleh makan apa saja
2.saya sangat susah untuk buat keputusan sebab itu serahkan pilihan pada orang lain
3.saya memang suka makan

hihi.sebenarnya kadang-kadang bila keluar makan,jadi rambang mata nak makan apa.dan yang lebih memeningkan kepala,bila orang akan jawab balik 'saya pun sama,apa-apa pun boleh' dan seterusnya serahkan pada saya kembali untuk memilih.
akhirnya, makan nasi lauk biasa saja lah walaupun dalam hati nak makan ayam kfc :D

Saturday, February 16, 2013

unforgettable event 2: kuala selangor

al-kisah nya saya teringin nak makan ikan bakar.
nak masak sendiri,saya tak reti nak buat perencah ikan bakar yang sedap tu.
jadi saya pun tanya lah pakcik gugel, kat mana ada jual ikan bakar sedap kat area selangor ni
pakcik gugel cakap kat area kuala selangor ada banyak kedai ikan bakar
bila search kat map, kedai ikan bakar berdekatan ada kat pantai remis
aroma ikan bakar nama diberi.
kami tersampai awal sebab bertolak awal dari rumah kononnya takut tersesat jalan..
 kitorang tiba lebih kurang pukul 5 dan orang dah ramai pada masa tu.
kata seorang makcik, beliau datang awal sebab kalau lambat nanti ikan tak banyak pilihan.

saya suka makan ikan tapi saya tak berapa kenal jenis ikan malah tak reti bezakan 
yang mana satu ikan jenahak mahupun kerapu. 
saya hanya kenal ikan pari sebab saya peminat setia ikan pari


lepas pilih ikan macam kat pasar tu, serahkan pada tauke dan nyatakan jenis masakan yang kita idamkan.
haruslah tekun semasa pilih ikan macam dalam gambar di bawah.


lauk pauk sudah siap dimasak. senang saja bukan cara mengorder nya? :D



wahhh menggamit kembali kenangan di pantai remis beberapa tahun lepas:
semasa kursus bahasa jepun di KRM, kami dibawa ke pantai remis untuk menimba pengetahuan bagaimana menangkap adik-beradik kerang dalam pantai berselut gitu.
selama 2 jam berkubang dalam selut, saya hanya dapat sebiji?seekor? kerang
dan sebelah selipar saya hanyut ditelan arus selut pada masa tu.
pengalaman yang tak dapat dilupakan :)



semua ciptaan Allah indah dan menenangkan jiwa.






dan dengan ini saya berikrar dan berjanji bahawa saya akan suka makan ikan bakar sampai bila-bila dan belajar masak ikan bakar sedap-sedap ^^*











Wednesday, February 13, 2013

kutub utara kutub selatan

kami terpisah benua.
mereka di jepun saya di malaysia.
teknologi dah semakin maju kan, semuanya di hujung jari gitu.
nak berkomunikasi antara satu sama lain sangat senang ibarat petik jari saja.
(tapi mereka kena tunggu saya install oovoo lambat sedikit sebab saya seorang saja di Malaysia, tidak guna fibre optik lah :D )
dan jangan dilupakan pada Yang Maha Pemberi segala nikmat ini, terima kasih Allah :)



rindunya pada mereka.
yang tak ada dalam gambar ni pun saya rindu juga.


mereka peminat setia hujung nyawa kecuali yang sorang kat tengah tu hihi. 
kasi can la tengok cerita kat tv malaysia kan.

ok nak pergi sambung buat kerja.






Friday, February 8, 2013

ayam kfc vs udang butter prawn

Tajuk tiada kena mengena.


Setiap orang pasti ada sekurangnya satu peristiwa yang tak dapat dilupakan. 

Walaupun saya ada banyak, tapi hari ni teringatkan satu peristiwa yang tak dapat dilupakan gitu. peristiwa hari pertama masuk sekolah.
Sekolah Stmfp kebanggaanku membimbing anak watan.
Seperti orang lain, hari pertama masuk sekolah berasrama pasti menyedihkan.
Walaupun kakak saya senior di sekolah tersebut tapi
 terpisah dari keluarga dan persekitaran baru cukup mencuakkan.
Hari pertama mendaftar ditemani abah dan mama juga arwah tok ayah. 
Sebelum pulang, mama belikan kfc dan kami makan beramai2. 
Bagi orang homesick seperti saya, sekalipun dihidangkan udang butter prawn pada masa tu tiada gunanya sebab tengah cuak; sekejap lagi mama dengan abah dah nak balik.
Lalu mama tapaukan saya seketul paha ayam goreng kfc . 
Mama balut ayam tersebut dengan tisu. 
Mama pesan supaya makan ayam tersebut malam tu kalau lapar. 
Saya angguk dan beredar ke asrama. 
Saya letakkan ayam tersebut dalam loker kayu saya. 

Malam tu saya langsung tak makan ayam tersebut, saya biarkan saja dalam loker.
Malam tu juga saya telefon mama sambil menangis sambil ditemani housemate, Suha. 
Suha pun menangis juga bila tengok saya menangis. 
Semestinya Suha juga homesick seperti saya.
Mama tanya saya, kalau saya nak bersekolah di sekolah harian mama akan datang ambil. Pada masa tu saya fikir saya tak sanggup kecewakan mama abah. 
Mama susah payah buat persiapan dan beli barang untuk saya belajar di sekolah berasrama, saya tak sampai hati nak hampakan mama.
Nasihat mama, lama-lama pasti saya dapat biasakan diri.
Biasalah, hari pertama di tempat baru, kawan pun hanya ada seorang.
Makan nasi pula di dalam tray besi berlaukkan kari ikan 'jaket'.
Tidur pula atas katil dua tingkat bergoyang-goyang.

Berbalik kepada kisah ayam berbalut tisu tadi, 
tahu tak berapa lama ayam tersebut terkurung dalam loker saya? Seminggu. Ya seminggu. Sebab setiap kali saya tengok ayam tersebut saya memang sebak teringatkan mama. 
Serius saya menangis bila tengok ayam berbalut tisu. 
Jadi saya langsung tak tengok ayam tersebut dan 
seboleh-bolehnya akan elakkan daripada tengok ayam tersebut.
Ayam tersebut langsung saya tak sentuh. 
Hari ke 7, saya sentuh ayam tersebut sebab dah tak berapa homesick
memang sudah keras kekung orang kelate kate. Haha. 
Beberapa tahun selepas saya bersekolah di situ, 
baru saya ceritakan pada mama abah dan adik beradik. 
Dan seperti yang dijangka mereka ketawakan saya. 
Dan kisah tu diungkit mereka sampai sekarang. 

Abah cakap saya tak patut homesick sebab abah dan mama hantar pergi sekolah, datang melawat setiap minggu ditambah lagi rumah saya dekat saja dengan sekolah. 
Abah dulu sekolah di Sdar seremban, jauh dari keluarga tambahan pula cik (arwah tok saya) hanya hantar abah sampai stesen keretapi saja.
Sekian. Anda juga semestinya ada kisah yang tak dapat dilupa seperti saya kan?
Kisah ayam berbalut tisu terkurung dalam loker kayu :D 

Monday, February 4, 2013

cerita pendek

sebenarnya dah taip post tajuk lain
tapi dah lama tunggu nak cerita post yang satu ni.
nak bercerita pasal kehidupan sebagai pelajar master.

saya merupakan pelajar sarjana di uitm shah alam malaysia.

di uitm kita boleh pilih samada nak sambung sarjana by coursework atau by research
saya rasa lain universiti, lain sistem nya sebab kawan saya yang mendaftar di upm untuk sambung sarjana by research tapi beliau kena ambil beberapa subjek juga.
sebelum tu nak minta maaf sebab post ni mengalami pencampuran bahasa inggeris dan bahasa melayu ya. 
kalau by coursework, kena ambil jugyou (eh alamak bahasa jepun pun bercampur sekali) bermaksud kena pergi kelas macam biasa, dan nanti ada final projek dan kena tulis thesis.
kalau by research, tak perlu ambil apa-apa subjek, hanya perlu ke lab dan buat research dan perlu defense proposal (ala-ala chukan happyou) dan di akhirnya kena present viva (ala-ala saisyu happyou)
dan minimum kena pergi 2 conference sepanjang tempoh belajar.
tempoh sarjana by coursework lagi pendek dari sarjana by research. bab yang mana susah yang mana senang, tak berani nak komen sebab daripada 10 orang yang diinterview, 5 cakap coursework senang, 5 cakap research senang. jadi masing-masing ada pendapat masing-masing.
siapa nak habiskan master cepat, sambungla by coursework.
siapa nak pengalaman beresearch lebih sikit untuk digunapakai time jadi lecturer nanti, sambungla by research.
saya pula sambung sarjana by research. pada mulanya keliru juga nak sambung by coursework atau by research. tapi sebab supervisor dah bagi tajuk untuk master by research dan atas nasihat daripada beliau saya tak dibenar sambung by coursework.

oh ya berkenaan dengan supervisor pula, sebelum tamatkan degree di jepun dulu saya dah mula mencari supervisor di malaysia. banyak juga emel yang saya hantar kepada beberapa lecturer di sini, tapi sebilangan kecil saja yang bagi respon. maka kita kena rajin kan diri mencari dan menghantar. sebab orang malaysia jarang buka emel. supervisor saya sekarang ialah seorang yang sangat prihatin sebab beliau yang banyak bantu dan sentiasa balas emel dari saya.
pertemuan pertama dengan beliau, beliau tawarkan saya jadi research assistant seorang lecturer. dan oleh sebab pada masa tu saya baru sahaja berhenti kerja, saya terima tawaran beliau.
bila saya bergelar seorang research assistant, ada beberapa perkara yang tak menyenangkan berlaku. di mana saya sedikit ditindas (bukan oleh ketua projek saya mahupun supervisor, mereka sangat baik)
maka tak lama lagi saya sudah tidak akan bergelar research assistant lagi, syukur sekarang saya dapat tawaran yang lebih baik dari itu :)

ahli lab saya terdiri daripada 5 orang.2 lelaki dan 3 perempuan. masa saya belajar di jepun dulu, saya jarang bercakap dengan ahli lab kecuali beberapa orang. masalah bahasa adalah salah satu sebab saya jarang berkomunikasi. saya lebih banyak mendengar dari bercakap. tapi bila belajar di malaysia ni, saya ingatkan saya akan cakap banyak dengan ahli lab, rupanya saya masih lebih banyak mendengar dari bercakap. tapi tetap rasa seronok bila mendengar mereka bercerita. mungkin juga sebab mereka lelaki jadi isi perbualan tu tak sehala gitu. oh, tapi yang peliknya saya punya ramai kawan di sini. ke mana-mana saya pergi ada saja yang menegur dan minta nombor telefon (perempuan sahaja ya). senior saya pun hairan, beliau dah tahun akhir tapi tak punya ramai kawan. saya yang baru masuk semester pertama dah punya ramai kenalan (ini bukan untuk mengangkat diri sendiri ya). mungkin juga sebab saya suka bertanya :D

supervisor saya suruh saya menjiwai research saya. pupuk minat pupuk minat pupuk minat. di samping supervisor yang banyak membantu, co-supervisor saya juga sangat banyak membantu dan prihatin. supervisor dan co-supervisor saya dua-dua perempuan ya. terasa macam dapat dua ibu baru gitu :D

setakat ini sahaja cerita saya untuk kali ini, moga kita berjumpa lagi di lain hari sebab ada beberapa perkara penting harus diselesaikan hari ini.jumpa lagii!