hujung minggu lepas JAD batch 8 ada kem ibadat dan rehlah kat Nur Bukit Unggul kat Sepang kot.kitorang pergi 2 hari je,kimochi(perasaan) mula2 nak pergi tu memang la sangat2 tak nakk sebab memang da tak suke pegi2 kem ni..tapi pergi je la sebab dah diwajibkan kepada kitorang.kem ni dianjurkan oleh Yayasan Ilmuwan.hari pertama kat sana,kem tu dirasmikan oleh Dr Khairul.da lama sangat saya x jumpe die dan x tengok muka die.natsukashiiii sangat2 sebab die banyak sangat mengimbau kenangan kitorang masa dekat KRM dulu.die cakap dulu kitorang kecik2,sekarang saiz kitorang dah makin besar hahaa..
lepas perasmian,ada ceramah oleh Dr Noraini,isteri Dr Khairul.sebelum ni pun Dr Noraini pernah bagi ceramah kat kitorang masa KRM dulu.
lagi2..kitorang disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik::jalan2 atas batu-bata(teringat kisah kat Kem Kaizen tapi kat Kem Kaizen tu lagi dasat la kitorang kene,tangan kitorang kena gari sekeliling pokok dan kitorang kena melepasi gari tersebut,dan ade aktiviti dalam air yang sangat seronok.saya ni memang la x pandai nak berenang,waktu die suruh kitorang apungkan badan dan angkat kaki,memang le cuak sebab takut terbalik,saya asik sebut name puuut je sebab put terer berenang ^^ tapi bile dah lame2 duk dalam air tu syok jugak :)
dan malam tu pengisian antara maghrib isyak oleh En Norlizan yang gaya nye ala2 Azrul Sensei terutamanya pada rambut die :)
malam tu ada sesi nangis-nangis sebab die cakap pasal ibu.saya memang tahan mata dari nangis teresak-esak macam cik Hanis,sebab takot mate ni membengkak keesokan harinya.macam-macam la En.Norlizan tu suruh kitorang wat:lukis gambar ibu,bagi sebab kenapa sayang ibu dan tulis wasiat kepada ibu.kanashii naa..saya dah terdengar bunyi esakan kawan-kawan,bukan saja kat belah pompuan,kat belah laki pon bunyi esakan kecil.saya tulis wasiat kat mama sambil kesat air mata saya perlahan-lahan.teringat segala kesalahan yang saya dah buat kat mama..rindu sangat-sangat mama masa tu :( lepas sesi tu kitorang salam sesama sendiri sambil minta maaf nangis2.ye la,kitorang dah duk sini sama2 lebih kurang 4 tahun dah,mestilah ada salah silap sesama kitorang kat sini yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan..masa salam2 ni,saya tahan diri dari mengalirkan air mata,tapi bile sorang kawan saya ni,Roslina dah nangis depan saya sambil cakap ''elin mesti rindu Bila lepas ni..",saya mula rasa sedih,teringat kisah2 dulu,kitorang pernah gaduh teruk sampai nangis-nangis,dan macam2 lagi la..sampaikan saya ingatkan saya dah x kan bertegur sapa dengan dia sampai bila2 dah..tapi Allah sayangkan kami..kami jadi baik sangat2 semula..saya nangis teruk sangat sambil peluk dia sambil cakap "tima kasih Elin sebab kawan dengan Bila.Bila x sangka Bila akan baik semula dengan Elin macam ni.."selepas tu,salaman2 seterusnya diiringi air mata(cehh jiwang nya ayat ku)tapi sedih la malam tu..
tapi tibe2 kesedihan malam tu bertukar ceria:kami iaitu Ji,saya,sohe,sikin dan anis main 'PS'
pe PS?"Perempuan's Secreto" hahaa xde la..na
ma ni direka sendiri oleh saya malam ini,tapi malam kami bermain PS tu,kami kongsi banyak sangat benda dari hati ke hati (ceewahh),kami bercerita sesama sendiri sampai ke pukul 3 pagi agaknya..rindu sangat saat2 tu sebab semua orang buat luahan hati..mungkin juga masa tu kami bercakap dalam gelap,sebab tu kami x malu untuk meluah perasaan hehe..walaupun letih sangat2 sebab banyak aktiviti petang tu,tapi kami x henti2 bercerita.dalam kami bermain PS tu,kami tinjau2 gak supaya x terkantoi dengan orang lain,malu la kalo orang lain dengar luahan hati kami..so girls,pls keep the secret till de end k walaupon keesokan harinye tu kitorang jumpe cik katak kat bawah katil kitorang(maknenye katak tu dengar semua yang kitorang cakap malam tuuu)! :)) i'll miss the moment dan berharap dapat berPS lagi kat malam las di Hachioji nanti..
keesokan harinya,akibat berPS tu,kami memang bangun lewat la dan saya sempat aerobik kejap je :P pastu kami teruskan aktiviti dengan ikat2 tali buku sila.dengan menggunakan tali ape entah orang sebut yang besar gedabak tu,kitorang kena buat ikatan buku sila..cubaan hanya 3 kali tapi alhamdulillah cubaan ketiga berjayee~
sebelum penutup kem,kami diberi peluang berforum dengan senpai2 kami yang baru balik dari Jepun..
kesimpulannya:kem ibadat dan rehlah ini walaupun pada mulanya saya pergi dengan perasaan berat hati tapi akhirnya bertukar menjadi sebuah kem yang menggembirakan,makanan die sume sedap-sedap sangat,petempatan selesa,aktiviti selesa,tambah2 muke tuan Haris tu macam Sein Ruffedge :)
ini mungkin kem last kami sebelum fly ke Jepun nanti,lepas ni kami kena ganbatte betul2 untuk final exam yang bakal menjelang tiba 8hb 2 ni..yosh minna ganbare~~~~
4 comments:
ko mmg suka kan bwt ak nangis2 ni
huu..jgn sedih..syg kamuu~
har..har..har..(gaya suka terbaru)
seb baik saye x nangis malam tu =)
hek eleeee...
ji la hok nangis kuat skali
pluk2 bila smbil nangis
wat malu jh,umur 21 doh nangis lg :P
Post a Comment