Sunday, August 16, 2009

hujung minggu terisi lagi..


" Allah x pernah perlukan kita tapi kita memerlukan Allah "

kata-kata dari pak Lan yang cukup menyentuh hati saya.Sungguh,Allah memang tidak memerlukan saya kalau saya ini tidak ada di dunia sekali pun.Tetapi saya amat memerlukan pertolongan dari Nya untuk terus hidup di atas muka bumi Mu ini ya Allah.semoga program2 seperti PRISMA akan lebih dimantapkan lagi di masa-masa yang mendatang.

Firman Allah SWT:"Katakanlah, ini jalan (agamaku). Aku dan orang-orang yang mengikut mengajak (kamu) kepada kamu dengan hujjah yang nyata. Maha suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik" (Yusuf:108)

Sungguh,jalan ini jalan yang sukar. Tapi ini jalan yang benar. Kita harus meneruskannya. Walau beribu dugaan datang melanda, jangan mudah memberi alasan..peringatan untuk diri sendiri ini juga yang sentiasa lemah.Walaupun badan ini amat penat semalam, namun Allah berikan tenaga pada hari ini untuk ganbatte menyiapkan report Nihon Kei.Alhamdulillah.Siap.Semoga Allah sentiasa mempermudahkan jalan saya dan kawan-kawan.

Tima kasih Nadiah dan Tanabe san,nihon de mata aimashou.hari ini juga gembira.

Tuesday, August 11, 2009

Hujung minggu yang terisi


Kesempatan hujung minggu yang ada pada hari Sabtu lepas, saya gunakan dengan mengikuti satu forum perdana yang diadakan bulanan di MSSAS (masjid biru) Shah Alam. Walaupun perut lapar namun kami kuatkan semangat, sekadar mengalas perut dengan sebiji pau. Ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Harun Din dan Doktor Rubiah memang gandingan yang cukup mantap. Diri ini memang sudah lama ingin melihat Ustaz Harun Din secara dekat, alhamdulillah Allah makbulkan.. tidak banyak beza dengan yang saya lihat di dalam kaca TV, ustaz memang seorang yang lemah lembut dalam bertutur, kata2 beliau memang menusuk kalbu, berbeza dengan Dr Rubiah yang lantang bersuara namun kedua2 panel punya cara tersendiri yang saya kagumi walaupun berbeza dari segi penyampaian. Tajuk forum pada malam itu ialah 'melahirkan generasi beriman dan bertakwa'. Isi menarik. :) Ada satu kata2 daripada Dr Rubiah yang menarik hati saya dimana beliau cukup menegaskan bahawa untuk melahirkan generasi yang beriman dan bertakwa, semuanya harus bermula di rumah, oleh ibu-bapa..

'Ibu bapa jangan gred kan anak-anak macam gred buah durian. Yang ni yang elok sikit, ni yang x berapa elok, yang ni sah2 la buruk,busuk. Kalau anak-anak dapat markah exam 60, katakan lah "pandainya anak mak", kalau anak-anak dapat 40 markah sekalipun, puji lah jugak.'

Berbeza dengan mama, mama memang cukup menekan kan saya mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Kalau saya dapat B, mama tanya kenapa x dapat A. Kalau saya dapat A sekali pun, mama tetap bertanya kenapa x dapat A+. Tapi saya x kisah dengan pertanyaan2 mama, sebab saya tahu mama nak menaikkan semangat saya untuk belajar lebih bersungguh2. Jadi saya kena belajar bersungguh2. Bersungguh-sungguh yang bagaimana? Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah yang tinggi. Markah exam saya yang lepas tidaklah terlalu tinggi walaupun banyak juga bilangan A yang saya kutip, namun saya bersyukur,alhamdulillah, itulah hasil titik peluh usaha saya. Kena ganbatte lagi!!

Rakan saya, Sohair juga menulis sedikit sebanyak tentang pengalaman kami berada di sana. Jika berkesempatan, lawatilah blog ini : http://al-kauthar-myjournal.blogspot.com/

Kepada Sikin dan Sohair, semoga demam kalian cepat2 baik, aminn..

Tuesday, August 4, 2009

('_')

khas untuk fauziah ngn aida yang sedang layan cerita Nur Kasih,Fana yang tengah buat nota,Adi yang sedang layan cerita korea :)
Align Center
Apabila kau ingin berteman,
jangan lah pandang pada kelebihannya
kerana mungkin dengan 1 kekurangan
kau akan menjauhinya..
andai kau ingin berka
wan,
jangan lah dinilai kebaikannya
kerana mungkin dengan 1 kelemahan
kau akan membencinya..
jika kau ingin bersahabat,
jangan lah diuji akan ilmunya
kerana apabila dia buntu
mungkin kau akan menyisihnya..
andai kau ingin berteman,
terimal
ah dia seadanya
kerana dia hanya manusia biasa..
moga ukhuwah yang dibina
sentiasa diberkati & diredhaiNya.
AMIN..

Friday, July 31, 2009

(~~,)

Ye.saya makan pizza hari ni.walaupun x dapat makan spageti,tapi x pe,lain kali saya gi makan dengan Elin plak ^^.Berkesempatan keluar dengan Kak Yun,saya teramat gembira::sebelum ni saya dah pernah jumpa Kak Yun,tapi x berkesempatan nak berbual panjang.Walaupun saya x banyak cakap,tapi saya gambira dapat dengar cerita2 kak Yun sepanjang duk kat Jepun.Antara cerita kak Yun yang menarik hati saya:

"Dekat Jepun ada satu kedai makan nama Sweet Paradise:kat situ,makan la nak makan seberapa banyak pun makanan kat situ selama satu setengah jam,suma makanan manis2 tapi ada gak spageti,nasi goreng..kalau ada perempuan yang cakap: 'saya x suka la makanan manis2 ni' tapi bile gi sana,rambang mata nak pilih mane satu kek yang nak makan sebab banyak sangat."

"Kat Jepun nanti,ada je makan2 dengan menteri2 kat hotel2 5 bintang terutama masa raye..makanan die bes2 n klas2,macam2 ade.ade chocolate fountain,boleh je nak makan bermacam2 buah-buahan yang salut dengan coklat..uuu besnye..ade awabi,yang tu la makanan jepun yang femes."

awabi.apa tu?saya pun x tau.kegemaran saya terhadap makanan memang le tinggi,jadi saye akan menunggu la saat tiba di Jepun nanti untuk makan awabi tu.

Lagi yang menarik:

"Kak Yun,kat sana naik densha memang la x de hal densha tu sampai tepat pada waktunya,kalo bas camana?x kan sampai on time jugak,manusia kan yang bawak bas tu?muri2 nak sampai awal.."

"Laa densha pun manusia gak yang bawak.Bas diorang pun memang sampai tepat pada masa gak la."

"Tapi kalau trafic jam?Mesti sampai lewat gak kan?"

"X kan sampai lewat punye..diorang memang dah rancang semua,diorang memang dah kire berapa traffic light kena lalu,berapa purata,pasal traffic jam pun diorang dah pk awal2.kalau x de traffic jam,diorang bawak bas tu slow2 biar sampai on time gak."

Huishh orang Jepun ni..
Lagi2:

"Kak Yun,elok beli kereta kat sini ke kat Jepun?"

"Eh,beli kat sane la,tengok kereta ni(saya x tau jenama apa,tapi kereta yang saya naiki tu memang hebat gile la,warna putih n ada tulis perkataan 'stream' kat blakang kereta tu) Kak Yun beli cash RM50 ribu tau."

kereta tu second hand tapi macam yang first hand je.prosedur die mungkin agak rumit tapi puas hati la.satu lagi tentang AP,kata kak Yun,AP tu memang penting untuk mengurang kan tax.tax biasa adalah sebanyak 300%!!!!kalau kak Yun beli kereta die tu,tax die dalam 50% je..

ye.macamana la saya nak bali kereta kat sana,saya ni mana la ambil lesen lagi,nak lintas jalan besar pun takut.aduh..pernah mencadang kan kat seseorang yang saya nak ambil lesen,tapi orang tu memang membantah sebantah2 nya cadangan saya tu sebab bimbangkan saya yang takut nak lintas jalan ni.mama dengan abah pun x pernah bersungut suruh saya ambil lesen,jadi saya rasa biar je lah dulu..mungkin saya akan ambil lesen lepas balik dari Jepun nanti.rugi la x ada lesen ni,bak kata Kak Yun:

"Kalau belajar setinggi mana pun,peringkat master ke,phd ke,kalau x ade lesen x de maknenya.."

Pertemuan yang menggembirakan:Kak Yun memang hebat,die suruh saya baca cepat2 senarai casting cerita katun Atashinchi tapi saya x mampu sebab banyak sangat kanji susah2,dan die boleh baca dengan lancar sekali.kata-kata Kak Yun yang x mungkin saya lupa:

"Kat Jepun sana,nak jadi setan senang,nak jadi alim pun senang jadi berhati2 lah"

Walaupun Kak Yun cakap 2 tahun duk kat Jepun adalah merugikan sebab masa sangat lah singkat tapi saya harap saya dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin kat sana di samping belajar:nak g akihabara:beli macam2 untuk ma,nak gi hanami,hanabi,nak gi dis
neyland,nak naik Gunung Fuji ^^,nak gi nikko dll.Yang penting belajar bersungguh-sungguh dulu.
::semoga saya dapat menjadi sehebat Kak Yun::

Thursday, July 30, 2009

Tashiru


Pemberian daripada seorang sahabat,nyanyian kumpulan nasyid Indonesia,Tashiru::

Ayunkan langkah kaki
Jangan pernah kau ragu
Hadapi hari dengan penuh keyakinan

Karena masa depan penuh dengan rintangan
Halangan dan cobaan yang selalu menghadang

Tapi itu semua hanyalah ujian yang harus kita harungi
Untuk mendapatkan kemuliaan di hadapan Tuhan
Dengan tak lupa sebut nama-Nya

Bertasbihlah lalu bertahmidlah
Lalu bertahlillah lalu bertakbir
Memahabesarkan asma-Nya

Subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akbar..