Monday, July 26, 2010

lepas satu,satu...

saya dah jadi gian tengok drama jepun.lepas abis satu cerita,buka cerita lain pulak.non-stop.marathon.kalau la rajin belajar macam tengok cerita ni kan bagus wahai nabila...

sunao ni narenakute (tak boleh nak menjadi jujur)
erm..tahu pasal twitter?saya x tahu twitter tu apa,tapi rasanya orang blh cari kawan melalui twiter tu..cerita pasal sekumpulan orang yang berkenalan melalui twitter,pastu diorang jumpe2,diorang makan2,diorang borak2,diorang jadi kawan.cerita ala2 love shuffle.banyak konflik.ending boleh tahan.saya bagi 3 bintang :D

comeyyy kan gambar ni?ade dalam cerita innocent love.jalan cerita menarik..lepas tengok 1 episod,x sabar nak tengok episod seterusnya.tapi ending dia chotto...
oleh sebab ending dia chotto....saya bagi 2 setengah bintang..


最高だ~~~~
uwaaa sangat best cerita die.cerita ni disusumekan oleh cik syafikah
cerita pasal geng2 brutal bertukar jadi geng2 tumbling.tumbling tu lebih kurang macam gimnastik tapi untuk orang laki je.cite die sangat besss saya bagi 4 setengah bintanggg


3 cerita dah habis...2 cerita menyusul...

hammer session!!!!
kat dramacrazy baru keluar 3 episod..jadi x boleh nak bagi bintang lagi

moyashimon :: besnyeee kalau boleh cakap dengan bakteria-bakteria...cerita ni pun baru keluar 3 episod kat dramacrazy.alom pun nak tengok cerita ni..nanti saya download untuk kamu,saya bawak balik meleysia bulan puasa ni yeee <3

ni semua sebab nak terer cakap nihongo..kena tengok cerita banyak2.tapi x gune jugak kalau baca subtitle kn?

Thursday, July 22, 2010

esok bermula..


esok saya final exam semester 1.paper システム工学。sangat takut + cuak sebab subjek ni ramai orang kecundang.kecundang kali pertama kena repeat paper..kecundang kali kedua kena repeat year.walaupun boleh bawa masuk nota tapi kenapa ramai yang kecundang?sebab masa diberi untuk jawab ialah 70 minit sahaja tapi soalan yang kena jawab sangat banyak,kata senpai.
jadi saya cuak.sangat cuak. (-_-")





bila kita belajar,kita rasa letih sebab perah otak untuk membaca,menghafal,mengira.jadi kita mudah lapar.saya lapar.

ini ikan masak tiga rasa



ini tomyam


ini sushi


ini salad makanan laut


saya minum air kelapa



saya lapar.







dan saya rindu kawan2 JAD,mahu belajar bersama...
mahu minum air milo sambil stay-up...


kawan saya berpesan;
"jangan sedih dgn datangnya dugaan & jangan gembira dgn hilangnya dugaan"
"makin diri diuji,makin byk dosa2 kecil terhapus..insyaAllah"

jom kita gembira-gembira :D

Monday, July 12, 2010

cepatlah masa berlalu..

"tik tik tik
waktu berdetik,x mungkin bisa ku hentikan.."
ni lirik lagu..menarikkan?sebab ada tik tik tik kat depan lagu tu..tajuk dia masih cinta,band yang nyanyi lagu ni nama kotak.

errr...sebenarnya x tau nak tulis apa untuk entri hari ni.dah berhari2 kot x berblog.erm..entah.sebab tengah dengar lagu ni,jadi rasa lagu ni menarik.sebab ada tik tik tik MySpace

Friday, July 9, 2010

genki dashite!!

kenapa manusia x pernah puas dengan apa yang Allah dah beri ya..

kenapa bila manusia x perfect,uduh,boroi,dia dijadikan bahan ejekan ya..

tapi kan...kat akhirat nanti, Allah x cakap pun yang huduh masuk neraka, yang comey masuk syurga... yang Allah janji, yang perangai huduh tu masuk neraka, yang perangai comey tu masuk syurga...

jadi..

*Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu.


*Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu.


*Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu.


*Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan kemampuan dan keupayaan kamu.


*Dan bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.

sabar ya..sebab kesabaran itu yang mengukur kita ni sebenarnya cantik atau x di sisi Allah..

genki dashite!!!!

Thursday, July 8, 2010

JAD no omoide

tadi kami berpeluang ber'enkaku jugyou' dengan adik-adik kouhai di Malaysia..adik-adik U1.masih x berubah;semua comey-comey dan suara Yasuda Sensei pun masih x berubah.antara soalan yang adik-adik tanya;'macamana belajar kat jepun'

'susah x belajar kat jepun'

'bes x belajar kat Jepun tu'

'shibaura tu kat mana' (soalan ni paling kelakar la kot
sebab kouhai tu tanya dengan nada yg sangat ingin tahu)

'makanan halal senang x nak cari'

masa Niitsu Sensei tengah mengajar,saya tengok gelagat kouhai2,tengah borak2,tengah lambai2,tengah kemas beg nak balik pun ada :D semuanya saya dah alami dulu,rindunya suasana JAD...dulu masa sensei tengah mengajar kat depan,kami makan,borak2,main henset,bukak facebook,waa dah kantoi dah aktiviti time dulu..

sangat rindu kenangan malam sebelum pagi ni..

rindu mahu berjaulah lagi..

rindu mahu berjikken dengan kak fawiza..kan sohe? :D

sebelum nak gi kelas naik bas pakcik tahir pon sempat lagi bergambar..

rinduu sangat3 deshi jisho ni...

rindu mahu minum air vitagen..

kalau dalam kelas tu ramai pakai baju sama kaler,ni la jadinya.. :)

rindu mahu 'keluar' malam2..

sangat rindu mahu makan char kuay tiaw..

rindu mahu beratur mengaji dengan ustaz..

rindu mahu tido beramai-ramai..

rindu mahu makan secret recipe dengan dia..

tapi sedih sangat tadi..ingatkan boleh jumpa wada sensei,mizuno sensei,hasparina sensei,karino sensei,yamashita sensei dan sensei2 lain tapi mungkin masa dah lambat sangat kot.. :(

untuk adik-adik,日本での勉強することはJADと比べばぜんぜん違うレベルで、ここの勉強は難しくて、友達もあまりいないし誰にも助けることがもらえない。授業ではなんか広さも違うし、まわりは全員日本人だから雰囲気がちょっと。。だからJADにいる間に、ちゃんと勉強してください、日本語ちゃんと勉強して、練習して、上手になってください。日本人に負けないようになってください!MySpace

Wednesday, July 7, 2010

Sedikit kelewatan..

Hari ini usrah tangguh,sebab kak cik tom ada kelas sampai 730..kak cik tom baru setat nak mengajar kami Tafsir Fi Zilal al-Qur’an “Di Bawah Bayangan al-Qur’an".sudah agak lama juga saya dah mendengar perkataan fi zilal ni dari seorang teman yang menuntut di Australia.istimewanya tafsir fi-zilal ni,ia ditulis oleh Sayyid Qutb dengan darah beliau sendiri masa menunggu dikenakan hukuman kat dalam penjara..masa dengar kak cik tom sebut perkataan darah,bulu roma saya meremang..tulis dengan darah..??sugoi nya..mukaddimah buku ni pun dah boleh buat hati ni sayu..saat ni saya rasa sangat2 lah rendah diri,menyesal sebab baru sekarang berpeluang nak belajar pasal tafsir ni..orang lain mungkin dah khatam berapa kali baca buku ni..tak mengapalah,moga apa yang saya bakal belajar nanti dapat saya manfaatkan dalam hidup ni..lambat atau cepat tu lain kira..(tapi serius rasa sedih)

Monday, July 5, 2010

biar bulan bicara sendiri..

hari ni saya kena tipu..bukan kena tipu siyes2,tapi ada kawan kacau saya;katanya dia nak luah 1 benda kat saya tapi dia takut saya terasa hati..punya la cuak,sampai x lalu nak makan buka puasa hari ni..rupe2nya die nak mintak duet beras je ponn..aduh laa..puas saya pikir ape la salah saya.tapi x marah pun kat kawan tu,dia buat saya jadi bertambah sayaaaang kt dia ^^
minggu lepas saya belajar satu benda :: diam memang kadang2 lebih baik,tapi kadang2 kita kena menyuarakan pendapat kita dalam keadaan2 tertentu..tahun kedua saya di JAD,daripada seorang yang sangat banyak cakap,saya jadi seorang yang pendiam..ramai kawan yang terdekat perasan,kenapa saya jadi kurang bercakap.実は、saya pun x tahu kenapa saya mengalami simptom2 seperti ini(bila dipikir2 balik,saya rasa saya tau kenapa,tapi biarlah ia jadi rahsia saya seorang) dan ada orang cakap kat saya,saya ni seorang yang bising tapi dalam masa yang sama saya juga seorang yang pendiam :: saya bising dalam sesetengah keadaan,dan jadi pendiam dalam sesetengah keadaan..pelik kan?tapi saya pun rasa macam tu juga.kadang2 berdiam diri bukan penyelesaian terbaik tau,sebab orang x tahu apa yang tersirat dalam diri kita;samada kita suka atau pun tidak..dan bila saya selalu diam ni,saya rasa saya selalu kena tindas;sebab bila orang cakap saya macam tu,macam ni,saya hanya berdiam diri je walaupun saya x suka.saya rasa saya lembik.macam agar-agar.saya x boleh jadi agar-agar!dalam kelembutan tu kita kena ada ketegasan kan..terima apa saja teguran dari orang sekeliling sebab itu yang akan meng改良kan diri kita supaya menjadi yang terbaik..manusia selalu akan berubah dalam kehidupannya, dan kita selalu berharap dan mewujudkan perubahan itu menuju ke arah yg baik.
dah lama x makan agar-agar

eh tapi bukan ni sebenarnya yang saya nak tulis..sejak duk kat jepun ni,saya jadi sangat bersistematik dalam pengurusan wang;sebab saya rasa time kata JAD dulu,saya sangat lah seorang yang boros,x pandai nak menggunakan wang dengan sebaik mungkin..kerja2 mencatat belanjawan itu sesuatu yang perlu dilakukan untuk memastikan pengaliran wang kita tu x mengalir ke tempat2 yang x sepatutnya.mungkin ada hikmah wang travelers check saya 'hilang' sementara,saya menjadi seorang yang amat berhati-hati bila menggunakan wang..seperti yang alom saya sedia maklum,saya memang sorang yang x pandai berjimat,saya suka habiskan duit untuk banyak benda yang sia2..tapi lom percaya atau x,adik lom ni dah boleh urus wang..hehe..sebab bila duduk kat jepun ni,semua benda saya kena bayar guna duit sendiri;sewa rumah,bil air,elektrik,telefon,gas dan lain2.jadi saya kena bijak merancang..sekarang dah dewasa;banyak benda yang saya kena pikir..moga saya istiqamah dan tergolong dalam golongan orang2 yang selalu berfikir..amin..
hiduplah seperti pokok yang berbuah manis;jika orang melemparnya dengan batu,pokok membalasnya dengan menggugurkan buah yang manis

Sunday, July 4, 2010

pembersihnya..

20100119121234
orang jepun mencipta ini :: ポテチの手 atau dalam bahasa melayunya ialah
tangan potato cip(direct translate)
bagi orang yg macam kito ni,mesti kito terpikir,buek apo la orang jepun ni lotih2 mencipta ini sedangkan blh je kite kapit potato cip tu guna tangan kite ni,ngapp masuk dalam mulut terus.
sebenarnya mereka2 ini mencipta 'tangan' ini sebab mereka x mau mengotorkan tangan masa tengah buat kerja-kerja menaip menggunakan komputer maupun masa tengah menulis menggunakan pen..benda ni nampak macam selekeh je kan,wat membazir duet je orang jepun ni..tapi atas dasar kebersihan,diorang mecipta benda ni..kata mereka,bile menaip guna komputer sambil makan,tangan sentuh papan keyboard yang x dijamin kebersihannya tu digunakan jugak untuk wat masuk makanan ke dalam mulut..nanti kuman2 yang lekat kat keyboard tu masuk mulut kita la kn.dan tangan pun jadi melekit2,
x selesa nak menaip @ menulis..bijak2

p/s:jadi macam saya ni senang,1 tangan wat menaip,sebelah lagi makan buah momo MySpace

Saturday, July 3, 2010

~(`3`)~

ni abah
hihi..x la
ni dato mustapha mohamad

















ni abah
nak sama kan muka mereka?







sayang abah :)




****x de motif sbnrny post kali ini****